Dalam keluarga pastinya ada penggemar menu sardin lebih-lebih lagi memang mudah dimasak. Kebanyakan para ibu akan memilih sardin tin kerana ia mudah dan pantas. Walaupun nampak simple, tapi menu ni menjadi kegemaran ramai.

Tapi setiap kali nak masak ikan sardin yang dalam tin mesti nak pastikan bau hanyir tu hilang kan? Kali ni angan risau sebab resipi yang dikongsikan oleh Limau Nipis ini ada tip untuk bagi masakan sardin lagi sedap dan tak hanyir.

Guna Sardin Tin Je! Wanita Ini Kongsi Tip Supaya Masakan Tak Bau Hanyir

Sardin

Bahan-bahan:

  1. 1 tin sardin, ikan bersama kuah sardin(425g)
  2. 1/2 biji bawang besar
  3. 2-3 biji cili merah
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 8-15 biji cili api thai warna hijau
  6. Sedikit air
  7. 1 sudu teh garam
  8. 1/2 sudu teh gula
  9. 1 biji kentang (dibelah 10 dan digoreng)
  10. 1/2 biji bawang besar dihiris membulat

Cara Penyediaan:

– Goreng dulu ikan sardin tanpa kuahnya, baru tak hanyir. Wajib tutup kuali semasa goreng ikan sardin tadi.

IKLAN

Guna Sardin Tin Je! Wanita Ini Kongsi Tip Supaya Masakan Tak Bau Hanyir

– Goreng ikan sampai keperang-perangan.

Guna Sardin Tin Je! Wanita Ini Kongsi Tip Supaya Masakan Tak Bau Hanyir

– Hiris bawang besar, bawang putih, cili merah, dan masukkan semua bahan ke dalam blender. Untuk bagi ekstra pedas boleh tambah cili api Thai. Kemudian, kisar semua bahan tadi separa lumat dan tak perlu letak air.

IKLAN

Guna Sardin Tin Je! Wanita Ini Kongsi Tip Supaya Masakan Tak Bau Hanyir

– Tumis bahan kisar tadi sampai pecah minyak.

Guna Sardin Tin Je! Wanita Ini Kongsi Tip Supaya Masakan Tak Bau Hanyir

– Bila dah pecah minyak, boleh masukkan kuah sardin tadi. Tumis lagi sampai pecah minyak baru tambahkan sedikit air.

IKLAN

Guna Sardin Tin Je! Wanita Ini Kongsi Tip Supaya Masakan Tak Bau Hanyir

– Tumis sekali lagi sampai pecah minyak, lepastu baru masukkan garam dan gula.

Guna Sardin Tin Je! Wanita Ini Kongsi Tip Supaya Masakan Tak Bau HanyirGuna Sardin Tin Je! Wanita Ini Kongsi Tip Supaya Masakan Tak Bau Hanyir

– Masukkan ikan sardin yang sudah digoreng tadi dan satu biji kentang yang sudah digoreng. Tambahkan hirisan bawang besar.

Guna Sardin Tin Je! Wanita Ini Kongsi Tip Supaya Masakan Tak Bau HanyirGuna Sardin Tin Je! Wanita Ini Kongsi Tip Supaya Masakan Tak Bau HanyirGuna Sardin Tin Je! Wanita Ini Kongsi Tip Supaya Masakan Tak Bau Hanyir

Sumber: Limau Nipis

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI