Hidup ini penuh dengan jalan ceritanya yang berbeza. Ada yang hidup senang, ada yang hidup bersederhana dan tidak kurang diuji dengan perjalanan hidup yang penuh kesukarannya.
Perkongsian daripada wanita ini menarik juga untuk kita fahami agar lebih menginsafi diri. Jom semak.
Ada orang memilih untuk hidup susah walaupun ada pilihan untuk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam seketul dikongsi berdua, baju baharu pun beli yang longgok RM10/sehelai, duduk di rumah dari muda sampai ke tua kerana sayang untuk spend the money.. Takpe lah.. Dia bahagia cara dia.
Ads
Ada orang memilih untuk bersederhana dalam perbelanjaan, pakai handbag longgok-longgok, adakala dah koyak, menggelupas pun guna lagi, beli baju pasar minggu, beli kasut asal boleh..rumah ada sofa buruk, dah rasa besi bila duduk tetapi setiap tahun spend duit beribu-ribu untuk melancong, kenal negara orang..takpe lah..
Bahagia cara dia…
Ada orang memilih untuk rasa nikmat kehidupan sementara sihat dan muda, pakai kereta mewah, melancong, sanggup beratur beli baju dan bag berjenama, tolong orang saat diperlukan, buat bisnes macam-macam.. Alhamdulillah dia bahagia cara dia..
Ads
Ada orang memilih untuk rasa handbag jenama tapi beli masa offer, beli kereta oversea tapi second hand jelah, beli rumah selesa sikit, deko lawa-lawa, tapi duit dalam bank memang berapa sen jelah, melancong sekitar dalam negara sahaja.. Takpe lah dia bahagia cara dia..
Ada orang tak dapat memilih yang semua di atas kerana ujian hidup. Makan apa sahaja di depan mata, pakai apa sahaja yang diberikan orang, hidup dalam serba kekurangan tapi Alhamdulillah diberikan Allah nikmat bahagia bersama keluarga tersayang.
Ads
Golongan mana pun kita, pilihan yang mana pun hidup kita, BERSYUKUR LAH..
Bila menanam sayur-sayuran dikeliling rumah tentu kita mahukan pokok tersebut akan dapat memberikan hasil yang optimum.
Contohnya bila menanam pokok bendi, jika mahukan pokok hidup subur bukan sahaja perlu disiram dan dibaja, malah ada tips dan cara untuk pastikan bercabang banyak untuk menjadikan pokok tersebut berbuah lebat.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Wahida Hambali yang merupakan pemilik Sri Organik, berkongsi cara untuk hasilkan pokok bendi yang banyak bercabang.
Tips nak bagi cabang pokok bendi banyak
1. Pastikan tanah subur julat ph antara 5.8 hingga 6.8
2. Tanam hanya 1 pokok sahaja 1 point
Jarak tanaman : 1.5 kaki hingga 2 kaki antara pokok. 1 batas boleh tanam 2 baris.
Saiz batas bendi 4 kaki lebar batas dan 5 kaki lorong kerja. Atau 4 kaki pun boleh. Ruang sangat penting untuk pokok berkembang dengan baik
3. Pembajaan seminggu sekali. Jadual baja seperti di bawah.
Pembajaan Bendi
1. NPK Yara Mila 151515
Minggu 1 sampai minggu ke 3
Bagi seminggu sekali
2. Baja NPK Yara Mila 161616
Minggu 4 sampai minggu 5
3. Baja NPK Yara 131321
Minggu 6 sampai habis nyawa pokok
4. Baja NPK Yara 1212172
Minggu 8 sampai habis nyawa pokok
* boleh selang seli setiap minggu antara baja 161616, 131321, 1212172
Bagi anggaran 20 ke 30gm setiap pokok
lebih kurang 1 sudu
Kawalan Serangga dan Penyakit
Minggu 1
1. Sri Anak 50ml
2. Amino 50ml
3. Cuka Kayu 30ml
4. Clouter 30ml
Minggu 2
1. Plant Booster 50ml
2. Amino 50ml
3. Cuka Kayu 50ml
4. Neem Oil 50ml
Minggu 3
1. Sri Anak 100ml
2. Amino 50ml
3. cuka kayu 100ml
4. Garlic Oil 30ml
Minggu 5
1. Sri Bunga 100ml
2. Amino 100ml
3. Cuka Kayu 50ml
4. Xtra Clouter 50ml
Minggu 6 sampai 7
-sda-
Minggu 8 hingga habis nyawa pokok
1. Sri Buah 100ml
2. Amino 100ml
3. Xtra Clouter 100ml
4. Cuka Kayu 100ml
* selang seli dengan Sri Anak, Sri Bunga dan Sri Buah setiap minggu.
