Biasanya bila kita melihat perkembangan anak-anak, kita akan lebih mudah memberi tumpuan kepada perkembangan fizikal memandangkan ia mudah dilihat. Contohnya seperti pertambahan berat atau pun ketinggian antara perubahan fizikal yang jelas kelihatan bermula selepas usia sebulan sehingga mencapai usia remaja.
Pun begitu daripada sudut perkembangan mental, kita kadang-kadang terlepas pandang. Memahami berkenaan tanda-tanda pemikiran anak-anak kita berkembang dengan baik, Mohd Faish Salim berkongsi infonya.
Antara tanda anak yang ada “Growth Mindset”
Growth mindset adalah gaya pemikiran tanpa batasan yang sentiasa belajar dan cepat berkembang.
Ini tanda-tandanya :
1 – Dia suka bertanya
Setiap benda kalau boleh dia tahu. Pantang lalu depan mata, mesti dia nak tanya. Kenapa awan biru, rumput hijau. Bahkan sampai macam mana adik keluar dari perut mama tu pun dia tanya.
Anak yang ada growth mindset ni memang tinggi nafsu “belajar” dia. Jangan malas jawab soalannya ya, terbantut dia nak belajar nanti.
2 – Dia susah nak takut
Walau kita dah kata itu bahaya, tak boleh buat. Tetap dia nak buat juga. Bukan sebab dia tak tahu tu bahaya, tapi sebabnya dia tak “rasa” pengalaman tu lagi.
Anak begini dia kalau dah pasang azam nak tahu sesuatu perkara, dia akan buat juga. Larang la macam mana pun, kalau dapat peluang mesti dia buat juga.
Ads
3 – Dia suka experimen
Pantang nampak benda pelik atau baru sikit. Mesti di bedahnya nak tengok apa isi dalamnya. Yang selalu jadi mangsa ialah alat mainan dia sendiri.
Baru beli dah rosak. Bukan anak tu ganas tapi anak jenis yang suka “explore” benda-benda baru ni.
Kalau tak nak rosak kena la layan dia bedah dan experimen dengan cara yang betul supaya tak rosak.
4 – Dia tak boleh sabar
Selalunya anak yang ada growth mindset ni susah nak bersabar. Contohnya kalau dia dah tanya soalan, dia nak jawapan segera. Selagi tak dapat selagi tu dia duk tanya.
Lagi satu, kalau kita dah cakap awal dengan dia nak pergi bercuti. Setiap hari dia akan duk tanya, “bila nak pergi”
Dengan anak begini tak boleh cakap awal-awal sebab nanti otak dia tak boleh berhenti berfikir selagi dia tak pergi.
Photo by Kristin Brown on Unsplash
5 – Dia bijak dan kreatif
Hah habis periuk, senduk dan tudung saji jadi bahan experimentasi dia. Semua benda dia nak main.
Anak begini senang nak bermain, apa sahaja yang ada di sekeliling dia boleh jadi mainan. Imaginasi tanpa batasan betul.
Tu yang tudung saji kadang jadi spaceship di baling sana sini konon terbang la. Sabar jela, huh!
Walau banyak keletah anak-anak, syukur alhamdulillah. Anak sihat fizikal dan paling utama sangat sihat mindanya.
Wallahu A’lam,
PELAKON Hisyam Hamid menyatakan bahawa beliau masih belum bersedia untuk memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya.
Hisyam Hamid dan isteri, Rosmawati Hanafi atau Mel berkahwin pada tahun 2006.
Sejak setahun lalu, timbul pelbagai spekulasi terhadap hubungannya bersama isteri.
Aktor berasal dari Singapura itu menjelaskan dia perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum berkongsi tentang kisah peribadinya kepada orang ramai.
“Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini saya belum bersedia nak beri komen perkara ini.
“Banyak faktor yang perlu saya ambil kira. Terutamanya melibatkan soal jaga hati dan perasaan anak-anak.
“Saya faham sebagai public figure, orang nak tahu tentang diri kita. Saya faham ramai peminat yang sering bertanya dan ada juga yang mendoakan,” katanya.
Aktor itu menambah, isterinya juga kini masih menguruskan kerjaya seninya.
“Isteri masih lagi menguruskan kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Tiada masalah,” katanya lagi.
Dia juga berkata bahawa hubungannya bersama Mel masih baik.
Dia menjelaskan mereka sekeluarga turut meraikan bersama pada Aidilfitri baru ini.
“Hubungan kami masih okay. Hari raya pun kami keluar bersama anak-anak,”
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.
Walau bagaimanapun, dia membuat keputusan untuk bersikap eksklusiviti dengan tidak terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial.
Semalam tular penyampai radio memohon maaf kerana tidak sengaja menyiarkan azan maghrib empat miniy lebih awal.
Menurut penyampai radio yang bertugas di salah sebuah radio di Sabah, azan Maghrib yang disiarkannya petang tadi adalah sebanyak dua kali.
Perkara itu bagaimanapun telah mengakibatkan penduduk di daerah tersebut berbuka puasa secara lebih awal berbanding waktu Maghrib yang sebenarnya.
Perkara ini semestinya menimbulkan persoalan, “sah atau tidak puasa sebab berbuka awal sebelum waktu”, kan? Apa hukumnya kalau tak sengaja seperti ini?
Kalau nak tahu, jim kita ikuti perkongsian dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini. Semoga terjawab persoalan dan beri bermanfaat buat semua.
