Minyak bijan adalah antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menjadikan masakan lebih sedap.

Namu tahukah anda terdapat bahan masakan yang hampir sama fungsinya dengan minyak bijan iaitu minyak gingelly yang dikatakan terkenal dikalangan masyarakat india.

Nak tahu lanjut khasiatnya ikuti penjelasan oleh Pakar Bioteknologi, Dr Magaret Sivapragasam menerusi grup Sembang Science mengenai dua bahan masakan ini.

Minyak bijan dan minyak gingelly- sama tapi berbeza.

Kalau hendak tahu, penggunaan minyak gingelly amat terkenal di kalangan masyarakat India. Masyarakat India menggunakan minyak gingelly pada rambut dan kulit, serta dalam masakan harian.

Tetapi tahukah anda, minyak bijan dan minyak gingelly kedua-duanya adalah dari benih induk yang sama (biji bijan) cuma perbezaannya adalah kaedah pemprosesan benih sebelum pengekstrakan minyak ini. Bijan tergolong dalam keluarga Pedaliaceae, sekumpulan tumbuhan yang dituai, nama saintifiknya adalah Sesamum Indicum.

Warna kuning minyak bijan adalah disebabkan minyaknya diekstrak dari biji bijan mentah (tidak dipanggang) manakala minyak gingelly juga dari benih mentah tetapi melalui proses lain pada suhu sedikit lebih tinggi daripada proses pertama lalu menghasilkan warna batu ambar.

IKLAN

Terdapat variasi yang ketiga dari benih selain minyak bijan berwarna kuning dan gingelly iaitu minyak bijan berwarna sedikit gelap. Ianya melalui proses di mana benih bijan dipanggang dan kemudian minyak diekstrak daripadanya, menghasilkan warna coklat gelap. Minyak jenis ini banyak digunakan dalam masakan ala Cina.
Walaupun dari benih yang sama, 3 varian ini mempunyai kegunaan yang berbeza di dapur:

🟡Minyak kuning / bijan : titik asap yang tinggi, boleh digunakan untuk menggoreng dan sebagai perasa makanan.
🟠Minyak amber / Gingelly : titik asap rendah, boleh digunakan untuk menggoreng kilas.
🟤Minyak bijan coklat gelap (biasa dalam masakan Cina) : titik asap yang sangat rendah, hanya untuk meningkatkan rasa, digunakan sebagai “dressing” salad.

Rupanya Ini Beza Minyak Bijan Dan Minyak Gingelly. Pakar Bioteknologi Jelaskan Cara Guna, Baru Masakan Lebih Sedap!

Kajian terhadap model haiwan mengatakan bahawa minyak bijan mengandungi sesamol dan sesaminol, dua antioksidan yang mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan anda.

IKLAN

Minyak bijan boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah di mana baik untuk penghidap diabetes. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa berurut dengan minyak bijan jenis gingelly boleh membantu mengurangkan sakit lengan dan kaki.

Rujukan
Pathak, Niti, et al. “Value addition in sesame: A perspective on bioactive components for enhancing utility and profitability.” Pharmacognosy reviews 8.16 (2014): 147.

Sumber: Magaret Sivapragasam  via Sembang Science

IKLAN

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Rupanya Ini Beza Minyak Bijan Dan Minyak Gingelly. Pakar Bioteknologi Jelaskan Cara Guna, Baru Masakan Lebih Sedap!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI