Didik anak memang suatu cabaran buat ibu bapa. Jika salah didik sejak kecil akan memberi kesan kepada akhlak dan tingkah lakunya.
Ketahui perkongsian Ustazah Aminah Mat Yusoff cara petua mendidik anak dengan amalan doa.
Semoga istiqomah mendidik anak-anak.
Ramai yang bertanya cara mengawal akhlak dan tingkah laku anak sejak mereka kecil. Di sini saya sertakan beberapa petua hebat orang lama yang wajar dicontohi.
1. Bangun dari tidur
Semasa anak bangun dari tidur orang pertama yang dicari ialah ibunya atau bapanya. Masa tu bisik di telinganya ini:
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”
Hanya pada Allah kita sandarkan hajat dan harapan. Moga dari kita lahir generasi yang baik, berakhlak, soleh-solehah dan cemerlang dunia akhirat.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak penamaan calon PRU15, nama Datuk Sri Eizlan Yusof meniti di media sosial. Ini kerana namanya turut tercalon untuk Parlimen Sabak Bernam. Rupa-rupanya Dato Sri Eizlan Yusof ini pernah menjadi finalis Hero Remaja 1993/94.
Selepas itu, popularitinya berkembang menerusi lakonan drama dan filem serta bidang peragaan. Wajahnya yang kacak dan kulitnya yang putih menjadi sebutan ramai.
Mungkin ramai yang takt ahu, Dato Sri Eizlan pernah menyertai kumpulan Impression bersama Dato Sani Salleh dan juga Norman Hakeem.
Siapa sangka, wajah kacak yang sering dilihat di kaca televisyen ini rupanya aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Selain bakat lakonan serta wajah yang kacak, anak-anaknya turut menjadi perhati kerana mewarisi kecantikan dan kekacakan ibubapa mereka.
Menerusi perkahwinan pertama bersama Vie Shantie, Eizlan dikurniakan 3 orang anak dan bersama isterinya Datin Sri Natasha Rosa Baudville telah dikurniakan seorang cahaya mata.
Memulakan kegiatan seni menerusi pertandingan Hero Remaja, kini Dato Sri Eizlan Yusof bukan sahaja merupakan pengarah dan penerbit tetapi merupakan ahli perniagaan arang batu sejak 13 tahun yang lalu.
Dato’ Sri Eizlan Yusof dilihat sebagai contoh terbaik kepada masyarakat kerana walaupun menjalani haluan yang berbeza dengan bekas isterinya namun mereka dilihat tetap mengekalkan hubungan baik dan percaya bahawa kasih sayang terhadap anak-anak tidak wajar dibeza-bezakan meskipun sudah mempunyai keluarga lain.
Memetik temubual bersama Mstar,
“Walaupun saya ada anak bersama isteri sekarang dan dia (rujuk pada bekas isteri) pun ada anak dengan suaminya, tapi kami selalu cakap mereka ini lima beradik. Tidak mahu ada jarak antara mereka.”
Semoga ianya menjadi contoh bagi pasangan yang sudah berpisah untuk sentiasa mengekalkan hubungan baik demi anak-anak dan keharmonian bersama.
Memasak memang menjadi kegemaran wanita, namun bagi yang bekerjaya tentu memerlukan cara masakan yang cepat dan mudah. Lantaran itu ada yang menyediakan bahan masakan asas seperti ibu sambal, pes kari dan sebagainya yang di simpan dalam peti ais.
Malah ada juga yang memasak makanan untuk disejukbekukan. Nak makan hanya perlu panaskan sahaja. Namun, ada segelintir agak was-was mengenai keselamatan dan kualiti makanan jika berbuat demikian terutama makanan yang telah di masak yang disimpan dalam tempoh yang lama.
Malah tular perkongsian seorang suami yang menghargai masakan isterinya yang menyediakan lebih 30 jenis lauk, bagaimanapun telah mendapat pelbagai rekreasi yang tidak sedap didengar mengenai cara keluarga ini.
Rentetan itu, Pakar Kimia Dr Fatimah Salim menjelaskan cara berkenaan suatu usaha yang menjimatkan masa bagi keluarga yang mempunyai rutin yang sibuk. Namun beliau menegaskan bahawa, cara penyediaan dan penyimpanan perlu betul supaya makanan kekal selamat dan berkualiti. Ikuti lanjut penjelasannya.
Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa mengenai perkongsian di group MAHN seperti ss di bawah: makanan siap masak yang disediakan dan disejukbeku.
Bagus sebenarnya kaedah tuan yang menyiarkan ini. Jimat, cepat dan mudah. Apa lagi untuk mereka yang mempunyai rutin kehidupan yang sibuk dan suami isteri keduanya bekerja.
Saya sendiri juga biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak. Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.
Sebenarnya makanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.
Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.
Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.
Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.
Ketahuilah kebanyakkan jenis makanan siap masak atau mentah (termasuklah sayuran dan buah-buahan) boleh dibekukan untuk meningkatkan jangka hanyatnya. Pengekalan kualiti (terutamanya rupa dan tekstur) makanan yang dibekukan adalah bergantung kepada jenis makanan itu sendiri.
Tips: • Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan. • Keluarkan makanan lebih awal untuk mengnyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan. • Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.
Mendidik anak menjadi seorang serba boleh termasuk menguruskan hal-hal rumah seperti menyapu sampah, basuh pinggan dan kemas rumah adalah menjadi keperluan masa kini.
Maklumlah sekarang ramai ibu-ibu bekerjaya. Atas tuntutan itu, selain mendidik anak-anak menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdikari, anak-anak perlu didedahkan kerja-kerja di dapur walaupun anak lelaki.
Begitulah perkongsian ibu Sakinah Sulong ini yang tegas dalam mendidik anak-anak. Moga kita semua menjadi ibu yang hebat dalam mendidik anak-anak agar menjadi anak yang hebat jugak!
This is my 5-year old son
Membesar dalam keluarga yang tradisional, saya biasa melihat lelaki dilayan ibarat raja. Memang biasa saya membancuh air utk ayah saya sejak dari kecil. Malah ibu juga pernah menegur saya kerana tak menyediakan air untuk suami petang-petang. “Eh, tak buat air kat abang ke?” Suami saya tersengih, “Dia tak nak air, mak..” “Buatlah..” Ibu saya menggesa, tak senang hati dia tengok menantunya tak minum teh petang-petang.
Tapi di rumah suami saya, biasa saya melihat ayah mentua saya membancuh kopi sendiri. Walaupun banyak juga masa ibu mentua saya rajin membancuhkan.
Malah, bapak mentua saya juga rajin menolong di dapur. Tak kekok untuk mensiang ikan mahupun membasuh periuk kuali.
Memang beliau rajin, layak dipuji. Tak hairan suami saya pun mencontohinya.
Saya bertuah. Tak dinafikan adik-adik lelaki saya yang ramai, ada yang rajin, ada yang tidak. Tapi rata-rata pandai jaga anak walaupun tak betah di dapur. Dulu-dulu masa kecil, biasa kami yang perempuan akan dikerah ke dapur, dileteri sekiranya rumah bersepah. Sink yang penuh, memang kerja kami anak-anak perempuan untuk lunaskannya. Anak lelaki lebih banyak bermain atau diharapkan membuat kerja di luar. Selalu adik-adik perempuan saya merungut ?
Tapi melibatkan situasi sekarang, kebanyakan isteri sudah bekerja, saya merasakan anak lelaki juga perlu dilatih membuat kerja-kerja rumah untuk meringankan beban isteri. Biar mereka jadi lebih bertanggungjawab dan mampu membantu. Mengejar pahala sepertimana yang Rasulullah lakukan. Menguli tepung, menjahit pakaian, ini semua pernah dilakukan oleh Nabi, lelaki terulung yang amat hebat, yang wajar dicontohi semua.
Didik anak asas didikan di rumah
Dan mereka perlu dilatih dari awal, di rumah. Inilah asas didikan di rumah. Lelaki juga ada peranan untuk dilakukan. Sekiranya seorang anak lelaki membesar melibatkan wanita membuat segala-galanya, memang mereka akan beranggapan itulah yang sepatutnya. Mereka yang perlu dilayan bagaikan raja, isteri hanya perlu berkhidmat sahaja. Inilah kesilapan kita, ibu-ibu yang besarkan mereka dengan tanggapan sedemikian. Jangan buat begitu, ibu-ibu.
Didiklah anak lelaki kita untuk sama-sama membantu agar bila besar nanti, mereka akan jadi suami yang ihsannya seperti Rasulullah.
Yang belas hati pada isteri dan menghargai penat lelah isteri.
I love my kids, And I wish to raise them as a good person, each of them. Who is loving and helpful. No matter they are girl or boy. ??? And a big TQ to my other half, Mohd Azuan Ayub for showing us how to do it!
#Membebelsayang
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di