Selagi namanya ada rezeki, walau barang kepunyaan yang dicuri namun tetap menjadi milik kita semula. Itulah yang terjadi pada seorang lelaki ini yang kehilangan telefon pintarnya dan dia tidak pasrah begitu sahaja malah berusaha untuk menjejaki dan akhirnya berjaya mendapatkan semula telefonnya.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pemuda yang dikenali sebagai Aidil Akhlaken telah berkongsi sebuah video betapa gembiranya dia setelah berjaya menemui telefon iPhone miliknya di kawasan semak menggunakan aplikasi ‘Find My iPhone’.
Menurutnya, telefonnya hilang di Ipoh dan dijumpai di Gerik dalam masa 24 jam.
“Iphone aku hilang dekat family mart greentown ipoh jumpa dekat gerik, dalam semak samunn, tak sampai 24 jam dapat trace location, apps find my iphone mmg function teruks,” tulisnya.
“Selepas satu malam kitorang buat kerja FBI alhamdulillah dpt trace last location iphone, malam tu semua trus jdi hacker dkt group discord,”tambahnya lagi.
Iphone aku hilang dekat family mart greentown ipoh jumpa dekat gerik, dalam semak samunn, tak sampai 24 jam dapat trace location, apps find my iphone mmg function teruks pic.twitter.com/PR5KfOtbdL
“Orang tu buang iphone aku kat tepi jalan dlam plastik tepi jalan mcm ni, tracking find my iphone jumpa dekat sini.”
Malah lelaki ini menyifatkan penemuan telefon pintarnya itu sebagai sesuatu perkara yang ajaib buat dirinya.
Ads
Difahamkan aplikasi tersebut mengesan telefon pintar Aidil di kawasan semak berhampiran jalan yang dipercayai dibuang oleh pencuri tersebut.
Di ruangan komen, ramai warganet turut berkongsi kebaikan menggunakan aplikasi tersebut untuk menjejaki iphone yang hilang, malah ramai juga yang turut berkongsi pengalaman kehilangan telefon masing-masing.
“sama, aku punya tertinggal dalam bas masa gi penang(pulau) last location kat depo bas seberang prai, naik grab pergi sana, dapat no plate bas dari customer service so terus cari bas tu, tanya driver dia kata takde jumpa, pastu play sound tgk ade kat sebelah kerusi driver,”tulis seorang warganet.
“ios 15 sekarang dah boleh detect phone even phone tu off . just turn on Find My network tu . nak cari setting ni , setting > ur icloud profile > Find My > Find My Iphone lepastu make sure dia turn on . ✌🏻,” tulis sorang lagi wargamaya.
“Mesti pencuri dia dah cukup 2 dose ni. Jauh betul dia nak campak sampai Gerik,” usik seorang warganet.
Sehingga kini perkongsian pemudah ini mendapat hampir 188,000 tontonan daripada warga Twitter.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Ads
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Didik ini sebenarnya bukan mudah. Pelbagai ilmu keibubapaan yang kena tahu termasuk bagaimana mengendalikan anak mendengar kata pada masa yang sama tetap ada bonding.
Biarpun ada yang kata, ‘guna kekerasan’ atau ‘bersikap garang’ kepada anak, namun secara tersiratnya ia umpama makan diri sendiri.
Anak takut pada kita bukan penyelesaiannya. Ia menjadi ‘parut’ hingga membuatkan hubungan anak menjadi tidak mesra dan menjauh dengan ibu bapa.
Begitulah yang cuba disampaikan oleh saudara Taufiq Razif menerusi perkongsiannya terbarunya.
Katanya dia bersyukur sempat berubah sikap dalam mendidik anak-anak sebelum terlambat.
Ikuti perkongsiannya. Moga menjadi kita muhasabah diri.
Saya pun dulu sangat garang sampai anak anak takut dengan saya.
Memang kalau saya ada, anak anak jadi diam dan tak berani bersuara. Hanya dengan jelingan mata maka senyap habis satu rumah. Memang boleh rasa anak takut dengan saya walaupun mereka belum mampu berkata kata.
Tetapi bila fikir balik siapa yang rugi kalau saya jadi bapa yang ditakuti anak anak sendiri?
Bila anak kita sendiri tak berani bercakap dengan kita, agak agak nanti mereka akan bercakap dengan siapa?
Mereka akan cari orang di luar sana untuk bercakap, bersembang dan meluah rasa. Akhirnya ‘bonding’ mereka dengan orang di luar sana yang kita pun tak tahu siapa akan mengalahkan ‘bonding’ kita dengan anak anak kita.
Ubah sikap
Akhirnya siapa yang rugi? Saya juga yang rugi. Jadi saya ubah, daripada gaya parenting Authoritarian yang banyakkan gunakan kekerasan, hukuman dan ketakutan kepada gaya parenting Authoritative iaitu lebih banyak mendengar, tidak terlalu cepat menghukum dan tidak terlalu mengawal anak secara keterlaluan.
Dan subhanallah anak jadi lebih behave bila saya ubah cara dan gaya parenting saya. Anak yang suka mengamuk jadi lebih terkawal, anak yang suka menangis jadi lebih tenang, anak yang suka buat hal jadi lebih kurang perangai.
Rupanya selama ini mereka memerlukan ibubapa untuk mereka hormati, bukannya ibubapa untuk mereka takuti.
Syukur sempat berubah sebelum terlambat
Sumber: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mula dijual sejak bulan ramadan yang lalu, Air Balang Syahmi Sazli mendapat sambutan baik sehingga kini.
Disebalik kerancakan tersebut, tiba-tiba empunya diri memberitahu bakal menutup jualan tersebut.
Pendedahan yang dimuatnaik menerusi Instagram peribadi mengejutkan ramai pihak, Syahmi Sazli bagaimanapun dipuji kerana menutup disebabkan ingin mengelak beberapa faktor. Antaranya disebabkan masalah parking.
Syahmi Sazli dalam perkongsiannya berkata, dia risau terambil hak parking orang lain dan oleh disebabkan faktor lain juga, dia memutuskan untuk mengakhiri jualan Air Balang. Dalam masa yang sama, dia juga ingin menaiktaraf kedainya supaya lebih besar dan selesa.
“Salam semua. Ni ado berita pasal kedai air balang Mi ni. Mengambil kira beberapa faltor antaranya adalah parking ( Mi risau terambil hal parking orang lain) dan faktor lain lagi.
“Mi memutuskan untuk mengakhiri jualan air balang Mi pada minggu ini. Jadi, last Mi jual adalah esok (khamis).
“Insyaallah ada rezeki depan hari. Mi akan buka dgn kedai yang lebih besar dan selesa…
“Apapun jangan lupa support filem kedua arahan Mi yang akan ditayangkan din Astro First pada bulan ini.
“Terima kasih semua yang pernah memgunjungi kedai air balang Mi.
Membaca perkongsian daripada Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan sifat malas dan kemiskinan, harap memberi kesan buat semua. Bersamalah kita ambil pengajarannya dan semoga kita dan anak cucu kita terhindar daripada penyakit ‘MALAS’ yang dimaksudkan itu.
Ini perkongsiannya.
𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐊𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐒
Hari ini, saya kembali mengiringi DYTM Raja Muda Perlis dalam kayuhan MAIPs Peduli. Disebabkan PKPB, maka jumlah kami tidak ramai dan in sha ALLAH telah mematuhi SOP yang ditetapkan. Tujuan kayuhan seperti biasa ialah untuk menyantuni asnaf, mengambil tahu perkembangan dan keperluan mereka.
Mohon maaf, kali ini saya ingin meluahkan rasa yang terpendam selama ini dalam coretan kali ini. Dukacita dan sedih, terdapat rumah asnaf yang miskin yang kami lawati begitu kotor halaman dan kawasan rumah mereka. Padahal, untuk mencuci atau membersihkan sampah sarap tersebut, tidak memerlukan belanja, cuma perlu sedikit kerajinan. Bayangkan, walaupun mereka tahu bahawa rombongan bersama DYTM Raja Muda akan ke rumah mereka untuk memberikan wang sumbangan, tapi tiada sedikit pun usaha untuk membersihkan kawasan rumah sendiri. Padahal tubuh masih sihat. Lebih daripada itu, tempoh PKP dan PKPB sekitar 2 bulan mereka sentiasa di rumah, gagal dimanfaatkan untuk kemaslahatan diri sendiri. Ini bukan kes terpencil. Sering kami saksikan.
𝗧𝗲𝗿𝗸𝗲𝗰𝘂𝗮𝗹𝗶
Satu perkara yang sering saya luah dalam ucapan dan kuliah saya sejak dahulu, bahawa salah satu punca utama kemiskinan, iaitu kemalasan. Orang utara sebut dalam bahasa pasar yang agar kasar balo’. Lebih keras lagi disebut bolo’ liat. Ertinya, pemalas yang amat. Walaupun, kita sedar terdapat mereka yang miskin tapi rajin berusaha, cuma peluang belum muncul. Golongan miskin tapi rajin tidak termasuk dalam apa yang hendak saya bicara di sini. Harap jangan ada yang tersalah sangka. Mereka terkecuali dari perbincangan. Ini terutama anak-anak yang miskin disebabkan keadaan keluarga, mereka yang ditimpa bencana, kekurangan peluang dan seumpamanya. Golongan ini, -in sha ALLAH- jika mereka rajin berusaha, suatu hari nasib mereka akan berubah.
