Isteri tetap sedia menunggu ‘jasad’ suami walaupun sudah memasuki hari ketiga pencarian. Biarpun hati berduka dengan cara pemergian suami begitu kejam, Sabriah tetap setia menunggu.
Jauh disudut hati walaupun hanya sekujur tubuh itu sudah memadai untuknya untuk melihat kali terakhir mayat arwah suaminya. Redup mata sambil berlinangan air mata, membuatkan hati Subhiah Roslina Shahibi, 57 isteri kepada mangsa pilu dengan dugaan buat diri dan keluarganya.
Menerusi laporan Sinar Harian, melaporkan operasi pencarian pesara Felcra Sabari Baharom, 62, pada hari ketiga di Sungai Padang Terap, di sini berakhir tanpa sebarang petunjuk pada Rabu. Operasi yang disertai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melibatkan pencarian radius 13 kilometer.
Subhiah Roslina Shahibi, 57 isteri kepada mangsa pilu dengan dugaan buat diri dan keluarganya.
Berkongsi lanjut, Subhiah berkata beliau hanya mengetahui perkembangan siasatan yang mendapati suaminya itu dicampak ke sungai itu kira-kira 2 petang semalam menerusi kumpulan WhatsApp keluarga.
“Pada mulanya, anak saudara suami maklumkan dalam kumpulan (WhatsApp) itu, kemudian anak suami pula beritahu mereka berada di IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah) berjumpa dengan Ketua Polis Negeri.
“Dari situ saya dapat tahu suami dibuang ke dalam sungai. Walaupun berat, saya lega kerana selepas 26 hari menunggu, akhirnya ada jawapan. Sekarang, kami hanya menunggu jasad suami ditemukan,” katanya.
KRONOLOGI KEHILANGAN SABARI
Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan.
Ads
4 dan 5 September 2024
Seorang wanita tempatan dilaporkan melakukan transaksi wang daripada akaun Sabari hasil penelitian polis melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV).
20 September 2024
Anak Sabari dimaklumkan mengenai penemuan Proton Waja yang dipandunya ditemui penduduk dalam keadaan terbakar di Belantik, Sik.
24 September 2024
Ads
Polis mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 62 tahun bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sabari.
27 September 2024
PDRM Kedah berjaya mengesan dan menangkap dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun yang disyaki dapat membantu siasatan kes.
Hasil soal siasat dijalankan, pengakuan telah dibuat oleh kedua-dua tersebut bahawa mangsa telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra Kedah dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.
30 September 2024
Ads
Operasi mencari jasad mangsa di Sungai Padang Terap Jitra, Kedah dijalankan oleh polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melibatkan radius lima kilometer dari lokasi mangsa dipercayai dibuang.
1 Oktober 2024
Operasi pencarian jasad mangsa diteruskan pada hari kedua bermula jam 9 pagi dengan radius diperluaskan kepada 12.8 kilometer dari Jambatan Kampung Empa yang dipercayai lokasi mangsa dibuang.
Satu lagi sektor pencarian adalah melibatkan kawasan Loji Rawatan Air Pelubang ke Tandop Chegar melibatkan radius kira-kira tujuh kilometer.
Sumber: Harian Metro & Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak habis lagi dengan kontroversi rumahtangga pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusuf dan kedua isterinya, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar. Nampaknya ramai yang menggunakan isu ini sebagai content di media sosial.
Turut terbabit dalam isu ini adalah bekas penyanyi kumpulan InTeam iaitu Suhaimi Saat yang turut menyatakan hasrat kononnya mahu berkahwin lagi.
Menerusi satu muat naik video di aplikasi TikTok, penyanyi berusia 42 tahun itu dengan berani bertanyakan mengenai hasrat tersebut kepada isterinya Ina Naim baru-baru ini.
“Ina, nak tanya ni. Kalau abang menikah sorang lagi.. la jeling buat apa? Syamsul Yusof tu okay je,” kata bekas ahli kumpulan Inteam itu.
Walau bagaimanapun, Suhaimi mendapat jelingan maut sebelum isterinya memberi ‘hujahan’ membandingkan kelayakan penyanyi tersebut dengan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.
Ina mempersoalkan apa dimiliki suaminya berbanding Syamsul yang mempunyai kekayaan sekali gus mampu untuk berpoligami serta berlaku adil terhadap isteri-isteri.
“Abang, Syamsul tu kaya, pak dia pun kaya raya. Rumah besar, kereta besar. Abang apa yang ada? Hidung je besar,” kata Ina.
Rata-rata netizen terhibur dengan ayat ‘setepek‘ diberikan Ina terhadap suaminya. Ada yang menyokong tindakan Ina yang sangat berterus terang.
Hari raya ini, ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman bagi bertemu dengan ibu bapa serta sanak saudara. Bagi yang diperantauan, momen sebegini jarang sekali didapati kecuali hari raya sebab itulah mereka tidak akan melepaskan peluang ini untuk meraikannya bersama.
Bagi mereka yang ibu dan bapa masih sihat lagi, tentu perayaan bertambah meriah dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh ibu dan ayah bagi menyambut kepulangan anak-anak.
Namun ada juga yang berhadapan dengan ujian apabila ibu dan bapa sudah tiada atau pun sedang uzur. Pasti kemeriahannya kurang berbanding sebelumnya.
Seorang jururawat bernama Harnisah Nisa baru-baru ini berkongsi mengenai kejadian yang berlaku di tempat kerjanya.
Menurutnya, dia telah terdengar perbualan antara waris dengan seorang doktor.
Anak Derhaka: “Doktor tulis sahaja sakit apa pun, janji dia (mak) boleh masuk wad.”
Doktor: “Mana boleh macam tu, mak cik sihat, cuma dah lama kena ‘stroke’ kan.
Anak Derhaka: “Bolehlah doktor. Esok dah nak raya, kami nak berjalan. Susahlah kalau bawa (mak) sekali dengan kerusi roda. Kalau dia masuk wad, ada orang jaga. Seminggu sahaja doktor”.
Bagi Harnisah, tindakan lelaki itu jelas sekali mementingkan diri. Hanya kerana mahu menyambut hari raya dengan tenang, dia sanggup meninggalkan ibunya di bawah jagaan orang lain. Lebih teruk lagi, lelaki itu menganggap hospital sebagai tempat pembuangan warga tua.
“Sanggup minta (mak) dimasukkan ke wad semata-mata nak senang beraya. Ladang pahala di depan mata, bertukar menjadi ladang dosa.
“18 tahun menjadi seketul misi di Unit Rawatan Rapi (ICU), inilah sketsa tahunan setiap kali lebaran. Selagi ada mak ayah, jagalah sebaik mungkin,” katanya.
Sebagai seorang suami, pasti akan berada dalam keadaan serba salah antara kerjaya dan juga tanggungjawab dalam keluarga.
Kadang kala terpaksa melepaskan sesuatu demi kepentingan yang lain yang turut sama pentingnya untuk keluarga.
Seperti yang berlaku pada seorang pemuda di Sabah, Exly Jailon, selepas pulang dari tempat kerja, dia telah menemui isterinya terbaring kaku tidak bernyawa dalam bilik, bersebelahan dengan bayi mereka yang baru lahir kerana menangis kelaparan.
“Saya tidak tahu dari jam berapa isteri sudah kehilangan nyawa. Anak kami meraung menangis kelaparan. Sakit bila kehilangan orang tersayang. Kejadian ini tidak akan berlaku jika permohonan cuti saya diluluskan,” katanya.
Difahamkan, Exly yang bekerja sebagai pemandu penghantaran bekalan barang syarikatnya ada membuat permohonan cuti lama untuk menjaga dan membantu isteri menjaga anak pertama mereka. Malangnya, permohonannya itu ditolak dan hanya dibenarkan cuti selama dua hari sahaja.
Exly tiada pilihan dan terpaksa akur dengan keputusan itu walaupun tidak begitu reda. Sehinggalah pada hari kejadian, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati isterinya sudah meninggal dunia, tanpa menjelaskan punca kematiannya.
“Bayangkanlah, balik-balik dari kerja, isteri sudah tidak bernyawa. Anak yang baru berusia empat hari menangis kelaparan di sisi ibunya yang sudah kaku tidak bernyawa.
“Saya bermati-matian bekerja dengan syarikat ini tetapi kerana itu jugalah bila saya balik dan buka pintu, nampak isteri sudah keras tidak bernyawa.
“Semasa isteri saya bersalin, mereka juga suruh datang bekerja. Bila isteri dah meninggal, senang pula mereka kata turut bersedih di atas pemergian isteri saya,” katanya.
Selepas kematian isterinya, Exly dan keluarganya berkabung. Dalam masa yang sama, pihak syarikat pula bertindak memotong gaji Exly selama 13 hari. Sedangkan pada ketika itu, dia sangat memerlukan wang untuk menguruskan anaknya yang masih kecil.
Tindakan majikan Exly telah mengundang kemarahan warganet dan meminta Exly untuk mengambil tindakan sepatutnya di Pejabat Buruh.