Berbaktilah kepada ibu bapa sehingga ke hujung nyawa mereka! Jika dahulu membesarkan kita penuh kasih sayang dan menjaga bagaikan menatang minyak penuh, inilah masanya untuk membalas jasa orang tua kita.
Ketika pandemik ini dengan jumlah kes yang dilaporkan adalah 13,215 sehari (laporan KKM pada 15 Julai 2021) begitu membimbangkan kita. Sudah tentu ibu bapa yang sudah berusia agak berisiko dengan situasi begini.
Mengambil inisiatif untuk mengelak kejadian jangkitan, seorang wanita berkongsi beberapa keping gambar gambar masakan menerusi grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official. Katanya, lauk pauk yang banyak di masakan itu untuk disediakan kepada ibu bapa untuk mengelak keluar pergi ke pasar.
Lebih menyentuh hati apabila adik beradik tidak berkira untuk berkongsi membeli bahan masakan. Untuk menjamin kualiti dan mengelak rosak, makanan itu dihantar menggunakan lori ais.
Kali ni kena pastikan jadi jugak demi insan yg membesarkan kami…….3 bulan dah berlalu..stok makan utk mami dan abah dah habis.. tambah sekarang kes covid semakin banyak.
Kedua org tua dh tak larat kalau nk jalan kepasar seorang. Tambah total lockdown.. PKPD memang tak larat mami yg berumur 74tahun.. abah 79tahun dgn penyakit sedia ada yg ada..risiko sgt tinggi pd mereka.
Adik berpakat beli barang masakan
Jadi kami adk bradik.. bekalkan lauk² frozen lagi utk bekalan mami dan abah. Kami share adk bradik, saya tukang masak. Dari jam 7pagi sampai 12 tgahari selesai semua.
Juga rendang kerang.. sambal perut&paru utk juadah raya haji akan datang.. juga beberapa jenis biskut raya dan kerepek..juga ubat ubatan yg di ambik dari IJN utk abah.. Semoga selamat sampai bekalan kepada mami dan abah. Semoga Allah lindungi mereka…bagi kesihatan yg baik. Rindunya nak balik jumpa mreka tapi apakan daya.
Terdahulu, makanan frozen telah dihantar pada April lalu untuk persiapan bulan puasa dan sambutan Hari Raya Puasa.
Warganet beri pujian
Dalam pada warganet memuji dan rasa sebak sikap keluarga ini serta adik beradik yang melakukan usaha begini untuk memberikan layanan terbaik buat ibu bapa. Malah ada juga berkongsi melakukan perkara yang sama.
Ads
Moga usaha keluarga ini menjadi manfaat kepada yang lain untuk berbuat perkara yang sama buat ibu bapa.
Cinta itu seperti angin, kita tidak mampu melihatnya tetapi mampu merasakannya. Dua watak peranan utamanya sahaja yang mampu menyedari akan setiap ‘rasa’ yang diberikan ini.
Pun begitu, ramai suami yang tidak pandai mempamerkan setiap ‘rasa’ ini kepada pasangan masing-masing. Bukahkah semua rasa ini hanya pinjaman yang diberikan Allah SWT kepada kita.
Mengapa kita perlu menyembunyikan semua rasa ini kepada pasangan kita, isteri kita yang dicintai. Buat lelaki bergelar suami, lepaskanlah..lepaskan semahunya untuk isteri kita.
Biarkan dia tahu bahawa waktu yang tersisa, pinjaman Allah SWT ini adalah untuknya seorang! Apa suami patut buat? Tip ini pastinya mampu membantu anda.
Jangan Ego
Jangan kalah pada ego seorang lelaki. Benar lelaki punya ego sendiri namun jika anda dapat mengetepikan rasa ego ini untuk pasangan pastinya anda terasa nikmat sebenar cinta. Rendahkanlah sedikit ego anda. Bukan untuk siapa tetapi untuk anda sendiri.
Tiada Lagi Hari Esok
Anggap sahaja seperti tiada lagi hari esok untuk anda menatap wajah isteri atau suami. Ajal maut di tangan Allah. Bayangkan andai hari esok Allah mengambilnya pergi daripada sisi anda. Berikan rasa itu sebaiknya setiap kali anda melihatnya. Jika anda tahu bahawa tiada lagi hari esok, pastinya hari ini anda akan cuba sebaiknya meluahkan setiap bait kata cinta yang pernah diluahkan satu masa dahulu. Tidak rugi anda mulakannya sekarang.
Luahkan Rasa
Tidak ada salahnya jika anda meluahkan rasa cinta saban hari untuk isteri. Ungkapan “I love You” atau “Sayang Awak” bukanlah terlalu susah untuk dilontarkan. Tidak mahu dengan mulut, pesanan ringkas pastinya lebih buat anda berani. Luahkan semahunya. Biar ringkas asalkan sampai maksudnya.
Belajar Kongsi
Tidak hanya anda, ajarlah anak-anak turut sama memberikan ungkapan sayang ini saban hari. Mulakan ungkapan I love you setiap pagi dan sebelum tidur di malam hari. Ajar anak-anak turut melakukan perkara yang sama. Bila sudah menjadi kebiasaan, lama kelamaan ia menjadi aktiviti wajib yang sukar untuk dilepaskan. Mulakan hari ini.
Sentuhan Fizikal
Jika anda tidak tahu caranya atau malu untuk memulakan segalanya, gunakan pendekatan berbeza namun ringkas. Cukup hanya dengan cara fizikal anda. Sentuhan tanda sayang jangan sekali-kali dilepaskan. Pautlah lengannya mesra setiap kali tidur. Biar hanya sedikit sentuhan tapi benar-benar memberi makna. Isteri pasti tahu anda menyayanginya.
Simbolik 2+1
Suami terutamanya sering menggunakan bahasa badan untuk menyampaikan rasa cinta dan sayang. Apa kata sesekali ubah cara ini. Sekalikan bahasa badan anda bersama ungkapan dan luahan rasa melalui ucapan. Simbolik 2+1 ini pasti buat hidup anda lebih bermakna. Percaya bahawa semua ini tidaklah mendatangkan kerugian.
Jangan Lokek Pujian
Pujian kebiasaannya diluahkan daripada lubuk hati yang dalam. Pujian daripada pasangan dianggap perkara paling manis untuk dikenang. Saban hari pasti buat anda tersenyum riang dek kerana pujian suami atau isteri. Jadi berusahalah untuk saling memuji sebagai salah satu tanda anda mencintainya sepenuh hati. “Sayang..awak nampak cantik hari ni.”Dah cukup buat isteri gembira!
Ringankan Tangan
Ringankan tangan bukan hanya untuk sebarang kerja rumah, sebaliknya ringankanlah tangan anda untuk mengirim sistem pesanan ringkas kepada pasangan setiap kali anda keluar bekerja. Cuba anda bayangkan jika tiba-tiba menerima ungkapan ‘I miss you’, bukankah ianya cukup membuatkan kita tersenyum sepanjang hari. Pasti hati berbunga riang. Cubalah.
Renungan Mesra
Pandangan mata seringkali membawa makna yang tersembunyi. Jadi belajarlah untuk memandang pasangan dalam apa jua keadaan pun. Pandanglah dia selagi dia di depan mata. Anggaplah seperti esok anda sudah tidak dapat memandangnya lagi. Kata orang, curi-curi pandang itu lebih terasa nikmatnya. Mulakan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kecurangan yang mula berleluasa dalam hubungan suami isteri kini adalah duri yang mula merebak dalam diam. Hubungan makin longgar, sudahnya hubungan yang utuh roboh begitu sahaja gara-gara kecurangan pasangan. Semuanya bermula daripada rasa tidak bahagia.
Bahagia bukan berserah pada takdir tetapi setiap suami dan isteri masing-masing berperanan mencari rasa bahagia ini dalam diri masing-masing. Tak perlukan modal atau wang ringgit menggunung tetapi kenal dan fahami apa kemahuan isteri.
Keperluan seksual adalah salah satu perkara yang harus suami ambil berat. Jangan hanya lunaskan tanggungjawab sahaja tetapi cari jawapan apa sebenarnya yang isteri mahukan dalam hubungan intim.
Daripada kajian yang dilakukan terhadap suami dan isteri, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kecurangan terutama kecurangan seksual terhadap pasangan masing-masing.
Antaranya:
Timbul Rasa Bosan
Setiap manusia pasti akan rasa bosan terhadap perkara sama setiap hari. Hubungan seksual juga tidak terlepas daripada mengalami kebosanan. Rasa jemu atau bosan mungkin kerana rutin seksual yang sama setelah bertahun-tahun hidup bersama menyebabkan anda berdua tidak lagi rasa tertarik melakukan hubungan seksual. Rasa jemu juga menyebabkan suami ataupun isteri tidak begitu terangsang setiap kali melakukan hubungan seksual dengan pasangan mereka. Rasa jemu ditambah dengan kemesraan yang semakin pudar menyebabkan timbul
keinginan untuk mencari sesuatu hubungan seks yang baru.
Tidak puas
Ramai mengatakan wanita tidak mempunyai masalah tentang kepuasan seksual. Anggapan ini tidak benar sama sekali kerana wanita juga berkeinginan untuk merasai kenikmatan seks yang sebenarnya. Jika hubungan seksual tidak mampu memberikan kepuasan, isteri mula rasa tidak bahagia, rasa tidak disayangi dan mudah terdedah kepada anasir tidak sihat lain. Oleh itu bertindaklah demi menyelamatkan hubungan yang dingin.
Mula Rasa Sepi
Ada kalanya kesibukan juga membuatkan pasangan kesepian. Dalam kesepian ini ada pula orang lain yang menawarkan diri untuk menjadi teman. Kehadiran insan terutama yang berlainan jantina bagi mendengar masalah menyebabkan hubungan menjadi suami isteri menjadi lebih buruk. Hubungan intim? Tak mustahil boleh berlaku. Jadi jangan biarkan kesunyian melanda. Jangan biarkan isteri sendirian.
Masalah seksual
Masalah seksual yang dialami oleh pasangan jangan dibiarkan sendiri. Beritahu pasangan dan kongsi sama-sama masalah ini secara telus. Pulihkan keadaan ini dengan berjumpa doktor dan pakar jika mengalami masalah dan rasa ketidakpuasan dalam diri. Hasrat seksual yang tinggi oleh isteri misalnya tetapi tidak mampu dilunaskan oleh suami menjadikan ia masalah terbesar dalam hubungan. Nampak mudah tetapi ia mendorong berlakunya kecurangan dalam hubungan seksual. Awas!
Perlu Buat:
1. Bersikap terbuka dalam membicarakan masalah ketidakpuasan dengan pasangan. Ia membolehkan suami atau isteri berkongsi masalah dan
mencari jalan penyelesaiannya.
2. Cipta kelainan bagi mengelakkan kebosanan. Rutin hubungan seksual yang sama setelah bertahun-tahun hidup bersama mungkin
menimbulkan rasa jemu. Carilah kelainan dalam persekitaran, gaya hubungan intim ataupun penampilan bagi menarik kembali perhatian si
dia.
3. Ketahuilah sentuhan, ciuman, urutan, belaian mesra mampu memberi rangsangan pada pasangan. Lakukan selalu dan pastinya hubungan
seks sentiasa hangat dan membara.
4. Tak perlu simpan segala masalah sendiri sebaliknya berkongsi cerita dengan pasangan secara telus. Terus terang dalam hubungan
rumah tangga adalah perkara paling disarankan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bab nak drill mozek atau tiles selalu menimbulkan masalah. Terutama bagi anda yang bukan pakar dalam bab ni.
Jadi, admin kongsikan tip oleh saudara Alel Sharifuddin ini untuk anda yang ingin buat sendiri di rumah. Mudah dan nampak kemas. yang penting mozek di dinding tidak pecah. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Kelab Kaki Deco,,mungkin ada yang dah tahu…tapi saya berkongsi jugak la ilmu yang tak seberapa ni ye..
CARA DRILL TILES/MOZEK SUPAYA TIDAK PECAH Tiles subway ni special,,permukaan dia licin sangat…cara ni memang sangat berkesan untuk tile yg permukaannya licin,,Moga bermanfaat. Cara membuat:
Gunakan tukul dan paku ‘sedikit’ sahaja di kawasan yg telah ditanda..tujuannya utk memberikan laluan kepada mata drill…kalau terus gunakan mata drill,pasti akan licin/mata tergelincir. Gunakan mata drill tiles..saya beli di hardware..RM12 Gunakan mode drill…jgn gunakan mode ‘HAMMER’,,itu yang menyebabkan tiles pecah,,mata drill tadi hujungnya sudah tajam,,tidak perlu tolak mesin kuat-kuat..layannn je sambil dia buat lubang atas tile. Lepas tile dah berlubang cantik,,pakai mata drill tebuk dinding pulak…kenapa kena tukar??sebab nak jaga mata drill tile..boleh je nk guna mata drill tu,,tapi nnt hujungnya tumpul….sayang……. Ok,lepas dah ada lubang,dah tukar mata,,barulah boleh tukar kepada mode HAMMER…tekan perlahan-lahan juga,, Haaa…ni hasilnya,,kemas…tak sompek/pecahkan tile Sinki ni best…senang nak basuh kasut @ tudung..tak perlu lagi dah mencangkung,,lenguh kaki…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di