Bila ingat balik zaman dulu-dulu tanpa kewujudan gajet, seronoknya rasa! Waktu lapang yang ada diisi dengan gelak tawa gurauan bersama keluarga, makan bersama, menonton televisyen apatah lagi!
Sejak datangnya ‘golongan pintar’ sekarang ni, telefon pintar, tablet dan sebagainya, semua yang di atas tu hilang sekelip mata! Tiada gelak tawa bersama keluarga, yang hanya gelak bila tonton apa yang disiarkan di telefon pintar masing-masing, nak dengar suara apatan lagi! Silap-silap hanya berhubung di alam maya sahaja walaupun waktu tu sedang duduk bersebelahan!
Awas tau! Jangan disebabkan gajet, anda sekeluarga menjadi renggang! Bila hubungan sekali dah bermasalah, susah nak rawat balik tau. Jadi sebaiknya rawat sebelum terlambat ok?
Hilangnya kemesraan antara pasangan
Zaman ini, waktu makan masih lagi mengadap screen. Main smartphone, makan depan TV. Tangan sumbat nasi, tapi mata pada skrin. Sedangkan waktu makan itu adalah masanya untuk kita bercakap dengan keluarga.
Macam mana nak wujud mesra kalau begitu?
Waktu makan ini untuk manfaatkan sepenuhnya masa bersama keluarga. Suapkan makanan untuk isteri, untuk anak anak. Minum gelas yang sama dari gelas isteri. Makan berkongsi pinggan.
Tunjukkan kemesraan terhadap isteri, kerana setiap perlakuan kita akan ditiru oleh anak anak.
Ads
Gajet punca hubungan jadi toksik
Namun amatlah sedih.
Zaman sekarang,15 minit itu sangat berharga jika kita betul betul beri tumpuan kepada keluarga berbanding 24 jam dirumah tetapi banyak masa dengan media sosial serta online gaming.
Akhirnya hubungan jadi toksik. Bercakap pun hal hal penting sahaja. Paling teruknya bercakap sebab gaduh. Buka mulut ja bergaduh! Bila tutup mulut, mata pula depan TV, layan gadget. Anak anak layan game, layan kehidupan mereka sendiri.
Ads
Tiada lagi senyuman, gelak tawa, riuh rendah dalam rumah. Sedangkan kita perlu setiap hari bercakap dengan positif, ada rasa simpati terhadap pasangan dan keluarga, ada masa nak bergurau dengan isteri dan anak-anak.
Apabila isteri stress, anak-anak akan dibesarkan dalam suasana stres. Lantaran itu, pembesaran anak-anak akan terjejas. Sekiranya tidak dibendung tidak mustahil jika ada kanak-kanak juga mengalami masalah kesihatan mental.
Satu jam tanpa gajet, masa bersama keluarga
Ads
Hari ini, perlunya masa emosi untuk keluarga. 1 jam itu, fokus layan keluarga. Tiada smartphone, tiada TV, tiada urusan kerja. Bagi perhatian kepada pasangan. Dengar cerita mereka, dengar luahan hati mereka, banyakkan sentuhan, selalu beri senyuman atau flying kiss kepada pasangan.
Peluk erat isteri, paling kurang kena peluk pasangan 5 kali sehari, ya 5 kali, tak percaya buatlah. Layan isteri dengan baik. Nabi Muhammad s.a.w seorang pemimpin dunia, namun Nabi s.a.w akan jadi seorang suami apabila bersama dengan isteri baginda.
Potong kuku pasangan adalah kemesraan yang sangat kuat, rindu sangat sangat moment ini. Di situ ada sentuhan, sentuhan sampai ke hati. Tatap wajah pasangan, renung dalam mata dia, rupanya ada seribu bahasa kasih sayang dan cinta. Dari situlah hati akan tenang melihat pasangan.
Rupanya nak isteri itu tenang, suami wajib bina kemesraan terhadap pasangan. I love you, I miss you, usap jari, pegang bahu ini adalah ucapan dan perbuatan yang sangat mahal yang kadang-kadang kita terlepas pandang.
Bina cinta, bina bahagia insyaallah ketenangan itu akan datang.
Mengemas rumah untuk pastikan setiap hari terlihat bersih dan tersusun rapi itu memang satu cabaran buat ibu yang berkerjaya. Belum pun habis penat bekerja di siang hari, tiba di rumah disambung pula dengan melakukan tugas-tugas harian seperti mencuci baju, memasak, melipat kain dan pelbagai lagi hingga lewat malam terpaksa berjaga.
Andai begitu rutin harian yang dilalui sepanjang waktu, tentu akhirnya mendatang kelesuan dan lelah yang tidak tertanggung oleh tubuh. Jadi sebaiknya, lakukan tugas-tugas menguruskan rumah tangga ini dengan lebih bersistematik. Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh seorang doktor di page Hani Mynis. Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Macam mana Hani merancang menu mingguan, nak kemas rumah pun Hani siapkan satu binder khas: “Cleaning binder” untuk Hani simpan “daily and weekly cleaning checklist” dan cheat sheet untuk Hani kemas rumah dengan sistematik dan stress-free.
Langkah-langkah perancangan kerja rumah harian dan mingguan
✅Senaraikan kerja rumah yang WAJIB buat hari-hari
Contoh: kemas katil, sediakan bahan nak memasak, memasak, basuh pinggan, lap atas dapur dan atas kabinet dapur, buang sampah, sapu sampah, basuh baju, jemur baju, lipat baju, seterika baju, kemas mainan sebelum tidur, kemaskan sofa/atas meja makan pastikan kosong, bersihkan bilik air dan lain-lain
✅Dari senarai kerja rumah tadi, bahagikan tugas kepada orang lain
Suruh suami tolong buang sampah, anak kalau dah pandai kemas mainan sendiri boleh tolong kemas mainan, anak-anak ramai boleh bahagikan tugas tolong basuh pinggan lepas makan, tolong basuh baju
✅Dari senarai kerja rumah tadi, tengok mana yang tak perlu buat setiap hari
Basuh baju, jemur baju dan lipat baju mungkin boleh buat dua hari sekali, seterika baju/tudung kerja dan sekolah boleh buat seminggu sekali (jimat masa dan elektrik jugak), sediakan bahan masak (prep sayur, paste dan protein) boleh buat seminggu sekali.
✅Buat jadual mingguan untuk “Deep cleaning” setiap bahagian rumah
Khaskan satu bahagian rumah untuk satu hari. contoh: Setiap hari Isnin buat deep cleaning ruang tamu. Selasa: Bilik air. (Penerangan lebih boleh rujuk caption gambar 2)
✅Buat jadual. Jadual “daily and weekly cleaning”
Setiap orang rutin “daily cleaning” dia tak sama. Buat jadual pagi buat apa, tengah hari buat apa dan malam buat apa. Dah buat jadual, print, laminate, tampal lah kat mana yang mudah nampak contoh peti ais, kalau ada command center lagi bagus. Hani tampal kat command center. Bila buat kerja ada rutin dan jadual, kerja siap tanpa stress.
✅letakkan semua peralatan mengemas dan membersih di satu tempat/bakul/bekas khas.
Hani sediakan “cleaning caddy” khas untuk letak berus-berus/penyapu kecil, spray pembersih + pewangi dan peralatan membersih yang sesuai. Kalau nak buat deep cleaning kat mana-mana, angkut je bakul tu.
✅Go minimalistic
Kurang barang, kurang bersepah, kurang mengemas.
✅Pastikan setiap barang ada “rumah”nya. dan Label kalau perlu.
10 malam akhir dah hampir ke penghujungnya. Sepatutnya malam berbaki ini adalah puncak kesungguhan kita dalam beribadah.
Tak boleh nak bersenang lenang kerana perjuangan kita belum selesai.Inilah masanya untuk kita memperhebatkan lagi amal ibadah, memperbanyakkan lagi amal soleh, mendulang lautan pahala, menggugurkan dosa-dosa dan menjadi insan yang pemurah.
Tahajjud, tahajjudlah bersungguh-sungguh. Taubat, taubatlah sesungguh hati.
Doa, doa sungguh-sungguh penuh harapan. Baca al-qur’an, baca penuh penghayatan.
Zikir, zikirlah sepenuh hati yang tawadhuk. Sedekah, sedekahlah bersungguh-sungguh.
Tiada waktu untuk dibazirkan kerana saat perpisahan semakin dekat.
Ibnu Rajab Al-Hambali berkata, “Bagaimana bisa seorang mukmin tidak menitis air mata ketika berpisah dengan Ramadhan.. Sedangkan dia tidak tahu apakah masih ada sisa umurnya untuk berjumpa lagi “.
Ramadhan yang mulia hampir berangkat pergi, Segeralah menambah amal agar tak merugi, Sempurnakanlah apa yang masih berkurangi, Biar diri menjadi hamba yang Allah sayangi, Bukan hamba yang Allah benci lagi dimurkai. Menangislah dalam taubat yang menginsafi. Moga Allah mengampuni dan meredhai…
DOA RASULULLAH SAW DI SAAT BERPISAH DENGAN RAMADHAN
Syahdunya doa Rasulullah SAW di saat akan berpisah dengan Ramadhan 😭😭
للَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا
“ Ya Allah, janganlah Kau jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan Ramadhan terakhir dalam hidupku. Jika Engkau menjadikannya sebagai Ramadhan terakhirku, maka jadikanlah aku sebagai orang yang Engkau sayangi dan jangan jadikan aku orang yang Engkau murkai “.
Hebatkan lagi amalan di malam-malam akhir ini dan rebutlah pahala SEDEKAH LUAR BIASA di penghujung Ramadhan.
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang dalam lawatan bersama rakyat dilihat sempat menyantuni beberapa orang ramai yang turut berada di lokasi tersebut.
Menariknya, PMX berhenti di hadapan seorang kanak-kanak selepas kanak-kanak itu memberitahu mengenai keadaan dua tandas sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting, Perak yang rosak teruk dan tidak dapat digunakan.
Walaupun mencuit hati, namun gelagat kanak-kanak itu mendapat respon pantas PMX dengan bertanyakan maklumat penuh sekolah untuk disampaikan kepada Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek.
“Dua.. dua rosak, dua boleh pakai (boleh digunakan)…Nak call bagitau Fadhlina…” kata Anwar pada kanak-kanak itu.
Malah video berkenaan juga turut mendapat perhatian Menteri Pendidian, Fadhlina Sidek yang turut meninggalkan komen respon yang disuarakan kanak-kanak itu.
Keberanian kanak-kanak ini sudah semestinya dipuji wargamaya yang berani menyuarakan masalah itu ketika berhadapan dengan Perdana Menteri.
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.