Seakan tidak dapat dibayangkan perasaan bila berdepan situasi cemas, ada haiwan liar di dalam rumah.
Apatah lagi haiwan seperti harimau, hidupnya di dalam hutan luas namun tiba-tiba menerjah masuk hingga mencederakan ahli keluarga.
Ini sebagaimana berlaku kepada pasangan suami isteri berusia 55 dan 58 tahun, dengan tiba-tiba seekor harimau akar menceroboh masuk ke rumahnya di Kampung Sentang.
Memetik laporan Kosmo, difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu, haiwan liar berkenaan yang menceroboh ke dalam rumah pasangan itu melompat ke atas katil Faridah Ishak,58, yang terlantar akibat strok sebelum mencakar kening mangsa menyebabkan luka kecil.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, berdasarkan maklumat ketika kejadian harimau berkenaan mengejar seekor kucing yang ditemukan mati di kawasan berhampiran sebelum masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan.
Ads
“Melihat seekor harimau akar, seorang lelaki yang menghuni rumah itu cuba menghalau tetapi haiwan liar itu telah melompat ke atas katil dan tercakar kening isteri mangsa berkenaan yang terlantar di atas katil akibat penyakit strok.
“Bagaimanapun mangsa yang dicakar cuma mengalami luka kecil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azli, susulan kejadian, anak saudara mangsa telah membuat aduan di pondok polis Kampung Pagar Sasak semalam.
Ads
“Anggota dari Pondok Polis Pagar Sasak telah berkejar ke lokasi dan mendapati penduduk telah mengepung harimau berkenaan yang berada di bawah rumah pasangan itu.
“Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dihubungi setelah anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Kuala Lipis yang berada di tempat kejadian tidak dapat berbuat apa-apa,”katanya.
Ads
Azli berkata, renjer Perhilitan yang tiba pada pukul 8 malam berjaya menangkap haiwan liar itu menggunakan tembakan ubat pelali.
Dalam pada itu beliau berkata, mangsa yang luka dibahagian kening dirawat oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Padang Tengku dan berada dalam keadaan selamat
“Saya juga menasihatkan penduduk supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan mencuba menangkap haiwan liar yang menceroboh kawasan tempat tinggal termasuk membunuh hidupan liar terutamanya yang dilindungi oleh kerajaan,”ujarnya.
Sumber: Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak isu pengasuh dan dera anak ni, saya rasa terpanggil nak share satu perkara yg terjadi pada saya sendiri dan perkongsian dari seorang ustaz yg merubah pandangan saya
Ada satu hari tu, The Amnas tak sihat. Saya ambil cuti utk jaga diorang dua. Time tu bulan puasa, saya pun tengah sarat.
Ya rabbi, nak jadi cerita hari tu lah hari yg dua dua decide tak berapa nak behave. Bangun pagi bocor atas katil, lepastu rebut mainan, tarik rambut sana, gigit sana sini, jerit jerit, taknak pakai baju, conteng sofa conteng dinding.
Sampai saya rasa stress sangat sangat sangat. Rasa macam tak percaya kenapa tiba tiba diorang macamni ni. At the same time rasa macam memang Allah nak uji sangat and bagi pahala lebih, lagi lagi bulan Ramadhan kan.
Risau saya akan lebih lebih marahkan diorang, cepat cepat text husband. Just bagitau rasa stress je. Perlukan kata kata semangat dari dia. Sekali lunch hour, husband terus sampai rumah dengan makanan favourite diorang, and terus suapkan makan, settlekan sapa yg nak poopoo etc etc and suruh saya rest. Sempat husband nasihat diorang macam macam suruh behave suruh jaga ummi suruh tolong ummi .
Time tu rasa macam baru tersedar dari lamunan. Rasa macam, uishh memang emosi perempuan ni mcm ombak eh. Tetiba jadi monster jadi hilang sabar, jadi hilang segala prinsip parenting or whatsoever ,tetiba boleh pulak jadi yg paling sabar, paling penyayang, paling ceria etc etc
Saya duduk terdiam lepas husband pergi kerja balik. Duduk muhasabah balik mana hilangnya kesabaran dan kecekalan saya. Takkan saya nak anak anak saya bayangkan saya seorang ummi yg garang, suka marah and segala yg tak baik kan.
Nak jadi cerita, apa yg buat saya paling terkesan adalah malam tu. Time dah nak tidur.
Amna macam biasa akan book nak tidur dengan saya. Aleya kat mana mana n dengan siapa pun dia boleh tidur . Tiba tiba Amna panjat katil, duduk tepi saya
” ummi, ermm boleh tak amna nak cakap sikit dengan ummi? ”
Gulpp.
Ayat ni, ayat yg saya akan cakap dgn Amna everytime saya nak slowtalk dengan dia tentang behavior dia.
Tak sangka dia guna sebijik sebijik ayat tu
” Boleh sayang. Amna nak cakap apa? ” saya tanya
” Hurmmm,
” Hurmmm,
” Ummi, ummi memang marah sangat sangat sangat ke kat Amna harini? ”
………………………
Saya sedih.
Amna bulan ni baru genap 4 tahun. Tapi kadang mungkin sebab dia petah sgt bercakap, dia sangat independent, banyak benda boleh buat sendiri, saya terlayan dia macam orang besar, mengharapkan dia faham.
Saya tahu dia terkesan haritu, saya tahu hati dia mungkin sedikit terluka dengan ketidaksabaran saya
Terus saya peluk dan rangkul dia ketat ketat
” Ummi sorry.. ummi sorry Amna, ummi bla bla bla blaa…… ( segan nak cerite )
Amna pun mcm biasa, bila dah dapat explaination, dia pun akan cool dan tenang sikit.
Huhu. Dan malam tu juga, saya terbaca perkongsian dari seorang ustaz ni tak ingat dah sapa
Yang ni yg saya nak share ni.
DOA BUKAN UNTUK ANAK TETAPI UNTUK IBU JUGA
Katanya, wanita ni darjat dia tinggi.
Bayangkan, doa seorang ibu adalah doa yg paling senang Allah nak makbulkan
Tapi kadang kadang si ibu ni banyak focus doa utk anak anak
Doa nak anak pandai
Doa nak anak soleh solehah
Doa nak anak senang solat
Doa nak anak terpelihara
Doa nak anak jadi hafiz hafizah
Semua tu bagus dan sgt penting
Tapi si ibu selalu terlupa utk berdoa utk DIRINYA SENDIRI
Doa Allah bagi kekuatan mental, physical, emotional dan spiritual bila deal dgn anak
Doa Allah pelihara amarah kita dari dilampiaskan kepada anak anak
Doa Allah pelihara segala tindakan yg tak sepatutnya terhadap anak
Doa Allah jaga percakapan kita dengan anak anak
Doa Allah kurniakan setinggi tinggi kesabaran bila anak tantrum
Doa Allah lembutkan hati untuk sentiasa terima baik buruk anak kita
Doa Allah sentiasa ilhamkan kita perkara yg terbaik untuk kita didik anak anak
Doa doa ni yg selalu para ibu terlepas pandang
Kadang kadang kita rasa atas usaha kita lah anak anak kita behave. Atas ilmu parenting yg kita gali, anak kita terbentuk. Atas kekreatifan kita, anak kita tak tantrum. Atas kerajinan kita sediakan makanan, anak kita bukan jenis picky eater. Betul semua tu, sebab semua benda tanpa usaha adalah sia sia, tapi yg sebenarnya, semua tu asebab sahaja
Semua tu adalah BANTUAN Allah pada kita.
Sebab tu jadi seorang ibu ni penting sgt sgt kekuatan hubungan dengan Allah
Sebab segala yg kita nak yg terbaik,
Allah lah yg akan kabulkan.
Allah lah yg akan tunjukkan jalan.
Allah lah yg akan mudahkan
Kalau kita punya hubungan dengan Allah pun fail, kita time solat pun terkejar2,
solat pun asalkan solat, lepas solat sikit pun taknak spend masa nak betul betul berdoa, terus cabut telekung sambung buat kerja rumah etc etc,
macam mana kita nak kuat untuk teruskan journey mendidik anak kita dengan acuan agama Islam yg sebenar ?
Terus saya rasa macam ditampar tampar!
Semua ibu dalam dunia ni nakkan yg terbaik untuk anaknya.
Tapi tipulah kalau kadang kadang kita tak ‘breakdown’ bila deal dengan anak anak terutama fasa diorang baru nak explore macam macam benda. Sebab tu jangan pandang remeh bab DOA dan APA yg kita doakan.
We never know dari celah mana Allah nak tolong kita dan kabulkan doa kita
Just….. jangan lupa, DOA ?
” Ya Allah, jangan engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun kadar sekelip mata sekalipun atau kadar masa yang lebih singkat dari itu, ya Allah, ya Tuhan kami, Engkau Tuhan yang Maha Memperkenankan segala permintaan ”
Setiap ibu bapa, memiliki cara tersendiri untuk membesarkan anak-anak mereka. Seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja untuk memberikan yang terbaik kepada anaknya.
Siapa sangka, seorang ayah sanggup korbankan masa demi kejayaan akademik anaknya.
Sebagaimana laporan Harian Metro, Zulkifl Md Pungot sanggup menduduki semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.
Lebih menarik, sebenarnya ini bukan pengalaman pertamanya, dia pernah menduduki semula peperiksaan SPM bagi calon subjek Matematik sebanyak 22 kali sejak 2011. Manakala tahun 2016 dengan anak sulungnya
Dia juga pernah menjadi calon SPM bagi subjek Matematik pada 2016 dengan anak sulungnya, Puteri Nur Nabilah, 23, yang kini penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan dekat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan.
“Ini cara saya beri kekuatan kepada anak supaya dia berasa ada pesaing terdekat dan lebih bersemangat serta bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik bagi mendapat keputusan cemerlang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Dalam pada itu, Penolong Kanan Petang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Andak (SDARA) ini turut meminta anaknya itu mengajak rakan lain yang lemah dalam subjek Matematik dan tidak mampu mengikuti kelas tuisyen luar untuk belajar bersama.
“Saya adakan kelas pada setiap malam Ahad, Isnin dan Selasa bermula jam 8.30 hingga 10 malam.
“Inisiatif itu bertujuan membantu anak dan rakannya menjelang peperiksaan serta pada masa sama ulang kaji untuk diri sendiri walaupun saya seorang guru Matematik.
“Bagi subjek Bahasa Inggeris pula, saya belajar di Youtube dengan menonton video berkaitan kemahiran bertutur, mendengar dan menulis di saluran itu,” katanya.
Di uji covid-19
Dalam pada itu, dia dan anaknya diuji dengan Covid-19 sebelum sempat menduduki peperiksaan subjek Bahasa Inggeris. Namun bersyukur setelah akhirnya dapat menduduki sesi kedua peperiksaan bagi subjek itu semalam.
“Sepatutnya, saya dan anak menduduki peperiksaan subjek Bahasa Inggeris kertas 1 dan 2 pada 3 Mac lalu.
“Ditakdirkan, saya positif Covid-19 pada 26 Februari lalu sementara anak serta isteri (Tentay Muhamad Sam, 45) pula menjadi kontak rapat sebelum mereka juga disahkan positif Covid-19 pada 1 Mac.
“Saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian Allah dan bersyukur kerana sudah sembuh dan berpeluang menduduki peperiksaan sesi kedua semalam,” katanya.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika sebelum ini pelakon Puteri Aishah berkongsi dirinya positif Covid-19, terbaru seorang lagi pelakon yang sama-sama terbang ke Scotland iaitu Ashraf Muslim turut mendapat positif.
Dalam perkongsian terbarunya di instagram, Ashraf memaklumkan bahawa dia sudah disahkan dijangkiti Covid-19 pada 12 April 2020.
Dia turut memuat naik satu video yang menunjukkan dia dijemput oleh ambulans untuk ke hospital bagi dikuarantin dan dirawat disana.
Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah..
“Ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku.
“Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni.
“Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.
“Tapi jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam. Assalamualaikum wbt.