Berita tentang kemalangan melibatkan seorang peserta Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 bertempat di Pekan, Pahang dikenali sebagai Muhammad Hattem Rashdi tentunya mengejutkan peminat motosikal Tanah Air.
Memetik laporan Harian Metro, Pemuda berusia 22 tahun itu dipercayai meninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa setelah motosikal yang ditunggangi terbabas sewaktu dalam perlumbaan.
Menurut ibunya, dia hanya mengetahui keadaan Hattem parah selepas adiknya yang juga bapa saudara arwah yang berada di tempat kejadian menghantar beberapa keping gambar menunjukkan keadaan anaknya berlumuran darah.
“Makcik tak pernah lepas peluang menonton setiap perlumbaan disertai Hattem yang disiar secara langsung di aplikasi Tik Tok tapi pada malam kejadian, makcik tak sedap hati apabila ternampak arwah terjatuh.
“Masa tu makcik sangka dia hanya kemalangan biasa, tetapi secara tiba-tiba siaran langsung itu ditamatkan,” kata Muniroh Ahmad, 58.
Hattem terbabit kemalangan pada 1 pagi Ahad lalu, iaitu hari pertama perlumbaan di Pekan, Pahang, selepas motosikal ditungganginya terbabas.
Katanya, mereka bergegas ke Pahang awal pagi semalam untuk melihat keadaan anaknya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Ads
“Ketika itu, keadaan Hattem kritikal namun dia sempat menggerakkan jari tangan kanannya serta mengalirkan air mata sewaktu saya dan bapanya, Rashdi Othman, 65, membacakan Yasin di sisi arwah.
“Saya sempat bisik di telinga arwah… Mama halalkan air susu mama….Mama ampunkan semua dosa dan sayangkan adik…. Tunggu mama di syurga ya.
“Selepas itu, arwah tidak memberi tindak balas dan disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu,” katanya ketika ditemui oleh pihak Harian Metro di rumahnya di Kampung Padang Lalang.
Muniroh berkata, jenazah anak bongsu dari lima beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Alor Janggus, jam 12 tengah hari.
Ads
Menurutnya, kali terakhir melihat jenazah Hattem, dia nampak wajah anaknya bersih dan seolah-olah sedang tidur.
Katanya, kira-kira 3,000 orang menziarahi jenazah arwah termasuk pengikut akaun Tik Tok Hattem yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir.
Muniroh berkata, Hattem bertolak ke Pekan, Pahang bersama rakannya pada 4 petang Jumaat lalu dan ketika itu, dia nampak perubahan pada anaknya.
“Arwah mencium tangan saya dua kali sebelum pergi tetapi tidak lama kemudian berpatah balik untuk mengambil topi yang tertinggal.
Ads
“Saya pelik kenapa arwah tidak turun dari kereta, tetapi hanya rakannya masuk ke dalam rumah untuk mengambil topi sebelum mereka beredar. Itulah kali terakhir makcik jumpa arwah,” katanya.
Sementara, kakak arwah, Noor Amalia, 27, berkata, pada 26 Ogos lalu, arwah adiknya sempat memberi wang tunai RM1,500 kepada ibu mereka untuk membeli hadiah sempena hari lahirnya serta ibu pada 13 dan 20 Julai lalu.
“Saya tak sangka niat baiknya itu membawa petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Paling ketara, anak buah kami, Qaliff Mikael Mohd Fuzairie, 9, yang terlalu rapat dengan arwah hinggakan sering menangis apabila melihat gambar Hattem yang dipanggil ‘Achu’,” katanya.
Bagi memastikan masakan enak, sudah tentu kita akan akan membeli dan memilih barang yang segar termasuk buah-buahan, ikan serta ayam.
Bagi yang gemar makan ayam, ada caranya untuk memilih daging ayam yang segar. Ia bertujuan untuk memastikan masakan yang berasaskan ayam enak dimakan.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
Sejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesakit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.
Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Ayam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya. Memastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak.
Ilmu memilih ayam ini saya belajar daripada Chef saya di dapur dan daripada penyelia perkhidmatan makanan. Mujur ada mereka yang rajin turun ilmu. Kalau tak, sampai ke tua pun tak pandai pilih ayam.
Lima tips memilih ayam segar.
1. Warna ayam. Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.
2. Tekstur ayam Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.
Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.
3. Darah ayam Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.
4. Bau ayam Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.
5. Lalat Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.
Selamat membeli ayam segar. Kak Diet Makan apa tuuu pagi ni…?
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Barisan Pelakon Lelaki Korea Dengan Ciri Suami Idaman, Sayang Betul Dengan Isteri Masing-masing
Pelakon lelaki Korea bukan hanya romantik di dalam drama atau filem namun dalam kehidupan realiti mereka. Buktinya, beberapa orang pelakon lelaki Korea ini memang diketahui sangat mencintai dan menyayangi isteri mereka dengan sepenuh hati.
Kebanyakan pasangan selebriti bertemu buat kali pertama di set. Kemudian cinta berkembang yang menyebabkan mereka menjalin cinta dalam kehidupan sebenar. Ramai juga antara mereka yang meneruskan ke peringkat perkahwinan.
Berikut antara pasangan selebriti yang menoktahkan hubungan cinta mereka ke gerbang perkahwinan.
RAIN DAN KIM TAE HEE
Kedua-duanya mengesahkan mereka berhubungan cinta pada 2013. Kemudian empat tahun kemudian mereka memutuskan untuk berkahwin. Majlis perkahwinan mereka disambut secara ringkas. Walaupun sudah bertahun-tahun bersama, mereka masih sering mempamerkan rasa sayang di khalayak ramai.
Rain tidak pernah lokek untuk menyatakan cinta kepada isterinya di mana-mana dan pada bila-bila masa. Apabila Kim Tae Hee memuat naik gambar di Instagram, suaminya tidak pernah tidak hadir untuk mengulas dengan tambahan emoji hati. Tidak terhenti di situ, walaupun dia sibuk Rain selalu meluangkan masa untuk pergi ‘dating’ berdua dengan isterinya. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan.
HYUN BIN DAN SON YE JIN
Pasangan ini secara rasmi melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2022. Kisah kehidupan pasangan ini sentiasa menarik perhatian umum. Seperti Rain, Hyun Bin kelihatan sangat menyayangi isterinya. Ini dapat dilihat daripada perlakuan Hyun Bin bermula dari merenung, memegang dan cara dia mengambil berat terhadap Son Ye Jin.
Malah sebelum mereka dilaporkan menjalinkan hubungan cinta, Hyun Bin sering terperangkap memandang Son Ye Jin dengan mata penuh cinta dan kasih sayang. Selepas berkahwin, sudah tentu Hyun Bin akan menjadi suami ideal yang boleh menjaga isterinya dengan baik di mana-mana dan pada bila-bila masa.
JI SUNG DAN LEE BO YOUNG
Cinta keduanya bermula semasa mereka berkolaborasi dalam drama “Save Your Last Dance For Me” pada tahun 2004. Ji Sung jatuh cinta pandang pertama dengan pelakon pembantu. Cintanya meluap-luap sehingga dia berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati Lee Bo Young selama tiga tahun.
Akhirnya, semua usaha Ji Sung membuahkan hasil. Selepas enam tahun berpacaran, mereka sepakat memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2013. Sepanjang melayari bahtera rumah tangga, pasangan ini masih cool dan tenang tanpa sedikit pun gosip. Ji Sung malah digelar sebagai suami idaman para isteri.
Setiap kali memenangi anugerah, dia tidak pernah lupa menyebut nama isterinya. Malah setiap kali terlibat dengan program wawancara, dia sering memuji isterinya. Ji Sung mengaku bahawa dia mahu bersama Lee Bo Young sehingga mereka tua. So sweet!
Memiliki suami yang setia dan penyayang adalah anugerah yang patut disyukuri oleh setiap wanita bergelar isteri.
Sumber: Tabloidnyata.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di