Malaysia terkenal dengan keunikan dan kepelbagaian terutama dari sudut makanan. Kalau pergi ke kedai mamak pastinya kuih tradisional yang satu ini tak boleh anda skip.
Vadai merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat India yang sangat popular di Malaysia. Teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam menjadi kegemaran ramai.
Kalau anda nak tahu, resipi yang dikongsikan oleh mathanedward_official ini sangat simple dan cepat dan paling penting tak perlu guna tepung. Jadi, anda memang anda patut cuba.
Vadai
Ads
Bahan-Bahan:
Kacang Dhal
Jintan manis
Cili padu
Daun kari
Bawang merah
Garam
Cara-Cara:
– Rendam kacang dhal 4-5 jam dan kisarkan dalam pengisar (jangan terlalu halus).
Ads
– Masukkan jintan manis, cili padi, hirisan bawang dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan kacang dhal yang belum dikisar untuk rasar rangup.
Tentu mak-mak sering mencari hidangan yang mudah untuk seisi keluarga. Salah satunya hidangan minum petang.
Boleh cuba buat hidangan puding jagung. Penyediaannya pun mudah dan ringkas. Yang pertama kali pun boleh cuba buat, gerenti jadi.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Saja nak share puding jagung cara saya ya .
Puding Jagung:
1 tin jagung
1 tin tpg kastard
3/4 tin gula pasir (bole lbh/kurangkn)
3 1/2 tin santan (sy guna 1 1/2 kotak santan kara)
1 sudu garam
Cara2:
Masuk semua bahan ke dlm periuk… Gunakan api kecil…
Sentiasa kacau utk elakkan berketul.
Bile adunan dah nmpak mcm jernih & dah menggelegak… Bole tutup api
Masukkan dlm loyang @ acuan yg dh dibasahkan terlebih dulu (utk elak melekat)
Sejukkan sebelum dipotong ( utk loyang)
Saya mmg guna sukatan tin jagung untuk resepi ni, sy guna 4 tin santan..utk efek goyang inul ..sejuk2 best.
Dah siap! Memang sedap buat minum petang. Selamat mencuba.
Keistimewaan makanan di Malaysia adalah dari kepelbagaian dan keunikannya yang memang susah nak cari sesuai dengan selera. Maka, olahan rasa itu juga sangat penting dalam sesuatu masakan. Kali ini, resipi tauhu begedil yang lebih sihat, tanpa goreng ini sangat sesuai terutamanya kepada kanak-kanak.
Melaui perkongsian daripada Siti Hazneza Abdul Hamid, resipi ini sangat berkhasiat dan lengkap dengan nutrisi. Selain itu, tauhu begedil ini juga memang sesuai dijadikan sebagai kudapan. Jadi, jika anda nak beri makanan yang menyihatkan tapi sedap untuk anak-anak boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
“Satu adunan ini dapat empat puluh biji. Makan malam lengkap dalam semulut: Karbohidrat daripada ubi kentang, protein daripada daging, tauhu dan telur, sayuran, lemak dan minyak”.
Tauhu Begedil
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
– Didihkan ubi, bawang putih sehingga ubi empuk atau ¾ empuk untuk tekstur lebih pejal.
– Toskan ubi yang sudah empuk. Airnya jangan dibuang dahulu. Jika terlalu pejal/keras boleh tambah air rebusan untuk lembutkan sedikit.
– Masukkan 1 biji telur, 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh serbuk lada hitam ke dalam pemproses makanan (food processor). Tidak perlu risau telur tidak masak kerana ubi masih panas dan cukup untuk memasak telur.
– Kisar sehingga halus begini. Nampak gebu dan berkrim.
– Alihkan ubi yang sudah halus ke dalam bekas yang sesuai untuk ditambah bahan-bahan lain. Jika hendak buat kentang putar (whipped potato), ini sudah siap. Boleh dihidang dengan sos lada hitam.
– Tumis daging cincang dengan ½ labu bawang besar dicincang halus. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
– Masukkan daging cincang yang telah dimasak ke dalam ubi yang sudah dikisar. Tambahkan ½ labu bawang besar dicincang halus, ½ cawan campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus dan ½ biji carrot dicincang halus.
– Gaulkan. Cantik bukan, warnanya? Jika hendak dijadikan samosa, boleh balut inti ini dengan kulit popia dan digoreng.
– Belah tauhu goreng, tekan isi tauhu supaya mampat dan masukkan isi pegedil sehingga penuh.
– Sapu dengan kuning telur. Bakar dalam oven pada suhu 180°C/ 350°F sehingga garing.
Enaknya menikmati aiskrim lagi lagi waktu cuaca panas kan. Anak-anak yang paling teruja kan. Kalau dulu perisa biasa seperti asam masin, milo dan sebagainya, tetapi sekarang pelbagai perisa boleh dicuba, janji kreatif kan ibu-ibu.
Jom cuba aiskrim Milo homemade ni yang dikongsikan oleh puan Ummu Hanini. Selamat mencuba!
Aiskrim milo homemade..rasanya sebijik sama dgn aiskrim milo yg jual kat kedai tu..menjadi jugak Resepi aiskrim milo :
1 tin susu cair
1 sb ovalette
2 sb susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis boleh tmbah smpi scukup rasa)
1 sk esen vanila
Milo secukupnya ( xkesah nak letak banyak mana, kalo xde milo guna koko pon bole)
Kalau tak suka milo bole je tukar perisa lain cm stoberi, jagung, keladi or pape je..hehe Cara membuat:
Campurkan semua bahan2 kat atas tu kemudian pukul guna mixer or blend je smpai sebati n gebu, pastu boleh la tuang dlm bekas n sejukkan semalaman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Faizal Ismail mencuri perhatian apabila tidak dapat menahan sebak ketika menjadi wali dalam majlis pernikahan anak sulungnya, Nur Khairina Iman, yang berlangsung di Cyberjaya.