Rambut adalah mahkota setiap wanita untuk tampil menawan dihadapan suami. Namun lazimnya faktor usia dan selepas kelahiran anak, wanita sering menghadapi masalah keguguran rambut. Ia menyebabkan rambut semakin nipis sehingga membuatkan ada segelintir wanita hilang keyakinan diri. Selain mendapatkan rawatan moden untuk melebatkan rambut, terdapat petua untuk merawat masalah rambut gugur. Salah satu petua yang dikongsi oleh seorang wanita di facebook miliknya,Suzy Honey berkongsi petua ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Anak saya Nadia merungut kerana rambutnya mengalami keguguran selepas melahirkan anak . Kebetulan banyak limau purut di rumah kami. Jadi untuk memudahkan Nadia secara konsisten menjaga dan merawat keguguran rambutnya saya menyediakan satu resepi yang memudahkan Nadia untuk menggunakannya setiap kali diperlukan.
Wanita ramai yang mengalami masalah rambut keguguran dan tak kurang juga masalah kelemumur dan rambut berbau hapak kerana sering berpeluh. Ini mungkin antaranya faktor , masalah hormon yang tidak seimbang terutama bagi wanita yang lepas bersalin.
Ramai orang tahu limau purut sangat bagus untuk penjagaan rawatan rambut. Penggunaan limau purut sangat terkenal sejak dari zaman dahulu lagi.
Ads
Ini resepi cara saya buatkan untuk rawatan rambut gugur . Cara ini juga membuat akar rambut jadi kuat dan pada masa yang sama ianya memberi bau yang harum pada rambut juga buat rambut menjadi sihat bersinar :
BAHAN-BAHAN:
4 ke 5 biji limau purut dipotong 1 gelas Santan kelapa yang asli di perah – lebih baik guna santan segar lebih berkhasiat untuk rambut. Memberi sinar untuk rambut menjadi sihat.
Ads
PENYEDIAAN:
Limau purut yang segar 4 ke 5 bijiBlenderkan dengan 1 gelas santar segar. Saya tak rekemenkan guna santan kotak. Lebih baik guna santan asli untuk resepi ini bagi kegunaan rambut .Masukkan kedalam bekas cube air batu dan bekukan.Sudah keras boleh gunakan 1 ke 2 cube di gosokkan ke kulit kepala dan rambut untuk kuatkan akar rambut juga memberi rambut berkilat. Kemudian dibiarkan seketika dan bilasa dengan air . Gunakan 2 kali seminggu.
Kedua bahan tersebut di blender sehingga hancur dan kemudian masukkan kedalam bekas ais cube. Masukkan dalam peti beku .
Ads
Cara untuk rawatan:
Ambil 1 ke 2 ketulan ais cube limau purut santan tersebut dan gosokkan ke kulit kepala. Ianya dapat menguatkan akar rambut dan menghilangkan pening kepala juga. Boleh di lakukan seminggu 2 kali. Untuk mendapatkan kesan.
Apabila menyentuh mengenai kecantiikan pastinya semua wanita akan berminat untuk mencuba.
Kalau ikut nenek moyang kita memang bahan semulajadi lah yang terbaik untuk jaga dalaman dan naik seri muka.
Lepas tu buat pulak sendiri di dapur lagi dijamin terbaik! Guna 3 bahan dari dapur je dah dapat pakej tubuh sihat bertenaga dan makin hari makin cantik berseri.
Nak cantik kenalah amalkan lah petua ni.
Bahan diperlukan :
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 batang serai
Gula batu (optional)
Air 3 gelas
Cara membuat :
Potong atau hiris semua bahan. Kemudian masukkan 3 gelas air putih. Didihkan sehingga air rebusan menjadi 1 gelas. Pastu minum ler panas-panas. Amalkan seminggu sekali.
Senang je kan nak dapat manfaat dari bahan dapur ni. Kunyit, serai dan halia ni memang banyak sangat manfaat untuk badan tau.
-Bantu sembuhkan luka dengan cepat.
