Sekarang ni sana sini muat naik di sosial media tentang ‘healing’. Apa itu healing?
Penyembuhan diri atau lebih dikenali sebagai self-healing adalah satu usaha untuk menyembuhkan atau merawat luka yang tidak nampak dalam diri terutamanya melibatkan hati. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, kadangkala tidak semua luka itu dapat sembuh. Jadi, bagaimanakah cara yang sesuai untuk self-healing ini ?
Daripada duduk dirumah, menyendiri, menagis dan tidur sepanjang hari. Lebih baik self-healing di luar rumah. Seperti dalam bentuk aktiviti, self-healing boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti yoga, bersenam, riadah dan sebagainya yang boleh memberi kesan kepada endorfin atau sering dipanggil ‘hormon gembira’.
Tidak ketinggalan, baru-baru ini pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha berkongsi satu video anak perempuannya, Alisa Aisyah yang sedang ‘healing’ mencuri tumpuan pengikutnya di aplikasi TikTok.
Menerusi video tersebut, anaknya yang berusia tiga tahun itu dilihat sedang membuat rawatan kecantikan seperti di sebuah spa dengan penuh bergaya.
Ads
Rakaman berdurasi 11 saat itu memaparkan Alisa memakai topeng muka untuk penjagaan kulit wajah, selain santai menikmati rawatan ‘manicure’ bagi mendapatkan kuku yang bersih serta berkilat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberi komen terpegun melihat gaya hidup Alisa yang berbeza dengan kanak-kanak lain seusianya. Tidak kurang ada juga segelintir individu berseloroh mengatakan cara ‘healing’ atau ‘merawat hati lara’ itu seolah-olah bertaraf kayangan.
Ads
Untuk rekod, Hanis berkahwin dengan aktor Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3.
Setiap kali tibanya Syawal, bukan hanya pakaian dan juadah yang menjadi keperluan, malah sampul raya juga penting tau. Pemberian duit raya sudah menjadi acara wajib, tidak kira untuk anak-anak ataupun tetamu cilik yang datang berkunjung ke rumah. Jadi, kenalah ada sampul kan.
Jika sebelum ini anda hanya membeli, apa kata kali ini jimatkan bajet raya anda dan buat sendiri. Tak susah pun, hanya dengan kos RM5 sahaja, anda boleh dapat 120 keping sampul duit raya. Cukup berbaloi kan!
Jom tengok perkongsian dari Maznabilah Mahamed ini. Selamat mencuba ibu-ibu semua!
Harini nak share cara nak buat sampul duit raya. Sangat senang. Semua orang boleh buat. Yang penting jimat.
Zaman ni kena la berjimat cermat. Kalau beli RM3 baru dapat 8 keping. So tak payah nak membazir sangat sebab ending dia dalam tong sampah jugek. Isi dalam tu penting.
Satu packet ada 10 keping kertas pembalut hadiah. Satu keping kertas pembalut hadiah dapat 12 keping sampul raya. Jadi, 10×12=120 keping sampul raya dengan harga RM4-7
Bahan-bahan
1. 1 Gulung Kertas pembalut hadiah
2. Pisau
3. Gam
Cara membuat:
2. Setelah itu, potong menggunakan pisau dan jadikan ia4 keping macam dalam gambar.
3. LIpat kepada 3 bahagian. Pastikan ia sama ye. Kemudian potong. Jadi 3 keping macam dalam gambar tu. 3×4=12 kan. So dapat 12 keping sampul raya. Ngam ngam je tak membazir.
4. Lipatkan bahagian kanan dan bawah. Lipat kecik je macam dalam gambar. Kemudian lipat macam gambar sebelah tu.
5. Bahagian atas dipotong sikit. Kemaskan ia untuk dilipat dan dijadikan penutup.
6. Kemudian, sudah boleh gam. Jangan letak gam banyak sangat nanti tak cantik.
7. Sudah siap
Tip:
♥ Nak lagi murah, beli pembalut hadiah secara borong jika dibandingkan beli satu-satu. Contohnya 10 gulung baru dalam anggaran harga RM4- RM7. Murah kan!
♥ Nak lagi cantik letak dolly paper. Ni kertas lain. Memang beli banyak corak. Dolly paper ni RM3 je 100 keping. Kat Mydin pn ada.
Untuk ibu-ibu semua, kalau nak rasa suasana #Betulbetulraya, jomlah datang beramai-ramai ke Karnival Karangkraf bertempat di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam. karnival ini berlangsung pada 1-3 JUn 2018 bermula jam 2.00 petang – 2.00 pagi. Banyak aktiviti menarik yang #BetulBetulBest. Malah ada juga jualan barangan raya yang #BetulBetulViral dengan 50++ jenama online tekenal di sini. Nak tahu lanjut boleh lihat di poster ini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isteri, pengurus kewangan terbaik dalam rumah tangga. Dalam sesebuah rumah tangga, pengurusan kewangan memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan dan kesejahteraan keluarga.
Tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab kewangan sering dikongsi antara suami dan isteri. Namun, isteri sering kali dilihat sebagai pengurus kewangan yang terbaik dalam sesebuah rumah tangga, bukan sahaja kerana mereka lebih berhati-hati dalam membuat keputusan kewangan, tetapi juga kerana mereka mempunyai naluri yang kuat dalam menguruskan perbelanjaan harian keluarga.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa isteri dianggap sebagai pengurus kewangan terbaik dalam rumah tangga:
1. Kebijaksanaan Dalam Merancang Belanjawan
Isteri biasanya lebih bijak dalam merancang belanjawan bulanan keluarga. Mereka memahami keperluan sebenar rumah tangga seperti perbelanjaan makanan, pakaian, pendidikan anak-anak, dan keperluan kesihatan. Dengan sifat semula jadi yang cermat dan teliti, isteri mampu menyusun belanjawan dengan seimbang dan mengelakkan perbelanjaan yang berlebihan.
