Dalam keadaan ditimpa musibah wabak COVID-19, telah ramai ahli keluarga menjadi korban. Lebih menyedihkan dengan sekelip mata telah ramai anak-anak kecil menjadi yatim piatu, isteri menjadi balu, dan tentunya kehidupan yang dilalui menjadi sukar bilamana insan tempat bergantung pergi buat selamanya.
Lantaran itu inisiatif yang ditawarkan perlulah diuruskan permohonan oleh waris pesakit Covid-19. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung. Ini berikutan permohonan bagi bantuan khas untuk individu yang terkesan dengan COVID-19 dilihat masih rendah berbanding jumlah kes baharu dan kematian yang dilaporkan meningkat setakat ini.
Memetik laporan Harian Metro, setakat ini, hanya 4,311 waris atau kira-kira 25.07 peratus yang memohon untuk bantuan khas itu berbanding korban Covid-19 dicatatkan semalam, yang berjumlah keseluruhan 17,191 kematian.
Ketua Pengarah Nadma Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, permohonan untuk bantuan itu adalah rendah.
“Hanya 4,311 waris yang menghantar permohonan untuk Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19.
“Maksudnya ada 12,880 (74.93 peratus) waris yang belum hantar permohonan. Nadma menyeru waris supaya membuat dan menghantar permohonan untuk bantuan yang sudah disediakan kepada warganegara sahaja ini.
“Saya dimaklumkan, ada juga waris yang merasakan tak perlu memohon bantuan ini sebab ahli keluarganya yang meninggal dunia (akibat Covid-19) di hospital, diuruskan kemudian dihantar oleh ambulans atau pun aset kerajaan hingga dikebumikan dengan tiada kos yang dikeluarkan,” katanya.
Ads
Beliau berkata demikian pada sidang media maya Tabung Covid-19, Anda Tanya Nadma Jawab menerusi aplikasi Zoom hari ini.
Tabung Covid-19 dilancarkan pada 11 Mac 2020 untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik.
Dana Tabung Covid-19 adalah sumbangan daripada kerajaan, institusi Diraja, anggota pentadbiran, sektor korporat dan individu prihatin yang disalurkan kepada pemohon Bantuan Khas Hilang Pendapatan dan Bantuan Khas Pengurusan Kematian.
Mengulas lanjut, Dr Aminuddin berkata, bagi Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19, RM16.2 juta sudah disalurkan membabitkan 3,235 waris.
“Sementara itu, RM22.2 juta Bantuan Khas Covid-19 sudah disalurkan membabitkan 16,722 pemohon. Ia insentif bantuan RM100 sehari bagi pesakit terjejas punca pendapatan.
“Apa pun, secara keseluruhannya, permohonan adalah sangat kecil berbanding jumlah kes baharu serta kematian harian yang dicatatkan dalam negara,” katanya.
Ads
Garis Panduan Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 Nadma
Apa aktiviti malam minggu anda sekeluarga. Nak keluar bimbang dengan wabak covid-19, lebih baik duduk di rumah kan. Apa kata ajak anak-anak tonton cerita menarik ini.
Ada kelainan yang cuba disampaikan dalam siridrama terbaru Take CTRL yang bakal menemui penonton tak lama lagi. Mengetengahkan elemen game dalam ceritanya kerana ia merupakan kisah sains fiksyen tetapi menghiburkan seisi keluarga.
Di dalam drama ini diselitkan elemen cinta,benci , kasih sayang dan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa. Selain itu, ditunjukkan bagaimana cara mereka berdamai antara satu sama lain dalam dunia digital.
Adegan lucu antara ibu bapa pasti membuatkan anak-anak terhibur. Namun, yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan menerusi drama ini.
Sesuai dengan slogan “with control, comes chaos”, anak-anak akhirnya dapat pengajaran bahawa mengawal tidak semudah yang disangka, dan sentiasa ada akibatnya.
Justeru, anak-anak perlu tahu dan terima bila mana ibu bapa katakan ‘tidak’ bagai sesuatu perkara.
Siri ini mengisahkan tentang Sky dan Ramunah, adik-beradik yang dikawal ketat oleh ibu bapa mereka, sehingga mereka terjumpa permainan video kawalan minda.
