Bagi yang gemar bercucuk tanam tentu gembira apabila melihat tanaman subur dan merimbun.
Pelbagai petua digunakan untuk memastikan pokok segar dan ‘sihat’.
Sebagaimana yang digunakan oleh puan ini, hanya menggunakan semburan air beras dan basuhan ikan.
Selanjutnya lihat hasil menggunakan semburan ini.
Menggunakan dua petua untuk memastikan tumbuhan subur merimbun.
Ads
1.Air beras
2.Air basuhan ikan
Ads
Setiap pagi mesti kena belai dengan penuh kasih sayang semua kesayangan ni. Sembur daun daun dengan air beras. Kadang kadang tanah pokok ni siram dengan air beras @ air basuhan ikan.
Nak bagi pokok lebat berbunga saya letak air basuhan ikan je. Ikut petua mak di kampung.
Air basuhan beras wajib simpan okey. Spray pada daun. Serangga pun takut nak gigit daun. Air basuhan beras kali ke 2 bagus untuk basuh mukaCactus dah 7 tahun. Meninggi dengan sihatnya. Takde baja apa siram je dengan air beras sesekali.Pokok bunga rose baru di cantaskan batangnya sebab dah meninggi. Bila cantas automatik naik pucuk baru dan bunga. basuh ikan airnya tu buat siram pokok yang berbungaPokok yang menghijau subur.Dalam rumah pun menghijau dan segar
Nak didik anak kena ada caranya. Jika salah didik, anak menjadi seorang yang tak beradab.
Malah, salah satu cara didik adalah melalui peniruan yang berlaku dipersekitarannya.
Sebagaimana yang dikongsi oleh puan Ummi Wafa mengenai cara didik anak.
Cara mendidik anak yang paling menarik. Tidak perlu sembunyi, tunjukkan, barulah anak dapat belajar.
Anak adalah peniru terbaik bermula usia 3 hingga 7 tahun. Waktu ini daya ingatan mereka sangat kuat, menyerap semua benda yang dilihat, didengar, dirasai dan dialami tanpa memisahkan baik dan buruk.
Semasa berbincang tentang falsafah dalam pendidikan, Prof. Dr Maizam lecture kami telah berkongsi petua cara mendidik anak yang sebenar. Sangat menarik.
1. Gaduh depan anak.
Kita bukanlah perfect, sehinggakan tidak pernah buat salah depan anak. Kata Prof tidak salah gaduh depan anak tapi mesti ada caranya, niat untuk mendidik mereka.
Anak-anak akan menjadi dewasa, mereka perlu tahu skill untuk berhadapan dengan masalah dalam rumah tangga. Jika mereka tidak pernah melihat attitude ibu ayah ketika bergaduh, mungkin mereka mengaut pengalaman dari sumber yang lain.
Ada baiknya ibu ayah memberikan contoh terbaik yang layak diingati dan digunakan oleh anak-anak saat mereka memerlukannya.
Ketika isteri membetulkan kesalahan suami ataupun menyatakan perasaan tidak puas hati. Perbualan itu dilakukan secara terbuka dan dapat dilihat oleh anak-anak, maka bergaduhlah dengan bijak, waras dan berhikmah, tidak perlu tinggikan suara melebihi suara suami, biar ada tolak ansur, tidak saling berlawan, lontarkan kata-kata tapi bukan yang menyakitkan hati.
Berkorbanlah demi anak-anak, tolak tepi nafsu ammarah, kata nista dan maki hamun.
Apa yang kita tunjuk, itulah yang mereka warisi. Kata ahli psychology, persekitaran membentuk jiwa dan cara anak berfikir, Allah bekalkan pancaindera dan hati sebagai tools.
2. Cara komunikasi
Masalah komunikasi anak-anak sekarang sangat ketara. Pengaruh gajet, tambah lagi dengan kesibukan ibu ayah, akhirnya anak-anak tidak ada platform yang boleh mengajar mereka cara dan adab komunikasi.
Bila ada tetamu yang datang ke rumah, biasanya ibu ayah tidak galakkan anak-anak bersama-sama dalam perbualan. Lebih rela biarkan anak bermain sesama sendiri. Anak-anak remaja pula kembali berkurung dalam bilik selepas keluar bersalaman.
Sebenarnya inilah peluang untuk anak-anak belajar cara berkomunikasi dengan jiran tetangga dan rakan taulan.
Anak-anak yang tidak pandai bergaul akan menjadi seorang yang pasif, rendah diri dan kelihatan sombong.
Beri peluang untuk mereka bersama-sama. Merasai sendiri pengalaman dan ia lebih baik daripada mengajar mereka teori semata-mata.
3. Menguruskan keperluan harian.
Jarang sekali ibu ayah meminta anak-anak remaja menguruskan keperluan harian keluarga.
Berapa ramai anak-anak yang membantu ibu ayah menyediakan senarai keperluan dapur seperti Bawang, gula, garam, minyak dan sebagainya. Seolah mereka reti makan tapi tidak pernah terfikir untuk menguruskan sumbernya.
Sedangkan, skill ini sangat penting apabila anak-anak ini berkeluarga kelak.
Berilah peranan ini kepada mereka, yakin dan percaya. Jangan terkejut jika mereka semakin bertanggungjawab dan pandai memainkan dalam keluarga.
Jangan mengharapkan anak mencari pengalaman diluar kerana mereka tidak akan dapat yang sempurna.
Pengalaman bersama ibu ayah adalah memori yang akan sentiasa dikenang oleh anak. Mudahan menjadi asbab kepada kekalnya jariah ibu ayah sepanjang hayat.
Rahmad Mega tak sabar timang cucu, anak kedua naik pelamin. Vokalis kumpulan Mega, Rahmad Tohak memaklumkan tidak sabar untuk memiliki cucu hasil perkahwinan anak keduanya, Farisha Eriena yang berlangsung baru-baru ini.
Memetik Harian Metro penyanyi yang berusia 54 tahun ini begitu teruja kerana ada di kalangan rakan-rakan sebaya dengannya sudah mempunyai beberapa orang cucu.
“Ada kawan yang dah ada tiga, empat cucu, sedangkan saya seorang cucu pun belum ada. Jadi saya dan isteri memang menantikan detik-detik itu. Kalau dapat secepat mungkin lagi bagus.
“Farisha adalah anak kedua saya, tapi ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga saya. Anak yang sulung lelaki kini dah berusia 30 tahun. Anak ketiga juga lelaki, berumur 24 tahun.
“Mereka pun belum ada tanda-tanda nak kahwin. Saya tak halang mereka kalau nak kahwin nanti kerana nampak mereka ada sikap bertanggungjawab,” katanya.
Terdahulu, penyanyi lagu Takdir Dan Waktu ini dan isterinya, Norpaizah mengadakan majlis kenduri kahwin dan resepsi anak mereka, Farisha Eriena bersama pasangan, Shaiful Anwar Solehan di Setia Tropika Welcome Centre, Johor Bahru yang dihadiri kira-kira 1500 tetamu.
Majlis itu juga dihadiri rakan-rakan artis antaranya komposer LY dan isterinya Baiduri, Nizam Laksamana dan isteri, Ayai Illusi dan Bandi Amuk.
Cadangan Pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak. Ini berikutan situasi pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan.
Terbaru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu laporan menyebut, pihak kerajaan sedang mengkaji saranan untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 KWSP.
“Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan daripada Akaun 1,” katanya dalam satu temu bual bersama BERNAMA dan stesen televisyen tempatan lain, di sini, hari ini, menjelang pembentangan Belanjawan 2021.
Belanjawan yang akan dibentangkan pada 6 Nov itu merupakan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.
Kerajaan pada tahun ini telahpun melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan kepada 7 peratus daripada 11 peratus dan pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing.
Hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja kepada tujuh peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna sebanyak hampir RM700 juta sebulan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.