Semut merayap di dalam rumah adalah perkara biasa, namun jika terlalu banyak boleh mendatangkan masalah. Sementelah semut suka benda-benda manis terutama gula.

Jika anda tidak suka semut berada dalam rumah, sebaiknya jangan dibunuh dengan racun serangga atau ubat semut. Apa kata cuba petua semula jadi yang dikongsikan dari blog fydanoh.com.

IKLAN

1. Taburkan serbuk kunyit
Sebaiknya kesan dulu dari mana mereka masuk, kemudian taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka menuju ke dalam rumah atau di pintu tempat mereka masuk. Ini boleh menghalang askar-askar semut daripada masuk ke dalam rumah.
2. Daun sirih
Beberapa helai daun sirih dikoyak-koyak atau disiat-siat dan taburkan juga pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
3. Kulit telur
Bakar kulit telur hingga menjadi abu, kemudian taburkan pada kawasan laluan semut.
4. Kulit timun
Kulit timun juga diletakkan di kawasan laluan semut atau berdekatan sarangnya.
5. Air serai wangi
Campurkan serai wangi dengan air kemudian disembur pada laluan semut serta tempat-tempat yang biasa diduduki semut. Juga boleh buat lap meja dengan air serai wangi untuk elakkan semut naik ke atas meja. Yang menarik tu, bukan semut sahaja malah lipas, lalat dan serangga lain turut tidak berani mendekati tempat itu.
6. Minyak masak
Celup kain bersih ke dalam minyak masak, dan ikat kain tersebut pada balang gula, keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Minyak masak ini boleh menghalang laluan semut.
Kalau tidak mahu ikat kain, boleh saja lumurkan minyak masak pada bahagian yang terlibat. Contohnya sapukan minyak masak di kaki meja makan supaya semut tidak boleh panjat meja.
Tips menghalau semut yang suka menghurung bekas gula atau makanan.
1. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur dan bunga cengkih tidak akan menukar rasa atau warna gula, mungkin jadi lebih wangi.
2. Cili kering
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula. Semut juga tidak akan menghampiri bekas gula itu, mungkin kerana dia pun tak tahan pedas.
3. Bawang merah
Masukkan beberapa biji bawang merah yang belum dikupas ke dalam bekas gula, tapi basuh lah dulu. Takut kotor pula gula nanti.
4. Bercakap dengan semut
Kalau semut jenis tak makan saman juga, cubalah bercakap dengan mereka sebab mereka kan rakyat Nabi Sulaiman, pujuk baik-baik semut tu supaya tinggalkan rumah kita. Buat masa sendirian ya, nanti ada orang ingat ibu halusinasi pula bercakap dengan semut.
“Assalamualaikum wahai rakyat Nabi Sulaiman a.s…
Ini rumah aku dan aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah yang taat dan sentiasa berzikir pada-Nya.Kalau kamu nak buat sarang dan terus hidup, hiduplah di luar rumahku agar kamu selamat.. Terima kasih semut..”

IKLAN
IKLAN

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI