Jodoh yang tidak kesampaian, bila ajal mendahului. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mahligai indah yang direncanakan tidak menjadi kenyataan.

Majlis perkahwinan yang Muhammad Adib dan Nurul Najihah yang sepatutnya bakal berlangsung sabtu ini kini tinggal kenangan. Pejuang wira merah ini sudah kembali ke alam fana malam tadi setelah tiga minggu bertarung nyawa.

Hajat Naik Pelamin Tak kesampaian, Majlis Nikah Bertukar Kenduri Tahlil. Kad Kahwin Arwah Adib Undang Sebak Netizen.

Usai berita kematian Adib diwar-warkan, tular kad undangan kahwin arwah bersama tunangnya mengundang sebak dikalangan netizen.

Hajat Naik Pelamin Tak kesampaian, Majlis Nikah Bertukar Kenduri Tahlil. Kad Kahwin Arwah Adib Undang Sebak Netizen.

“Adib pernah bergurau, kalau berlaku kemalangan ketika majlis bertandang ke rumah bakal isterinya nanti, dia sendiri akan bantu memotong kenderaan untuk menyelamatkan kami sebab dia anggota bomba.

IKLAN

“Persiapan untuk majlis perkahwinan Muhammad Adib yang dijadual berlangsung Ahad ini sudah dilakukan hampir 80 peratus namun segala-galanya bertukar menjadi kenduri tahlil.

“Arwah juga baru membeli sebuah Perodua Myvi dua bulan lalu yang ditinggalkan di sini untuk memudahkan mereka bertandang ke rumah bakal isterinya ketika majlis perkahwinannya nanti,” ujar Mohd Shukur Othman, 53 yang merupakan atuk saudara  kepada Muhammad Adib.

Hajat Naik Pelamin Tak kesampaian, Majlis Nikah Bertukar Kenduri Tahlil. Kad Kahwin Arwah Adib Undang Sebak Netizen.

Tambahnya lagi, arwah yang sebelum  ini ada memberi tindak balas dengan menulis di papan hitam ketika di IJN.

IKLAN

“Arwah tulis yang dia hendak balik ke kampung dan tulis tanya mana mak? Sebab waktu itu dia tidak dapat bercakap disebabkan banyak wayar di badannya selain keadaannya yang agak lemah.

Hajat Naik Pelamin Tak kesampaian, Majlis Nikah Bertukar Kenduri Tahlil. Kad Kahwin Arwah Adib Undang Sebak Netizen.

Siapa sangka arwah keluar ke balai, bekerja seperti biasa. Panggilan kecemasan kebakaran kenderaan di sambut sebagai tugasan terakhir beliau.

IKLAN

Dia yang pergi ke situ sebagai penyelamat..
Menaiki van EMRS dengan harapan untuk menyelamatkan biarlah 1 nyawa pun malam itu. Tapi siapa sangka..itulah tugasan terakhirnya.

Hajat Naik Pelamin Tak kesampaian, Majlis Nikah Bertukar Kenduri Tahlil. Kad Kahwin Arwah Adib Undang Sebak Netizen.

Al-Fatihah buat Muhammad Adib. Semoga keluarga arwah tabah dengan dugaan ini.

Sumber: Harian Metro

Gambar: Astro Awani

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI