Akibat cemburu, seorang suami bertindak memukul isterinya dengan tukul besi sehingga maut. 

Kajadian ini berlaku di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, Terengganu pada jam jam 8 pagi  selepas mangsa yang baru sahaja sampai di rumah selepas menghantar anak ke sekolah berhampiran. 

Difahamkan berlaku pertengkaran di antara pasangan suami isteri ini sehingga menyebabkan mangsa dipukul menggunakan tukul besi  dan mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan dahi.

Suspek yang merupakan suami kepada mangsa kemudian telah  pergi ke rumah datuknya yang tidak beberapa juah dari lokasi. Dia telah memaklumkan kepada kakaknya yang dia telah membunuh mangsa menggunakan tukul tersebut sambil menangis ketakutan.

Kemudian suspek pulang semula ke rumah dan meratapi mayat isterinya yang terbaring di ruang tamu. Disebabkan ketakutan melampau, suspek cuba membunuh diri tetapi dihalang oleh ahli keluarga dan jiran.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, pihak polis telah menemui enam kesan kecederaan akibat hentakan kuat yang dipercayai menjadi punca kematian mangsa. Dua kesan hentakan di bahagian mata kanan, dahi, hidung, mulut dan telinga kanan mangsa.

Kesan kecederaan itu berkemungkinan kerana dihentak dengan tukul berkali-kali.

IKLAN

“Ketika kejadian, pasangan itu bersama bayi yang berusia tiga bulan berada di dalam rumah itu. Mangsa, Rubiah Sabtu, 41, menjalankan perniagaan kedai runcit dipercayai dibunuh akibat masalah perselisihan faham.

“Pasangan itu baru setahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia tiga bulan. Mangsa sebelum ini pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai enam anak,” katanya.

Adik mangsa iaitu Rozilan Yusof berkata, kakaknya itu seorang yang pendiam dan baik. Mereka sangat rapat walaupun berlainan bapa dan selalu berkongsi masalah. Kejadian yang menimpa kakaknya itu membuatkan dia sangat terkejut.

“Saya dikejutkan dengan panggilan daripada bekas abang ipar (bekas suami mangsa) jam 10 pagi yang memaklumkan kakak mati dibunuh. Saya seperti tidak percaya sebelum pergi ke rumah mangsa, remuk hati melihat kakak sudah tidak bernyawa,” katanya.

IKLAN

Menurut Rozilan, kali terakhir dia bertemu dengan mangsa adalah pada petang semalam. Melihat air muka kakaknya kelihatan sedih, namun tidak pula bertanya mengenai hal itu.

“Biasanya kalau ada masalah, dia akan cerita pada saya dan saya pun tak tanya kenapa mukanya sedih ketika itu. Dia ada menghubungi saya pada jam 1.10 pagi tadi untuk meminjam kipas kerana anaknya panas. Tetapi tidak dapat membantu sebab masih bekerja di kedai makan.

“Abang ipar (suspek) sangat baik dengan saya dan kami kenal lama kerana tinggal sekampung. Dia jenis pendiam, sepatah saya cakap, sepatah dia jawab. Dia bekerja sebagai tukang rumah. Bila balik bekerja, dia akan duduk di rumah membantu isterinya termasuk bermain dengan anak-anak.

“Beberapa hari saya tidak berjumpa dengan dia (suspek) dan kejadian hari ini sangat mengejutkan kami,” katanya.

IKLAN

Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

‘Semalam Air Muka Arwah Sedih.’  Wanita Maut  Dibelasah Guna Tukul Besi Akibat Cemburu Buta Suami, Anak Baru Berusia 6 Bulan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI