Ibu ayah adalah orang yang bertanggungjawab mendidik kita semasa kecil untuk menjadi seorang yang berguna sehingga mendapat kehidupan yang sempurna. Namun, masa berlalu pantas, wajah mereka dimamah usia. Semakin hari usia makin bertambah. Anak-anak pula semakin dewasa dengan pelbagai komitmen. Apa jua masalah dan kesibukan yang melanda, anak-anak tidak harus lupa jasa-jasa ibu bapa.

Bukan itu sahaja, baliklah kampung atau bercuti untuk menghabiskan masa bersama mereka sementara masa hayat dikandung badan. Renunglah wajah mereka selagi ada masa untuk menikmati saat ini. Lihatlah sinar  matanya yang dulunya tidak tidur malam menjaga kita kala demam, kepenatan mencari rezeki dan segala kepayahan membesarkan kita.

Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Muhammad Hassan ini yang cukup inspirasi agar kita mengingati jasa orang tua kita sementara hayat mereka di dunia ini.

LIHATLAH WAJAH IBU AYAH 

Hidup Ini Sementara, Hargai Ibu Ayah. Lihatlah Wajah Mereka Kala Masih Ada. Sebak!
Gambar sekadar hiasan

Awak nak tahu tak apa yang kita selalu rugi hari ini? Kita selalu rugi hari ini apabila berhadapan dengan mak ayah kita lupa nak tatap wajah mereka,kita sibuk mengadap HP,hadap benda lain. Sedangkan antara perkara yang mudah untuk kita dapat pahala adalah melihat wajah dan berbuat baik terhadap mereka.

Hidup Ini Sementara, Hargai Ibu Ayah. Lihatlah Wajah Mereka Kala Masih Ada. Sebak!

IKLAN

Saya tenung wajah mak dan ayah mertua saya dari jauh. Time tu mak dan ayah dok tengok tv. Tiba tiba wife tegur. Kenapa dari tadi saya tengok awak tenung mak dan ayah?

Saya perlahan cakap. Awak nak tahu tak apa yang kita selalu rugi hari ini? Kita selalu rugi hari ini apabila berhadapan dengan mak ayah kita lupa nak tatap wajah mereka,kita sibuk mengadap HP,hadap benda lain. Sedangkan antara perkara yang mudah untuk kita dapat pahala adalah melihat wajah dan berbuat baik terhadap mereka.

Awak nak tahu tak,saya dari zaman kanak kanak lagi kehilangan mak. 7 tahun lalu kehilangan pula seorang ayah yang cukup hebat. Moment yang saya nak sangat imbas kembali adalah melihat wajah mereka. Mahu peluk cium mereka. Nak cium perut mak saya. nak cium tapak tangan mak.

IKLAN

Awak ingat lagi tak tahun lepas saya peluk mak awak sampai menangis teresak esak. Sebab saya bahagia,gembira sangat الله hadirkan semula seorang mak dalam hidup saya dan saya akan taruhkan nyawa saya untuk mereka.

BERBAKTILAH KEPADA ORANG TUA SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN

Hidup Ini Sementara, Hargai Ibu Ayah. Lihatlah Wajah Mereka Kala Masih Ada. Sebak!
Gambar hiasan

Yang masih ada mak ayah. Rugilah jika jarang sekali jumpa mereka,tapi masih sibuk mengadap HP,sibuk dengan urusan lain. Tidak peliklah hari ini ada anak anak tidak hormat kepada mak ayah,lalu depan mak ayah pun takda adab. Sebab mereka lihat contoh bagaimana kita berhadapan dengan mak ayah kita.

IKLAN

Manfaatkanlah masa bersama mereka dan berbaktilah kepada mereka selagi nyawa belum terpisah dari jasad. Kerana saat kita bersama mereka adalah saat yang paling berharga. Mungkin itu adalah saat yang terakhir kita bersama mereka.

Hargailah mereka,berbuat baiklah terhadap mereka,jangan berkecil hati atau berkira dengan mereka,kerana asbab mereka kita ada hari ini,asbab mereka siapa kita hari ini.

Semoga muhasabah diri dengan perkongsian ini.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI