Mayat wanita dipercayai menjadi mangsa culik pada Ahad ditemukan dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada 27 September lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, mangsa berusia 27 tahun yang disyaki dibunuh itu ditemukan orang awam kira-kira 3.30 petang.
“Pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan mendapati mangsa merupakan kes culik sedang disiasat berdasarkan kad pengenalan dan dokumen yang ditemukan bersamanya serta pengecaman ahli keluarga,” katanya.
Ads
Ahmad Dzaffir berkata, terdahulu, pihaknya menerima laporan daripada sepupu mangsa sehari selepas wanita itu dilarikan di kawasan rumahnya di Broga, Lenggeng di sini selain mendakwa turut menerima WhatsApp meminta sejumlah wang tebusan.
Beliau berkata, susulan penemuan mayat wanita itu, seorang lelaki yang juga pekerja swasta berusia lingkungan 20-an ditahan di Ampang, Selangor pada Selasa lalu bagi membantu siasatan.
Ads
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dan lelaki itu dipercayai pasangan kekasih yang berkenalan melalui laman sosial sejak awal tahun ini dan motif pembunuhan disyaki ada kaitan dengan hutang.
Ads
Ahmad Dzaffir berkata, lelaki yang negatif dadah hasil ujian saringan air kencing itu ditahan reman selama 15 hari bermula 28 September lalu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Penculikan 1961.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nyata bukan mudah untuk bergelar suami dan ayah kepada anak-anak lantaran tanggungjawab yang tinggi demi memastikan keluarga bahagia. Sikap tolak ansur suami amat penting dalam melengkapi perhubungan dalam sebuah kekeluarga. Luahan hati seorang bapa dan suami Ropizam San sungguh inspirasi
?Menjadi Ayah dan Suami PILIHAN Ku.
Biarpun seandainya anak-anak tidak ucap, dan surihati(isteri) tidak meluahkan, namun sebagai seorang lelaki yang ‘dilantik’ Maha Pencipta selaku Ayah dan Suami ‘sementara di dunia’, kita perlu fahami sendiri betapa mereka hakikatnya pasti lebih tenang seandainya kita setiap hari meminta-minta dan merayu pada Allah agar dipanjang dan dijagai kesihatan sepanjang masa buat sekeluarga.
Setiap hari, saya sendiri akan risau andai Allah tarik nyawa pinjaman ini terlalu awal di usia masih tengahan muda.
Guru terdahulu dan ilmu telah mendidik saya, setiap hari itulah doa yang tidak akan saya leka tinggalkan, selain doa khas buat ibu bapa kita. Jika terlupa merayu minta selepas tersedar dari subuh pagi, saya akan merayu di tengah hari. Jika terlupa juga, saya akan pastikan sebelum lelapkan mata di malam sepi, rayuan rutin harian tetap mesti dikumandangkan.
Walaupun kita mengakui dan pasrah bahawa kematian adalah satu kemestian dan tidak mengenal durasi masa bila ia akan sampai masanya, sebolehnya…… kita mahu terus memikul amanah dan membesarkan anak-anak sebaik mungkin dari air tangan kita. Memberi apa yang perlu, dan santuni apa yang patut dan dituntut.
Saya akan berusaha membaca setiap hari topik ‘kehilangan’ yang terjadi di merata tempat dan benua. Terjumpa sahaja kes dan isu melibatkan anak-anak kecil kehilangan ibu bapa tercinta dek kerna kesakitan, kemalangan, nyawa ditarik ketika dalam perjalanan bertugas, ketika sedang bekerja, sedang tidur, ketika sedang bersukan, beribadah dan lain-lain lagi……, hati ini terus merasa sayu. Saya akan selalu bercakap dan berkongsi dengan surihati tentang ibrah dari kisah-kisah yang terjadi ini. Dengannya kami akan lebih bersyukur, lebih ingin kerap memanjatkan doa dan lebih ingin menghargai ‘golden time’ bersama zuriat amanah ini.
Semestinya,
Selain dari kisah cara hidup Rasulullah, kisah unik seperti yang terjadi di Robben Island….., kesanggupan tahanan orang-orang tua yang rela mati dalam kesejukan tajam demi membina halaqah bulat melindungi tahanan anak-anak muda yang pastinya akan meneruskan perjuangan murni di lapangan dunia…., adalah antara yang menyuntik intrinsik motivasi saya agar senantiasa menjadi pelindung pada anak-anak dan surihati.
ISTIQIMAH UNTUK KELUARGA
Saya ingin menyeru khasnya buat Ibu Bapa Masih Muda (MM), agar terus kita istiqomah dalam meneroka pelbagai perkara dalam keluarga kita yang masih belum digembur keluar.
Lihat saja kekuatan surihati kita semua contohnya,…. dialah yang tak pernah letih dan mengeluh kuatnya bekerja di dalam menguruskan anak-anak kita. Bukan sekadar tidak pernah jemu menjadi chef di dapur dan menguruskan urus pakai kita, bahkan jika anak-anak demam dialah yang terlebih cepat sedar bangun menyantuni rengetan anak yang tidak selesa di jam dua, tiga pagi. Ya, suami bangun juga namun saya selidik dari banyak pasangan ternyata isteri yang paling cepat dan banyak genuin dengan masa.
