Kadang kala kita leka dengan kelebihan yang tuhan bagi terutama soal wang. Nak beli apa sahaja dapat. Tak mahal sangat tetapi sekali shopping tudung tu, dua pasangan dah rm100 lebih. Anak nak kita tak berkira, ambil aje lah tanpa tengok harga, bayar aje. Dan ia berlaku tanpa henti setiap hari.
Tanpa kita sedar bahawa telah berlaku pembaziran dalam hidup. Kita membeli bukan keperluan tetapi mengikut kehendak. Namun, sedang kita leka dengan kelebihan itu, ada insan diluar sana sedang berduka. Ikat perut dengan duit yang semakin menyusut. Bukan tidak terima bantuan diberi atau bekerja namun tidak mencukupi dengan kos sara hidup yang tinggi. Bukan tidak berusaha untuk ‘lari’ dari kemiskinan, tetapi ada kalanya diri tidak mampu bertahan. Lebih-lebih lagi, suami telah menemui sang pencipta.
Kisah duka kesusahan hidup sudah tentu banyak kita dengar dan baca di media sosial saban hari. Sebagaimana perkongsian titian hidup kesusahan sebuah keluarga yang dipaparkan oleh seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang aktif dengan kegiatan CSR bersama pasukannya.
Semoga kisah ini menjadikan diri kita lebih cakna emembantu insan yang memerlukan sebagaimana yang anjurkan oleh Islam mengenai amalan sedekah.
Ikuti perkongsian guru ini.
TIADA DUIT NAK BELI BERAS
Seorang anak baru berusia 14 tahun curi-curi guna telefon ibunya untuk pm aku minta bantuan beras dan sepapan telur untuk makan.
“Salam cikgu. Boleh saya minta bantuan barang dapur? Tak ada apa dah kat dapur. Ni Fb mak saya. Saya pm cikgu ni mak tak tahu.”
Ads
Anak yatim ini tinggal bertiga dengan ibu dan adiknya. Ibunya penerima Baitulmal RM500 sebulan dan pendapatan utama menjaga anak orang dengan bayaran RM400 sebulan.
Sewa rumah RM600, bil api, bil air, bil van sekolah anak-anak, duit belanja lagi. Baki setiap bulan untuk makan tak sampai RM100 saban bulan.
Sebaik terima kes, aku hantar Dr Wan Ahmad Faiz Marzuki turun siasat memandangkan kes ni dekat dengan beliau.
Sah, cerita semua benar. Kesempitan hidup mereka itu real, bukan tipu-tipu.
TERIMA BANTUAN ZAKAT
Ads
Maka kami bantu mereka dengan dana yang ada. Malam ini, baru aku berkesempatan ziarah sendiri. Tersenyum lebar si anak dan ibunya.
“Eh, Cikgu Fadli datanglah.”
Femes juga aku rupanya. Tak payah perkenalkan diri mereka dulu tegur.
Duduk bersila, mendengar cerita. Anak bongsunya baru 3 bulan dalam perut sewaktu ayahnya meninggal dunia.
Sejak itu, mereka sangat sempit dah hidup susah. Hanya mengharap zakat dari Baitulmal dan jaga anak orang yang cuma sedikit sahaja upah.
BANTU KEBAJIKAN ANAK YATIM
Ads
Kami bantu dan support dia untuk buat kuih dan hantar pada koperasi sekolah. Oven dan segala peralatan yang perlu akan kami sediakan.
Anak-anak ini anak-anak yatim. Segala yuran persekolahan anak-anak ini dan keperluan yang sepatutnya mereka ada, kami akan cuba sediakan secukupnya.
Anak-anak yatim ni nabi saw kasih sungguh. Kerana tempat pergantungan utama mereka sudah tiada, dan ibu serta anak-anak perempuannya terpaksa berdikari tanpa boleh mengharap sesiapa.
Aku memang sangat utamakan kebajikan anak-anak yatim. Kami cuba bantu yang ada dalam radar dan capaian kami.
Tenaga kami terhad. Masa kami juga terhad. Bahkan dana kami juga terhad. Maka tak mampulah kami nak bantu semua orang. Itu tanggungjawab pusat zakat dan YB kawasan lah.
Namun sepaling kurang, kami cuba bantu mana yang mampu. Begitulah.
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Rumahtangga bahagia adalah impian semua pasangan. Dalam pada masa yang sama kehidupan pastinya berubah apabila menjalani perkongsian dari segala segi.
Begitu juga dengan rezeki setelah mendirikan rumahtangga. Sudah pastinya apabila rumahtangga itu bahagia rahmat dalam hubungan itu akan memberi kesan kepada kehidupan pasangan.
Sebagaimana perkongsian ini menghuraikan mengenai rezeki selepas mendirikan rumahtangga. Moga menjadi pedoman buat semua . Ikuti sharing oleh saudara Firdaus Shakirin
Rezeki melimpah ruah dalam rumah tangga
Orang lain kawin, murah je rezeki dia…kita kawin, tak murah pun rezeki kita… Kenapa…?
Bercakap atas pengalaman sendiri, berkahwin memg membuatkan rezeki menjadi semakin murah…time xde bini, tgh bulan makan megi…time ada bini, xde plak mkn megi walaupun gaji tu masih sama, tak naik2…mcm mna bleh jd mcm ni? Allah bagi kelapangan, Allah bagi kecukupan…
Allah mencukupkan rezeki kita dgn isteri…nak nmpk “cukup” ni senang je, gaji ketika bujang n gaji bila kawin tu sama, tapi kena sediakan keperluan isteri, mkn minum isteri, tanggung isteri, hidup berdua, namun gaji tu masih cukup utk menampung perbelanjaan kita sampai la ke gaji seterusnya…
3 perkara yg kena buat utk Allah murahkan rezeki kita selepas berkahwin :
Jaga solat, solat diawal waktu, jgn tggal solat n ajak serta suruh pasangan utk solat…jgn jadikan suasana rumah tu seperti kubur…maksudnya, hidupkan suasana rumah dgn amal ibadat…rumah yg isinya tak solat, tak beramal ibadat susah rezeki nak masuk sbb hubungan mereka dgn Pemberi Rezeki tu renggang, tak rapat…
Jaga hubungan dgn isteri, dgn ibubapa, dgn mertua, dgn adik beradik, dgn kwn2, dgn org sekeliling…mereka ni adalah org yg mendoakan kesejahteraan kita…org yg rapat dgn kita, org yg mgkin hari2 kita jumpa…jgn ada sengketa, jaga kelakuan serta perbuatan kita dgn mereka…jgn menyakiti hati sesiapapun diantara mereka…
Jgn culas bab kewajipan, tanggungjwb serta tugas sebagai seorang hamba Allah, seorang suami, seorang anak, seorang pekerja…laksanakan, tunaikan, amalkan, buatkan apa yg wajib ke atas diri kita utk buat, apa yg diamanahkan ke atas diri kita utk kita galas…ini hak org lain, yg mana kita berhak utk lakukan tanpa ada alasan sbb hukumnya adalah wajib, tak buat, tak galas, tak tunai maka berdosa…
Nak rezeki selepas berkahwin tu murah, nak urusan selepas berkahwin tu mudah, maka praktikkan 3 perkara diatas dlm kehidupan seharian…
Jgn asyik komplen rezeki tak murah, ada isteri jadi membebankan, kawin jadi menyusahkan, sedangkan diri sendiri tak pernah sujud atas sejadah dan melayan isteri sendiri mcm org gaji yg dibeli dgn lafaz akad nikah…
Ucapan yang ditulis Watie Hanifah sempena ulang tahun kelahiran anak kepada pelawak dan penyampai radio Shuib, Dzakira Talita Zahra menyentuh hati ramai pengikutnya di Instagram.
Dalam hantaran itu, Watie berkongsi mengenai kebaikan anak kedua Shuib dan Allahyarham Siti Sarah yang digelar sebagai Doctor Love (Doktor Cinta) itu kepadanya.
“Selamat hari jadi, Doctor Love Aunty. Terima kasih selalu menjadi penghibur dan peneman Aunty ke mana pergi.
“Terima kasih selalu membela dan menangis apabila Daddy (Shuib) bertukar menjadi garang,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Watie turut mengucapkan terima kasih kepada Talita kerana menerimanya untuk menjadi ibu.
“Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang kamu. Aunty sayang kamu sangat dan terima kasih kerana memilih Aunty untuk menjadi ibu,” tulisnya.
