Memang dah wanita, semua nak kelihatan cantik. Walaupun usia meningkat, bukan penghalang nak jadi kekal jelita.
Malah ada yang sanggup beli pelbagai produk dari mahal, sampai yang murah habis di cuba.
Salah satu masalah yang dialami oleh wanita adalah jeragat. Ada ajer produk untuk memudarkan jaragat. Tapi bagi yang nak cuba secara natural boleh cuba petua ini.
Paling sesuai untuk jeragat yang baru nak tumbuh. Ikuti perkongsian ini.
Petua ni sesuai untuk jeragat yang baru berjinak-jinak nak keluar. Atau pun yang baru sedikit dan kecil.
Ads
Jika dah terlalu banyak dan tebal, agak sukar dihilangkan dengan petua ini.
Walau bagaimanapun, boleh juga diamalkan dengan kerap untuk memudarkan jeragat.
Petua ini, jika sering diamal, kulit muka juga akan lembut, selembut kulit bayi. Dah terbukti. Jerawat juga susah naik dan kulit akan bersih serta cerah.
Ads
Ads
Caranya:
1. Ambil 3 hirisan limau nipis, perah airnya.
2. Sedikit susu tepung (saya guna everyday/fernleaf/nespray)
3. Campurkan sebati
4. Sapu di muka dan biarkan selama 30 minit hingga kering
5. Bilas dengan air suam. Cuci muka seperti biasa
Jangan biarkan wajah kelihatan tua sebelum waktunya. Kebiasaanya kaum wanita cukup sensetif dengan ini.
Oleh itu, jika ingin melambatkan wajah anda nampak berusia ada baiknya persiapkan diri dengan mengamalkan petua, lebih-lebih lagi bila usia telah mencecah 30 tahun ke atas.
Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.
Terdapat 2 kaedah yang boleh anda amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus ini iaitu:
1. Makan begitu saja
– Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.
– Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.
2. Minum air rebusan
– Ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.
– Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.
– Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.
Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ni setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.
Moga anda nampak lebih muda daripada biasa.
Selain itu, ada lagi 5 petua awet muda yang telah dikongsikan oleh Nurul Fazilah Tajuddin.
Petua Awet Muda
1. Selepas bangun daripada tidur, amalkan minum air suam segelas dan selawat sebanyak tiga kali. Amalkan ia setiap hari selepas bangun tidur. Insya-Allah muka anda akan kelihatan berseri-seri setiap hari.
2. Ambil pucuk gajus, bersihkan ia dan makan tanpa direbus. Anda juga boleh meminum air rebusan pucuk gajus tersebut untuk kelihatan awet muda.
3. Anda boleh gunakan kedua-dua jari telunjuk kedua-dua belah tangan anda dan letakkan di dagu. Pusingkan-pusingkan jari anda mengikut arah jam sehingga ke pipi anda dan seterusnya ke hidung anda dan akhir sekali hingga ke dahi anda.Kemudian minum air suam sebelum mengambil sarapan. Diingatkan kepada anda supaya jangan sesekali mengurut dari dahi ke bawah kerana ia mempercepatkan proses kedutan.
4. Makan daun pudina mentah setiap hari atau anda boleh jadikan ia sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan makan daun ini selalu untuk kelihatan muda dan berseri-seri setiap hari.
5. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah direndam sebelumnya. Sapukan pada kulit muka anda setiap hari dan lihat hasilnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak cantikkan kulit wajah tidak semestinya guna produk yang mahal. Dengan bantuan bahan-bahan alami yang ada di dapur juga boleh bantu mendapatkan kulit yang lebih sihat dan flawless.
Perkongsian dari Riana Samad menarik untuk anda cuba kerana bahan yang digunakan adalah campuran kunyit, asam jawa dan juga timun.
Kiub Ais pencerah Kulit. Campuran Kunyit, Asam jawa & Timun.
Aritu sorang sobat citer, ada try campur limau nipis dan soda bikarbonat untuk buang parut. Ya Aulohhh mendidih rasa kulit kata dia. Amende laa. Guna limau nipis saja pun Kakdell sendiri hampir rasa nak pi sembam muka dalam ais, inikan campur soda bikarbonat.
Tajam tuuu siap boleh putihkan lantai tandas ganti clorox tau dak. MOHON istighfar banyak dekat yang bagi resepi diy macam tu. Kulit jenis tebal no worries la sangat. Kene yang kulit nipis sensitif tu. Eh senget jugak!
Nak mudah cuba buat masker lembut mesra kulit ni dari jenis berasid cam tadi. Sebab natural2 limau pun tak semua boleh ngam.
Macam masker pakai 3bahan ni. Hanya timun, kunyit dan asam jawa inshaallah boleh sangat. Niat melawa cara alami tu comel dah. Tapi toksah kelam kabut sangat bereksperimen memacam kat kulit.
Kenapa 3 bahan, cemana nak buat & berapa kerap pakai, nakti boleh baca kat gambar. Kat situ Kakdell ada ringkaskan serba sikit.
Berminat nak terai tapi tak pasti bila nak buat tu boleh la share dulu tanak bagi hilang ya.
Suplimen berasaskan kolagen tentunya mendapat perhatian bagi kita kaum wanita terutamanya yang telah berumur 35 tahun ke atas. Ini kerana difahamkan kolagen dapat membantu untuk menjaga kesihatan kulit agar nampak lebih awet muda.
Kolagen adalah protein yang mengandungi asid amino dan berfungsi menjaga lapisan jaringan dan tulang manusia. Ia juga dapat membuatkan kulit lebih tegang serta melambatkan proses kedutan berlaku.
Jadi tak hairanlah ramai yang mahu mengamalkan pengambilan kolagen bagi tujuan kecantikan dan kesihatan dan sekali gus nampak muda.
Pun begitu, bagi memberi info pada anda yang baru ingin mencari kolagen yang terbaik, elok kiranya baca dulu perkongsian daripada Dr Zubaidi ini.
MAHU MENCARI KOLAGEN YANG TERBAIK?
Saya ingin berkongsi tentang tips memilih produk kolagen yang terbaik. Produk kolagen ini tidak sesuai diamalkan oleh semua orang. Jadi dapatkan nasihat dulu dari doktor yang merawat.
Di farmasi juga terdapat banyak pilihan untuk memilih produk kolagen. Sebelum pilih, bincang dulu dengan ahli farmasi yang bertugas.
Ada beberapa tips pemilihan
Tubuh kita tidak menghasilkan vitamin C. Kolagen yang menjadi sebahagian struktur asas kulit pula tidak dapat menghasilkan kolagen tanpa Vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk merangsangkan penghasilan fibroblast, dan meningkatkan penghasilan kolagen.
Oleh itu vitamin C sangat penting untuk menjadikan kulit menjadi pejal dan kelihatan lebih muda. Selain itu vitamin C mempunyai sifat antioksida yang melindungi DNA sel-sel kulit dari serangan elemen radikal bebas.
Ambil vitamin C antara 500mg-1000mg untuk mendapatkan kesan yang baik. Maksima dos vitamin C adalah 2000mg sehari.
Kolagen boleh diambil bila-bila masa walaupun ada beberapa saranan untuk diambil pada waktu-waktu tertentu. Jika kita ambil pada waktu pagi (perut kosong) ia akan menyerap dengan lebih baik. Jika diambil pada waktu malam, ia dikatakan dapat membaiki tisu dengan lebih baik. Terserahlah mahu mengambilnya pada bila-bila masa.
Kolagen yang dimakan akan dihuraikan kepada asid amino. Dalam tubuh, asid amino ini digunakan untuk menghasilkan kolagen. Tidak semua asid amino yang kita makan dapat menghasilkan kolagen. Jadi dengan mengambil suplemen kolagen, diharapkan asid amino ini telah sedia untuk dijadikan kolagen.
Terdapat pelbagai jenis kolagen (sekurang-kurangnya 28 jenis kolagen) dan setiap satunya mempunyai kelebihan dan fungsi yang tersendiri. Untuk kulit pilihlah kolagen jenis I dan III, kebanyakannya dari sumber haiwan seperti lembu, kerbau atau kambing. Ada juga dari sumber ikan seperti pada kulit dan sidik ikan talapia.
Kolagen jenis I terdapat banyak pada kulit, juga bahagian dalam tubuh seperti sendi, tulang dan tendon.
Kolagen jenis III lebih khusus pada kulit yang menyebabkan kekenyalan (elasticity) kulit. Dalam banyak kajian menunjukkan penghasilan kolagen jenis III ini semakin berkurangan dengan banyak (berbanding kolagen jenis I) apabila kita semakin berusia. Tidak hairanlah bila memasuki umur 50an terdapat banyak perubahan pada kekenyalan kulit. Kulit mula berkedut dengan lebih jelas.
Tahap kolagen dalam tubuh mula berkurangan pada usia 30an. Faktor genetik, pemakanan, kehamilan, stress, tidak cukup rehat dan pencemaran akan menyebabkan kulit muka akan kelihatan lebih tua dari umur yang sebenar. Penghasilan kolagen yang berkurangan ini bermula seawal umur 30an dan menurun 1% pada setiap tahun.
Tubuh kita akan mengalami keseimbangan antara penghasilan dan kerosakan kolagen. Semasa muda tubuh lebih menghasilkan kolagen, sementara apabila berumur tubuh mengalami lebih banyak kerosakan kolagen.
Pengambilan kolagen dari makanan atau suplemen tidak membantu ketika kulit sudah mengalami kerosakan teruk seperti terlalu berkedut. Oleh itu penjagaan kulit harus bermula ketika waktu muda, ketika kerosakan belum terlalu banyak.
Dalam kajian menunjukkan seorang wanita mengalami kedutaan kulit yang ketara sebanyak 30% apabila serelah memasuki 5 tahun fasa menopause dan mengalami kekurangan penghasilan kolagen sebanyak 2 % setiap tahun selepas itu. Ini akan menyebabkan kulit lebih berkedut, rongga kulit bertambah besar dan kedutaan bertambah dalam.
Jika kita seorang yang sangat menjaga penampilan, pengambilan makanan yang mengandungi banyak kolagen dan mungkin suplemen kolagen yang sesuai membantu mengurangkan kedutan pada kulit.
6.Pastikan bahan yang ada dalam suplemen kolagen ini tidak mengandungi pewarna, perasa sintetik, gluten, dan bahan yang mungkin kita mengalami alahan. Untuk perasa cuba pilih yang berasakan tumbuhan seperti stevia dan monk fruit. Perhatikan jika terdapat dakwaan berlebihan seperti menyembuhkan penyakit tertentu dengan berbincang dengan ahli farmasi yang bertugas. Oleh kerana sumber kolagen ini dari haiwan, pastikan ia sumber yang halal.
7.Suplemen kolagen bukanlah suatu produk magik
Kulit adalah sistem yang kompleks. Kolagen sudah tentu struktur asas kulit yang penting tetapi kadang kala ia memerlukan elemen elastin, ceramide, hyaluronic acid dan antioksida seperti vitamin C dan vitamin E untuk membaiki dan menjaga kesihatan kulit.
Tanpa elemen-elemen ini, kulit mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik.
Sekali lagi, tidak semua orang sesuai untuk mengambil suplemen kolagen. Jika hamil, menyusukan anak dan mengambil ubatan sintetik dari hospital, sekali lagi saya nasihatkan agar berbincang dengan doktor yang merawat atau sekurang-kurangnya berbincang dengan ahli farmasi yang bertugas.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...