Apabila bulan Ramadan ramai ibu bapa akan menyuruh anak berpuasa. Biarpun anak masih kecil masih tetap memberi galakkan untuk anak berpuasa.
Namun sebaliknya, bagi saudara Azizi Khalid yang tidak mengalakka anaknya berpuasa walaupun anaknya teruja untuk merasai pengalaman sebegitu.
Beliau berpendirian bahawa jika anak masih belum solat lima waktu sepenuhnya, tidak menggalakan anaknya berpuasa.
Pendirian yang sungguh inspirasi. Ikuti lanjut perkongsiannya.
PUASA BILA DAH SOLAT LIMA WAKTU SEPENUHNYA.
Ads
Ini adalah Sakeenah. Anak perempuan kedua kami. Dia berumur enam tahun. Dia benar-benar mahu berpuasa di bulan Ramadhan ini. Dia fikir dia sudah bersedia.
Namun, dalam keluarga kami, kami mempunyai peraturan di mana seorang kanak-kanak hanya boleh memulakan puasa setelah anak itu solat lima waktu setiap hari dengan kerap. Anda tidak dibenarkan berpuasa sehingga anda mendapat solat dengan teratur. Sumayyah, anak perempuan pertama kami, mula berpuasa ketika berusia sembilan tahun.
UTAMAKAN SOLAT DAN AL QURAN
Ads
Kita secara amnya tidak mendorong anak-anak kita untuk berpuasa. Ini bukan kewajiban bagi mereka, dan mereka memerlukan pemakanan untuk berkembang. Apabila anak-anak kita mencapai usia tujuh tahun, kita hanya memikirkan dua perkara; Solah dan Al-Quran. Lihat di sekeliling kita; kita akan melihat orang yang berdoa akan berpuasa secara automatik di bulan Ramadhan. Tetapi sebaliknya tidak semestinya benar. Ramai orang berpuasa di bulan Ramadhan tetapi tidak solat secara teratur.
Sebenarnya, Imam Malik melarang anak-anak kecil berpuasa dan dia menganggap amalan itu adalah penderaan kanak-kanak.
Walaupun dia tidak berpuasa, kami tidak mahu dia melewatkan keseronokan iftar. Oleh itu, kami membenarkannya berpuasa dalam beberapa jam terakhir dalam sehari. Tahun lalu dia berpuasa dari jam 4 petang. ke iftar, sekitar jam 5.30 petang Ia tidak menuntut fizikalnya. Namun, ia adalah mental yang sukar untuk kanak-kanak berusia lima tahun. Dia tidak boleh minum atau makan kapanpun dia mahu selama sembilan puluh minit itu. Dia belajar menunda kepuasan. Dan dia berasa sangat teruja semasa berbuka puasa.
Ads
Tahun ini sasarannya adalah bersolat empat kali sehari. Kami akan mengerjakan Fajr tahun depan, insya Allah.
Membesarkan anak di zaman moden masa kini banyak cabarannya termasuk bab keselamatan anak.
Terlalu banyak berita yang kita dengar melibatkan keselamatan anak seperti penculikan dan gangguan seksual. Sebagai ibu bapa sudah tentu rasa bimbang sentiasa menghantui diri memikirkan keselamatan anak-anak.
Usahawan butik muslimah, Aisyah Hijanah berkongsi satu video gelagat anak sulungnya, Khadeejah yang diajar tentang cara untuk mempertahankan diri sekiranya ada orang asing cuba menyentuh bahagian sulitnya.
Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata ini disebabkan situasi zaman sekarang yang banyak mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai risiko penjenayah seperti penculikan maka wajib ibu bapa untuk melatih anak-anak untuk tahu bercakap “TIDAK” dan pertahanan diri pada situasi yang bahaya.
“Kita kena ajar mana bahagian sulit anak, mana yang boleh pegang dan tak boleh pegang dan siapa orang yang dibenarkan pegang mana-mana bahagian sensitif di tubuh anak.”
Since sekarang ni musim orang culik budak, that’s why kita kena train kids to be stern saying “NO” & self defense. Ajar mana private part, mana yang boleh pegang & tak boleh pegang
Walaupun anak masih kecil, ibu bapa kena sentiasa ingatkan dan bercakap tegas dengan anak supaya mereka faham sentuhan selamat dan tidak selamat itu perkara yang serius supaya mereka sentiasa berhati-hati sampailah mereka dewasa.
Eventhough pak cik atau family sekalipun, they have to know which part is sensitive. Bukan semua part boleh di sentuh. Ajar anak tegas daripada kecik supaya bila besar tak mudah orang boleh sentuh dia
Bagaimanapun gelagat Khadeejah yang memberikan jawapan “acehh” (terima kasih) apabila Aisyah bertanyakan soalan jika ada orang nak pegang bahagian sulitnya menarik perhatian wargamaya yang menonton video tersebut.
Lumrah gelagat kanak-kanak yang suka bermain dalam semua hal, jawapan Khadeejah sememangnya membuatkan ramai terhibur.