-Melambatkan proses penuaan.
-Membuang lebihan racun berbahaya dan bahan kimia dari badan.
-Meningkatkan antibodi badan.
-Mengawal paras gula dalam badan.
-Kandungan kurkumin dalam kunyit dapat bantu kurangkan lemak badan.
Halia :
-Menurunkan paras kolestrol
-Buang angin dalam badan
-Bantu penghadaman
-Kurangkan berat badan
-Menguatkan imuniti badan
Serai :
-Bantu sistem penghadaman
-Cantikkan kulit
-Buang toksin dalam badan
-Kurangkan bau badan
-Cairkan lemak dan sebagainya
Semoga bermanfaat untuk semua. Jom #SHARE ramai-ramai supaya sama-sama dapat buat untuk kesihatan. Selamat mencuba
Sifat dan naluri semula jadi setiap wanita pasti ingin tampil cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki. Namun, seringkali kita hanya fokus pada perawatan kulit dan rambut dari luar, seperti menggunakan produk penjagaan atau melakukan perawatan kecantikan di salon.
Hakikatnya perawatan kecantikan dari dalam juga sangat penting supaya kulit kekal sihat dan cantik. Sekali gus kelihatan awet muda dan glowing setiap masa.
Nak glowing tak? Inilah masa untuk kita siap sedia untuk melakukan 7 tips cantik perawatan diri luar dan dalaman. Ayuh!
1.Minum air secukupnya
Hidrasi! Mesti kena minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari! Bahkan jika ada yang mempunyai masalah wajah berjerawat bukan sahaja disebabkan oleh kulit berminyak tetapi kerana kekurangan air dalam badan.
2.Kurangkan mengambil makanan bergula
Percaya atau tidak, pengambilan gula yang berlebihan boleh merosakkan kolagen dalam kulit seterusnya membuatkan kulit menjadi tidak anjal! Bahkan ia juga antara punca jerawat pada muka.
3.Rambut berkilau dan sihat
Untuk mendapat rambut idaman yang berkilau dan sihat dengan melakukan basuh rambut dengan menggosok lembut rambut serta kulit kepala bagi memastikan syampu sampai ke akar rambut. Kemudian urut kulit kepala dengan vitamin E. Seterusnya jangan lupa ambil ssid lemak Omega-3 menyihatkan rambut dan membuatnya nampak lebih berkilau. Kandungan asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam ikan salmon, makarel, sardin dan telur kuning.
4.Pakai sheet mask
Sheet mask boleh digunakan setiap hari kerana ianya mampu menyuburkan kulit dan memberikan kulit terasa lebih bertenaga.
Jadikan ia rutin penjagaan muka, confirm akan nampak perbezaannya!.
5.Gunakan eye cream
Lingkaran gelap dan lebam bawah mata bawah adalah merupakan salah satu musuh utama setiap wanita. Ia menyebabkan solekan tidak menjadi cantik. Tips paling mudah sekali ialah rajin-rajinlah menggunakan eye cream di bawah mata. Kalau tak ada eye cream, guna ais pun boleh. Urut pelan-pelan di bawah mata, kuranglah sikit lebam mata.
6.Pilih produk yang betul
Elakkan penggunaan produk yang boleh mengeringkan kulit wajah. Hal ini kerana ia akan menggalakkan lagi kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak minyak.
Namun, bagi wanita yang sibuk menguruskan rumah tangga terutama anak-anak yang sedang membesar dan kerjaya. tentu tidak mempunyai banyak masa untuk membelai diri. Tak perlu penin kepala, mulakan dengan menggunakan Youvit Collagen Gummies. Manfaaat 3 In 1, sudah tentu glowing dengan mudah! Nak raya tak lama lagi, ini lah persediaan dalaman yang mak-mak kena buat!
7. Youvit Collagen Gummies 3 In 1
Selaku perintis produk gummy kecantikan, Youvit menawarkan tiga produk dalam rangkaian kecantikannya, iaitu gummy yang mengandungi Niacinamide, Biotin, dan Kolagen. Setiap produk dirumus khas untuk memberikan hasil yang menyeluruh supaya kecantikan anda kekal berpanjangan.
Menurut Maarten Vrouenraets, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi Youvit, melabur dalam kecantikan bukanlah sekadar membuat rawatan muka, namun kita seharusnya menangani punca utama yang menjurus pada masalah kecantikan yang selalu dialami wanita seperti keguguran rambut, kulit kering, dan jerawat.
“Gummy kecantikan kami terhasil daripada penyelidikan yang bertahun lamanya untuk menyediakan vitamin dan mineral yang seimbang supaya dapat memancarkan kecantikan anda dari dalam. Dengan cara ini, kami bukan sahaja melonjakkan penampilan anda namun juga kesejahteraan anda secara keseluruhan.”
Youvit Niacinamide Gummies mengandungi Niacinamide dan Aloe Vera yang dirumus khas untuk menyerikan wajah supaya kulit, Biotin dan Ginseng yang dirumus khas untuk mendapatkan rambut yang lebih kuat bagi mengelakkan rambut gugur. Ia juga mengandungi 1000 mg Kolagen dan buah-buahan terbaik untuk membantu mengekalkan keremajaan kulit supaya kekal berseri. Pakar nutrisi mengesyorkan pengambilan ketiga-tiga produk sebagai sebahagian daripada rutin kecantikan harian.
Lebih membanggakan, sejak Youvit Beauty Gummies diperkenalkan pada akhir tahun 2022 eksklusif di Watsons, produk Youvit ini laku keras, dengan lebih 2 juta gummy terjual sehingga menjadi bualan ramai pengguna di media sosial yang teruja dengan hasilnya.
Tunggu apa lagi, jom buat rutin harian kecantikan. Yang penting konsisten baru nampak resultnya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin ada di antara kita yang suka beranggapan bahawa melihat perempuan cantik sahaja mesti terus cakap pakai produk hebat.
Tak pun berperasangka, itu mesti gunakan teknologi terkini seperti pembedahan plastik untuk memiliki kulit wajah sempurna.
Tapi jangan tidak percaya, dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi juga anda mampu mendapatkan kulit wajah yang bersih dan cantik.
Ini antara petua dan yang sering diamalkan oleh Norafiza Mahmud dan telah dimuat naik di akaun fbnya untuk dimanfaatkan bersama.
Ini perkongsiannya.
Memandangkan aku ni bukan jenis suka make up tebal 1 inci. Jadi aku buat solution sendiri untuk dapatkan kulit yang cantik dan bebas segala jerawat, jeragat, gelap bawah mata, kedut-kedut.
Dalam satu mask ni sahaja, semua ada.
BRIGHTENING MASK SCRUB
1 biji Kentang ( rebus dan lenyek )
1 sudu yogurt asli
½ perahan lemon
1 sudu baking soda
2 sudu tepung ubi ( agent pemekat )
Cara-cara:
1. Lenyek kentang yang telah direbus dan dibuangkan kulit hingga lumat.
2. Masukkan semua bahan lain dan gaul rata.
3. Sedia untuk digunakan di wajah. Ratakan di muka dan biarkan 15 hingga 20 minit. Kemudian mask akan kering dan gosokkan seperti scrub.
Selalu bila kulit dah nampak kusam memang ini makanan dia. Paling cantik bila cik oya nak make up. Kesannya, make up akan nampak segar.
Magicnya!
Bila cik oya pegang muka rasa macam berminyak. Bila tanya orang yang melihat dia cakap flawless.
Benda ni nak kena rajin tau. Seminggu kurang-kurang sekali. Tapi bergantung kepada kulit masing-masing.
Pesanan untuk kulit yang sensitif, cuba dahulu di bahagian bawah pipi sebelah kiri atau kanan. Sesetengah kulit tidak sesuai dengan baking soda atau lemon. Jadi, pilih antara satu.
sumber : Norafiza Mahmud
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.