Ruang rumah kita kalau nak nampak cantik biasanya kita akan hias dengan pokok bunga sebagai penyeri.
Lagi pun mudah, anak-anak biasanya tak kacau dengan pokok-pokok tersebut. Tidak kisahlah kita letak pokok artifisial atau pokok hidup sekali pun, kedua-duanya memang berfungsi menjadikan rumah nampak terhias cantik.
Menyentuh tentang dekor bila menggunakan pokok hiasan artifisial, bukan sahaja mudah dijaga malah boleh digubah semula untuk memberi mood baharu.
Contohnya seperti wanita ini, mengambil keputusan menggubah semula pokok hiasan dan apa yang menariknya, hasilnya memang wow. Berubah mood ruangan jadinya.
Jom semak cara bagaimana wanita ini hasilkannya.
Beberapa bulan yang lalu saya beli daun dekat eco..Cuba gubah tapi kurang idea..Macam pokok krismas je tengok..
Ads
So nak puas hati dengan tak puas sama banyak..
Sejak dua menjak ni ramai share gubah daun eco dan romantika nampak cantik pulak macam pokok mahal..
Saya cuma terdetik je apakata gubah balik dan tacap sikit pasu eco tu..Alhamdulillah rasanya macam puas hati sangat dah ni..
Terima kasih sharing idea..
Tak sangka boleh nampak rimbun dari dua pokok yang asal..Totally semua barang eco saja..
Biasanya bahagian bawah table top akan dijadikan sebagai ruangan menyimpan pelbagai perkakasan memasak dan barang-barang lain. Jika tidak ‘berpintu’ memang akan terbuka begitu sahaja dan nampak tidak kemas.
Jadi tidak hairanlah, ramai antaranya akan menggunakan kain untuk dijadikan langsir untuk menutup ruangan di bawah table top ini buat sementara mengumpul bajet untuk membuat kabinet dapur yang lengkap.
Pun begitu, tahukah anda daripada menggunakan langsir lebih baik anda praktikkan cara yang dikongsikan oleh Puan Ema ini. Puan Ema berkongsi cara untuk membuat pintu kabinet paling mudah dan jimat hinggakan anda tidak perlu memotong kayu, drill dan sebagainya.
Nak tahu bagaimana, ini perkongsiannya dan bolehlah anda lakukan DIY ini untuk upgrade ruang bawah table top anda itu nanti.
Mula-mula ingat nak letak langsir je bawah table top tu. Sebab rasa semak je,bila tengok barang-barang bawah table top tu. Tapi bila difikir-difikir balik, saya ni dah le jenis masak ganas. Anak bujang dengan anak dara pun jenis suka masak. Confirm langsir tu nanti cepat kotor. So saya ambil keputusan, DIY je almari bawah table top tu.
DIY Almari Bawah Table Top, Tanpa Guna Drill
Di sini saya kongsikan juga barang-barang yang saya gunakan. Mana tahu jika ada yang hendak cuba.
Langkah 1 : Saya tampal wallpaper pada dinding bahagian atas. Manakala di bahagian bawah table top, saya sudah siap pasang rail. Tak perlu drill, guna gam sahaja.
Ekstra Info : Ini rail yang saya gunakan untuk letak roda tu. Rail dengn roda tu beli kat shopee je. (KLIK sini untuk link)
Langkah 2 : Buatkan pintu bajet, ala-ala sliding. Ini barang-barang yang saya guna. Gam tersebut saya guna untuk lekatkan rail pada bawah table top. Malas nak guna drill. Gam tu kalau guna, kena tunggu satu hari baru kering
Langkah 3 : Tampal papan plywood dengan wallpaper. Begini keadaannya papan plywood yang sudah siap ditampal guna wallpaper. Ini bukan wallpaper yang biasa tampal dekat dinding tu ye.
Plywood tu saya oder kat shopee je, ukur siap-siap,lepas itu minta seller tu potong ikut ukuran yang saya dah bagi. (KLIK sini untuk link)
Langkah 4 : Pasangkan roda pada plywoood yang telah siap ditampal dengan wallpaper. Roda ini memang muat-muat untuk plywood dengan ketebalan 5mm.
Langkah 5 : Bolehlah dipasang pintu kabinet ini pada bahagian rail untuk dijadikan pintu kabiet bahagian bawah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Meskipun hanya menu ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran buat seisi keluarga terutamanya buat anak-anak kecil. Sementelah menu ayam goreng ini cukup mudah disediakan dan aromanya mampu membuka selera jika dihidangkan ketika masih panas.
Tapi bagi menghasilkan ayam goreng yang enak, ranggup di luar tapi lembut di dalam ada caranya. Langkah menghasilkannya dikongsi oleh Najwa Romli dari laman Facebook beliau. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam.
1 labu bawang putih
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Hiris semua bahan tersebut kecuali daun kari.
2. Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu. Boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan dua sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4. Sambil menunggu perapan ayam susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam di dalam loyang kukus dan kukuskan selama 20 minit.
6. Setelah dikukus, biarkan sejuk, lalu digoreng dalam masa 5 minit..
Jika ingin disimpan di dalam simpan chiller masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hendak membuat donut ini memang nampak sahaja mudah, tapi untuk dapatkan donut yang betul-betul kita rasa puas hati dengan bentuk, tekstur dan rasanya bukanlah semudah yang disangka.
