Siapa yang tidak sedih apabila kebaikan diambil kesempatan. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali terkena. Hanya niat nak berniaga dengan ikhlas, tapi ada saja yang datang makan tanpa rasa tanggungjawab untuk membayar.
Sampai bila nak terus sabar? Sampai bila nak biarkan diri dipermainkan? Wanita ini akhirnya meluahkan rasa kecewa yang terpendam sekian lama, berharap ada yang faham betapa peritnya perasaan diperlakukan sebegini.
Perkara ni dah banyak kali jadi dekat kedai makan husband. Yang mana orang datang makan tapi tak bayar. Mungkin SOP pembayaran perlu kami pertingkatkan.
Tapi, kecewa la dengan sikap orang macam ni. Kita dah pasang box yang kalau i bayar akan ada bunyi tu. Tapi still jadi, untuk case yang ni cerita dia macam ni.
Masa tu lunch hour, tengah ramai orang, dekat tempat bayar tu mak yang jaga. Husband keluar cari barang kedai. Time tu tengah ramai orang, dua orang lelaki ni makan nasi campur macam biasa, siap order air then tambah order air lagi. Masa nak bayar tu, orang tu datang mcm biasa la dekat ma tanya berapa.
Ads
Dialog lebih kurang macam ni;
Cust 1: berapa tadi semua tu makcik?
Mak: Semua RM 44 ya
Cust 2, dia dah gerak dulu. Then, masa cust 1 scan qr TnG tu, bunyi la “anda telah menerima empat ringgit”.
Ads
Mak bagitau la cust tu,, staf2 lain pun cakap, “RM44 ni dik”, cust 1 tu buat2 muka terkejut.
Cust 1 : Oh yeke, tak cukup baki TnG ni cik, saya naik atas dulu keluar duit ATM.
Lepas tu Cust 1 tu dengan kawan dia dah tak datang2.
Dekat sini silap kita la sebab boleh je minta dia Scan QR bank atau transfer via no account. And kita pun takde la letak cctv kan so muka dia memang tak nampak. Kita bukan berkira RM 44 tu cuma kalau dah buat macam ni, mesti dah biasa buat dekat kedai2 lain.
Ads
So, kita dah bincang untuk improve dan prevent benda ni dari jadi lagi. Plan nak tambah CCTV atleast lepas ni dah alert dengan muka2 suka makan free ni.
Untuk geng2 peniaga Wangsa Maju area LRT Wangsa Maju, boleh berhati2 dengan taktik geng suka makan free ni. Kita dah report police juga, cuma nak naik mahkamah tu makan masa dan kos, tapi polis terima je report kita.
Terima kasih Balai Polis Wangsa Maju.
Kepada geng2 suka makan free, terutama yang Muslim, ingatlah semua tu menjadi darah daging kita. Semoga terlintas untuk datang kepada tuan kedai untuk bayar apa yang dah pernah dimakan secara “percuma”.
Sumber: Irma Jaiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asam garam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Apatah lagi, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hal perselisihan faham pasti berlaku.
Pun begitu, jangan sampai kita sebagai orang tua menjadi punca pergaduhan besar antara mereka.
Sewajarnya, lepaskan anak-anak kita dan beri kepercayaan 100% untuk mereka mengemudi rumah tangga yang mereka bina.
Ini kerana kita tidak mahu menjadi asbab punca konflik dan seterusnya merosakkan hubungan suami isteri sebagaimana yang dikongsikan ini. Jom baca untuk panduan bersama.
Kak kay rasa dah sampai masa emak-emak harus jadi emak dan membenarkan anak gadis mereka menjadi isteri kepada suami mereka sendiri.
Maaf ya kak kay terpaksa tulis di sini.
Dari 300 kes yang datang pada kak kay sejak awal tahun 2020 hingga kini, 10% konflik yang berlaku melibatkan campurtangan emak.
Dari 300, 30 bercerai atas isu mak.
