Guru Pasti sedih hilang murid-“Wajah arwah cerah, berseri, lain daripada biasa…petanda dia nak pergi.” Seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Jannah, Kampung Tanjung Bunut, meluahkan rasa sedih atas kehilangan muridnya, Muhammad Al Amin Khairul Syahmi, 5, yang meninggal dunia bersama ibunya dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang Selasa lalu.
Guru Pasti Sedih Hilang Murid-“Wajah Arwah Cerah, Berseri, Lain Daripada Biasa…Petanda Dia Nak Pergi”
Guru tersebut, Azizah Mohd, berkata wajah arwah kelihatan cerah, berseri dan lain daripada kebiasaan, seolah-olah memberi petanda sebelum pemergiannya buat selamanya.
“Arwah Amin seorang anak yang pendiam, mudah diurus, suka senyum dan tidak pernah menyusahkan sesiapa. Minggu lepas, saya perasan wajah dia nampak sangat putih dan berseri. Dia juga datang lebih awal dari biasa, tapi saya tak sangka itu kali terakhir kami bertemu,” katanya.
Azizah yang mendidik arwah sejak berumur empat tahun menyifatkan kanak-kanak itu yang mesra dipanggil Amin sebagai murid pendiam, mudah diurus, sentiasa tersenyum dan tidak pernah menyusahkan sesiapa.
Menurut Azizah, arwah yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik, jarang mengikuti ibu bapanya ke luar kawasan kerana biasanya dia dihantar ke sekolah oleh mereka dan dijemput oleh datuk atau nenek selepas tamat waktu persekolahan.
Ads
“Namun, semalam (Selasa), dia menangis bersungguh-sungguh mahu ikut ibu bapanya bekerja. Tak sangka itulah perjalanannya yang terakhir,” ujarnya lagi.
Tambahnya, seramai 20 murid PASTI bersama guru hadir menziarahi jenazah Allahyarham Amin dan ibunya sebelum kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Pasu sekitar jam 11.30 pagi, Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Selasa di Kilometer 362.9, LPT2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Bukit Besi, Dungun, lori yang dinaiki keluarga itu dipercayai hilang kawalan akibat tayar pecah sebelum terbabas dan terbalik.
Ads
Kemalangan tersebut mengakibatkan Muhammad Al Amin dan ibunya, Isnaini Mohd, 42, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala bapa kanak-kanak itu, Khairul Syahmi Mat Hassan, 49, mengalami kecederaan serius dan sedang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Dungun.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir memaklumkan, ketika kejadian pasangan suami isteri itu yang bekerja di sebuah syarikat pembekal perkakasan elektrik dalam perjalanan pulang ke Gong Badak, Kuala Nerus selepas selesai menghantar ‘chamber’ pembumian elektrik di Kuantan, Pahang.
Pelakon Elfira Loy, 26, meluahkan rasa sedih dan kesal selepas puteri, Nur Aria Mikayla telah mengalami kecederaan selepas terlanggar kabinet.
Menurut Elfira, anaknya kerap lebam di kepala namun kali ini kecederaan anaknya agak teruk kerana melibatkan bahagian hadapan muka sehingga hidung dan dahi kelihatan lebam.
“Anak saya sorang ni memang sukalah setiap minggu lebam kat kepala. tak kanan kiri . Cuma Kalini agak nampak teruk sikit sebab memang setepek depan muka langgar cabinet so hidung dia pun nampak lebam.
Sebagai ibu pastinya sedih melihat keadaan anak perempuannya yang masih kecil itu. Bagaimana pun gelagat anaknya mencuit hati apabila mengatakan kecederaan yang dialami tidak menyakitkan.
“Sedih tengoknya. I ada tanya dia. ” adik , does it hurt or not ” she said ” No , its okay its not pain pun ” ” im strong ” haha
taktahu nak baca doa apa dah lari tu laju sangat pastu no fear. Rasa macam tiada penghalangnya
Menurut pelakon drama Tentang Bulan The Series lagi, kejadian yang menimpa anaknya adalah kali ke dua yang berlaku di sekolah.
“This is the second time it has happened at the school. Punca : lari laju like sonic”
“How do you stop this from happening?”
Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri turut bertanya tip apakah yang perlu dia lakukan untuk mengelak perkara itu berulang. Meninjau di ruangan komen rata-rata memberi tahu kanak-kanak pada usia sebegini seorang yang aktif. Namun sebagai ibu bapa perlu mengawasi anak.
“Its ok tak perlu risau mommy…kita mmg tak boleh nk stop…biar mereka belajar consequence sesuatu benda. cuma kita kena monitor kalau teruk mcm darah kat hidung, atau muntah2, atau dia jd tak aktif…terus pergi jumpa doc.”
“Anak no2 mmg begitu. My parents said once masa kecik saya lari laju langgar dinding sampai bergegar rumah tapi lepas tu rilek je macam tiada apa berlaku hahhahahhaha.”
“My daughter anak no 2 pon mcm ni. Yg abg rileks je. Adik lebam sana sini kepala tu. Now dah besar sikit, kurang sgt dah Lebam.”
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Rayyan Khalaf 4, dan Nur Aria Mikayla yang baru berusia 2 tahun.
Kanak-kanak 7 tahun lemas dalam kolam renang, Ahmad Firdaus Iqbal akhirnya pergi jua. Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang sebelum ini dirawat di Hospital Melaka akibat insiden lemas di sebuah kolam renang, disahkan meninggal dunia pada pagi Selasa.
Kanak-kanak 7 Tahun Lemas Dalam Kolam Renang, Ahmad Firdaus Iqbal Akhirnya Pergi Jua
Perkhabaran duka itu dimaklumkan sendiri oleh bapanya, Ahmad Ridzuan Supian, 36, yang turut mengesahkan kesahihan poster tular daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Rinting 3, Johor mengenai pemergian anaknya, Ahmad Firdaus Iqbal.
Menurut Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem, jenazah kanak-kanak tersebut yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik telah diserahkan kepada keluarganya pada jam 12.05 tengah hari untuk urusan selanjutnya.
“Waris membawa pulang jenazah ke rumahnya di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor bagi urusan pengebumian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini, media melaporkan tentang insiden malang yang menimpa sebuah keluarga apabila percutian mereka bertukar menjadi tragedi. Dalam kejadian pada Ahad itu, Ahmad Firdaus Iqbal ditemui dalam keadaan kritikal selepas dipercayai lemas di kolam renang sebuah rumah inap yang terletak di kondominium Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana.
Remaja perempuan maut, terjatuh dari tingkat 16 pangsapuri, ada kesan kelar pada tangan kiri. Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim,George Town, Pulau Pinang pada awal pagi Ahad.
Remaja Perempuan Maut, Terjatuh Dari Tingkat 16 Pangsapuri
Mayat remaja berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 1 pagi sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Difahamkan, terdapat kesan kelar pada tangan kiri remaja terbabit.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, hasil siasatan polis mendapati sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara remaja itu dengan kekasihnya.
Menurutnya, siasatan lanjut pihak polis di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.
“Semakan juga mendapati mangsa merupakan anak tunggal manakala ibu bapanya sudah bercerai dan ketika kejadian ibu keluar membeli barang.
“Siasatan lanjut masih dijalankan, kita minta orang ramai jangan buat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis serta sensitiviti keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.
Swee Sake berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.