Ads

Hafidz Roshdi & Isteri Sambut Kelahiran Anak Pertama “Alhamdulillah”

Tahniah diucapkan buat pelakon Hafidz Roshdi yang menyambut kelahiran anak pertamanya bersama isteri, Athira Yuhada.

Hafidz membuat kejutan apabila mengumumkan menimang cahaya mata menerusi perkongsian dalam Instagram (IG), semalam.

Hafidz Roshdi & Isteri Sambut Kelahiran Anak Pertama "Alhamdulillah"

Tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk jantina bayi, Hafidz sebaliknya hanya memberi tahu tarikh kelahiran berserta foto yang memaparkannya bersama isteri, sedang menggendong zuriat mereka.

Ads

“Alhamdulillah. Lahir pada 13 Februari 2025, jam 7.35pm,” tulisnya ringkas menerusi Instagramnya.

Hafidz Roshdi & Isteri Sambut Kelahiran Anak Pertama "Alhamdulillah"

 

Ads

Difahamkan Athira melahirkan bayi sulung mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.

Perkongsian berkenaan mencuri perhatian kerana pasangan tersebut tidak pernah berkongsi berita kehamilan tersebut.

Ads

Terdahulu, Hafidz dan Athira mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2023. Hafidz turut dikurniakan dengan dua orang cahaya matanya, Humairah, 8 dan Umar, 5 menerusi perkahwinannya yang terdahulu.

Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/

Bila Triplet & Baby Noah Masuk Studio, Gamatnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Diana Juara Itali

“Gagal Layak Terus Ke Final, Akhirnya Bergelar Juara Dunia!” Diana Aleesa,...

Diana Aleesa, 8 tahun, bergelar juara dunia HIPPO 2026 di Itali selepas gagal layak terus ke final. Kisah inspirasi anak Malaysia yang membanggakan!