Rawatan tanah guna
1. Amino 100ml
2. Booster 100ml
utk 20 liter air sembur setiap pangkal tanaman
Ulang sebulan 2 kali
4. Kawalan serangga dan penyakit serta foliar seminggu sekali.
5. Penyiraman sehari sekali. Kalau hujan tidak perlu, kalau musim panas 2 kali sehari.
6. Semburan mikrob penyubur tanah diberikan sebulan 2 kali pada pangkal pokok dan tanah utk memastikan kesuburan tanah berada dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh penanaman.
Sekarang ni semua benda di hujung jari sahaja! Termasuklah dalam perihal mengundi. Untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), zaman kini bukan sahaja boleh menyemak lokasi tepat tempat mengundi di laman web rasmi MySPR dan aplikasi mudah alih sahaja tau!
Malah, laman web itu juga menunjukkan masa yang disyorkan untuk pengundi melawat pusat untuk membuang undi.
Jangan lupa catat atau ambil tangkapan skrin aliran (saluran) dan nombor (bilangan) yang ditetapkan untuk dibawa ke pusat mengundi pada hari pengundian, 19 November.
Selain itu, laman web tersebut menyatakan bahawa pengundi yang layak mengundi pada PRU15 adalah mereka yang telah didaftarkan oleh SPR ke dalam Daftar Pemilih sehingga 9 Oktober 2022.
Bergelar ibu bapa dalam usia yang muda tidak menampakkan pasangan ini kekok. Sementelah buah hati kesayangan mereka, Fahad Ibrahim atau nama manjanya, Yem cukup mudah dijaga, biarpun lasak dan mudah rapat dengan orang yang baru dikenali.
“Cara didikan anak pada saya tidak masalah. Jika ibu moden lain lebih suka mendedahkan anak-anak dengan gajet, berbeza dengan saya. Kami suami isteri tak suka Yem selalu bermain gajet termasuklah telefon mahupun televisyen. Tiada istilah telefon di tempat makan. Kalau kami nampak dia ralit dengan televisyen, cepat-cepat kami tutup. Sekarang dia dah pandai sebut beberapa perkataan, jadi kami beli flash card dan pagi 10 minit dan sebelum tidur 10 minit kami akan ajar. Walaupun dua perkataan itu dah memadai dan tidak mahu terlalu ‘push’ dia.
“Berbanding membaca tip di internet, saya lebih suka bertanya kepada kawan-kawan yang lebih berpengalaman. Itu lebih mudah kerana mereka sudah pernah melalui berbanding membaca buku atau melayari internet. Soal bab kesihatan, sepertimana ibu bapa lain saya dan suami memang menitikberatkan soal kebersihan. Terutama suami yang agak tegas bab pemakanan. Makanan segera misalnya tidak elok untuk kesihatan, jadi suami tidak suka mengamalkannya berbanding saya yang tidak kisah sangat. Kalau boleh kena kurangkan pengambilannya.
“Yem sangat rapat dengan kami berdua, lasak dan nombor satu suka berkawan sehingga ada budak-budak yang ‘rimas’ dengannya. Selain itu, dia cepat ikut perangai ‘tak elok’ kami berdua seperti cepat marah, perengus dan apa yang ayahnya buat seperti menari dia akan ikut. Cepat pula dia ikut benda yang tak elok, “seloroh Nad lagi tatkala ditanya mengenai perangai anaknya itu.
Ditanya mengenai keterujaan sebagai ibu untuk memberikan makanan kepada anak hasil air tangan sendiri, akui Nad setakat ini belum berpeluang berbuat demikian.