Hantaran itu turut disertakan dengan kompilasi gambar Watie dan Talita yang sangat manis serta akrab seperti ibu dan anak.
Menjengah ke ruangan komen posting yang dibuat Watie, ramai yang tumpang bahagia melihat wanita itu bersama anak-anak Shuib dan merasakan pelawak terbabit tidak salah memilih Watie untuk memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya.
Mereka juga mendoakan agar hubungan mereka sekeluarga akan terus bahagia sehingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, Dzahira Talita Zahr merupakan anak kedua kepada pasangan Shuib Sepahtu dengan allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin. Selain daripada Dekta, mereka turut dikurniakan 3 orang cahaya mata lelaki, Uwais Al Qarni, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Shuib dan Watie pula bakal mendirikan rumah tangga sekitar sebulan lagi dan majlis pertunangan telah berjalan dengan lancar pada Aidilfitri tempoh hari.
Sumber: Instagram iawatie
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga dan sudah dikurniakan cahaya mata seringkali sibuk dengan urusan seharian. Kesibukan itu ada kalanya tanpa disedari mengabaikan pasangan dan membuatkan hubungan renggang.
Bukan bermakna rasa kasih sayang semakin pudar tetapi tuntutan kerja dan urusan anak-anak membuatkan anda terleka hingga mengabaikan pasangan.
Banyak pasangan yang menganggap situasi ini adalah perkara biasa lantas membiarkannya hingga membuatkan hubungan suami isteri semakin sepi.
Tapi awas inilah yang akan menyebabkan rumah tangga mula memasuki fasa konflik. Pakar motivasi menyarankan suami isteri yang mula merasakan kehambaran dan kebosanan dalam rumah tangga dengan cara belajar jadi romantis.
Gambar hiasan.
Mungkin ada perasaan malu untuk bermanja dengan pasangan seperti waktu bercinta dahulu. Tetapi anda harus mencubanya dan selalu mempraktikkannya demi memperbaiki hubungan yang mula pudar. Jadikan tip di bawah ini sebagai panduan:
1. Pegang dan usap selalu tangan pasangan. Sentuhan buat hubungan lebih mesra. Kena buat setiap hari!
2. Ubah susun atur perabot di bilik tidur untuk membangkitkan suasana baru dan segar. Letakkan pewangi untuk menghidupkan suasana yang menarik di kamar. Boleh juga hidupkan lilin aromaterapi.
3. Bangkitkan suasana romantis di rumah atau bilik tidur dengan memainkan muzik lembut dan romantik. Alunan muziknya sekadar cukup untuk telinga anda berdua sahaja. Lebih menarik muzik atau lagi kegemaran anda berdua.
4. Rancang dan sediakan hidangan yang istimewa dan digemari oleh pasangan. Hendak menawan hati suami kenalah gembirakan perutnya.
5. Cari peluang untuk bercuti bersama, bukan bersama anak-anak tetapi hanya anda berdua. Jangan bercuti di tempat yang terlalu ramai orang sebaliknya cari tempat yang damai di mana anda boleh berdua-duaan menikmati saat yang menenangkan.
6. Ajak pasangan beli makanan dan duduk bersantai tepi tasik, taman rekreasi atau tempat yang mudah buat anda. Makanlah sambil berbual. Bila sudah punya anak aktiviti mudah sebegini pun jarang kita buat kan.
7. Lakukan kembali acara mandi bersama yang mungkin sudah lama anda dan suami tinggalkan. Boleh jadi kali terakhir ketika berbulan madu.
8. Berikan hadiah dan ingat tarikh-tarikh penting buat anda berdua. Tidak perlu beri hadiah yang mahal cukup sebagai tanda ingatan. Tetapi, jika anda mampu tiada salahnya.
9. Jangan kedekut hendak memberi pujian terhadap pasangan. Luahkan sahaja apabila pasangan kelihatan cantik dan bergaya.
10. Bilakah kali terakhir anda mengucup dahi atau pipi setelah dia penat bekerja. Tahukah anda bahawa ciuman mesra anda dapat menghilangkan segala kepenatan pasangan. Tekanan sepanjang hari juga turut hilang. Itulah kuasa ciuman anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di