Kanak-kanak ini kemudian mengalami peranan mereka dan ibu bapa yang ditukar. Take CTRL akan ditayangkan pada 29 Januari, setiap Sabtu, 9 malam di TA-DAA! (Saluran 612), Astro GO dan On Demand.
Menariknya, peminat Shaheizy Sam boleh melihat bagaimana karekter yang dibawakan pelakon ini sebagai papa. Manakala watak mama pula di pegang oleh Hana Nadira. Turut berlakon dalam siri ini adalah Faiz Najib (Sky) dan Sry Khairudin (Ramunah), sebagai penampilan sulung buat ketiga-tiga pelakon utama dalam siri TV.
Jangan lupa saksikan #TakeCTRL bermula 29 Januari ini, setiap Sabtu 9PM di Astro, TA-DAA! CH 612 dan On Demand.
Setiap tahun pasti ada kes-kes buli dilaporkan melibatkan pelajar. Paling menyedihkan kejadian buli di sekolah asrama seakan tidak akan terhenti.
Semalam tular seorang ibu, Khairul Hamzah meluahkan rasa kecewa apabila tersayang turut melalui detik dibuli di sekolah berasrama. Kejadian itu mengakibatkan dia membuat laporan polis dan melaporkan kepada pihak sekolah. Hati ibu mana yang tidak sebak melihat anaknya dilakukan begitu.
Tidak mahu kejadian begini berulang, ibu ini cakna untuk berkongsi realiti yang dilalui oleh anaknya. Di fahamkan juga kawan kepada anaknya turut menerima nasib yang sama.
Moga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua. Ikuti kronologi yang dikongsinya menerusi facebook miliknya.
Kronologi kejadian berkenaan.
17 Jun 2022 (Jumaat) Uniform sekolah anak saya berwarna biru dijumpai di ampaian telah diconteng bersama-sama sehelai baju batik sekolah pelajar senior di dalam blok asrama puteri yang sama. Anak saya telah membuat aduan kepada pelajar senior Form 5 dan roll call diadakan untuk mencari pelaku tersebut tetapi tidak berjaya.
19 Jun 2022 (Ahad) Uniform kuning anak saya berwarna kuning dijumpai di ampaian telah digunting di bahagian lengan. Anak saya telah menelefon dan maklumkan berkenaan kes berkenaan dan memberitahu pelajar senior sedang cuba menyiasat sendiri terlebih dahulu untuk mencari pelaku sebelum memaklumkan kepada warden.
20 Jun 2022 (Isnin) Saya menelefon Ketua Warden untuk follow up kes tersebut malangnya Ketua Warden terkejut dan tidak mengetahui perkara tersebut. Setelah disemak, pelajar senior mengakui mereka cuba menyelesaikan sendiri kes tersebut. (Soalan: Adakah ini prosedur MRSM untuk kes-kes serius seperti ini membiarkan pelajar senior handle sendiri tanpa memaklumkan kepada warden???)
22 Jun 2022 (Rabu) Saya call Ketua Warden untuk follow kes di atas dan dimaklumkan mereka masih tidak dapat mencari pelaku.
26 Jun 2022 (Ahad) – pagi Sehelai lagi uniform biru sekolah anak saya telah dijumpai diconteng selepas dia mengangkat baju di ampaian. Perkara sama juga berlaku kepada rakan sebilik anak saya yang mana baju PJ nya telah diconteng.
26 Jun 2022 (Ahad) – petang Anak saya terjumpa dinding tandas telah diconteng dan terus memaklumkan kepada pelajar senior. Pelajar senior seterusnya memaklumkan kepada warden.
26 Jun 2022 (Ahad) – malam Anak saya telah dipanggil oleh 5 orang warden dan mereka menekan anak saya dan dipaksa mengaku bahawa semua baju diconteng, digunting dan contengan di dinding tandas dilakukan oleh anak saya. Sedangkan anak saya adalah salah seorang MANGSA dan telah melaporkan semua kejadian kepada senior dengan segera apabila kejadian tersebut berlaku kepadanya. Sebaliknya, pihak maktab mengambil ringan aduan anak saya dan tiada kenyataan bertulis diambil oleh pihak maktab apabila menerima aduan-aduan tersebut. Pihak maktab dan warden buntu tidak dapat mencari pelaku sehingga menekan anak saya sebagai pelaku.
3 Julai 2022 (Ahad) – pagi Rakan sebilik anak saya terjumpa selipar disusun di hadapan pintu bilik mereka dan pintu tandas telah diconteng. Mereka sebilik telah mengambil gambar dan memaklumkan kepada senior berkenaan perkara tersebut.
14 Julai 2022 (Khamis) Saya menelefon Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP) untuk bertanyakan perkembangan kes-kes tersebut. Sebaliknya TPPP maklumkan anak saya telah dirujuk kepada kaunselor sekolah dan mengalami anxiety dan mempunyai stress level yang sangat tinggi berdasarkan perbualan anak saya bersama-sama kaunselor. TPPP juga menyatakan anak saya perlu dirujuk kepada pakar psikiatri untuk rawatan lanjut. (Soalan: Atas kapasiti dan kepakaran apakah pihak maktab terus declare anak saya ada anxiety dan depression?)
15 Julai 2022 (Jumaat) Saya telah mengambil anak pulang ke rumah dan dia telah menceritakan dia dipaksa mengaku oleh warden untuk semua kejadian tersebut.
17 Julai 2022 (Ahad) Saya telah membawa anak berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak untuk kami benar2 memastikan tahap kesihatan mentalnya. Berdasarkan klinikal interview, doktor menyatakan anak saya sihat walafiat dan tiada ciri-ciri anxiety, depression dan stress seperti yang digambarkan oleh TPPP. Doktor juga mencadangkan agar anak saya menjalani ujian-ujian tertentu untuk mengesahkan tahap kesihatan mentalnya. Doktor juga mengambil kenyataan anak saya berdasarkan cerita anak saya atas apa yang terjadi di sekolah. Segala yang diceritakan oleh anak saya kepada doktor adalah konsisten sama seperti yang diceritakan kepada kami.
19 Julai 2022 (Selasa) Anak saya telah menjalani semua ujian-ujian yang dicadangkan oleh pakar psikologi kanak-kanak dan keputusannya ialah anak saya PERFECTLY FINE, SIHAT WALAFIAT!!! Berdasarkan keputusan tersebut, kami, suami isteri mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pihak Pengetua, Pengurusan maktab dan warden untuk mendapat penjelasan dan mengetahui perkembangan kes-kes conteng baju dan gunting baju anak kami.
22 Julai 2022 (Jumaat) – petang Kami telah berjumpa dengan Tuan Pengetua, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar, Ketua Warden, Kaunselor dan seorang lagi warden. Daripada perjumpaan tersebut, Pengetua mengakui memang ada kesilapan dari pihak maktab dalam menjalankan sisasatan berhubung kes-kes tersebut sehingga anak kami dipersalahkan sedangkan anak kami adalah MANGSA. Kenyataan daripada Pengetua, TPPP, warden dan Kaunselor juga tidak konsisten.
22 Julai 2022 – malam Kami telah membuat laporan polis terhadap pihak maktab keatas kes-kes yang berlaku melibatkan anak kami setelah tidak mendapat jalan penyelesaian semasa pertemuan dengan pihak pengurusan maktab. Kami juga telah failkan aduan di dalam SISPAA di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
25 Julai 2022 (Isnin) Kami telah memfailkan aduan di SISPAA di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar memandangkan MARA adalah di bawah KPLB.
5 Ogos 2022 (Jumaat) Kami menerima maklumbalas dari pihak MARA dan ianya sangat mengecewakan kerana siasatan BERAT SEBELAH hanya kepada warden maktab. Anak saya tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Maklum balas MARA juga berbeza dengan kenyataan Pengetua yang mana MARA menyatakan pihak maktab telah mengikut prosedur yang betul tetapi Pengetua mengakui kesilapan dipihak maktab ketika siasatan dijalankan.
7 Ogos 2022 (Ahad) – Pagi 5 helai t-shirt aktiviti maktab berwarna biru telah dijumpai oleh pelajar seniors di ampaian telah digunting melibatkan 4 orang pelajar termasuk baju anak kami. Pihak warden telah mengambil kenyataan bertulis daripada pelajar-pelajar terlibat.
8 Ogos 2022 (Isnin) – Pagi 5 helai uniforms sekolah berwarna kuning telah digunting membabitkan anak kami dan 4 orang rakan sebiliknya termasuk sehelai tudung sekolah berwarna putih kepunyaan anak kami yang telah digunting. Sekali lagi pelajar-pelajar terbabit telah dipanggil memberi kenyataan bertulis kepada warden berhubung kejadian tersebut. Anak saya menelefon dan maklumkan kejadian tersebut. Saya telah maklumkan kepada IO yang mengambil report kami berhubung 2 kejadian tersebut. Pihak polis telah datang ke maktab dan menemubual warden serta anak saya dan rakan sebiliknya. Pihak polis juga mengarahkan pihak maktab membawa anak saya ke balai untuk diambil keterangan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh kami pada 22 Julai 2022 yang lalu. Bayangkan anak kami yang belum pun sampai usia 14tahun terpaksa memberi keterangan di balai selama 2jam setengah. Ni semua disebabkan tindakan pihak maktab yang lembab dan sambil lewa sehingga kami terpaksa membuat laporan polis. Kami telah mengambil anak kami pulang ke rumah untuk direhatkan pada hari yang sama. Pada sebelah malam, kami dimaklumkan oleh salah seorang parent Form3, anaknya telah terjumpa nota berbaur ugutan di dalam biliknya di asrama. Bilik anaknya itu berhadapan dengan bilik anak kami. Nota-nota tersebut ada ditujukan kepada anak kami, El. Kami terus maklumkan kepada Ketua Warden, Pengetua, TPPP, Exco-exco Muafakat dan IO yang mengendalikan kes anak kami. IO nasihatkan untuk pihak sekolah membuat laporan polis.
11 Ogos 2022 (Khamis) Kami menghantar anak kami pulang semula ke maktab untuk menghadiri kelas seperti biasa.
12 Ogos 2022 (Jumaat) Anak kami menelefon pada jam lebih kurang 6.50 pagi dan memaklumkan rambut dia dan 2 orang rakan biliknya telah digunting pendek ketika mereka tidur malam tadi. Anak kami dan pelajar terlibat terus memaklumkan kepada senior dan senior seterusnya maklumkan kepada warden. Dalam masa yang sama, kami maklumkan kepada IO yang mengendalikan kes kami. Seperti kes terdahulu, IO menasihatkan agar pihak maktab membuat laporan polis di balai.
Sehingga saat ini, kami masih menunggu update dari pihak maktab dan pihak polis.
Pihak MRSMKu begitu lembab dalam mengambil tindakan dan menyiasat perkara ini. Sikap acuh tak acuh pihak Pengurusan MRSMKu tidak boleh diterima sama sekali!
Kes-kes masih berulang dan sehingga hari ini telah melibatkan body contact. Adakah pihak MRSMKu nak tunggu sehingga ada kehilangan nyawa baru nak bertindak?!
PIhak MARA juga lambat dalam memberikan response dan lambat bertindak walaupun aduan telah dibuat! Pengetua, TPPP, YDP Muafakat, NYDP Muafakat dan sebahagian EXCO Muafakat MRSM Kuantan lambat bertindak dan mengambil sambal lewa kes-kes yang berlaku di dalam maktab ini. Mungkin kesemua mereka menunggu sehingga ada kematian baru nak bertindak!
Kami menuntut pihak MRSM Kuantan mencari pelaku tersebut SEGERA dan mengenakan tindakan keras ke atasnya. Kami juga mahu perkara ini diselesaikan dengan SEGERA memandangkan ia telah melibatkan body contact dan ianya bukan lagi kes gangsterism atau perbuatan khianat tetapi kes JENAYAH yang semakin menjadi-jadi di dalam MRSM Kuantan. Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak maktab dan MARA masih lambat bertindak.
Kisah percintaan antara anak Sheila Rusly dan adik Fasha Sandha pernah dilaporkan di media massa sebelum ini. Namun masing-masing mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut.
Terbaru, menerusi laman instagramnya, Sheila Rusly memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang memeluk seorang wanita yang mengenakan busana putih.
Dalam pada itu, wajah manis dan cantik Elisya turut dimuat jurumekap yang dikenali sebagai Ijoy yang menunjukkan pelakon berusia 22 tahun itu tampil menawan dalam busana putih itu.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.