![B9853E3A-9BAA-4E9E-92D6-C9F3AE477B00](https://cdn.keluarga.my/2019/07/b9853e3a-9baa-4e9e-92d6-c9f3ae477b00-16_28_056356-696x477.jpeg)
Salah satu menu sarapan paling mudah dan jimat untuk seisi keluarga adalah roti sandwich berintikan sardin. Malah resepi ni boleh dibawa untuk travel atau ketika bercuti.
Ikuti perkongsian puan Bahiah Saripuddin.
RESEPI SANDWICH SARDIN IBU
Sandwich sardin ni bukan sahaja menjadi kegemaran cheyah sekeluarga. Malah, kegemaran sahabat baik cheyah juga. Kalau kami ada gathering mesti sandwich ni wajib ada sekali.
Resepi asal adalah resepi dari ibu sahabat cheyah. Sangat simple. Sampai pernah masuk pertandingan buat sandwich cheyah menang.
Bahan-bahan
6 keping roti sandwich
1 tin kecil ikan sardin (2-3 ekor)
1/2 biji bawang besar dicincang
1/2 biji tomato dipotong dadu
4-5 biji cili hijau
1/3 batang timun batang (potong nipis)
1 pax mayonis ataupun 2-3 sudu makan
Secubit garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaannya
1. Buka sardin dan buang kuahnya. Ambil ikan sahaja dan hancurkan. Masukkan mayonis.
2. Kemudian, gaul sebati sebelum masukkan bahan yang kita hiris tadi kecuali timun. Tambahkan garam dan gula.
3. Ambil roti, letak timun dan sapu sardin kita tadi. Baru tutup. Potong empat macam dalam gambar.
LIHAT GAMBAR
Dah siap!
#dapurcheyah #sandwichsardin #sandwichtuna #sarapanpagi
Ikut Cara Ini Jika Ibu-Ibu Mahu Hilangkan Kutu Beras. Confirm Cukup Mudah Dan Efektif!
![Ikut Cara Ini Jika Ibu-Ibu Mahu Hilangkan Kutu Beras. Confirm Cukup Mudah Dan Efektif!](https://cdn.keluarga.my/2018/02/kutu.jpg)
Menyimpan beras di dalam bekas tanpa ditutup atau terlalu lama boleh menyebabkan kutu beras ini membiak di dalamnya. Bubuk atau kutu beras ini sememangnya menjadi kepantangan kepada suri rumah. Paling menyakitkan hati apabila beras tersebut menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Ia juga boleh mendatangkan ketidakselesaan selain mengurangkan kualiti beras.
Oleh itu, kena segera lakukan cara ini untuk elak daripada ‘serangan’ kutu beras ini. Caranya mudah dan cukup efektif.
6 Petua Beras Bebas Bubuk
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.
2. Daun pandan
Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan. Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.
3. Cili kering
Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.
4. Jemur
Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu. Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.
5. Daun belimbing buluh
Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.
6. Kulit kayu manis
Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras. Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.
Resipi Roti Homemade Yang Mudah Tanpa Bahan Pengawet. Uli Guna Tangan Jer Tapi Lembut & Sedap. First Time Buat Pasti Jadi!
![Resipi Roti Homemade Yang Mudah Tanpa Bahan Pengawet. Uli Guna Tangan Jer Tapi Lembut & Sedap. First Time Buat Pasti Jadi!](https://cdn.keluarga.my/2020/06/188408-02_43_343754.jpeg)
Buntu nak sediakan menu sarapan dan minum petang buat anak-anak dan keluarga. Apa kata kali ini ibu-ibu belajar buat roti pula.
Sebenarnya tak susah pun asalkan tahu resipi dan cara nak adunkannya. Pilih je roti yang ringkas tapi anak-anak suka. Lagi menyeronokkan kalau ajak anak-anak buat sama-sama. Pasti lebih meriah.
Jom cuba resipi buat roti yang dikongsikan oleh Ainieani Sam. Moga bermanfaat!
Hari2 mkn roti pun takpesbb roti buat sendiri fresh from oven & tanpa pengawet tau
Sy share utk semua resipi roti sedap nakmatee.. resipi senang, simple & manual tangan je tau. Takyah uli teruk2 pun dh dpt buat roti yg lembut & sedap.
Try ye kwn2 bg yg 1st buat pun blh dpt roti yg diidam2kan
Resipi Roti Homemade
Bahan A:
1 Biji Telor
2 Sudu Besar Gula
2 Sudu Besar Yis@ 2 paket yis (11g)
300ml Air
(Masuk telor+air+gula+yis kacau sebati & biar kembang berbuih2 dlm 10 mnt)
Bahan B:
500g Tpg High Protein@ Gandum
2 Sudu Besar Gula
1 Sudu Kecil Garam
1 Sudu Besar Marjerin
1/8 Sudu Kecil Improver(optional)
(Masuk semua Bahan B & gaul kering biar sebati)
Cara2:
Masuk bahan B + bahan A sedikit2 hingga sebati. Adunan mmg sedikit lembik. Jgn risau nanti doh ok slps dh kembang.. Biar sehingga 20 minit & biar naik sekali ganda.
Doh sedia dirounding & patenkan roti yg anda suka. Biar doh naik lg & bakar pd suhu 180′ selama 20 minit. Sis suka buat roti sosej & roti kopi niMkn panas2 lg syokk & nikmat tau
Resipi ni blh dpt 20 biji dlm 45 g setiap roti. Blh jg buat donut & pizza ye kawan2
#tqcikguresipibasicblhpelbagaikan
#airtangansendiri
#bakedwithlove
Penggemar Meatball IKEA, Dah Boleh Buat Sendiri Di Rumah. Wanita Ini Kongsi Caranya.
![Penggemar Meatball IKEA, Dah Boleh Buat Sendiri Di Rumah. Wanita Ini Kongsi Caranya.](https://cdn.keluarga.my/2020/06/gambar-hiasan-28-25_25_488939.jpg)
Sudah tentu ramai yang teringin nak makan bebola daging Ikea atau meatball Ikea yang menjadi kegemaran ramai. Kesedapan aroma dan tekstur daging sertanya sosnya menjadikan meatball IKEA jadi igauan ramai.
Sejak penularan covid-19, dalam tempoh tiga bulan gedung ini tidak beroperasi, namun kini dalam tempoh PKPP, walapun sudah dibuka kepada orang ramai, masih ramai yang beratur panjang untuk memasuki gedung membeli belah terkenal ini. Malah sudah tentu, ruang makan begitu terhad dan beratur panjang.
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi resepi untuk memasak meatball IKEA. Menarik, boleh lah cuba membuat sendiri di rumah!
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.
Resepi ada dalam gambar pertama.
Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:
Bahan-bahan:
750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam
Penyediaan:
1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.
2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.
3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.
4. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven)
Sos
40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/dairy whipping cream
1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.
3. Masukkan air sambil kacau oerlahan untuk elakkan berketul.
4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim.
5. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.
Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya buat:
1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis
Siap gentel meatball. Lenguh juga nak buat ni. Pastikan kepal dengan padat meatball ni supaya tak pecah masa nak masak. Simpan kejap dalam peti beku, lebih kurang 20 minit nak bagi keras sikit.
Goreng kejap dalam kuali. Tak perlu letak minyak banyak, sikit je sebab meatball ni keluarkan minyak semasa masak.
Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti.
Cairkan butter, masukkan tepung. Kacau dalam 2 minit.
Masukkan 2 kiub daging brand apa-apa pun boleh. Saya guna knorr. Kacau kejap sambil pecahkan kiub.
Tambahkan air 300ml. Pastikan masuk sikit-sikit dan kacau supaya tak berketul.
ni penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu. Saya tak pasti kat Malaysia ada jual kat mana. Mungkin pasaraya besar ada jual.
Masukkan kicap. Saya guna kicap lemak manis. Tak guna kicap masin sebab kiub daging dah masin.
Masukkan dairy cream 150ml.
Kacau sampai tak berketul. Kuah siap!
Hidangkan dengan meatball yang dah siap masak tadi. Letak sikit jem. Kalau ada lingonberry jem, memang sama 100% macam IKEA. Saya guna jem strawberry je.
P/S: Saya izinkan share
Kredit: Zan Zafirah Zainal to Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)