Hukum tersalah bersahur atau berbuka puasa bukan pada waktunya
SOALAN:
Assalamualaikum Dato SS Mufti. Saya ingin bertanya, kenapa jika orang yang tersalah bersahur selepas waktu azan Subuh atau tersalah berbuka puasa sebelum masuk waktu, puasanya tidak sah dan dia perlu menqadakan puasanya. Sedangkan orang yang makan dan minum dengan terlupa ketika berpuasa, tidak batal dan tidak perlu mengqadakan puasanya?
Mohon penjelasan SS Mufti.
JAWAPAN:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat.
Allah SWT mensyariatkan ibadah puasa kepada umat Nabi Muhammad SAW seperti yang telah disyariatkan kepada umat-umat sebelumnya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.
(Surah al-Baqarah: 183)
Puasa dari sudut bahasa bermaksud menahan diri. Manakala dari sudut syarak pula, menahan diri daripada perkara yang membatalkan dengan cara yang tertentu daripada terbit sehingga terbenamnya matahari. (Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 294)
Disamping kewajipan berpuasa, Allah SWT juga memberi kelonggaran dan keringanan kepada golongan yang tertentu untuk berbuka puasa. Allah SWT berfirman dalam al-Quran:
Maksudnya: Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.
(Surah al-Baqarah: 185)
Ibn Kathir menafsirkan ayat ini bahawa orang yang sakit dan orang yang dalam bermusafir tidak perlu berpuasa. Ini kerana jika dia berpuasa itu akan menyebabkan kesulitan dan kesusahan baginya, bahkan dia perlu berbuka puasa dan mengqadakan puasa yang ditinggalkan tersebut pada hari yang lain. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 2:184)
Begitu juga, Allah SWT memberi keringanan jika sekiranya seseorang itu melakukan perkara yang membatalkan puasa dengan terlupa atau tidak sengaja, maka tidak batal puasanya. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang terlupa bahawa dia sedang berpuasa kemudian dia makan dan minum, maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan makan dan minum kepadanya.
Hadith riwayat al-Bukhari (1831) dan Muslim (1155)
Diriwayatkan juga oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT memaafkan terhadap umatku kerana aku; segala apa yang tersalah, lupa dan dipaksa.
Hadith riwayat Ibn Majah: (2043)
Justeru, sesiapa yang melakukan perkara yang membatalkan puasa dalam keadaan beliau tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka puasanya tidak batal dan hendaklah dia menyempurnakan puasanya sehingga waktu berbuka.
Walaubagaimanapun, berbeza hal dan hukumnya dengan orang yang ragu-ragu tentang waktu berbuka atau sahur, kemudian dia berbuka puasa atau meneruskan sahur berdasarkan ijtihadnya sahaja. Dalam keadaan ini, para ulama’ membahagikan hukum bagi situasi ini kepada dua bahagian:
Namun jika sekiranya selepas itu dia mendapati bahawa dia tersalah bersahur dengan makan dan minum selepas azan Subuh atau tersalah berbuka puasa sebelum masuk waktu Maghrib, dalam keadaan dia yakin bahawa dia telah tersilap, maka batal puasanya dan hendaklah dia mengqadanya pada hari yang lain. Ini berdasarkan kaedah fiqh:
لَا عِبْرَةَ بِالظّنّ البَيّن خَطَؤُهُ
Maksudnya: Tidak diambil kira dengan dugaan-dugaan yang sudah jelas kesalahannya. (Rujuk Ithaf al-Anam bi Ahkam al-Siyam: 106-107)
Selain itu, orang yang tersalah bersahur selepas waktu Subuh hendaklah menahan diri daripada makan dan minum serta semua perkara yang membatalkan puasa sehinggalah waktu berbuka puasa. (Rujuk Sullam al-Raja Syarh Safinat al-Naja: 59)
Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa batal puasa bagi seseorang yang syak masuk waktu berbuka dan haram baginya makan kecuali setelah dia yakin dan berijtihad bahawa waktu telah masuk.
Manakala, tidak batal puasa dan harus hukumnya bagi seseorang yang meneruskan makan dan minum dalam keadaan dia ragu-ragu bahawa telah tamat waktu sahur. Namun jika sekiranya jelas kepadanya bahawa dia tersalah dengan makan selepas habis waktu sahur, maka batal puasanya dan hendaklah dia menggantikannya pada hari yang lain. Kedua-dua situasi ini berdasarkan kaedah fiqh:
الأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ
Maksudnya:Asal hukum itu kekal sesuatu mengikut apa yang sebelumnya.
Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih terhadap agamaNya dan memberi taufiq kepada kita untuk sentiasa melaksanakan amal soleh. Amin.
Pokok bendi boleh ditanam di dalam polibeg. Bendi antara sayuran yang selalu ditanam di rumah. Dalam polibeg pun boleh dan hasilnya tetap subur dan gemuk, jika ikut penjagaan yang betul.
Hendak tanam pokok bendi tidak sesusah mana. Bagi yang nak cuba tanam dalam polibeg boleh ikut cara ini.
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.
2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.
3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.
4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.
5. Letak di tempat redup tetapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.
6. Siram 2 kali sehari.
7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6 in 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.
Kalau mahu berbuah rendah dan berbuah, pangkas pucuknya. Pangkas masa saiz ketinggian 1.5 kaki ke 2 kaki sebelum berbuah.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.