Pelakon Faezah Elai baru-baru ini berkongsi gambar bersama suami, Heykal Hanifah ketika menghadiri majlis pernikahan sepupu mereka di Pulau Pinang.
Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila melihat perubahan pada diri pengarah terkenal ini.
Manakan tidak, dia bukan sahaja kurus, malah wajah Heykal nyata berbeza ketika dirinya sedikit berisi sebelum ini. Ini membuatkan segelintir peminat hampir tidak mengenalinya.
Rata-rata peminat terkejut melihat perubahan tersebut. Tidak sangka, usahanya untuk kurus telah berjaya.
” Ya Allah lain sguh suami hangpa faezahelai .. kami ni renung la dekat-dekat.. mujuq tak komen nikah baru ka.. minta maaf na melawak. Segak sguh heykalhanifah la ni.. “
Ads
” Kurus betul tuan direktor tuu. tak kenai dah laki depa slim na. Hangpa macam pngantin baru.. “
“masyaAllah lama xnmpk suami faeza… Kurus dh.. alhamdulillah.”
“Uishh kuruss dah suami… Ingt bergambar dgn sape td 😂 3 4 kali juga la tengok gambar korang 😅😅😅
Bagi anda yang pernah merasa tertusuk selumbar pastu tahu apa rasanya, walaupun serpihan kayu atau duri itu sangat kecil saiznya, namun kesakitan yang ditanggung memang terasa selagi tidak dikeluarkan. Kadang-kadang jika dibiarkan beberapa hari, akan menyebabkan bengkak dan bernanah.
Ada pelbagai cara yang dipraktikkan untuk mengeluarkan selumbar tersebut, dan paling biasa kita dengar adalah dengan menggunakan pengetip kuku. Iaitu dengan cara kita cuba untuk kepit dan keluarkan secara perlahan-lahan.
Namun cara ini kadang-kadang menyakitkan juga kerana tersilap kepit berdarah pula jadinya.
Oleh itu, apa kata anda cuba cara yang dikongsikan oleh Rose Ramli ini bila mana jarinya tertusuk dengan duri pokok Jarum Tujuh Bilah, begini yang dia lakukan untuk keluarkan duri tersebut. Menurutnya, teknik yang digunakan cukup mudah dan yang penting tidak menyakitkan.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsiannya di sini.
Petua yang baik kena kongsi.
Baru-baru ni saya sibuk menanam tetiba jari saya terkena pokok jarum tujuh bilah. Apalagi durinya melekat masuk dalam jari. Saya cuba keluarkan guna kepit kuku tapi gagal.
2 ke 3 hari ni jari dah mula bengkak sakit, saya taruh ivmist pun kejap jer ilang sakitnya.
Saya pun tengok youtube cara untuk keluarkan duri/selumbar.
1.Caranya ambil air suam campur garam (saya buat 3 sudu plastik kfc untuk secawan air) 2. Kemudian rendam jari.
Saya pun rendam jari sambil tengok tv. Rasanya tak sampai 30 minit. Saya cuba tekan jari yang bengkak tu. Senang jer duri meluncur keluar. Tak sakit lansung.
Sebelum ni saya cuba picit keluar, dah la tak boleh, sakit pulak tu.
Tu yang saya bulatkan merah tu durinya. Memang kecil tapi sangat berbisa. Ada yang saya baca duri jarum tujuh bilah penah bergerak ikut aliran darah dan mencederakan organ lain. Risau wei!
Alhamdulillah. Berjaya jugak petua ni.
Harap-harapnya sesapa ada masalah macam saya ni boleh la cuba petua rendam air garam ni. Selamat mencuba!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kalau namanya Dato’ Seri Aliff Syukri, buat apapun pasti mengundang kelucuan pada warganet. Terbaru, pengusaha produk terkenal ini memuat naik gambar sedang menyapu cat dilaman rumahnya.
Menurut suami kesayangan datin Seri Shahida ini , dia bersama pembantunya menyiapkan kerja mengecat yang mengambil masa lebih kurang empat hari. Menurutnya, sengaja kerja-kerja mengecat tersebut dilakukan sendiri tanpa mengupah kontraktor kerana mahu berjimat.
“Lawa tak?? Dah baru siap.. Pejam celik2 dah nak masuk 3tahun rumah ni siap.. Lantai pun warna semakin pudar hari ini saya check sndiri sahaja lantai sebab nak berjimat maklumlah musim PKP ini kalau bayar Contractor mereka mahal.
“Saya buat sahaja 4 hari 3 malam saya mengecat dengan dino dAn maid sy.. alhamdulillah siap.’tulis Aliff Syukri di laman instagramnya.
Memang cukup menyedihkan apabila kita terbaca berita mengenai kisah orang ramai ditipu ‘scammers’. Tidak kira tua atau muda, berkerja di kampung mahu pun di bandar, yang berpelajaran tinggi atau tidak, semuanya seakan mudah ditipu dengan skim-skim penipuan pelaburan (scam). Wang yang dikumpul dengan titik peluh bertahun-tahun, boleh lesap dalam sekelip mata!
Terbaharu memetik laporan berita yang dikongsikan Berita Harian, mendedahkan lebih 50 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kota Bahru, Kelantan terpaksa menaggung kerugian akibat terpedaya dengan skim cepat kaya pembelian mata wang kripto.
Difahamkan kerugian tersebut lebih RM200,000 apabila masing-masing membuat pelaburan antara RM1,000 hingga lebih RM10,000.
Sanggup Guna Wang PTPTN
Terpikat dengan janji manis dan keuntungan didakwa boleh melebihi satu peratus sehari dan 30 peratus sebulan itu, mereka juga sanggup menggunakan wang simpanan dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masing-masing.
Seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, 21, berkata dia menyertai pelaburan membeli mata wang kripto itu apabila seorang pensyarahnya yang juga ketua atau ‘leader’ skim itu membuat iklan dalam kumpulan WhatsApp pada Jun lalu.
“Saya mula memasukkan RM138 lebih 10 kali ke lima akaun berbeza sehingga kerugian hampir RM3,900. Lebih malang, saya juga ajak adik melabur RM2,800 kerana percaya pelaburan itu memberi keuntungan selepas melihat akaun saya bertambah menjadi lebih RM9,000.
“Pada 18 Oktober akaun pelaburan saya tidak dapat dibuka lalu saya serta rakan lain sedar kami sudah ditipu sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, Khamis lalu,” katanya.
Janji Manis
Seorang lagi penuntut, Johan, 21, mendakwa kerugian lebih RM2,000 apabila menyertai pelaburan berkenaan menerusi akaun atas beberapa nama pada Jun lalu selepas tertarik dengan keuntungan ditawarkan, manakala adiknya yang berada di IPTA lain melabur lebih RM2,400.
Penuntut yang mahu dikenali sebagai Yasmin, 27, berkata dia kerugian lebih RM10,000 dan sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut, namun ada rakan-rakan belum membuat laporan kerana bimbang diketahui ibu bapa dan untuk mengelakkan rasa malu.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat ketika dihubungi, berkata polis menerima 21 laporan termasuk daripada penuntut IPTA di bandar ini dengan jumlah kerugian didakwa hampir RM900,000 selepas membuat pelaburan berkenaan sejak 18 Oktober.
“Jumlah kerugian dilaporkan hampir RM900,000 dengan setiap mangsa mendakwa rugi antara RM140 hingga RM200,000 seorang. Polis menyiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK),” katanya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan membuat siasatan sebelum melabur bagi mengelakkan kerugian.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.