1. Menantu masak nasi goreng untuk dinner, mak cakap
“kesian anak lelaki aku makan nasi goreng je malam – malam”
2. Suami kat rumah tolong sidai baju , mak datang “kau ni dari anak dara pemalas. Dah kawin pun menyusahkan laki kau. Mak dulu tak pernah tau suruh laki sidai baju, buat malu je! Kalau keluarga dia nampak nanti macammana”
3. Waktu malam mak tetiba ketuk pintu cakap
“Mak masak lauk sedap ni, kesian korang tiap malam makan nasi lauk sayur ikan goreng je. Kurus cucu mak cenggini”
4. Si anak lelaki naik pangkat, mak cakap
“Nasiblh abang dapat bini selekeh macam ni, kalau kawin dengan suria dulu mesti sepadan bini pandai melawa”
5. Isteri belikan hadiah baju untuk suami, mak cakap
“Manjakanlah laki kau tu, esok dia skandal dengan pompuan lain baru padan muka kau!”
6. Tangan anak kosong je lepas kawin, mak cakap
“Laki kau ni tak mampu ke beli gelang nipis pun untuk kau? Apalah pemalas sungguh laki kau ni”
7. Isteri balik kerja order food panda
“Nasiblah abang dapat bini pemalas, hari-hari order je lah jawabnya”
8. Suami memasak di dapur, mak cakap
“Bini dahlah pemalas, suami jadi kuli, esok laki kau cari lain baru padan muka kau, dahlah rupa kau lepas bersalin ni makin hitam aku tengok”
Allahu.
Emak, kak kay tahu mak sayang anak-anak mak.
Mungkin dah sampai masa mak harus terima yang mereka juga dah jadi mak.
Kata-kata mak begini boleh buatkan
pasangan tak bergaduh jadi gaduh
isteri mula bersangka-sangka
suami mula kecil hati
isteri takut nak balik rumah
suami malas nak keluar bilik
waktu makan bersama jadi hambar
suasana rumah jadi tegang.
Dan yang paling sedih ialah bila hilangnya mawaddah dan rahmat dalam keluarga. Nikmat kebahagiaan, ketenangan, keindahan berkasih sayang bagai di tarik hingga tiada ertinya kehidupan berkeluarga begini.
Setiap kali bulan Ramadan, pastinya Kota Mekah dan Madinah menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk beribadat. Sesungguhnya pengalaman Ramadan di kota suci itu memang sesuatu yang lain.
Terbaru, ratu rock Malaysia, Ella telah berkongsi rasa hatinya kala menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin telah muat naik sekeping gambar di instagram miliknya.
Kami bermusafir ke bumi anbiya. Beberapa hari di Madinah melepas rindu sebelum berangkat menuju ke Mekah . Semoga anda semua bakal dapat berkunjung ke mari untuk ziarah mahupun melengkapkan rukun islam ke 5 , mengerjakan haji di mekah
Ella ucapkan selamat menikmati bulan Ramadhan. Kekal positif , kerana hidup ini terlalu singkat! #masjidnabawi #peaceloverindu ❤️ Dress by
Dalam pada itu ella juga berkongsi video ketika di Madinah
Setiap isteri pastinya inginkan suami yang romantiks. Tetapi kadang ada juga suami yang sebaliknya. Di sini isteri kena main peranan untuk memikat hati suami. Mudah aje caranya. Kan lelaki biasanya sukakan wanita yang manis, lembut dan memberi perhatian. Jadi anda haruslah bergitu. Sebagai isteri tentu suami inginkan ciri-ciri itu, baru lah rumahtangga bahagia penuh dengan sinar dan kasih sayang. Jom baca tip ni.
Cuba 21 cara ini untuk memikat suami dan keluarkan bunga-bunga cinta ditaman di hatinya.
“Abang, kenapa tak pergi klinik lagi? Kan demam”.
Bukan anda sahaja yang perlu dimanjakan. Tetapi suami anda juga. Orang lelaki selalunya lemah badan apabila sakit dan demam. Bawanya ke klinik, jaga ubatnya, lap dahinya yang panas. Dia tidak meminta, tetapi mengharapkannya. Inilah masanya anda hendak jadi misi pujaan hati suami.
Lembut
Cuba berbual lemah-lembut dengan suami anda. Tambahkan dengan senyuman anda yang manis. Jika ingin dia membantu anda, jangan lupa puji usahanya. Panggil dia dengan panggilan mesra seperti abang, sayang, my superhero. Pasti laju dia datang bila dipanggil nanti.
Comel
Semua suami pasti suka melihat isterinya cantik. Tetapi, kerja rumah yang banyak buatkan anda tidak sempat bergaya juga. Cara mudah menjadi comel adalah dengan memotong rambut ikut gaya kesukaannya. Jika suka pakai seluar track, apa kata cuba gaya sporty. Tukar-tukar gaya di rumah agar nampak segar sentiasa.
Makan bola, tidur bola, minum pun bola
Orang lelaki sangat sinonim dengan kopi dan bola. Beri dia masa untuk keluar minum dengan kawan-kawannya. Biarkan dia conquer remote control tv pada hari perlawanan. Dan, jangan lupa belajar buat kopi yang sedap juga. Barulah dia teringatkan anda waktu minum di luar nanti.
Percaya
Pertanyaan Awak kat mana, awak kat mana memang comel didengar. Tetapi kalau berulang-ulang kali agak memeningkan juga. Kadangkala suami anda tidak dapat menjawab panggilan anda dengan mesra. Dia mungkin bersama boss jadi kenalah macho juga. Hantar sms kata rindu dan dia pasti akan telefon bila sudah lapang nanti.
Ibumu, ibuku jua
Pernah dengar tak nak pikat anak, pikat ibunya dahulu? Tunjukkan bahawa anda menjaga anak dan cucu-cucunya dengan baik. Sayanginya seperti ibu anda sendiri. Tawan hati ahli keluarga lain dengan ringan tulang sewaktu kenduri. Korek cerita lama sewaktu dia membesar dan ketawa bersama mereka.
Masak
Orang kata pikat suami dengan perutnya kan? Memang betul. Cuba belajar masakan kegemarannya. Tanyakan resipi atau belajar terus dari ibunya. Sudah pasti cubaan kali pertama hingga ke lapan tidaklah begitu menjadi. Percayalah anda ada banyak masa untuk mencuba. Bila si dia kata Ok lulus maknanya anda telah berjaya!
Sambut
Buka pintu dan beri senyuman manis sewaktu suami pulang ke rumah. Jika tidak sempat kerana menjaga bayi atau sedang memasak, tegurnya dengan mesra sebaik anda bertemu. Anda boleh siap sejukkan secawan jus oren untuknya juga. Dia memahami anda sedang sibuk tapi sangat menghargai sambutan kecil begini.
Hadiah
Sekali-sekala, cuba belanja makan sewaktu anda keluar. Atau isi penuh minyak keretanya. Hadiahkan sesuatu yang anda mampu dan dia menyukainya. Beritahu dia itu adalah hadiah kerana dia selalu membantu dan menyayangi anda tanpa syarat. Dia pasti akan rasa sangat dihargai.
Teman
Menjadi penumpang dalam perjalanan jauh memang buat kita mengantuk kan. Cuba bertahan dan temaninya berbual. Waktu inilah cerita-cerita tergendala dapat dibincangkan. Urut lembut bahunya. Siapkan bekalan kopi dan stok lagu-lagu kegemarannya. Anda boleh karaoke juga jika dia sudi mendengar.
Dengar
Orang lelaki biasanya kurang bercakap daripada wanita. Jika dia selesa bercerita dengan anda, itu tandanya dia percayakan anda. Dengar dengan teliti ceritanya. Angguk walaupun anda tidak faham cerita gajet atau konflik pasukan bolanya. Jangan punahkan impiannya hendak membeli superbike. Sokong minatnya.
Anak-anak
Membesarkan anak-anak adakalanya sangat meletihkan. Seorang ibu biasanya lebih teliti dan menggalas lebih banyak tanggungjawab. Menjaga anak kecil, ajar buat homework dan mengaji. Lakukan semuanya dengan ikhlas dan tidak merungut. Suami anda pasti menghargai penat-lelah anda menjaga permata hatinya.
Terus-terang
Ada harinya, anda akan menjadi moody tanpa sebab. Anda hanya ingin makan coklat, aiskrim dan berehat sepanjang hari. Beritahu dia dengan jelas anda ok cuma perlu bersendirian sahaja. Jangan paksa diri membuat semua kerja dalam keadaan terpaksa. Dia pasti lega mengetahuinya malah boleh tolong jagakan anak-anak juga.
Kemas
Walaupun sibuk, cuba kemas rumah anda secara berkala. Baju yang berlipat, lantai yang bersih membuatkan hati menjadi tenang. Sediakan bekas untuk kemas mainan anak dengan segera. Deko rumah anda dengan bertanyakan pendapatnya dahulu. Anda mungkin suka pink tapi bukan dia. Pilih bersama-sama agar keduanya selesa.
Hati perempuan memang mudah merajuk
Walaupun anda merajuk, jangan lupa salam dan cium tangannya sebelum berpisah. Dengan bersalam, ia melunturkan ego dan rasa marah. Ia membuatkan dia mengasihani anda juga. Tidak salah beralah dan meminta maaf untuk meredakan suasana. Merajuk sekali-sekala memang comel, tapi jangan susah dipujuk pula.
Berdikari
Anda mungkin seorang yang sangat manja dengannya. Tetapi ketika dia tiada, anda memandu sendiri, pergi bekerja dan menguruskan anak-anak sendirian. Wanita yang bijak membawa diri dan matang sangat istimewa di mata lelaki. Dia jatuh cinta kepada anda kerana anda tetap menjaga diri dan keluarga sewaktu dia tiada.
“Abang, ada lori hantar sofa baru dekat rumah sebelah tau!”
Melihat kehidupan orang lain kadang-kadang buat kita cemburu juga. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Sepertimana pintu rumah masing-masing berbeza, begitu juga rasa bahagia anda. Ucap terima kasih untuk semua yang suami anda sediakan. Bersyukur dia setia temani dan menjaga anda selama ini.
Shopping
Orang lelaki agak jarang membeli-belah kerana pakaian dan alatannya tahan lasak. Bila tiba masanya, temani dia memilih barangnya. Tunggu di fitting room, beri pendapat. Sewaktu berjalan, genggam erat tangannya. Jika anak-anak berlari, kejar bersama-sama sambil berpimpin tangan. Itu pun dikira romantik juga.
Facebook
Memiliki akaun media sosial seperti menjadi satu kewajipan pada hari ini. Cuba bataskan perkongsian anda di sana. Kongsi gambar sekadar untuk tatapan keluarga dan kenalan yang lama tidak bersua. Elakkan status hal personal yang emosi. Menjaga batasan di sana bererti anda menjaga nama baik suami juga.
Romantis
Sikap romantis biasanya memanjangkan usia perhubungan. Dia mungkin suka anda temaninya makan sambil merenung dia, atau tonton tv berdua. Sekali-sekala, cuba buat sesuatu yang manjakan dia seperti potongkan kuku atau urut kakinya yang letih. Romantis bermakna ia mungkin perkara kecil, tetapi dia terharu dengannya.
Solehah
Menjadi isteri bermakna anda akan mengejutkannya untuk solat Subuh. Mendidik anak-anaknya, antara tiket dia ke syurga. Setia menjadi makmumnya. Anda boleh berusaha mengurat dia, tapi jangan lupa berdoa juga. Anda doakan kesejahteraannya, dan semoga kedamaian juga yang anda perolehi dari ikatan ini.
Semoga berjaya untuk projek memikat hati suami!
Sumber : tazkirah.net
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di