Apabila anak minta nak makan kek waktu malam. Bahan asas pula tak ada terutama tepung gandum dan telur. Namun perkongsian oleh Puan HanNy Na ini sungguh inspirasi dengan menyediakan resepi penyediaan kek yang ringkas hanya menggunakan dua bahan sahaja. Menarik kan. Jom kita lihat resipi superb ini.
Dek kerana ramai yang menggemari masakan Thai, tentunya menu Tom Yam yang mempunyai rasa masam-masam pedas menjadi pilihan dijadikan sebagai menu untuk berbuka puasa di bulan Ramadan ini.
Rasanya yang tersendiri dengan aroma daun limau purut, serai dan beberapa ramuan herba terpilih, membuatkan kuah tom yam tidak jemu dimakan. Selain tom yam biasa di masak dengan campuran ayam, daging, seafood atau sayur, tom yam ikan siakap juga tidak kurang hebat rasanya.
Jadi apa kata anda mencuba resipi ikan siakap tomyam yang dikongsikan oleh Noor Hafiza Mohamad.
Menurutnya, menu yang disediakan mendapat pujian suaminya dan disamakan seperti macam makan di kedai makanan Thai. Jadi usah tunggu lagi, apa kata anda sediakan menu ini dan dapatlah seisi keluarga menikmati keenakan rasa hidangan yang anda sajikan.
Kalau korang nak try tom yam ikan, ini resipinya:
Bahan utama: serai 4 batang hiris, separuh sumbat dalam ikan, lengkuas 1/2 inci hiris, bawang putih 4 ulas hiris, 1 akar ketumbar ketuk. Masukkan air dan didihkan.
Cara memasaknya :
Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau-kacau. Tutup periuk dalam 5 minit.
Gunakan pes jenama ni. Paduuu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pon ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai
Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)
Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.
Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya.
Bagi yang suka masakan kampung tentu suka hidangan ini. Ia termasuk hidangan cucur kembung panjang yang enak. Kalau masak pasti nak lagi.
Nak tahu cara membuatnya, jom lihat resipi.
Saya nak share resepi Cucur Kembung Panjang kalo orang kampung saya panggil..senang sahaja..boleh makan dgn kuah kacang dan kuah persembur memang sedap.
Bahan-bahan cucur kembung panjang
-Tepung gandum 1kg -Air 300ml -Sebuk Kunyit 1sudu kecil -yis 1sudu kecil -Kucai 100gm -Taughe 100gm -Bawang 2labu -Garam secukup rasa -Minyak masak 1pkt
Langkah2
1.ambil bekas masuk tepung gandum dan tuang air sikit2..jgn masuk semua air takut cair..kacau hingga sebati 2.masukkan serbuk kunyit,yis,kucai, taughe,bawang dan garam,kacau hingga rata.biar selama 1jam bagi yis dgn adunan naik… 3.ambil kuali panas kan minyak…dan goreng dgn api yg slow supaya cucu kita tidak hangus.. 4.angkat cucur dan boleh dihidangkan
Selamat mencuba kawan-kawan
Sumber: Haffiz Fizzainal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.