Apabila menyentuh mengenai kecantiikan pastinya semua wanita akan berminat untuk mencuba.
Kalau ikut nenek moyang kita memang bahan semulajadi lah yang terbaik untuk jaga dalaman dan naik seri muka.
Lepas tu buat pulak sendiri di dapur lagi dijamin terbaik! Guna 3 bahan dari dapur je dah dapat pakej tubuh sihat bertenaga dan makin hari makin cantik berseri.
Nak cantik kenalah amalkan lah petua ni.
Bahan diperlukan :
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 batang serai
Gula batu (optional)
Air 3 gelas
Ads
Cara membuat :
Potong atau hiris semua bahan. Kemudian masukkan 3 gelas air putih. Didihkan sehingga air rebusan menjadi 1 gelas. Pastu minum ler panas-panas. Amalkan seminggu sekali.
Senang je kan nak dapat manfaat dari bahan dapur ni. Kunyit, serai dan halia ni memang banyak sangat manfaat untuk badan tau.
-Bantu sembuhkan luka dengan cepat.
-Melambatkan proses penuaan.
-Membuang lebihan racun berbahaya dan bahan kimia dari badan.
-Meningkatkan antibodi badan.
-Mengawal paras gula dalam badan.
-Kandungan kurkumin dalam kunyit dapat bantu kurangkan lemak badan.
Halia :
Ads
-Menurunkan paras kolestrol
-Buang angin dalam badan
-Bantu penghadaman
-Kurangkan berat badan
-Menguatkan imuniti badan
-Bantu sistem penghadaman
-Cantikkan kulit
-Buang toksin dalam badan
-Kurangkan bau badan
-Cairkan lemak dan sebagainya
Semoga bermanfaat untuk semua. Jom #SHARE ramai-ramai supaya sama-sama dapat buat untuk kesihatan. Selamat mencuba
Baru-baru ini tular satu posting dari seorang wanita yang meminta pandangan serta petua dari netizen berkenaan dengan rawatan bagi anaknya yang kerap berkudis.
“Bagaimana nak rawat penyakit kudis pada tangan anak saya?,” demikian pertanyaan seorang ibu dalam satu kumpulan Facebook baru-baru ini.
Selain menerima pelbagai nasihat, pertanyaannya itu turut ditempelak beberapa netizen kerana gambar yang dimuat naik bersama coretan memaparkan kuku tangannya dan bayi, panjang.
Rata-rata netizen menyarankan supaya dia memotong kuku terlebih dahulu sebelum meletakkan sebarang krim perubatan.
Pun begitu, selepas menerima kecaman teruk, wanita berkenaan memadamkan posting berkenaan.
Amalan menyimpan kuku bukanlah perkara baharu dalam masyarakat sebaliknya berlaku sejak dahulu kala lagi terutama di negara Barat.
Namun di dalam Islam, ia sangat dititikberatkan kerana melihatkan isu kebersihan.
Menerusi perkongsian Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam Selangor, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman berkata, menyimpan kuku panjang adalah tidak bagus kerana boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan diri.
Menjelaskan mengenainya, beliau berkata, kuku yang panjang berpotensi mengumpul kotoran di celah bawah kuku.
“Walaupun beri alasan rajin cuci tangan, itu masih tidak menjamin kuman-kuman terlepas dari tempatnya.
“Ia tidak mudah dihilangkan dengan kaedah cucian tangan biasa. Pengumpulan kotoran ini secara tidak langsung akan membiakkan bakteria berbahaya seterusnya menjejaskan kesihatan tubuh,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook.
Malah katanya, berdasarkan kajian yang pernah dilakukan di luar negara, pernah dilaporkan bahawa bakteria paling merbahaya iaitu MRSA dijumpai di celah kuku yang panjang.
MRSA memerlukan antibiotik yang sangat kuat dan biasanya jangkitan ini boleh menyebabkan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) atau membawa maut.
Di Amerika Syarikat pada tahun 1997, sebanyak 16 kematian bayi di salah sebuah hospital dilaporkan adalah dikaitkan dengan jangkitan kuman yang dibawa oleh dua orang jururawat yang memiliki kuku panjang.
“Lagi satu, kebanyakan yang menyimpan kuku panjang juga adalah suka mewarnakan kuku sehinggakan tidak menampakkan ada kekotoran di celah bawah kuku dan ini menjadi tempat kuman-kuman membiak.
“Bukan saja bakteria tetapi kuman kulat atau fungal juga banyak tumbuh,” jelas beliau.
Tambahnya, kuku panjang boleh mencederakan diri.
“Kerap sekali saya jumpa pesakit-pesakit yang ada masalah kulit gatal suka menggaru sehingga menyebabkan luka dan menjadi jangkitan kuman.