Tentu anda juga pernah alami pengalaman yang sama ketika membuat donut bukan? Umpamanya bila donut sudah sedia hendak digoreng tiba-tiba kita hendak angkat masukkan ke kuali, melekat pula pada bahagian bekas. Akhirnya bentuk donut berubah tidak lagi membulat seperti yang diharapkan.
Selain itu, ada juga yang bila donut digoreng nampak cantik di dalam kuali, tapi ada yang masih tidak puas hati sebab tiada ring terbentuk di sekeliling donut. Bukan itu sahaja, lagi geram dibuatnya jika donut yang dimasak tidak gebu teksturnya. Hendak dimakan pun kurang enak rasanya.
Jadi berkongsi cara untuk mendapatkan donut yang sempurna, cantik dan semestinya gebu untuk dimakan, wanita berumur 50an ini berkongsi tip dan resipi untuk lebih ramai mengetahui cara menyediakan donut terbaik.
Ini perkongsiannya;
Dah umur 50an, 20 tahun lebih jadi isteri orang baru pandai buat donat/bomboloni ada ring dan tak serap minyak… hehehe…Tak terlewat
Lihat history post kat MAHN, mesti lucu tengok gambar donut masa mula belajar. Rupanya hanya perlu tahu teknik rounding dan masak sahaja. Resepi kebanyakkan sama semuanya. Belajar dari gugel, tiada guru PJJ berbayar, jadi, kalau nak tahu, boleh la kita share share ilmu. Jika ada nak tahu…
Resepi kalau biasa buat, sama saja. Cuma teknik rounding tu bagi cantik. Try search “cara rounding donat” kat youtube jika nak belajar.
Ini resepi (edit sedikit untuk kesesuaian diri sendiri) :
Adunan ini menghasilkan 12 biji donut berat 40gr
Bahan A
Setengah paket yis segera + air setengah cawan + susu 3 sudu, kacau, tutup dan biarkan sebentar supaya pasti yis tiada masalah. Bahan B
1 setengah cawan Tepung Protein Tinggi (Tepung Roti)
1/2 cawan tepung gandum serbaguna (saya guna tepung cap rose)
1 biji Kentang (sudah di rebus & lenyek)
1 sudu besar Gula aising/kastor
1 sudu kecil Bread Improver ( pilihan, kalau tak nak letak pun tak apa)
2 sudu besar Susu Serbuk
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 cubit garam
1 sudu besar Mentega/Marjerin
CARA-CARANYA :
Campur semua bahan B, gaul/masukkan dalam bread maker. Lepas tu bahan A dituang sedikit demi sedikit hingga adunan tak lekat dibekas/tangan.
Jika menggunakan BM, pilih mode dough, bila dia berhenti kali pertama (dalam 30 minit), terus keluarkan untuk tujuan rounding (saya tidak pruf dan tumbuk buang angin untuk buat roti/donut)
TIPS PENTING CARA MENGETAHUI DOH TELAH SEDIA/SESUAI :
1. Masukkan bahan cecair sedikit demi sedikit, supaya nanti x terlebih lembut & adunan hingga susah di bentuk.
2. Apabila doh dipegang akan rasa melekat sikit di tangan. Kalau x melekat laangsung tu tanda kurang cecair sikit. Kalau pegang sanagt melekat itu tandanya terlebih cecair.
*Setiap tepung mempunyai kelembapan & tahap serap air yang berbeza, sebab itu kena tuangkan cecair sedikit demi sedikit.
CARA MENGETAHUI TAHAP PROOF DOH : Underproof : Apabila jari di tekan pada doh, doh memantul semula ke bentuk asal tanpa meninggalkan kesan. Proofed : Jari di tekan, doh memantul secara perlahan dan kembali sehingga separuh bentuk asal sahaja, ( tidak kembali 100%) Overproof : Apabila, jari di tekan, doh tak memantul lagi, dan kesan jari kekal sama.
TIPS MENGURANGKAN SERAPAN MINYAK KETIKA MENGGORENG :
1. Buka penutup atau kain tutupan doh 10 hingga 15 minit sebelum di goreng, agar permukaan luarnya menjadi sedikit kering & apabila di goreng mengurang penyerapan minyak. Pastikan di buka sewaktu belum proof sepenuhnya.
2. Goreng api yang perlahan (macam tak nampak dia berbuih goreng tu, masak pelan jer minyak dalam kuali tak berbunyi). Nampak kaler perang kat bawah, alihkan sekali (jangan alih banyak banyak kali).
TIPS Tambahan :
Nak rounding tu, pastikan bulat cantik dan letak atas kertas tabur sedikit tepung. Senang nak angkat goreng satu satu. Kertas 4 segi kecik kecik (saya guna A4 paper, potong jadi 6 keping)
SELEPAS ROUNDING, tunggu 10-20 minit, lepas tu leperkan dan lubangkan (saya guna penutup botol). Kemudian pruf lagi 30 minit sebelum goreng.
Biasanya tidak menunggu lama sebab untuk rounding dari pertama sampai ke akhir tu, lebih kurang 10-20 minit, jadi, selepas selesai kita rounding, kita dah boleh start leperkan sedikit dan tebuk lubang satu demi satu. Jika buat laju, boleh la tunggu sebentar.
Selamat berjaya .
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.