Walaupun wajah Dato’ Fizz Fairuz nampak serius, menggambarkan dia seorang ayah yang tegas. Namun tanggapan tersebut salah sama sekali.
Bagi yang biasa mengikuti perkembangan keluarganya di Instagram, pasti tahu perwatakan suami kesayangan Datin Almy Nadia ini sebenarnya seorang yang sangat kelakar. Ada sahaja video mahupun gambar bersama anak-anak yang membuatkan ramai terhibur.
Dalam satu perkongsian yang dimuatnaik Almy Nadia baru-baru ini memaparkan gelagat Fizz Fairuz yang mahu menyakat anak-anaknya. Dalam video itu, Fizz telah mengenakan topeng superhero ‘batman’.
Pada pertengahan video, Fizz telah pergi memadamkan lampu, lalu datang anak-anaknya yang berkeadaan terkejut melihat bapa mereka. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lucu Fizz Fairuz.
Sebelum ini, pempengaruh media sosial Maryam Younarae ada memua naik di laman Instagramnya bahawa ibunya menunjukkan minat untuk mendalami agama Islam. Malah sebelum pulang ke Korea, ibunya turut membawa pulang telekung untuk digunakan di sana.
Rentetan dari itu, baru-baru ini Maryam ketika ditemui di sidang media filem Mat Tudung Begins memaklumkan ibunya sendiri menyatakan hasrat dan kemahuan untuk belajar solat serta mengenakan hijab ketika berkunjung ke Malaysia, baru-baru ini.
“Ketika ini, ibu sedang cuba belajar mengenai Islam. Kami hanya menyokong dan tidak pernah memaksa. Bila ramai berikan komen positif, saya dapat melihat betapa sayangnya Allah pada kita.
“Melalui saya, Allah nak tunjuk sebenarnya ramai yang sayang sesama manusia lain walaupun berbeza agama. Mereka turut mendoakan yang baik-baik dan tidak memaksa.
“Ibu mungkin ada terdetik nak memeluk agama Islam sebab ketika saya mula mengenakan hijab, dia juga cuba nak pakai hijab,” ujarnya memetik laporan dari Gempak.
Dedah Maryam, ibunya juga sudah mula mengelakkan diri daripada memakan daging khinzir selain kini sudah berpakaian tertutup dan membawa telekung pulang ke Korea.
“Dia kini sudah mengenakan pakaian tertutup. Lagi tertutup daripada saya. Saya pun tak sangka, dia pun nak bawa balik telekung ke Korea. Saya pernah bawa ibu ke masjid untuk solat Subuh dan dia minta saya untuk mengajarnya cara solat,”ujarnya lagi.
Tambah isteri kepada Ryzal Ibrahim, ibunya masih belum melafazkan syahadah meskipun kini sudah pun belajar mengenai Islam.
Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata mengakui seronok apabila ibunya berkunjung ke Malaysia dan memberitahu hasratnya mahu menetap di negara ini.
“Selepas pulang (ke Korea), dia telefon dan beritahu seperti mahu berpindah rumah ke Malaysia. Dia sangat puas hati di sini.
“Lebih-lebih lagi dia tengok orang Malaysia ini sangat tenang dan gembira. Budaya di Korea, mereka lebih selesa meluangkan masa bersama kawan-kawan berbanding keluarga.
“Ibu pun teruja melihat bagaimana rakyat Malaysia sangat menyayangi saya. Dia berpuas hati. Jadi, kalau ibu betul-betul nak berpindah, saya akan menyokongnya,”luah Maryam.
Untuk rekod, Maryam dan Ryzal telah mendirikan rumah tangga pada pada 2019. Sekitar tahun 2020, mereka telah kembali ke Tanah Air dan memulakan kehidupan sebagai selebriti apabila kerap berkongsi kebersamaan dalam saluran YouTube DurianKimchi.
Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun, pasangan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata dikenali sebagai Rina.
Selepas hampir dua bulan, pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad tampil berkongsi nama anak keduanya yang dilahirkan pada Mei lalu.
Menerusi Instagramnya, Uyaina yang kini sudah kembali bekerja dan habis pantangnya tampil memuat naik beberapa potret keluarga selepas kelahiran cahaya mata keduanya.
Menariknya Uyaina turut berkongsi nama anak keduanya yang diberi nama Raja Urayyan bin Raja Syahiran.
“BismillahiMashaaAllah. Minta doa yang baik-baik dari kalian semua buat anak kedua kami, Raja Urayyan bin Raja Syahiran.
“Nama Urayyan kami ambil ilham dari buruj ‘Orion’ dengan cara sebutan yang sama, tetapi ejaan yang berbeza.
Dalam Bahasa Greek, Urayyan membawa maksud ‘Cahaya Syurga.’ Dan dalam Islam, Buruj Orion ini adalah Penunjuk Arah Kiblat.
Setiap malam kita dapat lihat 3 bintang di langit yang membentuk buruj Orion walau di mana sahaja kita berada di mukabumi ini. Dan Buruj Orion ini akan membentuk 1 garis lurus yang sentiasa menghalakan garisannya terus ke arah Kaabah. MashaaAllah,” tambahnya lagi berkongsi maksud nama pilihan itu.
Uyaina juga turut mendoakan agar perjalanan anak kecil itu dipermudahkan.
“Anakku @rajaurayyan, tidak kira betapa tinggi kamu berada di atas langit, jangan lupa yang kita ini adalah hamba-Nya yang perlu sentiasa tunduk sujud kepada-Nya.
“Semoga Raja Urayyan tidak pernah hilang arah, bersinar bagaikan bintang, bercahaya & memberi manfaat kepada orang lain,” kongsinya.
Bahagia dapat susukan anak kedua
Pelakon cantik dan berbakat ini juga turut berkongsi kisah berpantangnya yang cukup indah malah turut berkongsi pengalaman menyusukan anak keduanya.
“Alhamdulillah, syukur merasa breastfeed (menyusu badan) untuk anak kali ini.
“Pengalaman saya masa Urhan dulu, dapat susu badan kurang dari dua minggu sahaja, sebab dia tongue tie.
“Jadi, apbila anak kedua ini dapat menyusu badan sepenuhnya, saya sangat-sangat bersyukur,” katanya.
Uyaina Arshad meluahkan rasa syukurnya kerana sebelum ini tidak dapat melakukan hal tersebut untuk anak pertamanya, Raja Urhan disebabkan mengalami masalah lidah pendek atau tongue tie.
Menerusi perkongsian sama, dia juga menyifatkan pengalaman seorang ibu yang dapat memberi susu sendiri adalah satu nikmat dari Allah SWT.
“Sebenarnya, breastfeed ini adalah satu kelebihan dan nikmat yang besar. Nikmat Allah yang mungkin tak semua ibu dapat rasa,” ujarnya.
Terdahulu, Uyaina selamat menimang cahaya mata kedua melalui proses pembedahan susulan mengalami masalah jantung pada 17 Mei lalu.
Uyaina mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia dua tahun.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Mungkin jarang kisah pengorbanan seorang bapa dikongsikan kerana biasanya cerita perjuangan ibu yang sering disebut-sebut. Namun begitu, sebenarnya seorang bapa yang baik akan sentiasa mementingkan yang terbaik buat anak-anak yang dikasihi.
Biarpun terpaksa bersusah atau bergolok-gadai, seorang bapa takkan mempertaruhkan kebahagiaan dan kesenangana anaknya.
Seorang bapa boleh menjadi sangat kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang dapat memberi kemudahan kepada dirinya dan keluarga. Beberapa hari ini, tular sebuah video seorang bapa yang mengubah sebuah basikal dengan tempat duduk yang selesa buat anak perempuannya. Video ini telah dikongsikan oleh pengguna Facebook, Hareez Ikmal.
Alhamdulillah Cuaca cantik dari Kinabatangan. Perjalanan kami untuk ke Tawau, bila masuk Lahad Datu jalan jem sebab budak baru balik sekolah.
Tengah² sangkut jem ternampak sorang pakcik ni kayuh “basikal unik” bawak anak kecik dibelakang. Auto sedih bila tengok pakcik ni & anaknya.
Hebatnya kasih sayang seorang Ayah ❤️ semoga ada rezeki dapat jumpa di kemudian hari nanti.
Lelaki itu sedang mengayuh basikal dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang selepas menjemput anaknya dari sekolah. Dapat dilihat bapa ini telah meletakkan tong yang diubah suai sebagai tempat duduk untuk anak meletakkan kaki dan bersandar. Nampak selesa saja anaknya duduk di belakang, siap berbumbung lagi!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.