“Ada beberapa kes saya mulakan ubat antibiotik kerana luka akibat garu dengan kuku panjang mereka menyebabkan jangkitan kuman. Ada yang menjadi luka ulser khususnya pesakit Diabetes,” ujarnya lagi.
Berkata lanjut, Dr Arisman memaklumkan bahawa kuku yang panjang dan tajam sangat bahaya kepada bayi dan anak kecil kerana kulit golongan itu masih nipis terutama bahagian wajah. Bayangkan jika secara tak sengaja kuku panjang ibu-ibu terkena pada wajah atau bahagian mata bayi.
“Bahkan dalam wad hospital atau di ICU, ada jururawat yang akan tolong potong kuku-kuku pesakit yang terlantar di situ kerana tidak mahu berlaku jangkitan silang dalam wad.
“Maka pentingnya para pelawat atau saudara yang datang ke hospital, bawa sekali pemotong kuku dan tolong potongkan kuku pesakit yang diziarahi. Itu sangat membantu,” tambah beliau.
Lumrah bagi wanita untuk kekal cantik dan menawan. Tentu inginkan badan kekal ramping termasuk perut kempis walaupun sudah beranak pinak. Bagi wanita yang memiliki perut buncit, tentu kurang yakin untuk tampil bergaya. Sudah tentu mencuba pelbagai petua untuk kembali cantik.
Sebagaimana perkongsian ini, terdapat petua mudah hanya mengunakan bahan-bahan didapur untuk kempiskan perut. Boleh cuba!
Resipi mengempis kan perut .
Anak dara Dan wanita yang sudah berkahwin ni Bukan mudah nak dapatkan perut yang leper, cantik Dan menawan dengan faktor pemakanan yang terlampau Dan Amat gemar Akan junk food serta fast foods .
lemak tu banyak terkumpul di perut Dan jika berterusan amalan ini,Boleh terjadi penyakit obesiti
Sebelum meleperkan perut, perlu disarankan untuk kita membuang angin yang terkumpul dalam badan dahulu
Resepi ini sgt mudah, menggunakan bahan-bahan semulajadi dan rempah dari dapur sahaja.
BAHAN-BAHAN
Bahan-bahan dan langkah-langkah boleh rujuk di gambar.
Sangat sesuai untuk :
-Kempiskan perut -Buang angin dalam badan -Yg bersalin czer sgt digalakkan sebab anda tak bertungku untuk kempiskan perut.
ATURAN MAKAN: Ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Selepas makan. (Bergantung kepada ketahanan dan keperluan badan) Diamalkan setiap hari secara berterusan untuk kempiskan perut.
Hasilnya: Badan akan ringan dan angin akan keluar dan akan mengempiskan perut
(Sesuai utk wanita dan lelaki)
Boleh pergi ke account Facebook saya untuk banyak lagi petua dan ilmu kewanitaan.
Kredit : ida zamri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Keghairahan untuk kelihatan cantik menyebabkan ramai yang sanggup berhabis duit untuk melakukan suntikan ini.
Namun itu tidak semua mahu berbuat demikian sebaliknya memilih bahan-bahan secara semulajadi. Biarpun ia mengambil masa,namun ia tidak mempunyai kesan jangka masa panjang.
Ikuti cara wanita ini kekal awet muda terutama untuk wanita berusia 30 dan 40 an untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran.
RESIPI BUAT KULIT AWET MUDA DAN PINKISH DENGAN BAHAN DAPUR JEE.
Sejenis Kekna ni suka amalkan dengan bahan bahan semulajadi macam ni. Sebab kecantikkan bermula dari dalaman kita kan. Cantik dalam cantik la dekat luar tu. Resipi ni Kekna dapat dari seorang aunty tau. Terujaaa kot kalau korang jumpa dia. Walaupun umur dia dah mencecah 60 an tapi dia punya awet muda tu nampak terserlah tau. Bila risik risik dia pun bagi la petua resipi ni dan aunty ni cakap setiap hari minum sebelum nak tidur.
Bahan bahan mudah je nak dapat:
Susu rendah lemak 1 inci kunyit di tumbuk 3 Biji Badam di tumbuk kasar 2 Sudu Madu Cara cara nak buat: 1. Panaskan susu terlebih dahulu dekat atas dapur dengan api yang kecil je. 2. Masukkan kunyit yang dah di tumbukkan. Kacau perlahan lahan dan akhir sekali baru masukkan badam. 3. Tuangkan susu tu dalam gelas. Baru la lepas tu masukkan dua sudu madu. Jika dapat madu asli lagi bagus. 4. Kacaukan dan boleh la minum susu yang sedap rasa lemak lemak manis ni tau. Ha senang kan nak buat. Rajin tak rajin jee.
Kekna izinkan yang nak SHARE. Lagi bagus bertambah pahala korang tau sebab bantu kengkawan yang lain untuk sama sama nak kulit cantik juga
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari telah meninggal dunia pada Khamis di Hospital Ampang,...