Ada sesetengah orang, tak kisah nak beli baju kat mana pun walaupun di pasar malam tapi selesa dipakai, memang itu la yang menjadi sasaran untuk di borong!
Bukan itu sahaja, banyak lagi pilihan lain seperti tudung, kasut, malah sarung bantal tu menjadi perhatian orang setiap kali ke pasar malam atau pasar pagi. Memang ‘syurga’ dan tempat ‘me time’ untuk wanita lah boleh beli macam-macam!
Tidak ketinggalan, Datin Shahida juga berkongsi ‘hobi’ seperti mak-mak yang lain dengan membeli pakaian untuk anak-anaknya di pasar.
Dalam video yang dikongsikan di laman Instagram , kelihatan Datin rambang mata memilih baju untuk anak-anak kesayangan dengan kapsyen hati ibu kan.. pergi mana pun tetap ingat anak.. anak gembira ibu akan bahagia, kasih sayang ibu pada anak tidak ternilai….
Ads
“Hati mak2 mcm ni kan…pergi pasar nak beli ikan pun masih sibuk ingat anak… siapa mcm saya ?”, katanya.
Perkongsian itu meraih pujian dari pengikutnya yang menyatakan bahawa Datin Shahida tidak memandang nilai dalam membeli, malah riak wajahnya juga gembira dapat belikan untuk anak-anaknya. Bukan itu sahaja, anak-anaknya juga turut gembira dapat baju baru siap ucapkan terima kasih kepada mama mereka.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Ads
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Situasi ini membuatkan isteri kadang kala tidak mampu ‘turun’ ke dapur menyediakan masakan untuk keluargaa.
Jadi jalan penyelesaiannya, makan di kedai menjadi jalan penyelamat untuk mengatasi masalah ini.
Begitu juga dengan perkongsian wanita ini, Marlia Ramli yang juga merupakan seorang wanita bekerjaya yang mengakui dirinya jarang memasak untuk keluarga.
Kerjaya kini membuatkan diri memilih untuk makan di luar berbanding memasak. Malah dia mengakui suaminya kekal sayangnya walaupun jarang memasak!
Dia yang berkongsi beberapa kes, turut memberitahu suaminya juga mengalakkannya untuk tidak memasak untuk memberinya rehat setelah seharian bekerja.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SELALU MASAK, SUAMI SAYANG?
Ramai yang masih hidup terikat dengan budaya. Isteri tak masak? Rumahtangga tak bahagia katanya. Isteri tak masak? Suami tak gembira katanya. Siapa yang cakap tu? Ayah hang cakap atau agama yang cakap?
Persoalannya, benarkah memasak mengikat hati suami? Mungkin benar, memasak mengikat hati suami. Tapi tidak semestinya mengikat hati isteri. Maka.
Jujurnya akak tidak melihat satu bahagian semata-mata dalam perhubungan. Rumahtangga ni ada overall checklist. Bukan setakat, SELALU MASAK, SUAMI SAYANG.
Tak masak pun suami sayang jugak sebab checklist rumahtangga bukan sekadar masakan isteri semata-mata.
Checklist rumahtangga lebih kepada mindset, corak pergaulan dan gaya hidup kedua-dua pasangan.
Kes 1 : Dah lebih 10 tahun suami cakap dah stop jangan masak lagi – kita fokus business & career. Di awal perkahwinan akak berniaga makanan, nak cakap masakan akak tak sedap tu, tak logik la. Tapi dah 10 tahun… Balik kerja, kami janji singgah kat mana-mana dinner bersama-sama. Malamnya, spend masa dengan anak-anak dan buat aktiviti business. Bahagia je… Oh ya! Mungkin rumahtangga akak masih baru 16 tahun maka masih mentah kot?
Kes 2 : Senior Manager kat tempat akak, 28 tahun berumahtangga. Tak ada dapur basah pun. Cuma ada dapur kering ruang minum air je. Suaminya sangat romantik, 24 jam berkepit dan dikenali sebagai pasangan bahagia. Kita yang tengok couple ni pun rasa happy. Sejuk… Dan ya, berpuluh-puluh tahun, dapur tak berasap juga. Tapi, kenapa suaminya kekal bersama dan bahagia? . Kes 3 : Seorang lagi rakan sekerja akak, habis kerja tak boleh nak stay back di pejabat. Me time nak mengopi dengan kami rakan sepejabat pun tak de. Habis kerja terus balik nak kejar memasak. Uruskan anak-anak. Isteri nak kena pastikan makanan wajib air tangan isteri sebab suami tak suka makan di kedai. Cuci tangan pun, sediakan mangkuk khas di meja makan. Anak dua, tahun ke-5, isteri ini dalam proses penceraian. Sebab penceraian : tidak sefahaman. Suami kantoi curang gais!
So… Celah Bedah mana kalau tak masak, rumahtangga tak bahagia? Any statistic or data penceraian yang berlaku sebanyak 8 kes setiap jam di Malaysia disebabkan isteri tak masak ke? You, tell me please.
Akak dan suami? Kami lihat konteks berbeza. Bila ekonomi keluarga semakin baik – makan di luar adalah sangat praktikal buat kami kerana : 1) jimat masa 2) berkongsikan rezeki dengan peniaga 3) lebih masa dapat fokus career & business 4) kami sama-sama tak penat, hubungan lebih romantik 5) tangan bini lembut dan gebu. Eh!
Seperti biasa, pendapat akak kebanyakan masa sentiasa menongkah budaya dan melanggar kebiasaan. Sebab itulah corak pemikiran akak selalu dibenci orang. #apeni? Nak kecam? Silakan Nak berbincang? Silakan Nak meroyan? Silakan Nak bagi pandangan? Silakan Cuma izinkan akak ulang perkataan ini : Memasak mungkin mengikat hati suami tapi belum tentu mengikat hati isteri. Salam sayang
Hari ini 10 Jun seperti dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan boleh disemak mulai jam 10 pagi ini. Manakala keputusan untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada minggu hadapan dan akan dimaklumkan oleh KPM dari masa ke semasa.
Pastinya debaran terasa bukan sahaja oleh anak-anak kita, malah kita sebagai ibu ayah juga merasainya. Apatah lagi bila mengenangkan begitu besar cabaran dan ujian yang dilalui oleh semua calon SPM 2020 akibat ‘dibelenggu’ pandemik Covid-19.
Hari ini tibalah masanya untuk kita semua menerima dengan berlapang dada apa sahaja keputusan yang diperolehi oleh anak-anak. Mereka telah berusaha dan kita sebagai ibu ayah wajar untuk terus memberi semangat dan dorongan untuk kebaikan masa depan mereka.
Jadi di sini dikongsikan cara untuk membuat semakan keputusan SPM 2020, iaitu dengan 2 kaedah mudah.
Selain itu jika pelajar tidak mempunyai capaian internet, anda boleh terus menghubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan keputusan SPM.
Cara Muat Turun Slip Keputusan
Bagi calon atau ibu ayah yang ingin memuat turun slip keputusan SPM, ia juga boleh dilakukan dengan mendapatkan slip tersebut melalui pautan berikut.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.