Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak yang lahir dan sihat. Namun siapa sangka dugaan buat ibu bapanya kala anak mereka lahir pada hari pertama telah diambil tulang belakang setelah 11 jam dilahirkan.
Lebih menyedihkan kehidupan anak tersayang tidak sempurna seperti anak-anak lain. Doktor sahkana anaknya cerebral palsy dan buta.
Pada usia empat tahun anak ini hanya terbaring lesu sedangkan kanak-kanak seusianya aktif bermain.
Perkongsian oleh sukarelawan Natipah Abu meruntun jiwa apabila dibaca. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul berat. Ikuti perkongsian ini.
Azfar atau nama timangannya “ Adik Awang “ dikesan ada masalah sejak hari pertama dilahirkan dan diambil air tulang belakangnya 11 jam selepas dilahirkan. Dia kemudiannya dimasukan ke wad selama 2 minggu.
Sejak itu kedua ibu bapanya sedar .. dia menjalani proses pembesaran yang tidak sama seperti anak-anak yang lain.
Selain tubuhnya yang lembik, Adik Awang juga disahkan oleh doktor, buta kedua belah matanya. Mujurlah, Adik Awang masih boleh mendengar.
Beliau mengecam suara ahli keluarga dan setiap kali nama “ Adik Awang “ dipanggil dia akan tersenyum sambil mencari-cari arah panggilan itu.
Adik Awang juga alah kepada susu lembu. Jadi sejak lebih tiga tahun lalu … dia minum susu kambing. Selain susu kambing … Adik Awang hanya makan nestum sahaja.
Sepatutnya .. Adik Awang perlu menggunakan lampin pakai buang saiz XXL… tetapi untuk menjimatkan kos .. Adik Awang masih menggunakan saiz XL kerana harganya lebih murah dan kuantitinya lebih banyak walaupun sudah mulai ketat.
Ayah Adik Awang bekerja sebagai jaga dengan bayaran RM750 sebulan. Selain itu, ayahnya juga membuat kerja kampung yang lain bagi menampung kos hidup mereka. Tetapi .. itu tidak mampu memberikan mereka kehidupan yang diharapkan kerana ayahnya perlu menanggung dan menyara persekolahan abangnya yang berumur 14 tahun dan kakak yang berumur 10 tahun. Mujurlah Adik Awang ada menerima wang bantuan bulanan JKM.
Adik Awang juga pernah menerima peruntukan RM2500 dari LZNK untuk tujuan membeli kerusi roda khas. Jumlah itu dibayar terus oleh LZNK kepada sebuah farmasi di sini setelah tempahan kerusi roda itu dibuat.
Bagaimanapun .. kerusi yang ditempah itu datang kepadanya tidak seperti yang dijanjikan sebelum ini dan ditukar dengan stroller. Alasan pihak farmasi .. stroller lebih sesuai untuk Adik Awang dan harganya adalah setara dengan kerusi roda khas yang ditempah sebelum ini.
Tanpa banyak soal .. mereka hanya mampu menerima saja stroller itu kerana pembayaran telah pun dibuat oleh LZNK. Hakikatnya stroller itu tidak sesuai utk Adik Awang. Adik Awang akan menggelungsur jatuh bila diletakkan di atasnya. Maka ia tidak pernah digunakan sejak diterima dari pihak farmasi terbabit.
Biarpun ayah Adik Awang tidak punya kereta untuk membawa dia berjalan-jalan … setidaknya dgn kerusi roda itu dapatlah dia keluar mengambil angin di luar rumah selain membantu melatihnya Adik Awang untuk duduk.
Tinggal menyewa di rumah kampung dengan harga RM150 … rumah ini kelihatan kosong tanpa satu perabut pun. Biarpun begitu .. persekitarannya terjaga bersih.
Sekiranya ada lebihan untuk kos kerusi roda .. kita berhasrat hendak menyediakan tilam yang selesa untuk Adik Awang.
Besarlah harapan semoga sedekah jumaat hari ini juga dapat menampung kos susu kambing, nestum dan lampin pakai buang Adik Awang yang melebihi RM400 sebulan ini.
Acc di atas telah dibuka hari ini dengan niat segala transaksi sedekah adahlah untuk Mohd Azfar bin Mohd Deri, anak kepada pasangan Mohd Deri bin Yaacop ( 37 Thn ) & Nurul Husna binti Yahya ( 37 Thn ).
Percayalah …
Hari ini kita lapangkan orang, suatu hari nanti, Allah akan kirimkan insan lain untuk melapangkan kita bila tiba saat itu, InshaAllah …
Jazakumullah khairan katsira kepada semua yg membantu insan terpilih ini ..
MOHD AZFAR BIN MOHD DERI – 4 TAHUN.
CEREBRAL PALSY – BUTA
KERUSI RODA KHAS.
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kegembiraan pasangan ini untuk menimang cahaya mata diterjemahkan dalam bait-bait ayat menerusi kapsyen di instagram masing-masing.
Biarpun masih terlalu awal, namun pasangan ini tidak mahu menyembunyikan berita gembira tersebut sambil meminta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.
Di dalam perkongsian terbarunya, Fasha memuat naik beberapa tips dan doa yang diamalkan untuk memiliki zuriat sekali gus menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Syukur Alhamdulillah, kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam(kali pertama di hari pernikahan kami) Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha ?semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.
“Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil~ Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian.
“Saya ingin kongsi pada semua, Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle. Selepas Pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang.
‘Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan2 di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak. Oh.. dia nak mintak baby cepat?.Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.
Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi ayat di dalam dia kepada pasangan yang masih belum dikurniakan anak.
“Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui. Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Sy sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sbb terlalu selesa menjadi ibu tunggal. Tiba2 je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama2 tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri.
“Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.
Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography . Terima kasih adik! @arymuzamerjuga.Tahu tak , semalam satu studio menangis ?I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat .. ? kenangan manis ❤️?Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita) ?Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur,”tulis Fasha lagi.
Sebelum ini, Aidil menerusi instagramnya berkongsi sekeping surat dan pregnancy test milik Fasha Sandha yang menunjukkan isterinya itu telah sah hamil tiga minggu.
Setiap kali pulang bercuti pasti banyak benda yang perlu diuruskan, terutama sekali bab mencuci pakaian. Belum sempat kering pakaian yang dijemur itu, hujan pula turun kain. Maka, bertimbun pakaian kotor di dalam bakul yang tidak dicuci. Kalau dicuci dan dibiarkan tidak berjemur, nanti timbul masalah lain pula iaitu baju yang dicuci berbau hapak.
Berhadapan dengan masalah kain yang dibasuh terpaksa dijemur berkali-kali tentu saja menambahkan kerja kita dalam mengurus rumah tangga lebih-lebih lagi ketika musim hujan ini.
Jadi untuk mengelak pertambahan kerja ketahui tip ini untuk atasinya.
1. Bahan pencuci
Pilihlah bahan pencuci yang mempunyai haruman yang menyegarkan dan pastikan sukatan yang digunakan bertepatan dengan kuantiti pakaian yang dibasuh.
2. Pewangi pakaian
Sebaiknya setiap cucian pakaian turut disertakan dengan bahan pewangi pakaian. Ini dapat memberi hasil cucian yang lebih harum dan wangian dapat bertahan lebih lama.
3. Jangan bertindih
Pastikan pakaian yang dijemur tidak ditindih di antara satu sama lain. Jika ruang terhad, gunakan penyangkut pakaian untuk lebih sistematik dan sekali gus dapat menjimatkan ruang.
4. Kipas
Jika pakaian masih basah dan cuaca lembap atau hujan seharian, sebaiknya gantung pakaian tersebut dan keringkan dengan pengudaraan yang bagus. Paling mudah sidai pakaian tersebut di bawah kipas yang berfungsi.
Namun jika cara ini tidak memuaskan hati anda, jalan terbaik adalah gunakan sahaja servis kedai dobi layan diri. Di sana terdapat mesin pencuci dan mesin pengering panas. Dengan ini dapat menjamin setiap baju yang dicuci kering sempurna.
Malah dikatakan menggunakan servis ini lebih menjimatkan masa. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera, pilihlah yang mana memudahkan dan memberi keselesaan kepada anda. Apa yang penting pakaian yang dicuci biarlah berbau harum dan bukannya hapak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak pinjam duit mak ayah wajib bayar walaupun sudah meninggal dunia, itu penegasan jelas daripada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang mengingatkan umat Islam agar tidak memandang ringan soal hutang, walaupun melibatkan ibu bapa sendiri.
Dalam kehidupan berkeluarga, meminjam wang daripada mak atau ayah mungkin dianggap perkara biasa. Tambahan pula, ibu bapa selalunya tidak berkira demi membantu anak yang sedang susah. Namun dari sudut hukum, hutang tetap hutang dan ia tidak terhapus hanya kerana pemberi pinjam telah meninggal dunia.
Menurut UAI, sekiranya seorang anak pinjam duit mak ayah dan tidak sempat membayarnya sehingga kedua-duanya meninggal dunia, hutang tersebut tetap wajib dilunaskan.
“Pinjam duit dengan mak ayah tak bayar sampai mati dan tak ada pun si mati atau tuan hutang menghalalkannya, wajib dibayar. Jadilah faraid, yang berhutang pun dapat bahagian,” jelas beliau dalam satu sesi ceramahnya.
Ini bermaksud, wang yang dipinjam itu akan dikira sebagai sebahagian daripada harta pusaka si mati dan perlu dimasukkan dalam kiraan sebelum pembahagian faraid dibuat kepada semua waris yang berhak, termasuk anak yang berhutang itu sendiri.
Sebagai contoh, jika seorang anak pinjam duit mak ayah sebanyak RM1,000 daripada ibunya, apabila si ibu meninggal dunia, RM1,000 tersebut menjadi sebahagian daripada harta peninggalan. Ia perlu dimasukkan dalam jumlah keseluruhan harta sebelum diagihkan mengikut hukum faraid.
Namun begitu, jika ibu atau ayah telah menghalalkan hutang tersebut semasa hayat mereka, maka ia tidak lagi menjadi tuntutan dan tidak perlu dibayar. Dalam situasi ini, anak pinjam duit mak ayah tersebut tidak lagi menanggung kewajipan kerana telah mendapat keizinan yang jelas.
Dalam pada itu, UAI turut mengingatkan tentang sikap segelintir anak pinjam duit mak ayah tetapi berdiam diri mengenai hutang mereka selepas kematian ibu bapa.
“Banyak berlaku, pinjam RM3,000, RM4,000 dengan mak. Adik-beradik tak tahu, dia buat senyap. Bila buat senyap, makan harta cara batil,” tegas beliau.
Perbuatan menyembunyikan hutang dan tidak memaklumkan kepada waris lain boleh menyebabkan seseorang itu mengambil hak orang lain secara tidak sah. Dalam hukum Islam, memakan harta secara batil adalah satu dosa besar.
Walaupun mungkin adik-beradik tidak mengetahui perkara sebenar, namun setiap amalan tetap dalam pengetahuan Allah SWT. Sikap tidak jujur dalam isu anak pinjam duit mak ayah ini boleh memberi kesan besar kepada keberkatan harta dan hubungan kekeluargaan.
Isu anak pinjam duit mak ayah ini bukan sekadar soal wang ringgit, tetapi soal amanah dan tanggungjawab. Dalam keluarga, kepercayaan adalah asas utama hubungan. Jangan kerana wang, hubungan adik-beradik menjadi retak atau keberkatan hidup terjejas.
Jika ibu bapa masih hidup dan kita pernah berhutang, segeralah berbincang dan jelaskan. Jika benar-benar tidak mampu, mohonlah agar ia dihalalkan. Jangan bertangguh sehingga menjadi beban selepas mereka tiada.
Sebagai anak, kita mungkin merasakan ibu bapa tidak berkira. Namun dari sudut hukum, hak tetap hak. Hutang tetap perlu dilunaskan walaupun melibatkan anak pinjam duit mak ayah dalam keluarga sendiri.
Semoga penjelasan Ustaz Azhar Idrus ini menjadi peringatan buat kita semua agar lebih berhati-hati dalam soal hutang dengan ibu bapa. Kerana dalam keluarga, bukan sahaja kasih sayang yang perlu dijaga, tetapi juga amanah dan keberkatan hidup di dunia serta akhirat.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.