Melihat orang tersayang tersenyum gembira sudah membuatkan hati kita rasa bahagia kan. Biarpun pemberian kita tidak seberapa namun ingatan dan rasa dihargai membuatkan hadiah yang diterima itu luar biasa lumayan.

Wanita Suka Lebihkan Orang Lain Banding Diri Sendiri. Itulah Titik Bahagia Mereka!

Bab berkongsi dan memberi memang cukup sinonim dengan kaum ibu kan. Benda simple seperti resipi pun boleh dikongsi, belum lagi tentang tudung, pakaian dan pelbagai lagi.

IKLAN

Itulah naluri seorang wanita yang suka memberi kepada orang yang mereka sayangi. tanda diri sangat menghargai. Baik kepada anak, suami, ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Wanita Suka Lebihkan Orang Lain Banding Diri Sendiri. Itulah Titik Bahagia Mereka!

IKLAN

Bahkan, perkongsian yang dimuat naik saudara Redza Zainol ini menunjukan betapa kegembiraan dan kebahagiaan seseorang wanita itu bila mana dapat melihat atau menggembirakan orang lain. Dengan kata lain, mereka lebih memikirkan orang lain berbanding diri sendiri.

Ada satu pagi, isteri saya minta bukakan bungkusan yang baru sampai.
Saya tengok ada 3 bungkusan. Bungkusan pertama ada tudung. Bungkusan kedua ada benih tumbuhan.
Baru saya nak buka bungkusan ketiga, dia dah datang dan buka sendiri.

IKLAN

Wanita Suka Lebihkan Orang Lain Banding Diri Sendiri. Itulah Titik Bahagia Mereka!
“Barang kemas siapa punya ni?”
“Takde, saya beli untuk kawan. Nanti dia nak datang, tak tahu nak hadiahkan apa. Tu yang saya belikan untuk dia. Kawan dunia akhirat ni.”
Terkedu juga saya. Dalam hati saya cakap, “Dasyatnya hadiah yang dia nak bagi kawan.”
Tudung dan benih tu pun bukan untuk diri sendiri. Dia beli untuk adik beradik dan mak.
Malam tu, saya tak boleh tidur. Asyik terfikir kenapa isteri suka hadiahkan macam-macam pada keluarga dan kawan.


Untuk diri saya pun, macam-macam yang dia belikan. Saya pura-pura cakap tak suka. Tapi bila saya fikir-fikir balik, saya seronok sebenarnya dapat hadiah ni.
Yang pelik tu, kalau jumpa barang yang dia suka dan memang nampak elok, mesti dia cakap tak apa lah. Lain kali boleh beli katanya.
Eh, geram pula saya.
Dulu pernah kasut dia dah lusuh, saya bawa dia pergi ke 3 buah kedai kasut. Siap pujuk macam-macam barulah dia nak beli untuk diri sendiri.
Membebel juga saya ni, “Untuk anak-anak dan saya awak beli macam-macam, cubalah beli untuk diri sendiri pula.”
Bila dah beli barang dia, nampak dia senyum siap tersengih-sengih. Dia punya gembira, saya rasa sampai bawa ke alam mimpi. Haha.
Lama-lama baru saya faham. Selama ni yang isteri saya sibuk beli barang secara online tu, dia belikan untuk orang lain.
Beli untuk mak, beli untuk anak-anak, beli untuk saya, beli untuk kawan.
Untuk diri sendiri, dia kata kemudian pun tak apa.
Dalam satu buku, diceritakan yang lelaki tu ialah “hunter”. Mereka keluar rumah dan membawa balik makan dan minum untuk keluarga.
Wanita pula ialah “gatherers”. Mereka suka mencari barang-barang untuk keluarga.
Bila wanita dapat jumpa barang yang dicari dan diberi pada ahli keluarga serta orang yang mereka sayang, itulah titik bahagia buat mereka.
Sejak dulu, wanita tu sifatnya memang suka lebihkan orang lain dulu banding dirinya sendiri.
Dan bila suami balas semula usaha isteri tu dengan beri perhatian, luang masa mendengar dan beri hadiah pada isteri, titik bahagia tu makin membesar dan memenuhi tangki emosinya.
Itulah bahagia.
Bantu saya #sebarkan perkongsian ni pada pasangan yang lain. Moga ada manfaat pada kita semua.

Saya kongsikan lebih banyak ilmu kesihatan kanak-kanak dan kekeluargaan di Channel Telegram. Klik sini Wanita Suka Lebihkan Orang Lain Banding Diri Sendiri. Itulah Titik Bahagia Mereka! https://t.me/NotaRedzaZainol

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI