Guna Sukatan Cawan Aje Resipi Kudapan Kacang Ikan Bilis Ni. Mudah Aje Buat!

Share

Kacang goreng memang sedap dibuat kudapan. Bagaimanapun nak rasa lebih sedap jika ada rasa pedas-pedas.

Selain beli kudapan kacang ikan bilis pedas, apa kata  buat sendiri di rumah. Boleh cuba resipi ni.

_________________________________

Buat kering-kering lebih tahan lama dan rangup. Buat kudap-kudapan memang ratit baq ang

Resepi:
Kacang Kudap2 Dap Baq Hang

Bahan:

3 -4 cawan kacang tanah goreng hingga garing dulu
2 cawan ikan bilis goreng-guna ikan bilis jepun atau ikan bilis belah 4 lebih rangup.

2 cawan cili kering kisar siap masak-kisar dgn minyak bkn air ya.
1 sdb secukup rasa Maggi
2 sudu besar cuka
2 sdb cilli sprinkle brand Bon Chili beli di NSK
1 sdb cilli sprinkle shrimp brand Bon Chili
11/2 sdb serbuk bawang putih

Tumis semua bahan di atas dgn sedikit minyak.
Masak sampai mendidih dan berbuih-buih.

Akhir baru masuk gula perang 1 cawan atau bole kurang-mamisonah suka manes.
Adjust dulu rasa yg mana terkurang di tekak korang

Gula dimasukkan kemudian supaya sambal akan melekat cantik pada kacang dan bilis.
Jika gula masuk awal sambal akan jadi terasing dari kacang, berketul2 dan bila sejuk akan jadi ketulan keras.

Make sure sambal,bilis,kacang sejuk dulu baru masukkan kesemuanya.
Masukkan kacang tanah 3 cawan dulu.

Tips-
Klu rasa bilis dan kacang kurang rangup bole bakar 15 minit di dlm oven.
Tapi bila dah dibakar kembali bilis dan kacang kurang melekit ya.

Kredit:Makcik Ratu

IKLAN