Menikmati rasa Dimsum bagi penggemar makanan chinese food memang tidak dapat dinafikan. Tambahan pula rasa isinya yang pelbagai memberi rasa yang tersendiri bagi setiap menu dimsum yang dimakan.
Boleh dimasak sama ada menggunakan kaedah kukus mahu pun digoreng, kedua-duanya menjanjikan keenakan rasa untuk disajikan ketika minum petang mahu pun sarapan.
Pun begitu bukan semua mahir untuk membuat dimsum ini dan untuk memudahkan anda sebenarnya anda boleh sahaja menggunakan kulit dumpling yang ada dijual dipasaran untuk menyediakan dimsum yang enak dengan mudah.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Nadzirah Ismail berkenaan cara penyediaan dimsum dengan mengggunakan kulit dumpling yang sedia ada dipasaran cukup ringkas dan cepat disediakan. Info tersebut dikongsi olehnya di group MAHN, nyata menarik minat ramai warganet untuk mengetahuinya. Maklumlah jika ada yang pernah membuat dumpling memang tahulah agak leceh untuk menyediakannya, bukan sahaja perlu membuat bahagian kulit, inti malah sosnya juga.
Untuk yang ingin mencuba membuatnya, di sini dikongsikan infonya untuk memudahkan anda menyediakan dumpling dan seterusnya menyediakan menu dimsum untuk dimakan pada bila-bila masa.
Inilah dia kulit dumpling yang sedia ada dijual di pasaraya. Biasanya kulit dumpling ini diletakkan di bahagian yang jual tofu,fish ball,fish cake dan seangkatan dengannya.
Selain itu jangan lupa juga untuk membeli sos ini untuk digandingkan dengan dimsum yang dimasak nanti.
Cara penyediaan isi dumpling
Isi ayam bahagian dada blend bagi halus
Carrot potond dadu
Bawang besar potong dadu
Isi ketam
Daun bawang / daun sup
Kiub pati aym / garam
Gaul mesra dan kemudian bolehlah diletakkan di tengah-tengah kulit dumpling dan bentukkan seperti yang ingini. Menurut Nadzirah amat mudah untuk melekatkan bahagian klim tersebut tanpa menggunakan bahan lain memandangkan ia melekat sendiri masa dikelim.
Kemudian bolehlah dikukus hingga masak untuk dinikmati bersama sos tadi. Memang mudah dan cepat bukan? Bahkan lebih menjimatkan. Menurut Nadhirah, dengan bermodalkan tidak sampai RM15 dia dapat makan berulang-ulang.
Jadi buat anda yang gemar makan menu ini, bolehlah mencuba untuk menyediakannya sendiri.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peribahasa ini begitu tepat sekali untuk dikaitkan dengan usaha Amiereo Adipati, penyewa sebuah rumah kampung.
Tiada yang mustahil untuknya merialisasikan rumah idaman walaupun dengan bajet yang rendah.
Akhirnya, lihatlah sahaja kini rumah papan yang disewa 4 bulan lalu telah berubah wajah menjadi rumah yang cukup selesa dan cantik untuk dihuni.
Ikuti perkongsian lanjut daripadanya agar dapat menyuntik inspirasi buat anda memiliki rumah idaman dengan konsep peribadi.
Siang tadi sementara menunggu waktu berbuka…kita kemas apa yang patut..nak raya kan..ha..ha…puasa baru dua hari dikk…
4 bulan dulu.. masa mula-mula menyewa rumah ni sangat-sangat teruk…memang menangis dalam hati…
Ramai kawan-kawan yang kurang setuju bila saya nak menyewa rumah ni…tapi nak buat macam mana takda pilihan..
Kebetulan keadaan sangat mendesak…sebab tempat saya menyewa dulu telah dibeli oleh seseorang..hanya ada masa seminggu je untuk pindah..
Dengan keadaan kewangan pun kurang….lagi pun sewa rumah ni kira mampu lah untuk saya..takda lah mahal sangat…
Tapi tak kan kita nak duduk dalam keadaan macam tu kan…stress bak hang….so kita tuch up sikit-sikit bagi lawa..
Modal pun tak berapa ada sgt..aircond tu ambik kat kedai lama…
Walau pun guna barang2 diy..kedai Rm2…dan cowboy je lampu gantung tu beli kat shopee murah..budget uolzz…lagi pun rumah sewa kan…
Kerusi pulak ambik kerusi lama..lebih 30 tahun dah ambik kat rumah arwah mak…just spray putih…langsir beli kat kamdar time promsi rm2.80 semeter…ikut kan modal cat ada lah dalam rm300..jumlah keseluruhan bawah seribu sebab saya beli sikit2..
.
“Kami tak kaya tapi kami ingin hidup selesa”…Kredit Qaseh Aduka gigih mengemas.
Walau pun raya thn ni tiada acara kunjung mengunjung covid 19 masih berluasa…ingat stay at home.
💕…duduk rumah jangan merayau jangan melilau..kita jaga kita….💖
Memandangkan kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun dalam masa yang sama bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, pasti rasa sedih kerana tidak dapat solat Hari Raya Aidilfitri di masjid dan surau seperti tahun-tahun sebelum ini. Semua atas sebab pandemik Covid-19 yang melanda.
Justeru, umat Islam disaran melakukan solat Aidilfitri di rumah. Namun, apakah hukum pelaksanaan solat Hari Raya Aidilfitri di rumah? Berikut penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Mufti WPKL) mengenai perkara tersebut.
Soalan : Assalamu’alaikum w.b.t. Memandangkan kita sekarang ini masih berada dalam suasana PKPB, yang mana ramai yang tidak dapat hadir melaksanakan solat hari raya di masjid, jadi minta pihak Pejabat Mufti Wilayah untuk jelaskan berkenaan hukum hakam serta kaifiat pelaksanaan solat hari raya di rumah. Terima kasih. Jawapan : Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Dalam mazhab Al-Imam Al-Syaf’ie, solat hari raya hukumnya adalah sunat muakkad menurut pendapat yang paling sahih. Ini kerana Rasulullah S.A.W tidak pernah meninggalkannya sejak mula ia disyariatkan sehinggalah baginda wafat. Begitu juga para sahabat R.Anhum berterusan melakukannya selepas kewafatan Rasulullah S.AW. Terdapat banyak dalil yang menunjukkan bahawa solat hari raya ini hukumnya adalah sunat dan bukannya wajib. Antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin ‘Ubaidillah R.A beliau berkata : ‘’Seorang lelaki telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan bertanyakan tentang Islam. Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab : خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ Maksudnya : (Kamu perlu) melaksanakan solat lima waktu sehari semalam. Kemudian lelaki itu bertanya : ‘’Adakah menjadi kewajipan ke atasku solat selainnya ?’’. Maka Nabi S.A.W menjawab : لا، إِلاَّ أَنْ تَطَوَّعَ Maksudnya : Tidak, kecuali kamu ingin mengerjakan solat sunat.” Riwayat Al-Bukhari (46) dan Muslim (11) Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Ibn Al-Somit R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللهُ عَلَى الْعِبَادِ فَمَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يَأْتِ بِهِنَّ فَلَيْسَ لَهُ عِنْدَ اللهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ وَإِنْ شَاءَ أَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ Maksudnya : Allah S.W.T mewajibkan lima solat ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya tanpa meninggalkan sedikit pun kerana meringan-ringankannya, Allah S.W.T menjanjikannya masuk syurga. Manakala sesiapa yang tidak melakukannya, Allah tidak menjanjikan apa-apa kepadanya. Sekiranya Allah kehendaki, Dia akan mengazabnya dan sekiranya Allah kehendaki, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga.’’ Riwayat Abu Daud (1420) Justeru, berdasarkan beberapa riwayat di atas jelas menunjukkan bahawa selain dari solat fardhu lima waktu, solat-solat yang lain itu adalah termasuk dalam bahagian solat sunat dan antaranya juga adalah solat hari raya. Secara asasnya, solat hari raya dituntut untuk dilakukan di tanah lapang supaya ia dapat dihadiri oleh ramai umat Islam, seterusnya menzahirkan syiar bagi agama Islam. Oleh yang demikian, dituntut bagi semua umat Islam untuk menghadiri solat hari raya sama ada di tanah-tanah lapang mahupun di masjid-masjid dari kalangan orang lelaki dan perempuan, kanak-kanak, bahkan anak-anak dara, wanita berpurdah, serta wanita haid juga turut digalakkan menghadiri solat hari raya bagi menyaksikan pelaksanaannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Ummu ‘Atiyyah R.Anha beliau berkata : أَمَرَنَا – تَعْنِي النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم – أَنْ نُخْرِجَ فِي الْعِيدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِينَ Maksudnya : Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kami (orang perempuan) untuk mengeluarkan anak-anak gadis dan wanita-wanita berpurdah pada dua hari raya serta baginda arahkan wanita haid agar menjauhi tempat solat umat Islam. Riwayat Muslim (890) Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami nyatakan bahawa hukum mendirikan solat hari raya di rumah disebabkan keadaan semasa sekarang ini iaitu penularan wabak Covid – 19 adalah sama seperti yang dibahaskan oleh para ulama berkenaan mereka yang terlepas menghadiri solat hari raya di masjid, adakah dibolehkan untuk mereka solat hari raya di rumah selama masih ada waktunya ? Berikut kami nyatakan beberapa pendapat fuqaha’ berkenaan isu melaksanakan solat hari raya di rumah. Imam Al-Nawawi berkata : الْمَذْهَبُ وَالْمَنْصُوصُ فِي الْكُتُبِ الْجَدِيدَةِ كُلِّهَا، أَنَّ صَلَاةَ الْعِيدِ تُشْرَعُ لِلْمُنْفَرِدِ فِي بَيْتِهِ أَوْ غَيْرِهِ Maksudnya : Pendapat mazhab seperti yang dinaskan di dalam kitab-kitab yang baharu kesemuanya menyatakan bahawa solat hari raya disyariatkan bagi seorang individu di rumahnya atau di tempat selainnya. Rujuk Raudhah Al-Thalibin, Al-Nawawi (2/70) Maka berdasarkan kenyataan di atas, antara faedah yang boleh diambil adalah dua perkara iaitu :
Persoalan berikutnya pula, apabila seseorang itu melaksanakan solat hari raya secara bersendirian, adakah dia dituntut untuk membaca khutbah juga ? Maka berikut adalah kenyataan dari Imam Al-Nawawi yang menyebut : وَإِذَا قُلْنَا بِالْمَذْهَبِ، فَصَلَّاهَا الْمُنْفَرِدُ، لَمْ يَخْطُبْ عَلَى الصَّحِيحِ Maksudnya : Dan apabila kita berpegang dengan pendapat mazhab (bahawa dibolehkan untuk solat hari raya itu dilakukan secara seorang diri), maka seseorang yang melakukannya secara sendirian tidak perlu untuk berkhutbah mengikut pendapat yang sahih. Rujuk Raudhah Al-Thalibin, Al-Nawawi (2/70) Manakala berkenaan dengan pelaksanaan solat hari raya secara berjemaah di rumah pula, kami menyatakan bahawa hukumnya adalah sama seperti solat secara sendirian juga. Iaitu dibolehkan untuk dilakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah. Keharusan ini diambil dari keumuman hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : فَإِنَّ أَفْضَلَ صَلاَةِ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ، إِلاَّ الصَّلاَةَ الْمَكْتُوبَةَ Maksudnya : Sesungguhnya seafdhal-afdhal solat seseorang itu adalah di rumahnya, melainkan solat fardhu. Riwayat Al-Bukhari (7290) Maka hadis ini secara umumnya menunjukkan bahawa solat-solat sunat termasuk solat hari raya adalah dibolehkan untuk dilakukan di rumah. Meskipun begitu, sekiranya keadaan tidak seperti dalam suasana penularan wabak, maka yang afdhalnya solat hari raya itu dilakukan di tanah-tanah lapang dan juga masjid-masjid secara berjemaah kerana ia merupakan bahagian dari syiar umat Islam. Justeru, apabila kita mengatakan bahawa dibolehkan solat hari raya secara berjemaah di rumah, adakah perlu juga untuk mereka yang melakukannya untuk membaca khutbah raya ? Maka dalam hal ini, kami katakan bahawa mereka dituntut juga untuk berkhutbah dalam erti kata hukumnya adalah sunat bagi salah seorang mereka untuk membacakan khutbah hari raya. Imam Al-Khatib Al-Syarbini berkata : ويخطب بعدهمَا أَي الرَّكْعَتَيْنِ خطبتين لجَماعَة لَا لمنفرد كخطبتي الْجُمُعَة فِي أَرْكَان وَسنَن لَا فِي شُرُوط Maksudnya : Dan dibacakan khutbah selepas keduanya (iaitu setelah dua rakaat solat hari raya) sebanyak dua khutbah bagi (solat hari raya yang dilakukan) secara berjemaah dan tidak (perlu berkhutbah) bagi yang melakukannya secara bersendirian. (Khutbah ini) adalah sama seperti dua khutbah Jumaat pada rukun-rukun (khutbah) dan juga sunatnya, dan tidak pada syarat-syarat (khutbah Jumaat). Rujuk Al-Iqna’, Al-Khatib Al-Syarbini (1/187)
Berikut kami kongsikan tatacara pelaksanaan solat hari raya di rumah :
Imam Al-Syafi’e berkata : يُكَبِّرُ النَّاسُ فِي الْفِطْرِ حِينَ تَغِيبُ الشَّمْسُ لَيْلَةَ الْفِطْرِ فُرَادَى، وَجَمَاعَةً فِي كُلِّ حَالٍ حَتَّى يَخْرُجَ الْإِمَامُ لِصَلَاةِ الْعِيدِ ثُمَّ يَقْطَعُونَ التَّكْبِيرَ Maksudnya : Orang ramai bertakbir pada hari raya puasa ketika hilangnya matahari pada malam raya secara bersendirian dan juga secara berjemaah dalam setiap keadaan sehinggalah imam keluar untuk mendirikan solat hari raya, kemudian mereka berhentikan takbir. Rujuk Al-Umm, Al-Syafi’e (1/275) Manakala sighah (bentuk) takbir hari raya pula adalah seperti yang diketahui umum iaitu seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi : اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعَدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (5/31)
صَلاَةُ السَّفَرِ رَكْعَتَانِ وَالْجُمُعَةُ رَكْعَتَانِ وَالْعِيدُ رَكْعَتَانِ Maksudnya : Solat ketika musafir itu adalah sebanyak dua rakaat, solat Jumaat adalah sebanyak dua rakaat, dan solat hari raya adalah sebanyak dua rakaat. Riwayat Ibn Majah (1063)
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Nu’man Ibn Basyir R.A beliau berkata : كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ فِي الْعِيدَيْنِ وَفِي الْجُمُعَةِ بِـ ( سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى ) وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ Maksudnya : Nabi S.A.W membaca di dalam solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dan juga pada solat Jumaat dengan surah Al-A’la dan juga surah Al-Ghaasyiah. Riwayat Al-Tirmizi (533)
Bilangan takbir ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah Ibn ‘Amr Ibn Al-‘Ash R.A beliau berkata : أَنَّ النَّبِيَّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ كَبَّرَ فِي صَلاَةِ الْعِيدِ سَبْعًا وَخَمْسًا Maksudnya : Sesungguhnya Nabi S.A.W bertakbir pada solat hari raya sebanyak tujuh kali (pada rakaat yang pertama) dan lima kali (pada rakaat yang kedua). Riwayat Ibn Majah (1728)
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.Anhuma beliau berkata : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ يُصَلُّونَ فِي الْعِيدَيْنِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ ثُمَّ يَخْطُبُونَ Maksudnya : Adalah Rasulullah S.A.W, Abu Bakr, dan Umar menunaikan solat dua hari raya sebelum berkhutbah. Kemudian baru mereka berkhutbah. Riwayat Al-Tirmizi (531)
Kesimpulan Sebagai penutup, setelah kami meneliti beberapa nas dan hujahan di atas, kami akhiri kenyataan ini dengan beberapa noktah yang berikut :
Manakala tidak dituntut bagi mereka yang melaksanakannya secara bersendirian untuk berkhutbah disebabkan tidak ada faedah padanya.
Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.