Meskipun zaman sudah moden, bukan bererti kita tidak lagi mengamalkan budaya minum jamu untuk tujuan penjagaan kesihatan dan kecantikan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan sekarang ini seakan menjadi trend ramai antara kita kembali mengamalkan jamu.
Lebih menarik lagi, ada pula antara ibu-ibu di luar sana begitu rajin untuk menghasilkan sendiri ramuan jamu tersebut. Jadi bolehlah lebih berjimat dan dalam masa yang sama khasiat jamu dapat dibekalkan untuk tubuh.
Bercerita tentang jamu atau minuman herba untuk awet muda, bukan sahaja wanita suka mengamalkannya. Malah kaum lelaki juga tidak terkecuali, seperti Johanis Haslan yang turut berkongsi minuman herba kegemarannya yang sering dihasilkan sendiri untuk tujuan kesihatan dan awet muda.
Nak tahu apa ramuannya, jom teliti bahan dan cara penyediaannya.
Bahan-bahan :
Kunyit
Halia
Daun Sirih
Temu Kunci
Ads
Kencur
Asam jawa
Lemon
Gula Organik
Kulit Kayu Manis
Ads
Cara penyediaan :
Masukkan semu bahan di dalam pengisar.
Ads
2. Kisar halus.
3. Rebus hingga mendidih.
4. Kemudian tapis dan biarkan suam sebelum diminum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan ayam goreng berempah umpamanya tak sempurna kalau tidak menggunakan biji ketumbar sebagai penyedap rasa dan sekali gus menjadikan masakan lebih beraroma.
Pun begitu, selain biji ketumbar biasa digunakan dalam masakan ia juga bagus untuk diminum air rendamannya untuk dapatkan khasiatnya.
Ini sebagaimana yang diamalkan oleh Lelawati ini. Jom semak.
bANFAAT MINUM AIR RENDAMAN BIJI KETUMBAR
Pagi ni kekla nak citer sikit pasal biji ketumbar. Selalu kita buat masak je kan biji ketumbar. Rupanya biji ketumbar ni banyak manfaatnya seperti
~Mencegah dan mengubati diabetes.
~Osteoporosis.
~Menyembuhkan gangguan pencernaan.
~Mengatasi masalah penglihatan.
~Mencegah radang sendi.
~Membantu mencegah sakit perut.
~Menyembuhkan masalah kulit.
~Mencegah dan menyembuhkan anemia.
~Mengubati cacar.
Banyak rupanya manfaat biji ketumbar ni. Ternyata hanya dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi je kita dapat mengubati dan mencegah pelbagai jenis penyakit jika kita rajin membaca dan mengkaji.
Kat sini kekla bagitau cara-cara nak minum air rendaman biji ketumbar ni okey.
Mula-mula korang ambil biji ketumbar tu anggaran dalam 3gram dan air pulak dalam 150ml.
Caranya korang rendamkan biji ketumbar tu semalaman kat luar je bukan dalam peti ais tau!Dan keesokkan paginya bolehlah diminum.
Minum sebelum sarapan ye. Buat tiap-tiap hari nanti korang akan rasa hasil yang luar biasa.
Selamat mencuba dan silakan share jika rasa bermanfaat.
Ada orang sayang sangat hendak buang makanan hinggakan sanggup recycle berkali-kali makanan tersebut dengan beranggapan masih boleh dimakan.
Pun begitu, mungkin ia terlupa makanan juga ada tempoh hadnya dan bila jangkamasa terlalu lama, pasti akan rosak. Bahkan jika tetap juga dimakan ianya akan menjadi penyebab bahaya buat diri dan keluarga sendiri. Apatah lagi jika makanan itu telah berkulat!
Ini sebagaimana perkongsian ilmu daripada Dr. Aida Azmi Official. Semoga bermanfaat.
RECYCLE MAKANAN BERKULAT?
Kulat adalah sejenis fungus seperti cendawan.Ia mempunyai akar yang boleh bercambah, yang dipanggil hyphae dan tidak dapat kita lihat.
Apabila mold mula membiak, ia sebenarnya menyebarkan bahagian yang boleh direproduksi (reproductive) yang dipanggil “sprorangium”.
Sporangium ini menyebarkan berpuluh-puluh ribu spora yang tidak dapat dilihat.
Jadi, apabila sesuatu makanan itu berkulat, sporanya terawang-awang dalam bekas makanan tersebut.
Ada yang berkata, boleh je makan kulat ni. Ada je “kulat baik” dalam yang ada dalam molded cheese atau pun yang digunakan sebagai antibiotic (penicillin).
Ya, ada kulat baik. Tapi bagaimana kita membezakan samada kulat itu kulat baik atau sebaliknya. Mengambil risiko untuk memakan makanan yang telah berkulat, walau hanya pada permukaannya (kulat memang membiak di permukaan kerana ia memerlukan oksigen untuk membiak) adalah satu perjudian!
Beberapa contoh kulat yang mengakibatkan keracunan makanan adalah seperti Alternaria, Aspergillus, Botrytis, Cladosporium, Fusarium, Geotrichum, Monilia, Manoscus, Mortierella, Mucor, Neurospora, Oidium, Oosproa, Penicillium, Rhizopus and Thamnidium.
Kulat Cladosporium boleh mengaibatkan alergi tetapi tidak berbahaya, sementara kulat Penicillium crutosum boleh menghasilkan toksin berbahaya iaitu Mycotoxin.
Mycotoxin banyak ditemui dalam bijirin, kekacang dan juga makanan lain seperti celery, jus anggur, apple dan beberapa jenis tumbuhan lagi. FAO menganggarkan sebanyak 25% food crop (hasil pertanian) dicemari dengan mycotoxin.
Suhu yang tinggi tidak dapat membunuh MYCOTOXIN yang telah terbentuk dalam makanan yang tercemar dengan kulat.
Sebab itu membasuh dan memasak semula dodol yang telah berkulat adalah a BIG NO-NO. Saya amat terkejut membaca perkongsian netizen dalam satu group berkenaan apa yang perlu dilakukan sekiranya dodol didapati berkulat.
Ya Allah, mengucap panjang saya! Janganlah nanti ada kluster keracunan makanan akibat dodol pula.
Mungkin ada yang berkata, “elok je, xde pun kes orang mati lepas makan dodol berkulat tu”.
Jawapan saya, Alhamdulillah jika tiada. Tapi bagaimana jika benar-benar terjadi keracunan? Harus diingat bahawa tahap imuniti setiap manusia adalah berbeza. Kanak-kanak, golongan tua dan juga ibu mengandung biasanya amat terdedah kepada risiko seperti ini.
Keracunan ini boleh menyebabkan sesak nafas, alergik dan cirit-birit serta muntah. Dan untuk kes yang serius, boleh menyebabkan kematian.
Jadi, sebelum berlaku perkara yang lebih teruk, baiklah dielakkan.
Gambar dodol berkulat ini pula adalah dodol yang baru beberapa hari dibeli oleh ayah saya sebelum raya. Jarang dodol berkulat, kan? Tahukah anda apa sebabnya dodol berkulat?
Dodol mengandungi kadar gula yang tinggi yang dapat menjadi salah satu pengawet semulajadi. Ada kemungkinan dodol ini kurang manis (kurang daripada 60 Brix)
Keduanya, mungkin ia tidak cukup dimasak dan menyebabkan kandungan air dan aktiviti airnya tinggi (Kandungan air dan aktiviti air adalah berbeza – ramai yang salah faham – insyaAllah nanti saya akan ulas perbezaan antara kedua-duanya). Kandungan air dan aktiviti air yang tinggi ini menyebabkan kulat mudah membiak.
Faktor penyimpanan – makanan yang telah dibuka pembungkusnya harus ditutup dengan sempurna dan di simpan di dalam peti sejuk jika mahu memanjangkan jangka hayatnya. Namun, dodol tidak sesuai disimpan di dalam peti ais kerana ini akan menyebabkan ia ter-retrogradasi dan menyebabkan ia hilang kekeyalan dan menjadi keras.
Faktor kebersihan – kebersihan pembuatan dodol juga perlu diambil kira. Jika dodol dimasak dan dibungkus dalam keadaan yang kurang kondusif (tempat yang kotor, tiada pengudaraan yang baik) maka kulat mudah hidup di permukaan dodol tersebut.
So apa yang perlu dibuat dengan dodol berkulat ni? USFDA menyarankan agar makanan yang berasaskan bijirin (tepung) yang berkulat ini agar dibuang kerana dikhuatiri ia juga terkontaminasi dengan bakteria lain yang turut membiak bersama-sama kulat tersebut.Dengan ilmu, kita dapat mengelakkan keracunan makanan.
Secara umumnya, cecair antiseptik pembersih mulut digunakan untuk berkumur demi memastikan kebersihan bahagian ini lebih sempurna.
Namun begitu, melalui perkongsian Shairy Hanapiah beliau mendedahkan ada banyak lagi kegunaan cecair ini selain mencuci mulut. Memang awesome!
1. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah
Jika rasa malas hendak basuh tong sampah di rumah dan tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak dipakai dan rendam dengan sedikit cecair pencuci mulut. Kemudian, tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Cecair tadi akan menyerap bau tersebut.
2.Membasmi kuman pada mangkuk tandas
Cecair antiseptik ini bukan hanya boleh membasmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Caranya, tuangkan sedikit dan sental mangkuk tandas dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas pun berbau wangi.
3.Bersihkan skrin tv atau monitor komputer
Caranya semburkan sedikit cecair pembersih mulut ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
4. Membasmi kuman pada berus gigi
Berus gigi sering digunakan untuk menghilangkan kekotoran dan kuman pada gigi, tapi bagaimana pula jika berus gigi yang digunakan itu pula berkuman? Tuangkan sedikit cecair antiseptik ini ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi tadi selama 2-3 jam ia membantu mematikan segala kuman dan bakteria yang ada.
5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan cecair pembersih mulut ini dengan air dan semburkan ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
6. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Bagi anak-anak kecil yang sering digigit nyamuk atau semut. Boleh sapukan sedikit cecair ini di bahagian yang terkena gigitan serangga tersebut. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
7. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika telah mencuba pelbagai produk pencuci muka namun tidak berkesan, boleh cuba gunakan cecair antiseptik pula.Caranya, sapukan sedikit cecair ini ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Hasilnya, jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang.
8. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Ia akan menghilangkan bau busuk dan memberikan bau yang lebih segar.
9. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan cecair antiseptik ini secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya.
Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Apa yang penting ia lebih menjimatkan daripada membayar rawatan bagi kulit kepala di salun.
10. Melegakan masalah kaki anda
Tuangkan cecair ini ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...