Bagaimanapun walau kelihatan seperti tidak faham dan ‘main-main’ tetapi jangan memandang remeh pada apa yang diajari oleh ibunya dan kesan jangka masa panjang pada si kecil.
Mengikut pakar perkembangan kanak-kanak, biasanya kanak-kanak mudah menyerap apa sahaja yang selalu diajar dan diperhatikan walaupun secara semula jadi mereka gemar bermain.
Maka menjadi kewajipan ibu bapa untuk sentiasa berpesan dan mengajar anak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri sejak mereka kecil lagi.
Lumrah kehidupan bila usia semakin tua, ingatan juga tidak setajam usia muda remaja. Pendengaran tidak berapa nyata, pandangan juga semakin kabur.
Ini sebagaimana kisah dikongsikan oleh seorang anak ini yang menjaga orang tuanya yang uzur.
Walau apa dugaannya, tetap sabar menjaga dan melayan orang tuanya dengan baik sekali.
Semoga apa yang tersurat dan tersirat dalam perkongsian ini akan menjadi tauladan buat semua dalam menyantuni orang tua dengan sebaiknya.
Talam Lauk Ayahbonda
Kisah 1:
Tengah hari semalam seorang kakak saya singgah di rumah ayahbonda ketika dalam perjalanan ke kedai.
Tanya kakak saya:
Ada apa2 yang nak dikirim tak?
Lalu jawab ayahanda:
Kalau ada sotong yang elok tolong beli sikit.
Berkerut juga dahi saya mendengar pesanan ayahanda itu. Terfikir juga saya di dalam hati. Sotong? Nak buat apa? Dalam peti ais pun banyak lagi sotong. Lagipun sejak PKP ni sudah beberapa kali saya masak lauk sotong. Saya lihat ayahanda tidak makan sangat pun.
Selepas kakak saya berlalu pergi,
saya pun bertanya Kepada ayahanda,
Sotong tu nak masak apa?
Jawab ayahanda saya dari atas kerusi rodanya, Sotong masak gulai (kari) sedap. Dah lama tak makan.
Lama juga teringin nak makan gulai sotong tapi tak ada siapa buat.
Saya terpinga2..
Baru 3 hari lepas saya masak kari sotong. Saya potong bulat2 sotong tu. Saya lihat ayahanda makan tapi ayahanda asyik mencedok kuahnya sahaja.
Ketika saya mencuci pinggan mangkuk pada malam tersebut, saya juga hairan mengapa kuah kari sahaja yang kering sedangkan sotongnya masih bergelimpangan di dalam mangkuk?
Tapi saya biarkan soalan itu mati di situ sahaja.
Namun persoalan itu terjawab sendiri tatkala saya berkata: kan 3 hari lepas saya baru masak kari sotong?
Jawab ayahanda.. Mana ada kari sotong??? Bapa tak nampak pun…..
Allahhu..
Hati saya meraung….
Kisah 2:
Kisah ini terjadi lebih kurang seminggu lebih yang lalu.
Seorang sahabat saya datang menghantar sebekas kari itik. Kari itik ni boleh dianggap makanan rare di langkawi. Memang susah nak jumpa di sini.
Kebetulan pada hari tersebut bonda berpuasa sunat rejab walaupun keadaan diri sangat uzur. Puas saya menghalang namun bonda tetap berkeras.
Ketika saya menyusun hidangan lauk di dalam talam untuk makan tengah hari, berkali2 bonda memesan kari itik itu simpan sikit untuk mak.
Walaupun saya sudah cakap ya,
bonda masih lagi memesan.
Teringin sungguh agaknya.
Sehinggalah sampai waktu berbuka,
saya gubah talam lauk bonda macam biasa. Biar semua tersusun rapi dalam mangkuk yang serba bersih. Memang itu style saya.
Semua lauk ada termasuk kari itik. kuih-muih pun ada. Air kosong, air manis dan nasi siap saya hidangkan.
Lalu saya minta diri pada bonda untuk bersolat maghrib awal kerana anak2 menanti untuk membaca quran. Maksudnya saya tidak menemani bonda berbuka puasa seperti 2-3 hari yang lalu.
Selepas solat isyak, big boss, ayahanda dan anak2 makan nasi berlaukkan hidangan yang saya sediakan untuk bonda berbuka puasa sebentar tadi.
Setelah selesai saya lihat semua hidangan hampir licin jadi mudahlah untuk saya mengemas.
Namun,
tatkala saya melangkah keluar dari bilik sekitar jam 5 pagi keesokan harinya, saya lihat bonda yang dalam keadaan lemah sedang bertahajjud di tempat solatnya.
Sebaik menyedari kelibat saya lalu bonda berhenti daripada membaca alQuran dan bertanya:
Mana gulai itik yang mak suruh simpan semalam?
Allah..
Terkedu saya seketika..
Mak, saya hidang gulai tu dalam talam. Saya letak betul2 di hadapan pinggan mak.
Mak tak makan ke?
Soal saya dalam nada terkejut!
Jawab bonda sayu….
Mak tak nampak pun gulai tu…….
Allahhuakbar..
Air mata saya berderai di hening subuh itu…
Konklusinya:
Daripada dua kisah ini,
maka ada satu perkara yang saya faham.
Tatkala ayahanda dan bonda sudah berusia maka banyak deria yang mereka miliki Allah telah ambil kembali satu persatu.Pandangan semakin kabur, ingatan semakin kurang, tenaga semakin lemah,
dan deria rasa juga kian terhakis.
Maka tanggungjawab kita bukan sekadar memasak dan bukan juga sekadar menghidangkan cantik2.
Namun kita harus duduk bersama, bercerita tentang setiap hidangan, mencedok, mengupas makanan, membuang tulang atau apa sahaja yang perlu sepertimana apa yang mereka lakukan ketika kita masih kecil.
Maka hari ini,
saya memasak kari sotong lagi. Saya tidak potong sotong itu. Biar besar2 supaya senang ayahanda saya nampak.
Sebelum ini banyak kali saya lihat ayahanda mencedok kuah, namun yang masuk ke pinggan sedikit sahaja.Yang lain semua tumpah ke meja.
Saya terlupa bahawa mata ayahanda sudah kelabu.Aim ayahanda sudah tersasar.Bersalahnya saya..
Jadi..
Hari ini saya cedok banyak2 kari sotong itu ke pinggan ayahanda walaupun ayahanda menolak.
Untuk bonda juga begitu.
Isi ketam saya keluarkan dan saya susun di tepi pinggan ayahanda.
Bonda mahu makan ketam sendiri. Saya biarkan.
Kesimpulannya
kita selalu berusaha untuk berbuat baik kepada ayahbobda. Kita sedih apabila kebaikan itu ada kalanya seolah2 tidak dihargai oleh mereka.
Hakikatnya kita yang terlupa bahawa kebaikan yang kita tabur itu harus seiring dengan usia ayahbonda kita yang kian terhakis ditelan masa.
Hargai Selagi Masih Ada.
Stayathome.
Hikmah dalam duka.
Hati ibu bapa mana yang tidak resah dan bimbang apabila saban hari melihat anak asyik mengadap telefon setiap hari.
Tidak dinafikan ramai yang tahu kesan buruk penggunaan gajet ni serta aplikasi yang digunakan, namun kadang kita sebagai ibu bapa terlepas pandang hal ini.
Sebagaimana perkongsian saudara Taufiq Razif yang telah meluahkan rasa bimbang sebuah aplikasi yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak tanpa kawalan.
Apa pun sebagai ibu bapa kita yang menentukan tindakan anak. Kita boleh mengawal perkara ini daripada ia memberi kesan yang tidak baik kepada anak. Elak perkara ini daripada ‘menjadi bubur’. Bertindak segera.
Ikuti perkongsian bermanfaat ini. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.
Anak perempuan saya tunjuk tarian tiktok! Beberapa hari lepas anak perempuan sulung saya datang di depan saya dengan wajah tersenyum senyum seakan akan nak bagitahu sesuatu.
Tiba-tiba si Maryam ni angkat tangan dia, dihayun tanggannya ke kanan dan kiri. Yang tak tahannya siap goyang goyang punggung tu. Ya Rabbi. Astaghfirullah!
Masa tu tiba-tiba datang rasa menyirap! Rasa nak tengking pun ada tapi cepat cepat saya rasionalkan balik diri saya. Kalau saya marah dia terus, apa jadi? Ada kemungkinan lepasni Maryam takkan bagitahu saya apa apa dah. Dia akan pendam sendiri je semua kesalahan dia!
Yang kedua, bila fikir balik dia menari tiktok macam tu depan keluarga sendiri. Tak haram. Tak berdosa pun. Cuma yang berdosa kalau pergi tayang pada yang bukan mahram je. Hati saya tiba tiba kembali sejuk.
” Kakak belajar kat mana menari ni? “ ” Ada kawan kakak ajar “ ” Yelah yelah. Lain kali boleh je nak menari tapi elakkan menari depan orang lain. Dan kalau boleh elakkan la menari tiktok ni “ Sambil nasihat, sambil saya buka 1 video yang menunjukkan seorang kanak kanak perempuan yang berumur dalam 5-6 tahun yang tiba tiba menari seperti kerasukan jin ketika mendengar muzik tiktok walaupun sedang lena tidur!
Saya tunjuk video tersebut pada anak saya dan saya boleh nampak dia ketakutan. Bila anak nak masuk usia remaja ni kena nasihat dengan hikmah. Dah tak boleh sangat guna cara ‘Control & Dominance’ dengan cara marah marah dan tengking.
Mereka dah mula ada identiti. Mereka dah mula ada circle sendiri. Mereka dah mula ada kecenderungan sendiri.
Makin kita berkasar, makin mereka lari. Makin kita memaksa, makin mereka pendam sendiri dan kerosakan sebenar bila mereka mula buat kesalahan secara diam diam di belakang kerana merasa tak selamat untuk meluah dan mengadu pada ibubapa.
Ya Allah. Bantu kami didik anak perempuan dan anak lelaki kami Ya Allah dan jauhi anak anak kami daripada pengaruh buruk dunia dan rakan sebaya mereka. Amin Ya Allah.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...