Keheningan pagi subuh itu dikejutkan dengan alunan azan, namun hanya dua rangkap sebelum terhenti menimbulkan tanda tanya penghuni yang tinggal di situ.
Rupa-rupanya empunya tubuh yang melaungkan azan sudah dijemput menemui Sang Pencipta. Perginya dalam keadaan yang cukup mulia. Perkongsian dari AJK Surau Ar-Rayan cukup menyentuh hati.
Ads
Seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ni cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti.
Kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas.
Selang kemudian terdengar ajk lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.
Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan. Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan.
Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah.
Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.
Ads
“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau. Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.” ujar salah seorang jemaah. Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau merupakan AJK Pemer iksa Kira-kira surau. Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh : “Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti”. Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui.
Dalam setiap detik kehidupan, terdapat peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tahun 2025 membawa pelbagai peristiwa penting dalam kalendar Islam yang penuh hikmah.
Daripada permulaan bulan Rejab hingga ke Aidiladha, setiap tarikh ini mengingatkan kita tentang amalan-amalan yang dapat memperbaiki diri, memperkuat hubungan dengan Allah, dan menyemai kebaikan sesama insan. Dengan menyedari hikmah di sebalik tarikh-tarikh penting ini, kita dapat melangkah ke arah menjadi Muslim yang lebih baik.
1 Januari 2025 1 Rejab
Istighfar (Mohon keampunan):
Nabi SAW bersabda: “Aku beristighfar kepada Allah lebih dari 70 kali sehari.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 6307)
Puasa Sunat Rejab:
Sabda Nabi SAW: “Puasa di bulan Allah (Rejab) dan diikuti puasa Syaaban, adalah persediaan kepada Ramadan.”
(Hadis Riwayat Baihaqi, No. 3812)
Membaca Quran:
Firman Allah: “… Bacalah AlQuran dengan tertib…”
(Surah AlMuzammil, 73:4)
27 Januari 2025 Israk dan Mikraj
Solat Sunat:
Rasulullah SAW bersabda: “Solat malam adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu.”
(Hadis Riwayat Tirmizi, No. 3549)
Mengenang Israk Mikraj (Laksanakan solat 5 waktu):
Dari kisah Nabi SAW: “Solat itu adalah mi’raj bagi orang beriman.”
(Hadis Riwayat Ahmad, No. 22711)
2 Mac 2025 Awal Ramadhan/Berpuasa
Puasa Ramadan:
Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan keimanan, maka diampuni dosanya yang telah lalu.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 2014)
Membaca Quran:
Sabda Nabi: “Puasa dan AlQuran akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa.”
(Hadis Riwayat Ahmad, No. 6626)
Sedekah:
“Sebaikbaik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadan.”
(Hadis Riwayat Tirmizi, No. 663)
18 Mac 2025 Nuzul AlQuran
Baca dan Hayati Quran:
Sabda Nabi SAW: “Sebaikbaik kamu adalah orang yang belajar AlQuran dan mengajarkannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 5027)
Solat Malam:
Sabda Nabi: “Barangsiapa yang bangun malam di bulan Ramadan, maka diampuni dosanya yang lalu.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 37)
31 Mac 2025 Hari Raya Puasa/Aidilfitri
Solat Sunat Aidilfitri:
Dari Jabir bin Abdullah: “Nabi keluar untuk solat Aidilfitri, sebelum itu Baginda makan beberapa butir kurma.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 953)
Bayar Zakat Fitrah:
Sabda Nabi SAW: “Zakat fitrah adalah penyucian bagi orang yang berpuasa.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, No. 1609)
Silaturrahim (Bermaafan):
“Barangsiapa yang menyambung silaturrahim, akan dipanjangkan umurnya.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 5985)
29 Mei 2025 Awal Zulhijjah
Puasa Zulhijjah:
Nabi SAW bersabda: “Tiada hari yang lebih dicintai Allah untuk beramal soleh selain 10 Zulhijjah.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 969)
Zikir (Takbir, Tahmid, Tahlil):
“Hiasilah hari kamu dengan zikir kepada Allah.”
(Hadis Riwayat Ahmad, No. 5633)
7 Jun 2025 Hari Raya Korban/Aidiladha
Solat Sunat Aidiladha:
“Nabi tidak solat sebelum atau selepas solat Aidiladha.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 965)
Qurban:
“Tiaptiap titisan darah Qurban itu adalah kebaikan di sisi Allah.”
(Hadis Riwayat Tirmizi, No. 1493)
Bersedekah Daging Korban:
“Berikan sebahagian daging kepada orang miskin.”
(Hadis Riwayat Muslim, No. 1317)
27 Jun 2025 Awal Muharram/Maal Hijrah
Puasa Sunat (10 Muharram):
“Puasa Asyura menghapus dosa setahun yang lalu.”
(Hadis Riwayat Muslim, No. 1162)
Muhasabah dan Doa:
“Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghisab dirinya.”
(Hadis Riwayat Tirmizi, No. 2459)
5 September 2025 Maulidur Rasul
Selawat ke atas Nabi:
“Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, Allah berselawat kepadanya 10 kali.”
(Hadis Riwayat Muslim, No. 408)
Baca dan Fahami Sirah Nabi:
“Kamu tidak akan beriman sehingga aku lebih kamu cintai dari segalagalanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 15)
Semoga setiap amalan ini bermanfaat dan diredhai oleh Allah SWT
Setiap amalan yang dianjurkan pada tarikh-tarikh penting ini adalah peluang berharga untuk meningkatkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah. Sama ada melalui istighfar, solat sunat, membaca Al-Quran, atau bersedekah, semuanya adalah jalan untuk mendapatkan rahmat dan keampunan-Nya.
Semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk menghidupkan amalan-amalan ini dan memperoleh keberkatan dalam setiap langkah kehidupan. Mari jadikan tahun 2025 sebagai tahun yang dipenuhi dengan kebaikan, doa, dan kasih sayang kepada sesama
Masalah kesan minyak tak nak tanggal pada bekas makanan terutama bekas plastik memang menyebabkan ibu-ibu pening kepala kan. Walau sudah dicuci derkali-kali namun masih ada kesannya.
Jadi admin nak kongsikan tip dari puan Hafiza Zanuddin ini bagaimana nak hilangkan kesan tersebut hanya dengan menggunakan bahan yang cukup mudah.
Saya just nak share petua saya dapat dari mak cik saya, saya x pasti samada orang dah lama praktik atau saya jer baru tau..
Asalnya mak cik saya bgtau tips ni untuk nak jimatkan penggunaan sabun pencuci pinggan..
Rupanyer dlm 2 minggu saya dah amalkan, saya perasan, tips ni boleh hilangkan kesan minyak yang susah nak tanggal di bekas2 plastik..
Biasanya kalau kita basuh Bekas plastik yang berminyak, mesti susah nak tanggal, lepas basuh pun ada kesan lagi..
Tapi bila guna tips ni memang menjadi..
Sape belum tahu, bleh cuba tau…tips tu bleh klik tgk kat gmbr…
Tip Hilangkan Kesan Minyak
Masuk kan sedikit sabun(tak kisah brand ape pun), lepastu tambah sesudu garam dalam bekas pencuci.
Jadilah yang ni hasil campuran…jangan korang g try rasa guna lidah pulak lepas letak garam tu..saya hampir nak rasa hari tu
Ni lah antara kotoran2 degil yang selalu meninggalkan kesan di bekas dan jiwa..walaupun dah basuh.
Dalam proses…cuci mcm biasa jer k, tak perlu rendam2..gambar ni nak cerita, memang sgt mudah tanggal..love sangat.
Dah siap…pastu korang bleh la try wat mcm iklan kat tv tu, gesel2 jari kat bekas…serius, siap keluar bunyi tu…
selamat mencuba..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa punya cara tersendiri Dalam mendidik anak.-anak. Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah namun itulah momen yang cukup manis untuk dikenang kelak. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak ramai.
Bagi yang masih kecil, pantang jumpa benda yang menarik perhatian mula merengek nak Minta dibelikan. Terutama apabila dibawa ke kedai atau pasaraya,barang mainan jadi perhatian.
Ibu bernama Mai Izyani berkongsi tip bagaimana dia mendisiplinkan anaknya tatkala dibawa ke kedai.
Hanya dua barang!
Begitulah. Saya ajar Dhuha Mardhiyah untuk jadi anak kecil yang berdisiplin ketika ke kedai. Pesanan “hanya dua barang” ini bermula sejak usia dia dua tahun. Biarkan dia pilih barang, dan dia tahu dia hanya boleh ambil dua barang sahaja untuk dibayar. Tak boleh minta lebih. Dan barang itu masih perlu kelulusan saya. Boleh atau tidak. Jika tidak, tidaklah.
Dan sepanjang proses itu, saya ajar dia hulurkan duit pada cashier. Ok dia belajar ‘barang itu boleh diambil bawa balik lepas bayar.’ Semua kena guna duit. Ingat lagi masa tu perkataan duit pertama yang dia sebut, “Satu PINGGIT.” Ye. Pinggit. Comel sangat.
Kemudian saya mula berikan beg comel untuk dia menabung. Duit-duit orang hulur saya ajar masukkan dalam tu. Dari situ lah, setiap kali keluar, dia akan bawa beg tangan dia sendiri untuk bayar dua barang yang dia nak beli. Walaupun ikut suka dia sahaja nak hulur berapa pada cashier. Barang lima rnggit pun dia letak ‘satu pinggit.’
Sekarang dia empat tahun. Tapi advance cara dia pikir, bila sesekali dia tertinggal beg tangan, dia cakap “Mak… Dhuha pinjam dulu duit mak. Balik rumah Dhuha byar.” Hahaha.
Ceritanya setiap kali keluar dan berhenti kedai, dia tetap mahu beli barang. Tapi hanya dua barang.
Alhamdulillah nenek, makcik-makcik dia kalau bawa dia keluar rasa senang dengan dia. Sebab tak suka-suka nak meminta atau merengek. Paksa mahu itu ini. Buat seperti apa yang mak pesan. Kalau kata tidak, tidaklah dia.
Begitulah. Cara saya ajarkan Dhuha tentang nilai wang dan keinginan. Jangan suka-suka mendesak meminta-minta dengan kerenah seorang kanak-kanak kecil ketika di kedai.
Ini, hanyalah pengalaman peribadi. Ada kebaikan yang boleh diambil untuk dipraktikkan, maka saya berkongsi. 😊
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.