Biasanya lepas habis menunaikan solat Tarawih di masjid, mulut kita masih mahu mengunyah makanan yang tidak terlalu berat juadahnya. Jika selalunya menjamah kuih muih, tapi apa kata kali ini layan pula selera dengan menikmati tempe goreng berempah yang digoreng ranggup dan dicicah pula dengan sambal kicap macam orang Johor suka makan.  Mesti padu rasanya bukan?

Jadi tunggu apa lagi, persiapkan bahan-bahannya seperti perkongsian resipi oleh Mas Intan Masman. Andai kata teringin hendak di makan terus boleh goreng dan dinikmati ketika panas.

 

 

Tempe Goreng Rangup

Makan Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap, Cara Orang Johor. Ni Resipi Boleh Buat!

Bahan-bahan:

Tepung gandum

Tepung beras

*Ketumbar

*Jintan

Garam

Serbuk kunyit

*Bawang putih

Air suam

Cara-cara :

1.Tumbuk semua bahan bertanda *

IKLAN

 

2.Bancuh tepung dengan air suam dan sebatikan bahan yang di tumbuk

Makan Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap, Cara Orang Johor. Ni Resipi Boleh Buat!

3.Celupkan tempe ke dalam tepung dan terus goreng.

4.Agak-agak keemasan boleh lah angkat dan tos

Makan Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap, Cara Orang Johor. Ni Resipi Boleh Buat!

Enak dimakan dengan sambal kicap dan jika ingin tahu betapa enak rasanya bolehlah buat resipi sambal kicap seperti yang dikongsikan pula oleh Ani Zam, ori resipi sambal kicap orang Johor!

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

IKLAN

 

Sambal Kicap Orang Johor

Makan Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap, Cara Orang Johor. Ni Resipi Boleh Buat!

BAHAN-BAHAN:

20 biji cili padi hijau

5 ulas bawang putih

1 sudu makan gula pasir

1/2 cawan kicap

(terpulang kicap apa, empunya resipi guna kicap jalen manis )

CARA MEMASAK:

  1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.

Makan Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap, Cara Orang Johor. Ni Resipi Boleh Buat!

IKLAN

 

2.Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung tu agar sebati.

3.Sambal Kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.

Makan Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap, Cara Orang Johor. Ni Resipi Boleh Buat!

 

INFO:

-Sambal Kicap ini boleh buat banyak untuk stok dan simpan di dalam peti ais. Bila nak guna tinggal ambil saja.

-Sesuai dimakan bersama sup, soto, pisang goreng, tempe goreng, sukun goreng, keledek goreng dan macam-macam lagi.

-Tip agar Sambal Kicap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bila letak di dalam peti ais ialah JANGAN sesekali menambah air, hanya gunakan kicap sahaja

-Guna sudu yang kering apabila mengambil sambal tersebut .

-Petua orang tua dulu-dulu, bila masak sambal kicap, tidak perlu buang tangkai cili api tu untuk mengelakkan dari sakit perut.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Makan Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap, Cara Orang Johor. Ni Resipi Boleh Buat!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI