“Hari Lahir Anak. Kena Kiss & Terima Kasih Pada Bidadari.” Hari Jadi Anak, Ebit Lew Beri Hadiah Tanda Hargai Pengorbanan Isteri. Sweet!

Share

Baru-baru ini bersempena hari ulang tahun kelahiran anak mereka, pendakwah terkenal dengan kerja-kerja kebajikan menghadiahkan isterinya sebauh beg tangan berjenama.

Menurut Ebit Lew, pengorbanan isterinya melahirkan dan berhabisan wang ringgit membuatkan dia ingin berterima kasih dan meraikan bidadarinya itu.
I love u bidadariku. Hari lahir anak. Kena kiss dan terima kaseh pada bidadari yang berkorban melahirkan anak semuanya. Terima kaseh sudi menemani abang dalam hidup ini. Terima kaseh setiap hari membuat abang jatuh cinta dengan sayang setiap hari dan menjadi penyejuk mata ini.
Dari 12 tahun saya berdakwah kesana sini. Khidmat masyarakat kesana sini. Masa tu saya lihat keluarga guru saya yang menghargai bidadari mereka. Melayan isteri dan anak dengan baik. Suka tengok ayah saya melayan mak saya. Mak saya sayang dan menghormati ayah saya.


Allah takdirkan dalam perjalanan hidup saya bertemu bidadari ini. Semuanya dikorbankan dan tak pernah mengeluh. Berjauhan, susah,penat,sakit kadang seorang diri saat saya tiada dirumah. Dulu emas dan duit bank isteri habis digunakan. Masa tu duit susu anak, pampers pun takde. Ya Allah maafkanlah saya
Sentiasa mengukir senyuman dan menjadi ubat bagi hati dan penat dalam perjalanan ini. Semoga baki hidup kita ini. Kita berikan sebaiknya dengan izin Allah. Bersama kita didunia dan semoga dapat bersama di syurga selamanya. I love u bidadariku sayang. Terima kaseh ya Allah.

Sumber: Ebit Lew

IKLAN