“Secara jujurnya saya memang tidak memasak. Dulu pernah cuba, tetapi Yem tidak mahu makan sehinggakan saya jadi tawar hati untuk memasak lagi. Tetapi akan datang insyaAllah saya mahu belajar memandangkan Yem nampak keinginan untuk makan terutama Nasi Goreng Cina.
“Dalam soal mendidik, kami memang tegas dan tak suka manjakan anak. Cuma datuk dan nenek memang sangat manjakan yem. Kebetulan dia cucu sulung untuk kedua belah ahli keluarga. Tetapi kami akan terangkan kepada famili kenapa tidak boleh terlalu manjakan anak kami dan mereka boleh terima,” ujar Nad yang tinggal sendiri tetapi akan menghantar anaknya ke rumah mentuanya apabila dia dan suami ada kerja luar.
Tidak suka bawa anak ke lokasi
Tidak suka membawa anak ke lokasi penggambaran, akui Nad mereka suami isteri sudah sepakat untuk menjaga sendiri anak. Jika kedua mereka ada kerja luar barulah urusan penjagaan anak diserahkan kepada nenek dan atuknya.
“Dari segi profesionalisme, saya rasa tidak wajar untuk membawa anak ketika bekerja. Ia bukan memudahkan bahkan boleh mejejaskan kualiti dan masa orang lain. Bayangkan kalau krew lain yang sudah ada anak isteri boleh tinggalkan mereka, kenapa saya mahu mementingkan diri berbuat demikian. Lagipun jika bawa anak ke tempat kerja bukan sahaja membuatkan anda tidak boleh fokus, malah melambatkan kerja.
“Jadi, pada saya tidak wajar, sebaiknya saya akan tinggalkan anak dengan suami jika ada shooting dan apabila suami ada kerja luar, saya pula yang akan mengambil alih tugas menjaga anak. Apabila kami berdua ada kerja luar, barulah Yem akan dihantar kepada datuk dan nenek untuk dijaga,”ulas Nad yang mahu memberi sepenuh kasih sayang dan didikan kepada anaknya Yem sebelum memikirkan untuk menambah ahli baru dalam keluarga mereka.
Pilih bisnes kasut
Mengulas lanjut mengenai kerjaya seni usai bergelar ibu, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Bint Zainal Abidin aktif dalam bidang lakonan, Nad Zainal juga menceburi bidang bisnes iaitu dalam penghasilan kasut. Selain dilantik duta untuk produk untuk Beyond Rich Sdn Bhd, pengeluar produk kecantikan jenama Audela.
“Jika selebriti lain memilih pakaian mahupun kosmetik untuk bisnes, tetapi saya lebih gemar pada kasut kerana jarang orang buat. Saya punya keutamaan tak perlu terlalu tinggi, yang penting keselesaan, cantik, harga yang berpatutan dan buatan Malaysia. Saya juga tidak keluarkan dalam kuantiti yang banyak kerana ia limited tetapi harga berpatutan. Saya akan kongsi idea bersama rakan kongsi untuk idea rekaan dan sasaran untuk pasaran adalah merangkumi pelajar dan wanita berusia 35 tahun.
“Walaupun ada bisnes sendiri, saya perlu uruskan bahagian pemasaran dan promosi di media sosial untuk produk Audela. Manakala untuk jenama kasut FarrabyNadZainal pula, ada rakan kongsi, Ezza dan jika tidak sibuk dengan shooting, masa saya dihabiskan untuk bisnes pula.
“Lagipun, untuk kasut ini dilakukan dari rumah dan saya akan curi-curi masa untuk melakukannya. Nama untuk jenama kasut ini diambil dari nama sebenar saya Fara yang digabungkan dengan nama komersil saya.
“Memang sambutan sangat baik pada kasut keluaran kami walaupun hanya menjual melalui online, tapi kalau boleh saya saya mahu membuka kedai kasut sendiri. Saya mahu pelanggan rasa dan lihat sendiri produk sebelum beli, jadi mereka lebih yakin dengan produk. Jadi saya rasa produk yang bagus kena ada kiosk atau kedai sendiri supaya lebih elok dari segi pemasaran,”ulas Nad Zainal lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.