Melihat hasil kreativiti yang diilhamkan oleh Puan Izz dalam menghasilkan langsir dengan modal yang ekonomi, tentunya cukup mengujakan.
Apatah lagi, menurutnya dia tidak mempunyai kepakaran menjahit, namun mampu hasilkan langsir yang cukup sweet sepertinya ini.
Ini perkongsiannya.
Saya ada tengok dalam group eco diorang buat, tapi dorang buat biasa-biasa je saya tengok.. Saya suka olahkan bagi lagi menarik.. kiranya design semua tu dari saya lah..
Reben pun macam dorang buat selapis je.. Saya buat 4 keping.. Campur dengan kening 1/2…
Ads
Semua saya beli dekat kedai eco.. 1 barang RM 2.10.. Untuk 1 pintu 4 1/2 keping jadi kos dalam 1 pintu hanya RM10.50.. Saya beli 5 keping alas meja.
Ads
Saya jahit tangan sahaja.. Tak pandai guna mesin.. Beli mesin jahit mini pun masih tak pandai guna.
Sekejap je jahit.. Jahit bodo-bodo orang kata. Sehari pun dah boleh siap.. ..
Saya buat langsir ini tahun lepas. Bulan ogos.. Sekarang masih ok.. dan raya memang tak tukar lain.. Guna yang tu je.. Hehe.. Cuma kena basuh je..
Komen suami pula, dia suka sangat. Benda boleh jimat kan.. Sebab tu sekarang ni kalau saya ajak pergi kedai eco.. Dia ikut kan je.. Dia tak tanya nak beli apa.. Dia nak tengok je apa laa isteri dia nak buat pulak.
Kesibukan pasangan ini dalam tuntutan kerja masing-masing lebih-lebih sang isteri seorang pegawai perubatan yang selalu ‘on call’ bagaimana pun tidak membatasi tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri.
Kesempatan ‘mencuri masa’ Dr Husna Zahry Rafie yang sedang bercuti membolehkan pasangan ini membawa anak-anak berjalan-jalan. Melihat kareater Ustaz Don di dalam kaca TV yang begitu sempoi, nyata demikian juga ketika bersama keluarga. Lebih-lebih lagi aura sang ayah yang tampak begitu mesra dan tidak kekok dalam menguruskan Don Mustofa dan Don Ibrahim.Kedua-dua hero pasangan ini cukup manja dengan Ustaz Don yang dipanggil Abati manakala Husna dipanggil Ibu.
Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid adalah pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sejak 2010-201. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Pusat Pengajian Sepanjang Hayat sebagai pengurus Besar di KuisCell. Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Mohabbaten Travel & Tour Sdn Bhd di bawah anak syarikat Andalusia.
Hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat
Melihatkan kesibukan urusan kerja, jujur mengakui masa yang ada cukup terhad. Urusan menguruskan anak-anak di ambil alih seketika oleh ibu bapanya yang tinggal bersama. Namun tidak bermakna kedua-duanya lepas tangan.
“Saya bukanlah orang yang hebat, pasti akan berlaku ralat. Jadi, dalam pembahagian masa dengan keluarga dan pengurusan kerja, kami cukup beruntung kerana ada ibu bapa yang tinggal bersama. Jadi mereka bantu melihat anak-anak sementara kami keluar bekerja. Namun sebelum itu, saya pernah minta pandangan orang yang lebih arif iaitu Dato’ Dr Fadhilah Kamsah tentang ibu bapa yang duduk bersama kami.
“Waktu itu kami dalam satu penerbangan ke Terengganu ketika itu. Saya tanya adakah boleh ibu bapa boleh duduk dengan anak-anak macam mana kita mahu letak kayu aras tentang hal ini. Jadi Dr Fadhilah tanya siapa yang minta untuk duduk bersama , ibu bapa atau anak yang minta. Menurut Dr, kalau boleh anak-anak jangan minta untuk ibu bapa datang tinggal bersama kerana mereka sendiri mempunyai ‘life’ mereka. Apabila diberitahu yang ibu bapa yang nak jadi Dr cakap boleh kerana mereka sendiri yang duduk bersama. Jadi mereka tahu kapasiti diri mereka.
“Tempoh sampai bila mereka nak duduk bersama terpulang kepada ibu bapa sendiri kerana ia tidak akan menjadi masalah pada masa hadapan. Saya dan isteri sangat bersyukur kerana selain ibu bapa ada juga adik-beradik kami juga tinggal berdekatan. Jika ada sebarang masalah, mereka sangat membantu.
“Itulah yang saya sebut ralat tadi. Disebabkan kami di ‘cover’ oleh orang sekeliling di samping pihak KuisCell yang sangat fleksibel dalam membantu menyusun jadual saya. Kerana itu, hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat. Kita takkan boleh hidup sendirian.
“Teringat saya pada kata-kata Ustaz Guru Hadi Awang hidup ini ibarat seikat penyapu lidi, ada yang panjang ada yang pendek. Walaupun nampak lidi-lidi yang pendek tidak kena ketika menyapu tetapi apabila dibuang maka longgarlah ikatan penyapu tadi. Begitulah ibaratnya kita dengan orang sekeliling,”ujar Ustaz Don sambil mengakui lima hari adalah masa untuk bekerja manakala dua hari bersama keluarga.
Gajet pilihan terakhir
Tambah ustaz Don lagi, sebagai ibu bapa yang berkerjaya dia dan isteri cukup sibuk dengan urusan kerja. Justeru tambahnya, sebagai orang yang berkerjaya, pertama sekali kena mengaku yang diri sibuk.
“Jangan menafikan kerana kita tidak akan jumpa jalan penyelesaian. Kita kena terima situasi tersebut dan cari alternatif terbaik. Jadi salah satunya adalah penggunaan gajet pada anak-anak. Saya dan isteri memang sudah mendedahkan pada anak-anak kami.
“Zaman sekarang anak-anak kena terlibat dengan gajet supaya tidak ketinggalan. Cuma sejauh mana kita kawal supaya tidak keterlaluan sehinggakan makan minum tidur dengan benda tersebut. Bahkan, penggunaan gajet pada anak-anak adalah pilihan terakhir,”ulas Ustaz Don yang mempraktikkan mereka sekeluarga mengaji bersama sebelum tidur.
Luangkan masa dengan masyarakat
Dek kesibukan urusan kerja membatasi Ustaz Don untuk menerima tawaran untuk berceramah seperti sebelum ini. Sementelah dia mahu memberi fokus penuh pada kerja dan keluarga.
“Dalam kesempatan ini untuk memohon maaf pada masyarakat yang mungkin mengharapkan saya mempunyai ruang masa seperti sebelum ini. Mujurlah pihak Kuiscell bijak menyusun jadual dan kesempatan turun padang untuk urusan kerja, jadi dapat diselitkan untuk tawaran mengadakan ceramah jika berkesempatan. Misalnya seminggu 3 hari untuk 3-4 program dan berpeluang meluangkan masa yang lama dengan masyarakat.
Mahu 7 anak
Ditanya mengenai menambah ahli keluarga dalam masa terdekat, Dr Husna memberitahu ada dalam perancangan cuma bergantung pada masa sementelah anak-anaknya masih kecil dan memerlukan perhatian.
“Kami berdua lahir dalam keluarga yang ramai jadi kalau diikutkan kami memang mahu anak ramai dalam 7 orang. Cuma sekarang masing-masing sibuk dengan kerja dan dua hero kami masih kecil. Walaupun ada keluarga yang sangat ‘supportive’ dan membantu menjaga anak kami tetapi tanggungjawab sebagai ibu tidak diabaikan.
“Sesibuk mana pun di hospital tetapi saya pastikan ada di rumah. Kerana itu saya berulang alik dari rumah di Bangi ke Seremban walaupun ada rumah yang disediakan di sana tetapi saya lebih rela berada di samping anak-anak,”jelas Dr Husna lagi sebelum mengakhiri perbualan bersama penulis.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi November 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi kebiasaan lebihan halia yang digunakan kalau tidak disimpan di dalam peti sejuk, tentu sahaja kita letakkan di dalam bekas untuk disimpan di bawah kabinet dapur. Kadang-kadang dek kerana terlalu banyak stok halia menyebabkan hingga bertunas tidak digunakan.
Jadi apa kata, alang-alang halia disimpan bertunas kita tanam mengikut cara yang diajar oleh puan Bebiyana Tambi Khan ini. Nampak mudah dan ringkas sahaja prosesnya.
Jom semak.
Halia digunakan dalam hampir setiap masakan kita, mesti ada simpan halia yang berbaki dalam peti ais atau dalam bakul bawah dapur. Mesti ramai tak tahu sebenarnya nak tanam halia senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai orang nak beli anak pokok halia saya.
Langkah demi langkah :
2. Kemudian potong potong halia mengikut tunas yang dah tumbuh.
3. Rendam selama 20 minit dalam bancuhan racun kulat, ini untuk mematikan fungus yang ada. Juga boleh tanpa perlu direndam dengan bancuhan racun kulat ini cuma pastikan cuci tunas bersih kemudian jemur sebentar anggaran 10 minit sebelum ditanam.
4. Letak ke dalam tanah atau medium tanaman seperti cocopeat yang basah.
5. Kambuskan nya. Siram sekali dalam dua hari hanya untuk kekalkan kelembapan sahaja. Tunas akan keluar sekitar seminggu selepas ditanam.
6. Ta daaaaa! Ini yang Kak BB dah alihkan dalam guni. Usia pokok ini 3 bulan.
7. Ini selepas 6 bulan, kalau nak dapat halia muda boleh harvest dah. Untuk dapatkan halia tua tunggu 2 bulan lagi (8 bulan total).
Inilah hasilnya. Yang ini dah boleh guna untuk masakan anda.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam fasa keempat, menyaksikan kerajaan terus berusaha keras untuk mengekang penularan COVID-19.
Bermula 4 Mei ini, semua jenis taman asuhan kanak-kanak atau taska akan dibenarkan kembali beroperasi, namun ia masih tertakluk kepada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Begitu pun, sekiranya taska itu berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ia sama sekali tidak dibenarkan beroperasi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, kebenaran untuk taska kembali beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat kini, bergantung pada kepatuhan pemilik premis itu terhadap garis panduan KKM.
Berikut merupakan garis panduan yang harus dipatuhi pemilik dan pihak pengurusan taska:
Waktu Operasi:
Operasi biasa –
7 pagi hingga 6 petang
Operasi bersyif –
7 pagi hingga 3 petang
3 petang hingga 11 malam
11 pagi – 7 petang
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.