2. Keprihatinan terhadap Masa Depan
Isteri sering kali lebih prihatin terhadap masa depan keluarga, terutamanya dari segi pendidikan anak-anak dan kesihatan. Mereka cenderung untuk menyimpan dan melabur demi jaminan kewangan di masa hadapan. Naluri keibuan mereka yang sentiasa memikirkan kebajikan keluarga menyebabkan mereka lebih cenderung untuk menyimpan dalam pelbagai bentuk, sama ada simpanan di bank, pelaburan, atau tabung kecemasan.
3. Pengurusan Keperluan Rumah Tangga Yang Efisien
Isteri juga memainkan peranan besar dalam menguruskan keperluan rumah tangga secara efisien. Mereka bijak memilih barangan keperluan dengan harga yang berpatutan tanpa mengabaikan kualiti. Pengurusan kewangan yang berhemah dalam pembelian barangan runcit, pakaian, dan peralatan rumah tangga membantu mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.
4. Pengurusan Hutang Yang Teratur
Dalam situasi di mana rumah tangga mempunyai hutang seperti pinjaman rumah, kereta, atau kad kredit, isteri sering kali memainkan peranan utama dalam memastikan hutang-hutang ini diuruskan dengan teratur. Mereka biasanya membuat jadual pembayaran yang konsisten dan menguruskan dana keluarga untuk memastikan tiada kelewatan atau masalah kewangan yang tidak dijangka.
5. Sikap Berhemah Dan Teliti
Sikap isteri yang lebih berhemah dan teliti dalam setiap aspek kehidupan juga diterjemahkan dalam pengurusan kewangan. Mereka cenderung untuk meneliti setiap perbelanjaan dan memastikan tiada pembaziran berlaku. Sikap ini membantu keluarga mengawal kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan masalah kewangan jangka panjang.
6. Peranan Emosi Dalam Pengurusan Kewangan
Sebagai seorang isteri dan ibu, mereka sering mempunyai hubungan emosi yang mendalam dengan perbelanjaan yang dibuat, terutamanya berkaitan dengan anak-anak. Hal ini menyebabkan mereka lebih peka dan cermat dalam menentukan keutamaan kewangan keluarga. Mereka memahami bahawa setiap sen yang dibelanjakan perlu memberi manfaat kepada keluarga dan tidak boleh digunakan dengan sia-sia.
7. Penasihat Kewangan Kepada Suami
Selain itu, isteri juga sering kali menjadi penasihat kewangan kepada suami. Mereka berkongsi pendapat, memberi cadangan, dan membantu suami membuat keputusan kewangan yang penting. Dalam sesetengah keadaan, isteri juga mengambil alih pengurusan kewangan sepenuhnya untuk membantu suami yang mungkin sibuk dengan tanggungjawab kerjaya.
Secara keseluruhannya, peranan isteri sebagai pengurus kewangan dalam rumah tangga tidak boleh dipandang remeh. Kebijaksanaan, sikap berhati-hati, dan keprihatinan mereka terhadap kesejahteraan keluarga menjadikan mereka pengurus kewangan yang terbaik. Melalui pengurusan kewangan yang berhemah dan teratur, isteri dapat memastikan keluarga hidup dengan lebih selesa, bebas dari masalah kewangan, dan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran kewangan yang tidak dijangka di masa hadapan.
Setiap rumah tangga memerlukan pengurusan kewangan yang baik, dan isteri adalah tulang belakang yang memainkan peranan besar dalam memastikan kelangsungan dan kebahagiaan keluarga melalui kebijaksanaan mereka dalam menguruskan kewangan.
Setiap hari pasti ada sahaja kisah baik golongan tabligh mahupun anak-anak tahfiz yang diangkat dan dikongsikan oleh petugas kesihatan di negara kita. Rata-rata menyifatkan cukup terhatu dan Tersentuh hati dek keluhuran hati serta sikap tenang golongan ini tatkala di uji dengan Covid-19.
Walaupun sedar akan risiko virus berkenaan namun mereka tetap tenang dan sabar. Tidak sedikit pun terungkap rungutan jauh sekali melawan atau memarahi doktor dan petugas kesihatan lain sepanjang ditahan di wad.
Bahkan wad di hospital digambar seperti surau atau masjid di kawasan Perumahan kerana setiap hari alunan bacaan ayat suci Al-Quran tak lekang dek telinga. Belum lagi solat hajat, tahajud serta tahlil yang dilakukan mereka membuatkan sejuk mata memandang.
Satu kisah yang dikongsikan oleh doktor ini cukup menyentuh hati. Menerusi facebooknya, doktor yang dikenali sebagai Zila Ali memuat naik bingkisan warkah dari anak-anak tahfiz untuk nya ketika mereka dikuarantin.
Tersentuh hati … warkah dr anak tahfiz yg dikuarantin disini … siap bg rm5 utk doktor.
Terima kasih nak … menjaga kamu adalah satu hikmah …bukan beban. Perangai baik tuturbicara yg sopan. Mulut sentiasa menyebut terimakasih. Walau berhimpit 24 org sedewan… tidur atas tilam ..takde aircond pun … sentiasa senyum bila jumpa.
Tiap hari alunan alQuran terdengar didewan … malam jumaat siap bertahlil bersolat hajat … siap dititipkan doa utk doktor smoga doktor sentiasa murah rezki dan dikurniakan kesihatan yg baik….
Siap nk doakan doktor ditambah anak lg… cukuplah nak..insya allah 2 aje skg😘
Tq nak …. doktor doakan kamu smua sentiasa dilindungiNya …
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...