Selepas melahirkan anak, masalah haid yang datang lambat bagi ibu-ibu adalah perkara biasa. Namun haid yang terlalu lambat sebenarnya membimbangkan.
Jangan berdiam diri. Jika ini yang terjadi ada baiknya ibu segera mendapatkan pencerahan daripada doktor. Setiap orang berbeza-beza keadaannya. Masalah hormon adalah penyebabnya.
Begitu kata Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) menjelaskan secara terperinci buat semua ibu-ibu.
Selepas melahirkan anak, selalunya wanita akan mengalami gangguan kitaran haid. Selalunya seorang wanita akan mengalami haid semula antara enam hingga dua belas bulan.
Ads
Namun jika hal ini berlanjutan lebih dari setahun, terdapat gangguan hormon (ketidakseimbangan hormone) yang serius berlaku dalam tubuh wanita tersebut.
Selain itu selalunya selepas melahirkan anak, seorang wanita dinasihatkan mendapatkan suntikan pencegah kehamilan. Suntikan ini dikenali sebagai Provera (Medroxyprogesterone Acetate) adalah hormon progesterone sintetik yang menggangu kitaran haid.
Masalah berat badan berlebihan dan obesiti juga mengganggu kitaran haid. Obesiti juga mungkin disebabkan oleh masalah kekurangan hormone thyroid (hypothyroidism) di mana mungkin sesetengah orang mengalami masalah kesukaran untuk menurunkan berat badan.
Ads
Masalah tekanan emosi sepanjang tempuh pantang seperti tidak cukup tidur kerana memberikan perhatian pada anak dan terpaksa bangun setiap 2 jam bagi menyusukan anak juga mempengaruhi hormone seterusnya mengganggu kitaran haid.
Saya mencadangkan agar puan-puan melakukan pemeriksaan doctor, bimbang ia disebabkan oleh masalah yang lebih besar seperti ketumbuhan atau masalah pramatang menopause yang sering berlaku pada wanita muda di zaman ini.
Selalunya doctor akan membuat pemeriksaan hormon dengan mengambil sampel darah bagi melihat tahap hormone-hormon seperti testosterone, estrogen, thyroid dan beberapa jenis hormone lagi.
Selain itu doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat bayangan organ dalaman seperti ovari, rahim atau mungkin ketumbuhan lain yang ada dalam rongga pelvis.
Pemeriksaan MRI hanya akan dilakukan jika doctor melihat ada sesuatu yang tidak normal dalam pemeriksaan darah atau ultrasound. Jadi proses diagnose yang dilakukan agak rumit dan mengambil masa. Harus bersabar dan menurut saja arahan doctor untuk setiap pemeriksaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Untuk mewujudkan ruang atau sudut bacaan untuk anak amat digalakkan agar mereka dapat memenuhi masa terluang dengan perkara yang berfaedah, terutama sekali di musim cuti sekolah.
Bagi memastikan suasana bilik tampil lebih menarik, seeloknya rak buku disusun dan di letekkan disudut yang betul dengan deretan buku atau majalah membuatkan ia kelihatan kemas.
Namun semua ini tidak mestinya perlukan bajet yang mahal. Sebagaimana perkongsian ini. Bajet yang digunakan amat murah tapi cantik!
Jom lihat ilham idea ini.
Dah lama buat. Saja nak kongsi idea. Sebab ruang ni sesuai bagi mereka yang ada ruang terhad dan nak budget fulusnya
Kebanyakan barang yang Kak Izah guna beli di ECO dan DIY. Kecuali rak beli di Tesco, set meja kerusi beli di Nilai 3.
Sebut sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pasti ramai yang tersenyum mengingatkan kembali iklan-iklan produknya yang cukup mencuit hati dan sememangnya cara tersebut cukup berkesan apa tidaknya baik kanak-kanak mahupun orang tua semuanya mengenali tokoh usahawan tersohor ini.
Melihat dari sisi seorang ahli perniagaan, penulis cukup kagum dengan perkembangan bisnes yang diusahakannya di bawah jenama D’Herbs.
“Untuk sampai ke tahap sekarang bukanlah semudah yang disangkakan. Pelbagai masalah, cabaran dan dugaan yang cukup perit terpaksa dilalui. Jujur saya katakan, berniaga bukan seindah yang disangkakan. Sebelum ini macam-macam bisnes saya cuba namun gagal, berkali-kali kena tipu dan macam-macam lagi pengalaman pahit yang terpaksa dilalui.
“Itulah yang membuatkan saya berpegang pada prinsip tiada istilah saudara di dalam bisnes. apabila kita terbabit dalam bisnes, hati kena kering tidak boleh lembut, tidak boleh ada perasaan malu kerana itu boleh buat kita ‘bankrup’. Disiplin sangat penting dan itu yang saya terapkan dan kerja kena ‘punctual’. Saya bangun awal pagi dan sebelum ke pejabat saya akan melakukan senaman terlebih dahulu untuk memastikan badan sentiasa cergas.
Dalam hal kerja, saya cukup teliti. Dua hari sekali saya akan mengadakan mesyuarat untuk lihat apa masalah yang ada dan akan mencari jalan penyelesaian. Saya bukan sekadar bos, sebaliknya sayalah pelakon, pengarah, tukang cari idea dan macam-macam lagi. Pendek kata semua kerja saya buat. Penat memang penat tetapi inilah jalan yang saya pilih dan saya mahu pastikan nama saya dan jenama produk yang diusahakan ini terus diingati dan mampu bertahan.
“Saya sedar ada yang ketawa dan menganggap iklan yang saya hasilkan lawak dan tidak kurang yang memandang serong. Tetapi saya tidak mahu sekadar membuat iklan bodoh tetapi tidak ada sebarang impak, sebaliknya saya mahu buat sesuatu iklan yang akan diingati oleh orang lain dan dalam masa yang sama mereka akan membeli produk tersebut. Kerana itu, saya cuba sebaik mungkin dan berusaha bersungguh-sungguh sementara tengah ‘laku’ sekarang ini.
“Sesuai dengan konsep yang saya pegang iaitu perlu berlagak umpama singa, untuk berjaya kita kena lalui 100 pintu. Tetapi harus berhati-hati kerana di antara pintu tersebut ada yang boleh membuatkan kita terjatuh ke dalam gaung. Industri kosmetik tidak akan kekal lama, kerana itu saya tidak memberi tumpuan pada satu bisnes sahaja, sebaliknya mencuba pelbagai bidang supaya dapat bertahan lama dan dalam masa yang sama mengumpul aset untuk masa depan kami anak-beranak
Menyambung legasi.
Ditanya mengenai perancangan untuk anak-anaknya, baik Dato Aliff mahupun isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid memberi kebebasan penuh kepada anak-anak dalam memilih kerjaya yang mereka minati.
“Bohonglah andai kata saya tidak mengharapkan salah seorang daripada anak kami Ammar Ahyan,9, Qadejah Eh Zahra,6 dan Ibraheem Adham, 4 mengikut jejak langkah dan mewarisi bisnes daripada saya. Namun, jika mereka tidak berminat saya sebagai ayah tidak akan membantah. Sebaliknya jauh di sudut hati saya berharap mereka akan menjadi seseorang yang alim. Itu yang paling penting. Malah, saya berharap mereka akan bekerja dalam bidang profesionalisme seperti akauntan, doktor ataupun peguam.
Saling melengkapi
Melihat gaya dan pembawaan diri isteri kesayangan Dato Aliff ini yang sedikit low profile, sang suami sendiri turut mengakui hal tersebut. Jujur mengakui antara mereka sangat kontra, namun dia susah andai tiada isteri di sisi.
“Kami pasangan yang sangat kontra dalam banyak hal. Saya kuat merajuk berbanding isteri. Malah, dia boleh siap dalam masa lima minit sahaja tetapi saya memerlukan sekurang-kurangnya dua jam. Dalam sehari saya menukar sekurang-kurangnya tiga pakaian. Itu tabiat saya sejak dahulu lagi memandangkan saya bertemu dengan individu mahupun kumpulan yang berbeza lapisan umur dan bidang. Saya juga lebih cerewet berbanding isteri.
“Dalam berpakaian saya yang akan tentukan manakala isteri hanya mengikut. Tetapi saya bukan jenis yang suka berbelanja mewah. Mungkin kerana saya suka berfesyen manakala isteri pula lebih suka tampil simple. Dari segi jenama, cukup sekadar ada kerana saya lebih suka kumpul aset dan hartanah.
“Pun begitu, kehidupan kami anak-beranak cukup simple dan jika nampak di luar itu adalah kerana penampilan itu penting. Apatah lagi, saya sentiasa perlu berada di hadapan kamera seharusnya penampilan kena jaga dibandingkan isteri lebih suka berada di belakang tabir. Cuma ada perangai isteri yang saya membuatkan saya kecil hati. Misalnya, saya selalu membelikan hadiah padanya walaupun tidak pernah diminta. Dia pula jenis yang tidak suka menunjuk.
Tetapi untuk pendidikan anak-anak, kami berdua sepakat dan cukup tegas. Kami memilih untuk menghantar mereka ke sekolah swasta berkonsepkan Islamik. Setiap hari, jadual anak-anak penuh dengan segala aktiviti. Setiap kali musim cuti sekolah, saya akan penuhkan jadual mereka dengan aktiviti seperti kelas tambahan, kelas piano dan macam-macam lagi. Saya tidak suka mereka leka dan membuang masa dengan menonton televisen dan sebagainya. Dalam masa yang sama juga, saya tidak memberikan mereka bermain gajet.
“Untuk duit poket ke sekolah, saya hanya beri RM2 sahaja setiap hari dan sediakan mereka bekalan makanan setiap hari. Walaupun saya mampu beri lebih daripada itu, saya mahu melatih anak-anak belajar erti susah dan bukan mudah untuk mencari duit.
“Walaupun masa saya bersama mereka cukup terhad, namun bab pendidikan saya tidak abaikan. Saya bukanlah seorang yang bijak dalam pelajaran. Dahulu saya selalu diejek tidak pandai gara-gara mengalami masalah Disleksia atau gangguan dalam pembelajaran seperti membaca dan menulis. Bahkan sehingga kini saya masih lagi sukar untuk mengingati sesuatu benda. Kerana itu saya tidak mahu anak-anak mengalami nasib yang sama seperti saya.
“Kebetulan anak kedua saya mewarisi masalah ini daripada saya. Hal ini disedari oleh cikgu sekolah. Justeru, saya dan isteri menghantarnya ke terapi sebulan sekali serta sekolah khas bagi memastikan dia dapat belajar seperti kanak-kanak yang lain. Alhamdulillah, dia seorang anak yang baik dan bijak cuma sukar untuk membaca.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Satu yang menjadi hal bagi kita adalah ketika meletakkan kereta di tempat yang panas. Haba bahang pastinya akan melambatkan proses mengejukkan kereta. Ketika inilah anak-anak mula menangis kepanasan dan merungut-rungut.
Kebiasaannya sebaik membuka enjin kereta, kita akan membuka tingkap seluas-luasnya bagi menghilangkan haba ini. Jika anda tahu dua cara ini pasti masalah akan dapat diatasi dengan segera.
Dua cara ini anda kena tahu agar kereta kurang habanya, malah lebih cepat sejuk. Jom amalkan dua langkah ini.
1. Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.
Waktu memandu pastikan anda tutup flap air cond kereta supaya pengudaraan kereta beredar hanya dalam kereta sahaja dan kekalkan udara sejuk. Rasanya semua orang lakukan semua ni bukan?
2 Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka.
Ketika parking kereta, buka flap aircond tadi. Jadi, udara panas tidak akan terperap di dalam kereta dan membuatkan kereta berbahang. Itulah tujuan flap aircond.
Kena cuba hari ni !
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.