Hampir seminggu kita semua menjalani ibadah berpuasa. Rasanya bahang membuat persiapan menyambut hari raya kian terasa.

Bagi yang gemar membuat kuih raya tentu akan mencari resipi. Salah satu resipi legend yang wajib ada adalah kuih samperit.

Menarik dengan perkongsian seorang pengguna facebook, Muhammad Ali yang tidak lokek berkongsi resipi ibunya. Difahamkan resipi itu digunakan untuk jualan lebih 13 tahun.

Nak tahu cara membuatnya jom lihat resipinya.

Resipi ibu, guna untuk jualan lebih 13 tahun.

Bahan-bahan:

250gm butter (guna buttercup je, pure butter kuat rasa susu, tapi terpulang pada citarasa masing-masing)

400 gm tepung jagung

1/2 cawan susu pekat manis

1/4 cawan gula aising

1/2 cawan tepung cap rose merah (kalau tiada, pakai tepung  biasa)

3 sudu besar tepung ubi

Sedikit esen vanilla

IKLAN

Cara-cara:

  1. Satukan susu dan butter, kacau dengan senduk atau whisk sehingga sebati sahaja, jangan terlalu lama.

 

Guru Masakan Tak Lokek Kongsi Resipi Semperit Legend Rangup Dan Sedap, Hasil Jualan Ibu Lebih 13 Tahun. 

 

  1. Masukkan semua tepung dan uli doh dengan sebati.

 

Guru Masakan Tak Lokek Kongsi Resipi Semperit Legend Rangup Dan Sedap, Hasil Jualan Ibu Lebih 13 Tahun. 

 

  1. Ambil sedikit doh, letakkan pewarna mengikut kesukaan masing-masing.

Guru Masakan Tak Lokek Kongsi Resipi Semperit Legend Rangup Dan Sedap, Hasil Jualan Ibu Lebih 13 Tahun. 

  1. Ambil sedikit doh warna asli dan yang ada warna, satukan dan uli seperti dalam gambar di bawah.

Guru Masakan Tak Lokek Kongsi Resipi Semperit Legend Rangup Dan Sedap, Hasil Jualan Ibu Lebih 13 Tahun. 

IKLAN

 

  1. Tekan dalam acuan dan hiaskan. (rujuk gambar di bawah)

Guru Masakan Tak Lokek Kongsi Resipi Semperit Legend Rangup Dan Sedap, Hasil Jualan Ibu Lebih 13 Tahun. 

 

  1. Biarkan setengah jam sebelum dibakar supaya bunga tak jatuh.

 

Guru Masakan Tak Lokek Kongsi Resipi Semperit Legend Rangup Dan Sedap, Hasil Jualan Ibu Lebih 13 Tahun. 

 

  1. Bakar dalam oven pada suhu 150℃ selama 30 minit. Satu adunan ini boleh dapat 100 biji.

Guru Masakan Tak Lokek Kongsi Resipi Semperit Legend Rangup Dan Sedap, Hasil Jualan Ibu Lebih 13 Tahun. 

Selamat mencuba!

IKLAN

Sumber: Muhammad Ali

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN 

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz

Guru Masakan Tak Lokek Kongsi Resipi Semperit Legend Rangup Dan Sedap, Hasil Jualan Ibu Lebih 13 Tahun. 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI