62601891_10216587763677806_8857561593420972032_n

Rambut adalah mahkota setiap wanita untuk tampil menawan dihadapan suami. Namun lazimnya faktor usia dan selepas kelahiran anak, wanita sering menghadapi masalah keguguran rambut. Ia menyebabkan rambut semakin nipis sehingga  membuatkan ada segelintir wanita hilang keyakinan diri. Selain mendapatkan rawatan moden untuk melebatkan rambut, terdapat petua untuk merawat masalah rambut gugur. Salah satu petua yang dikongsi oleh seorang wanita di facebook miliknya, Suzy Honey berkongsi petua ini.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Anak saya Nadia merungut kerana rambutnya mengalami keguguran selepas melahirkan anak . Kebetulan banyak limau purut di rumah kami. Jadi untuk memudahkan Nadia secara konsisten menjaga dan merawat keguguran rambutnya saya menyediakan satu resepi yang memudahkan Nadia untuk menggunakannya setiap kali diperlukan.

Wanita ramai yang mengalami masalah rambut keguguran dan tak kurang juga masalah kelemumur dan rambut berbau hapak kerana sering berpeluh. Ini mungkin antaranya faktor , masalah hormon yang tidak seimbang terutama bagi wanita yang lepas bersalin.

Ramai orang tahu limau purut sangat bagus untuk penjagaan rawatan rambut.
Penggunaan limau purut sangat terkenal sejak dari zaman dahulu lagi.

IKLAN

Ini resepi cara saya buatkan untuk rawatan rambut gugur . Cara ini juga membuat akar rambut jadi kuat dan pada masa yang sama ianya memberi bau yang harum pada rambut juga buat rambut menjadi sihat bersinar :

BAHAN-BAHAN:

4 ke 5 biji limau purut dipotong
1 gelas Santan kelapa yang asli di perah – lebih baik guna santan segar lebih berkhasiat untuk rambut. Memberi sinar untuk rambut menjadi sihat.

IKLAN

PENYEDIAAN:

Guna Dua Bahan Je Untuk Buat Ais Kiub, Atasi Rambut Gugur. Wajib Buat Memang Menjadi. 
Limau purut yang segar 4 ke 5 biji
Guna Dua Bahan Je Untuk Buat Ais Kiub, Atasi Rambut Gugur. Wajib Buat Memang Menjadi. 
Blenderkan dengan 1 gelas santar segar. Saya tak rekemenkan guna santan kotak. Lebih baik guna santan asli untuk resepi ini bagi kegunaan rambut .
Guna Dua Bahan Je Untuk Buat Ais Kiub, Atasi Rambut Gugur. Wajib Buat Memang Menjadi. 
Masukkan kedalam bekas cube air batu dan bekukan.
Guna Dua Bahan Je Untuk Buat Ais Kiub, Atasi Rambut Gugur. Wajib Buat Memang Menjadi. 
Sudah keras boleh gunakan 1 ke 2 cube di gosokkan ke kulit kepala dan rambut untuk kuatkan akar rambut juga memberi rambut berkilat. Kemudian dibiarkan seketika dan bilasa dengan air . Gunakan 2 kali seminggu.

Kedua bahan tersebut di blender sehingga hancur dan kemudian masukkan kedalam bekas ais cube. Masukkan dalam peti beku .

IKLAN

Cara untuk rawatan:

Ambil 1 ke 2 ketulan ais cube limau purut santan tersebut dan gosokkan ke kulit kepala. Ianya dapat menguatkan akar rambut dan menghilangkan pening kepala juga. Boleh di lakukan seminggu 2 kali. Untuk mendapatkan kesan.

Selamat mencuba.

Sumber:  Suzy Honey

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI