Sudah tentu setiap hari kita buat teh tarik atau kopi susu dengan susu pekat manis. Tak ada bancuhan susu pekat manis ni tak sedap lah rasa minuman kita.
Boleh dikatakan barangan wajib yang mesti ada dalam senarai barangan keperluan di rumah.
Selain membuatkan minuman rasa lemak berkrim, susu pekat manis juga boleh digunakan untuk membuat kuih muih dan kek.
Selain beli susu pekat manis, kita sebenarnya boleh buat sendiri susu ini di rumah.
Kepada yang suka memasak, ini petua menyimpan bahan-bahan masakan agar tahan lama dan masih segar. Ilmu petua ini memang perlu sentiasa ibu-ibu kena ingat, maklumlah hari-hari memasak kan.
Hakikatnya apabila seseorang ibu itu sama ada suri rumah atau yang bekerjaya, ia adalah amalan yang bagus, mana taknya, selain dapat menjimatkan perbelanjaan isi rumahtangga, tetapi dapat menyediakan makanan yang berkhasiat untuk ahli keluarga.
Kita yang memasak kan, mestilah nak bagi yang terbaik untuk ahli keluarga agar anak-anak dan suami mendapat kesihatan yang baik. Jom kita hadam petua-petua ni yang hasil daripada perkongsian puan Shakina Ismail. Sungguh memberi manfaat kepada ibu-ibu semua.
Berikut adalah cara-cara menyimpan bahan-bahan masakan yang popular yang digunakan di dapur anda.
Cili padi
Kerang
Sayur hijau
Cili kering kisar
Peria
Hilangkan pijar tangan kena cili
Kentang
Taugeh
Tauhu
Santan
Ikuti langkah seperti berikut:
Sumber: Shakina Ismail via Resepi Hari Ini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Laksa yang sedap sememangnya cukup digilai dan teringat-ingat walaupun perut masih lagi kenyang. Apa lagi ketika perut lapar.
Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa. Anda harus cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap dan tahan lama. Cuba dahulu dan persiapkanlah diri untuk sajian rumah terbuka nanti. Pasti tetamu makan bertambah. Selamat mencuba.
Laksa Lebih Tahan Lama
Petua untuk menjadikan laksa putih tahan lama adalah dengan merebusnya bersama asam keping. Cara ini buat laksa tahan lama dan tidak cepat basi. Rendam dahulu laksa sebelum direbus dan kemudian barulah direbus bersama asam keping. Selepas masak, angkat dan basuh hingga bersih. Toskan airnya. Selesai.
Guna Ikan Selayang
Ramai orang utara sukakan ikan kembung kerana rasanya yang ‘ringan’ dan enak namun untuk menjadikan laksa yang sedap dan power gunakan ikan selayang atau ikan sardin. Ikan sardin bukan hanya banyak isinya tetapi paling penting isinya lebih manis, lemak dan enak. Jadi kena cuba.
Rebus Sekejap
Selepas ikan dibasuh bersih, rebuslah ikan dengan asam keping. Pastikan sebaik airnya mendidih, tutuplah apinya kerana jika dibiarkan lama rasa manis ikan akan hilang. Malah isi ikan juga jadi pecah dan makin susah untuk di asingkan daripada isinya. Kisarlah ikan seperti biasa.
Kisar Tulang
Tulang ikan jangan pula dibuang sebaliknya kisarkanlah sekali bersama sedikit air dan tapiskan. Air daripada tulang ini lebih manis rasanya.
Jangan pula dibuang.
Bawang Banyak
Untuk menyediakan kuah yang lebih manis dan enak rasanya, pastikan penggunaan bawang besar yang banyak. Disyorkan 3 hingga lima biji. Jangan pula gunakan bawang besar Holland kerana rasanya berbeza. Kisarkan bersama cili kering dan juga belacan.
Belacan Sedap
Untuk menjadikan kuah laksa yang sedap, belacan juga kenalah sedap. Jangan sesekali menggunakan belacan kering yang dijual di pasaraya. Belacan yang sedap adalah belacan yang basah dan tidak terlalu gelap warnanya. Sebaiknya guna sahaja belacan yang dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sesekali dibakar belacan tersebut. Hilang rasa sedapnya untuk kuah laksa.
Didihkan Bahan Kisar
Didihkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, belacan dan bawang besar. Biarkan dididih seketika hingga mendidih. Jika mahu rasa lebih pedas, anda boleh juga menambah sedikit cili padi ke dalam bahan kisaran. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah dimasukkan kisaran isi ikan bersama air secukupnya.
Asam Keping
Kuah laksa yang sedap adalah dengan cukup rasa masamnya. Ini penting. Jadi masukkanlah beberapa keping asam keping, dalam anggaran 5 hingga 7 keping bersaiz kecil. Apabila mendidih dan rasanya terlalu masam, keluarkanlah asam keping ini.
Masak Lama
Bila sudah masukkan kesemua bahan, biarkan kuahnya dididihkan agak lama. Jangan pula mendidih dua hingga tiga kali terus ditutup apinya. Biarkan mendidih lama sehingga satu jam. Semakin kuah pekat, semakin sedap rasanya. Biarkan kesemua bahan mesra dan sebati kemudian barulah ditutup apinya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Roti bakar antara menu yang wajib dinikmati jika menjamu selera di kopitiam. Minum pula dengan kopi panas, memang ‘terangkat’ habis. Sesuai dinikmati untuk sarapan pagi mahupun minum petang.
Tak susah pun nak buat menu ala kopitiam ini. Hanya perlukan tiga bahan ringkas sahaja. Dari roti terbiar sahaja di dapur, kalau buat macam ini tentu lebih berselera. Nak cuba? Saudari Ziera Xiera ada kongsikan resipinya. Jom cuba buat!
Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwich
Sekaya (boleh guna sebarang jenama)
Mentega
Sedap Makan Waktu Sarapan & Minum Petang
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti dan potong bahagian tepinya.
2. Kemudian sapukan sekaya pada roti hingga rata. Lebihkan sapuan untuk rasa lebih sedap.
3. Seterusnya, ambil mentega dan potong menjadi kepingan besar. Kemudian potong kepingan tersebut kepada 3 bahagian kecil. Pastikan mentega masih keras.
4. Susun potongan mentega di atas roti.
5. Ambil sekeping roti dan tutupkan bahagian atasnya. Potong kepada dua bahagian.
6. Susun kepingan roti di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit. Masa mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan.
7. Bila roti sudah garing begini, angkat dan sedia untuk dihidangkan.