Hargailah, dan lebihkanlah kita menuai korban. Ia tidak pernah merugikan. Mintalah kita setiap hari pada Allah agar dipanjangkan umur dan hayat ruang dan peluang. Jika berkesempatan, tanyalah kenalan rapat yang telah dan pernah merasa realiti kehilangan…., ia mampu mendidik diri kita berlebihan dan muhasabah diri untuk lebih mengerti makna menghargai.
Ohya, jangan lupa juga ketika kita melafaz banyaknya doa seharian, ceritakanlah juga kebaikan-kebaikan pasangan hidup kita dan rayu Allah ampuni dan berkati mereka (pasangan dan anak-anak) sepanjang masa. Anggaplah Allah tidak tahu kebaikan mereka (walaupun hakikatnya Allah memang ketahui) dan sebutlah banyak-banyak mereka berbuat baik pada kita, menjaga kita, memudahkan rutin hidup kita,….. agar biar setiap hari Allah senantiasa mendengar kita menyebut kebaikan mereka.
Beginilah antara ‘serpihan kecil’ dari sebabnya yang teramat banyak mengapa kita memilih Menjadi Ayah dan Suami sebagai PILIHAN Ku.
?Ropizam San
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Raya semakin hampir, sudah tentu ada yang membeli bahan-bahan untuk memasak untuk hari lebaran.
Antara menunya adalah masakan rendang ayam. Masakan ini merupakan hidangan yang sedap dimakan bersama lemang dan ketupat. Sesuai dimakan pada pagi hari raya aidilfitri.
Rendang ini terdapat pelbagai versi cara masaknya. Namun perkongsian lelaki ini memang superb! Beliau berkongsi cara masakan rendang legend ini.
Ikuti resipinya.
Saya nak kongsikan resepi Rendang Ayam mudah dan ringkas. Khas untuk perantau tak dapat pulang ke kampung halaman yang bujang, baru kawin atau yang baru nak belajar buat rendang.
Walaupun ringkas, memang sedap dan rasa keaslian rendang warisan zaman berzaman. Bahan-bahan :
1 ekor ayam 2 cawan santan 2 sudu kerisik 2 asam keping 1 helai daun kunyit diracik halus 3 helai daun limau purut di hiris kasar minyak untuk menumis garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan dikisar :
20 biji cili kering 2 biji bawang besar 4 biji bawang merah 9 ulas bawang putih 4 batang serai 3 inci kunyit hidup 3 inci halia 3 inci lengkuas
Cara-cara :
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan santan dan ayam. Gaul rata. Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula. Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Gaul rata dan siap.
Enaknya bila siap, makan dengan ketupat atau lemang.
Kehilangan orang tersayang ibarat separuh nyawa di bawa bersama. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata betapa rindunya bila orang yang kita sayangi sudah tiada lagi.
Bagi penyampai radio Era FM iaitu Radin, tiada kata mampu untuk dia meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya. Memuat naik luahan hati mengenangkan esok dia akan menyambut ramadan tanpa insan bernama.
Kalau dulu selepas pemergian arwah ayah since 2010, arwah mama lah tempat aku berpaut, bergantung, berharap waima apa masalah sekalipun… Tak pernah sekali pun keluar dari ucapan arwah penat, jemu & letih bila dengar keluhan aku selama ini.. Satu-satunya wanita yg boleh terima buruk baik aku.
Walaupun tinggal berasingan, namun sikap prihatin dan penyayang si ibu membuatkan dia wajib akan masak lauk kegemaran anaknya itu walaupun diri sendiri tidak sihat.
Setiap kali balik kampung, arwah wajib akan masak lauk favourite aku walaupun arwah tak larat.. Cukuplah sekadar nasi panas berlauk kan ikan masin.. Yang penting air tangan.. Setiap bulan bila gaji masuk, arwahlah orang pertama aku akan kongsi rezeki.
Malah, arwah ibunya menjadi orang pertama yang dia akan kongsi rezeki. Buakn itu sahaja, Radin turut menyediakan duit ubat arwah dan akan menelefon arwah setiap hari. Mereka akan berborak mengenai pokok bunga.
Paling penting, duit ubat arwah.. Setiap hari akan call/FaceTime even borak pasal pokok bunga.. Setiap kali masuk Ramadan, arwah lah yang akan kejutkan sahur, ingatkan pasal mengaji , tanyakan berbuka apa harini..remind kan pasal terawih.. Dan bayar zakat.. Tahun ni, esok dah masuk Ramadan, aku Rindu arwah sangat-sangat..
Anak mana yang tak rindukan bidadari yang bawak aku ke dunia.. 18/2/2021 adalah hari paling sedih seumur hidup selama ini.. Tuhan sahaja yg tahu apa yg aku rasa .. Rindu hati ni Allah je tempat aku bergantung harap.
Ya Allah Ya Tuhan, masukkan ibu bapa ku ke dalam syurga tanpa dihisab.. Halalkan mereka untuk mencium syurga mu, haramkan mereka daripada dijilat api neraka jahanammu Ya Allah..
Damailah mama, disana…♥️ Dari seorang anak yang sentiasa merindui Mama..
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.