Hasrat seorang pemuda untuk menambah simpanan musnah apabila duitnya berjumlah RM113,086.40 lesap akibat terpedaya dengan tawaran kerja.
Siapa sangka tujuan untuk menambah simpanan, pemuda berusia 27 tahun itu berputih mata apabila peluang kerja sambilan yang diberitahu kepadanya tidak wujud.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pemuda berkenaan yang merupakan seorag pegawai perubatan telah berkenalan dengan seorang individu melalui satu aplikasi dan ditawarkan kerja sambilan.
Ads
Menurutnya, mangsa diminta untuk membuat tinjauan mengenai kecekapan tenaga dan akan mendapat pulangan komisen sebanyak 20 peratus setelah selesai membuat tinjauan melalui pautan yang diberikan.
Ads
“Tertarik dengan pulangan komisen lumayan serta tawaran kerja sambilan tersebut, mangsa telah mendaftar sebagai ejen dalam sebuah web. Bagi mendapatkan pautan tinjauan yang ditawarkan, mangsa telah melakukan 14 transaksi ke lima akaun berbeza berjumlah RM113,086.40.
Ads
Melalui paparan laman web yang dimuat turun, mangsa telah mendapat keuntungan sebanyak RM130,000. Bagaimanapun, untuk mengeluarkan keuntungan tersebut, mangsa diminta membuat bayaran tambahan,” katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebatan dan juga denda.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila sebut sahaja isteri dan kereta, pasti ramai suami-suami di luar sana faham situasinya. Apa tidaknya, seakan sudah menjadi kebiasaan isteri ini pandai bawa kereta sahaja, tapi bila ada berlaku kecemasan hatta kereta tidak boleh di start sekali pun atau tayar pancit, orang pertama yang dihubungi adalah Encik Suami. Itu semua memang tidak dinafikan,lagi pun bukankah encik suami itu tempat isteri bergantung harap?
Pun begitu, sebagai isteri ada baiknya juga kita melengkapkan diri dengan serba sedikit info yang berkaitan. Contohnya dalam perihal cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. Tip ini dikongsi oleh Raymin Tech, semoga memberi manfaat untuk kita bersama.
[su_highlight background=”#e7d7da” color=”#0c5243″]Apa perlu buat?[/su_highlight]
Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil longkai (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen. Jangan tandatangan! Sebab kalau korang tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans korang.
Jangan sesekali tandatangan dokumen tu, dan longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini. Jadi apa tindakan korang? Cakap je kat dia, “saya nak towing je”. Biasa nya kena caj dalam RM200-300.
Kemudian towing kereta korang ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana. Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair. Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.
Lepas tu, tiba lah babak paling best. Tiba giliran korang pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.
Caranya? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan. Contoh lah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM10,0000. Jadi korang boleh claim 10k dekat tokey bengkel sebab korang dah bagi job kat tokey bengkel tu. Sebab tu lah longkai biasanya bergaduh berebut rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.
Dan lagi best, korang boleh claim lost of use pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari. Lepas tu bengkel bagi angaran siap dalam 1 bulan. Jadi korang boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.
RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900.
Korang layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use. Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, korang tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ni maximum 3 bulan je.
Cuma kat sini perlu hati hati dengan dua perkara. Pertama, pastikan bengkel tu tukar part atau barang kat kereta yang rosak tu. Sebab sesetengaj bengkel kuat hal. Dorang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak. Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar. Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau dorang taknak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.
Kedua, hati hati dengan longkai bila dorang cakap, “hantar kat bengkel saya je lah”. Itu tipu je. Sebab longkai takde bengkel. Dia pancing je tu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Oleh itu, jangan sesekali mendongak ke atas sampai tak kelihatan apa yang ada disekeliling kita.
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Datuk Paduka Mustapha Kamal menitipkan pesanan dan nasihat di laman Facebook miliknya yang ringkas tapi penuh makna.
“Kalau kaya jangan sombong, kalau cantik jangan tergedik-gedik dan kalau ada kuasa jangan berlagak. Itu semua hanya sementara,” tulisnya di ruangan kapsyen pada gambar dirinya bersama isteri kesayangan.
Susulan perkongsian itu, orang ramai telah memberi pelbagai reaksi dan bersetuju dengan pendapat peribadi yang diberikan oleh pelakon yang berusia 61 tahun itu meskipun hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Di ruangan komen, ramai yang bersetuju mesej yang disampaikan ada maksud yang sangat mendalam dan boleh dijadikan sebagai peringatan yang baik untuk umum.
Sekadar info, Mustapha Kamal telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Paduka Susan Manen yang dipercayai mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese dan hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurnikan empat orang cahaya mata.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Itulah situasi yang dapat digambarkan bila melihat ujian yang dilalui oleh seorang ibu tunggal ini. Apatah lagi dengan kudratnya yang semakin lemah seiring usia yang semakin meningkat, pun begitu Rosanani Salleh tetap gagahkan juga menjaga empat orang anaknya yang lumpuh.
Memetik kisah keluarga ini yang dikongsikan BERNAMA, difahamkan keempat-empat anaknya bukan lumpuh sedari lahir namun keadaan itu berlaku secara tiba-tiba ketika anaknya meningkat dewasa.
Difahamkan juga ibu tunggal berusia 62 tahun itu cekal menguruskan anak keduanya, Mohd Amerizam Razali, 42; anak kelima Mohd Marsudi, 36; dan anak keenam Mohd Aismuddin, 33; yang memerlukan penjagaan rapi.
Anak sulungnya Rozanariah, 43, yang turut menghidap penyakit sama tinggal berasingan memandangkan sudah berkahwin dan dijaga suami serta tujuh anaknya yang berumur antara 20 hingga lima tahun.
Tiada Simptom Jelas
Rosanani yang bekerja sebagai penjual lemang berkata, dia tidak menyangka akan ditimpa nasib sedemikian memandangkan keempat-empat anaknya itu secara tiba-tiba diserang penyakit saraf ketika berusia antara 20-an hingga 30-an.
“Sebelum ini mereka normal dan menjalani kehidupan seperti biasa. Masing-masing sudah bekerja, namun tiba-tiba sakit. Tiada simptom jelas.
“Malah ada daripada mereka tiba-tiba bangun tidur tidak boleh berjalan dan lama-kelamaan lumpuh seluruh badan,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Teluk Kalung, di sini.
Episod duka keluarga Rosanani bermula apabila arwah suaminya, Razali Othman yang meninggal dunia pada 2009 turut menghidap penyakit saraf semasa berusia 20-an.
Beli Lampin & Ubat Setiap Bulan
Rosanani berkata, dengan pendapatan menjual lemang hanya sekitar RM1,000 sebulan menyebabkan dia agak tertekan kerana pengurusan dan pengubatan anaknya yang kurang upaya itu memerlukan belanja tinggi.
“Mereka semua dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 seorang, namun jumlah itu tidak cukup memandangkan kos membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan sahaja melebihi RM1,000.
“Mak cik pun tidak dapat jual lemang dengan lebih banyak kerana hanya sekitar 11 pagi baru mak cik boleh ke gerai untuk persiapan membakar lemang dan berniaga. Pada sebelah pagi, mak cik perlu uruskan anak terlebih dahulu,” katanya sambil memberitahu pergerakan anaknya itu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kerusi roda.
Menurutnya, empat empat anaknya yang lain hanya bekerja biasa dengan pendapatan tidak seberapa dan tidak dapat banyak membantunya.
Katanya, walaupun pakar perubatan di hospital memberitahu anaknya itu tiada harapan untuk sembuh, dia sentiasa berdoa semoga satu hari nanti mereka dapat berjalan dan menguruskan diri sendiri.
“Siang malam mak cik berdoa semoga sekurang-kurangnya mereka boleh berjalan. Mak cik sangat risau kalau mak cik sudah tiada nanti siapa akan menjaga mereka.
“Mak cik sudah biasa ‘memekakkan’ telinga menghadapi pelbagai tohmahan masyarakat sekeliling mengenai nasib keluarga kami ini,” katanya sambil menahan sebak.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.