Perkongsian resipi roti bakar yang simple ini dikongsikan oleh Ziera Xiera di facebooknya buat admin rasa terliur.
Paling tertarik sebab cara membuatnya cukuplah mudah. potong, sapu kaya dan bakar. Dah siap!. Jom cuba, simple tapi sedap .
Anak-anak pasti suka ni , buat untuk sarapsn pagi pasti membuka selera.
Beli roti dari ahad hari tu, xde sorang pun yg mkn, pg ni buat kan roti bakar.. Aii licin pulak dia org mkn.. Senang hati tgok roti dh habis..
Roti Bakar * potong kerak di bhgn tepi roti, klu x nk potong pun boleh ikut suka.
Ads
* sapu kaya (x kisah jenama apa) , jgn kedekut nk sapu lebih ya, ni yg buat sedap meleleh nanti seiring dgn cair butter tu..
* pastikan buttercup (klu nk lg sedap guna lh pure butter yg mhl tu) dlm keadaan keras, potong sekeping2, kemudian potong kpda 3 bhgn, susun atas roti yg dh di sapu kaya td.
*bakar dlm oven suhu 200c 10-15 min.. Ikut pada garing yg kita nak..
Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia telah menjadi salah satu kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh semua golongan termasuk kanak-kanak untuk melengkapkan potensi diri anak.
Kemahiran berfikir dikalangan kanak-kanak dapat dilihat apabila mempunyai ciri-ciri seperti boleh dan dapat bekerjasama secara koloboratif, boleh mengemukakan cadangan, memberi pelbagai idea, menerima pendapat orang lain, berkeyakinan dalam memberikan pendapat dan sentiasa kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil tahu oleh ibu bapa atau guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti bercerita ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut.
1.Cerita semula
Sentiasa galak kanak-kanak bercerita semula apa yang didengari dalam bentuk perkataannya sendiri. Aktiviti ini akan membantunya membuat rumusan atau kesimpulan atas apa yang telah didengarinya. Bukan sekadar hanya memberi respon terhadap soalan yang berdasarkan fakta yang didengarinya.
Bertanya kepada kanak-kanak soalan yang tidak mempunyai jawapannya dalam cerita yang telah dibaca atau dengari. Menanyakan persoalan merupakan salah satu daripada elemen yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mampu meningkatkan kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru. Situasi ini akan menggalakkan kanak-kanak mencari jawapan dengan mengimbas kembali cerita tersebut dan membuat rumusan berdasarkan kepada kefahamannya terhadap cerita yang didengarinya tadi.
3.Analisis watak
Selepas aktiviti bercerita sentiasa minta kanak-kanak menganalisis watak dan juga tempat yang ada dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membanding dan membezakan antara cerita yang didengar dengan keadaan sebenar di luar cerita.
Selain itu, lakukan aktiviti seperti meminta kanak-kanak untuk mengaitkan cerita yang di dengar dengan kehidupan sebenar dirinya atau apa sahaja peristiwa yang pernah dilalui atau diketahuinya. Aktiviti ini sebenarnya adalah langkah permulaan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran berfikir aras tinggi yang dinamakan aras sentesis iaitu apabila kanak mula menggunakan maklumat yang diperolehi dalam situasi yang baru dan berbeza dengan cara yang berlainan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada yang lebih membahagiakan bila mana mendapat pasangan yang cukup memahami. Barulah dikatakan berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Demikian juga dengan pasangan suami isteri ini. Mereka cukup menyokong antara satu sama lain.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Achey mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang tersayang, Anne atau nama Nor Hasanah Yahaya, kerana memahami apa yang sedang dilaluinya. Tq (Terima kasih) isteri ku, tugasmu agak berat dalam minggu ini jaga anak, drive (memandu), dan persiapan semua diselesaikan dengan baik hanya untuk beri ruang aku melampiaskan rindu dan sedih sepuasnya pada sahabat buat seketika.
“InshaAllah kembali dengan perjuangan yang baru,” tulisnya sambil meninggalkan tanda pagar ‘kita baik ramai sayang’ dan ‘bocey’ pada ruangan kapsyennya.
Perrkongsian tersebut dimuat naik dengan sekeping gambar yang menunjukkan isteri Achey sedang mendukung anak mereka, Tiara Zinnirah ketika menziarah pusara Allahyarham Abam.
Amalan kunjung berkunjung Di Hari Raya kini diteruskan lagi dengan menghadiri jemputan rumah terbuka daripada kawan-kawan sepejabat dan sahabat handai.
Pun begitu, sedang kita ikhlas menghadiri jemputan, jangan pula melakukan beberapa amalan negatif di Hari Raya sebagaimana apa yang disenaraikan oleh Akhtar Syamir ini. Jom semak.
Elakkan Amalan Negatif di Hari Raya Ini.
Saban tahun kita buat perkara yang sama. Kadangkala kita tidak menyedarinya tetapi apa yang kita lakukan itu adalah tidak baik sebenarnya.
1. Menilai orang dari duit raya yang diberi.
Duit raya ialah salah satu cabang sedekah dan bukannya sebagai medium untuk menunjuk-nunjuk. Berhentilah memandang rendah kepada orang yang tidak mampu untuk memberi duit raya yang banyak. Kita tidak tahu situasi kewangan dia dan kita tidak tahu infaq atau sedekah yang dia telah lakukan selama ini.
2. Berbangga dengan pencapaian anak secara berlebihan.
Pantang jumpa saudara, kita akan canangkan anak kita dapat Anugerah Dekan, dapat nombor 1, wakil sekolah pertandingan mewarna dan lain-lain lagi. Bercerita itu tak salah, tetapi kalau dah setiap orang yang jumpa akan diceritakan perkara yang sama, dengan secara tak langsungnya, kita termasuk ke lembah riak.
3. Body Shaming.
Tak kira la gemuk ke, kurus ke, hitam ke, pendek ke, kita selalu dengar perkara ni apabila keluarga berkumpul di hari raya. Alasan berterus terang itu adalah alasan sampah yang mementingkan diri sendiri. Jika semua orang berterus terang tanpa menjaga adab dan hati orang lain, patut ke kita kutuk OKU? Atau kalau suka sangat orang berterus terang, suka tak kalau orang tegur kita “kau ni buruk, huduh tak berubah-ubah, raya tahun lepas buruk, raya tahun ni buruk jugak”.
Body shaming ialah perkara keji yang tidak patut dilakukan pada bila-bila masa pun, inikan pula di hadapan orang ramai. Dah la setahun sekali nampak muka, jumpa je terus buat sakit hati. Lepas tu boleh terfikir kenapa orang tak ziarah bila bukan hari raya.
4. Mengutuk baju raya orang lain.
Mentang-mentang baju raya dia bersinar-sinar jenama retis, orang lain punya habis dikutuknya. Tak cukup dengan itu, yang mana pakai baju tahun lepas, habis kena umpat semacam. Sedih sangat bila jadi macam ni. Terlalu mudah memandang rendah orang lain.
5. Tak habis-habis bertanya bila anak orang lain tu nak kahwin, bila nak tambah anak, bila nak tambah bini, bila nak tukar kereta.
Tahun lepas dah tanya, tahun ni tanya lagi. Susah hati sangat dia. Tau la orang tu nak kahwin bila. Ingat benda senang ke nak berteman lepas tu nak kahwin? Yang paling sedih orang yang bertahun-tahun terpaksa memberi senyuman kepada soalan-soalan sebegini. Saya rasa diorang pun dah menyampah tengok muka yang bertanya tu.
Bab anak pun bukanlah suatu yang di dalam kawalan 100%, berhentilah menyinggung perasaan orang lain.
6. Bising rumah di kampung panas.
Mengeluh orang-orang bandar ni sekali-sekala balik kampung takde pendingin hawa. Habis bising dia kepanasan macam kena panggang. Bukan semua orang mampu, kalau dah tau tak boleh panas, bawa la kipas sendiri. duduk je depan kipas tu masa tidur.
7. Bersalaman tetapi tidak memaafkan.
Apa gunanya salam cium tangan kalau hati masih lagi simpan perasaan dendam? Bertahun-tahun lamanya orang tu buat salah. Sampai sekarang, dibenci. Lepas tu selalu mengelak untuk berjumpa ahli keluarga lain disebabkan krisis dengan seorang sahaja. Buanglah yang keruh, ambil yang jernih.
8. Pantang nampak yang cantik, yang hensem, semua nak ngorat.
Bila berjumpa sanak saudara ni, perlu hati-hati. Kadang-kala yang kita jatuh hati tu mak atau bapak saudara. Kadang-kadang anak buah kita sendiri. Jangan tersalah mengorat, buat malu je nanti.
9. Mengumpat ahli keluarga yang tak balik kampung.
Semua orang ada sebab tersendiri kenapa tidak dapat balik beraya. Bukan semua benda dalam kawalan sendiri. Berhentilah mengumpat dan mengeji adik beradik sendiri. Hari ini mungkin masa dia, esok lusa mane tahu hari kita pulak kan?
10. Memilih nak beraya rumah yang ada masak sedap je. Siap telefon atau whatsapp tanya masak ape.
Ziarah dan mengeratkan silaturrahim ni tak perlu la bergantung kepada masakan Tuan Rumah. Biasa tak dengar, “rumah si polan wajib pergi, dia tiap-tiap tahun masak laksa!”. Yang laksa wajib, yang biskut raya je jadi tak wajib. Harap jangan la jadi macam ni.
_____________
Semoga hari raya kali ini dapat kita raikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Tinggalkan segala masalah dan pertelingkahan lalu. Bersyukurlah yang kita masih lagi diberi kesempatan untuk beraya bersama. Tahun depan kita pun tak tahu boleh berjumpa lagi atau tidak.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.