Selepas kemenangan berpihak kepada Bella, kanak-kanak OKU yang didera oleh pengasuhnya Siti Bainun. Ramai yang mengharapkan kes ini akan membuat mata ramai pihak supaya mengambil serius perkara ini.
Masyarakat juga diharap akan melindungi kanak-kanak agar tidak berlaku penderaan yang boleh membuatkan masa depan mereka kelam kerana trauma.
Namun lewat malam tadi, penyanyi rap Caprice telah berkongsi mengenai satu lagi kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun, dipercayai berlaku di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Difahamkan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa, anak perempuannya itu dipercayai dipukul oleh teman lelakinya menggunakan penyangkut baju dan ditampar di muka hanya kerana membuat bising.
Ads
Dakwa wanita itu lagi, dia sudah berusaha melindungi anaknya namun gagal. Akibat perbuatan agresif itu, mangsa yang baru berusia setahun 11 bulan itu mengalami kecederaan pada bibir, mata dan badannya dipenuhi kesan lebam.
Kedua-dua beranak ini kemudian dihantar pulang ke rumah ibunya di Setapak Jaya oleh lelaki tersebut tetapi siapa sangka, lelaki itu kemudian melarikan diri selepas menyedari kehadiran kereta peronda polis.
Ads
Menurut sumber, pihak polis kini sedang memburu suspek yang berusia 31 tahun, dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D Saralathan, kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ditemani ibunya untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Boleh dikatakan ruang dapur itu adalah ‘jantung’ bagi sebuah kediaman. Di situlah kita menyediakan makanan kegemaran keluarga untuk dinikmati bersama. Bahkan di ruang dapur turut dijadikan ruang bonding kita anak beranak dengan dapat meluangkan masa berbual bersama saat membuat persiapan hidangan dan bersembang di meja makan sambil menikmati juadah yang terhidang.
Menyedari besarnya peranan ruang dapur, maka tidak hairanlah selain turut dijelmakan dengan ciri keselesaan, pemilihan perkakasan atau peralatan dapur juga perlu diberi perhatian.
Paling tidak ada beberapa perkakasan wajib perlu ada di dapur untuk bukan sahaja memudahkan penyediaan makanan, bahkan tidak dinafikan dapat menjimatkan masa. Jadi bolehlah kita ada banyak masa berkualiti untuk bersama-sama keluarga.
Pun begitu, jika masih ada lagi perkakasan yang belum lengkap di ruangan dapur dan menyedari waktu-waktu pandemik ini agak sukar untuk anda keluar membeli belah, jadi bolehlah dibeli secara dalam talian seperti yang ditawarkan oleh Go Shop ini.
4 Perkakasan Ni Kalau Ada Memang Mudahkan Kerja Di Dapur
Periuk Nasi Elektrik
Tidak dinafikan memasak nasi menggunakan periuk nasi amat memudahkan, tidak perlu menunggu api untuk dikecilkan bila beras yang dimasak hampir kering atau mengelakkan nasi menjadi hangit. Apa yang perlu buat hanya tekan suiz dan tinggal, dengan sendirinya nasi dimasak dengan sempurna.
Dipasaran memang terdapat banyak pilihan saiz, bentuk malah kapasiti berbeza setiap satunya dengan tawaran harga yang pelbagai. Umpamanya periuk nasi Primada Microcomputer Rice Cooker ini boleh dijadikan pilihan. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri moden yang pastinya memenuhi keperluan ibu masa kini.
2. Air Fryer
Sejak kebelakangan ini penggunaan air fyer begitu popular digunakan untuk menggoreng pelbagai juadah tanpa menggunakan minyak. Jadi tidak hairanlah air fryer menjadi idaman ramai kaum ibu untuk memilikinya.
Istimewanya juga bila adanya air fryer di dapur, ibu tidak risau untuk melepaskan anak-anak yang bersekolah rendah untuk memasak sendiri. Ini kerana penggunaannya sangat selamat dan mudah. Hanya masukkan makanan ke dalam bakul air fryer dan laraskan suhu dan masa. Kemudian hidangan dengan sendirinya siap dimasak. Hebat bukan?
Bila memasak, macam-macam bahan perlu dikisar untuk pastikan keperluan bahan masakan dapat menjadi lebih lumat dan halus untuk dimasak.
Seakan tidak mampu dibayangkan jika tanpa adanya pengisar makanan ini di rumah. Tentu berjam-jam masa diperlukan untuk membuat persiapan bahan-bahan masakan, bukan? Apatah lagi yang jenis hari-hari suka makan masakan bersambal. Jadi kalau ada yang sedang mencari pengisar baharu untuk menggantikan yang lama, jenama Primada Smart Cooking Blender ini dijadikan pilihan terbaik
4. Takada Electric Thermos Pot
Jika dulu mak-mak kita akan memasak air di dalam cerek untuk mendapatkan air panas, namun kini terdapat pelbagai jenis thermos dipasaran yang boleh dimiliki dengan harga yang berbaloi. Peralatan yang memanas air ini penting untuk memudahkan kita menyediakan minuman panas untuk keluarga. Apatah lagi kalau ada anak kecil, nak buat susu bila-bila masa pun boleh tanpa perlu anak menunggu lama. Klik SINI untuk membelinya dengan tawaran istimewa.
Kesimpulannya, setiap dapur memerlukan perkakasan dan peralatan yang sesuai dengan keperluan aktiviti memasak agar dapat memudahkan tugasan menyediakan hidangan untuk keluarga tercinta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nampaknya konflik rumahtangga pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof bersama isterinya, Puteri Sarah masih belum reda lagi walaupun baru-baru ini Syamsul sudah membuat kenyataan akan meleraikan spekulasi ini dengan segera dan tepat waktunya.
Terkini, ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail memuat naik hantaran seakan menegaskan beliau tidak akan memaafkan pihak ketiga yang cuba meruntuhkan rumah tangga anaknya itu.
“Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka!” tulisnya di Instagram Story memaparkan gambarnya.
Sebelum ini, Patimah pernah memaklumkan menantu kesayangannya itu adalah permaisuri hati anaknya serta perkahwinan mereka direstui sepenuhnya.
Datin Patima juga turut berkongsi foto mereka sekeluarga menyambut tahun baru pada 2018.
Ibu mana yang sanggup melihat keruntuhan keluarga anaknya lebih-lebih lagi akibat orang ketiga.
Susulan itu, baru-baru ini pengarah filem Mat Kilau itu berkata akan memberi kenyataan berhubung kemelut perkahwinan yang didakwa wujud campur tangan pihak ketiga, iaitu Ira Kazar.
Jelas Syamsul sudah tiba masanya dia bersuara namun tidak mahu membuka aib mana-mana pihak kerana menganggap ia adalah kisah peribadi rumah tangga mereka.
Siapa tak rimas, jika terpaksa berlari berjam-jam dengan memakai pakaian yang kurang sesuai dengan aktiviti yang disertai. Namun pemuda ini berjaya melakukannya.
Berbekalkan azam, semangat dan tekad yang kuat, Mohd Syahidan Alias yang merupakan pelari maraton negara melakar sejarah apabila muncul sebagai pelari terpantas dalam Guinness World Records (GWR) bagi kategori pakaian tradisional lelaki pada acara TCS London Marathon 2023 yang berlangsung pada Ahad lepas.
Lebih dikenali sebagai Edan Syah, pemuda ini berjaya mencatat masa dua jam 49 minit 22 saat dalam larian maraton sejauh 42 kilometer itu dengan berbaju Melayu lengkap beserta sampin dan songkok.
Seakan membawa semangat berhari raya yang kini sedang diraikan di seluruh dunia, pemuda ini sungguh teruja apabila misinya itu telah meraih kejayaan.
“Misi berjaya. Kami berjaya capai misi untuk catatan masa bawah tiga jam untuk menjadi pemegang rekod dunia Guinness sebagai pelari maraton paling laju (42.2 km) dalam pakaian tradisional melayu (lelaki).”
Sebelum ini , Edan Syah pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mencatatkan rekod dunia ketika Festival Larian Blackmores di Sydney, Australia sebagai pelari maraton paling laju dalam kostum bendera negara dengan catatan masa dua jam 54 minit pada tahun 2019.
“Kami sudah melakukan yang terbaik untuk menjadikan baju melayu kembali hebat pada 2023 TCS @londonmarathon pada Hari Raya Aidilfitri! Terima kasih semua atas doa dan sokongan anda dalam perjalanan,” katanya.
Kes bayi tertukar di hospital mencetuskan trauma apabila seorang bapa mendakwa bayi perempuan mereka diserahkan sebagai bayi lelaki selepas rawatan di wad.