𝗣𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝘀
Saya kembali ingin membicarakan golongan yang miskin disebabkan kemalasan ini. Sesiapa yang pernah berpengalaman berurusan dengan golongan ini, akan faham apa yang saya coretkan ini. Golongan ini seakan-akan selesa dengan kemiskinan yang membolehkan mereka mendapat bantuan orang lain tanpa perlu bekerja keras. Gambaran kehidupan yang miskin itu seakan mahu mereka jadikan identiti diri bagi membolehkan segala bantuan yang diminta diperolehi dengan mudah. Di Perlis, MAIPs telah membina ribuan rumah untuk golongan miskin. Bukan sedikit, berjuta-juta telah dibelanjakan. Ada yang berusaha ke arah yang lebih baik, namun ada yang mengecewakan. Ada yang menerima rumah yang cantik dan teratur, namun apabila kita datang semula beberapa bulan, rumah bertukar menjadi kotor. Lalang dan rumput di keliling rumah tidak dipotong. Sampah-sarap menghiasi dalam dan luar rumah. Kerjanya hanya bersandar menunggu bantuan. Tubuh masih sihat, tapi mempunyai pelbagai alasan. Demikianlah kemalasan mencengkam kehidupan mereka.
𝗗𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗦𝗮𝗷𝗮
Kediaman kita sekalipun lama dan tidak mewah, jika ada kerajinan boleh dibersih dan dikemaskan. Bahkan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran asas yang sekurang-kurang dapat menjimat sebahagian belanja dapur. Hari ini, dalam pasu dan tin kosong pun boleh diusahakan tanaman. Tapi, kalau pemalas, kerjanya hanya tidur dan duduk saja menunggu bantuan orang menjelma.
𝗠𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝘁
Bukan sahaja malas berusaha untuk kehidupan dunia, bahkan malas untuk akhirat juga. Pada wajah mereka tidak terlihat tanda dan sinar insan yang bersujud pada Tuhannya. Jika dijemput mereka datang untuk bantuan di masjid, kita meminta bersolat dahulu, mereka datang selepas solat jamaah selesai lantas terus duduk. Jika kita beri bantuan dan meminta selepas menerima bantuan tunggu solat berjamaah bersama, mereka lari selepas wang diberikan. Kalau diminta datang bantuan di masjid pada Hari Jumaat, ada pula yang mewakilkan isteri, atau anak perempuan untuk ambil bantuan. Si bapa ‘kabur’ dari Solat Jumaat. Walaupun, bukan semuanya begitu, tapi jumlah yang sebegitu juga bukan sedikit.
𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗠𝗔𝗜𝗣𝘀 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘀
Saya percaya MAIPs akan mengambil langkah memerangi kemalasan sebelum cuba mengatasi kemiskinan. Insan kurang upaya, orang tua yang uzur, orang yang ditimpa bencana, anak-anak yang masih kecil dan seumpama yang hidup dalam lingkungan kemiskinan, mereka mempunyai keuzuran dan alasan. Golongan ini patut diutamakan. Adapun yang berbadan sihat yang meminta-minta atas alasan tiada kerja, golongan ini mesti disemak. Mereka ini sering menjadikan anak-anak kecil mereka alasan kukuh untuk mereka mendapat bantuan. Malangnya, sebahagian mereka mengambil kesempatan untuk bertambah malas dengan bantuan yang diberikan.
MAIPs sebenarnya telah menyediakan terlalu banyak program untuk memajukan asnaf dengan membekalkan mereka kemahiran dan modal. Ratusan juta dibelanjakan untuk pelbagai latihan dan pendidikan supaya kehidupan asnaf berubah dan mampu berdiri sendiri. Alhamdulillah, banyak juga yang berjaya. Ramai yang sudah tidak miskin lagi, khususnya yang muda. Namun, golongan pemalas juga masih banyak. Peluang pekerjaan dicari dan diberikan. Seminggu dua mereka bekerja, kemudian mereka lari. Saya masih ingat, kami bermesyuarat menghantar sejumlah golongan miskin mengikuti kursus menjadi pemandu lori kontena canggih. Elaun kursus MAIPs berikan, pihak syarikat juga bantu. Selepas itu, akan diserap terus bekerja yang pendapatannya sekitar 4 ribu ringgit sebulan. Malangnya, sebahagian besar lari balik rumah. Atas alasan tak biasa duduk luar lama-lama. Itulah syaitan kemalasan yang menguasai urat nadi sebahagian manusia.
𝗔𝗸𝘂𝗿
Hal ini sebenarnya, bukan sahaja di Perlis, tapi di semua tempat dan negeri. Meriwayatkan hal ini memang merobek perasaan kita sendiri. Namun, suka atau tidak suka, kita kena akur bahwa bukan sedikit ‘melayu yang malas’. Dalam masa yang sama, juga memang akur ramai juga Melayu yang rajin dan berjaya. Namun, kita tidak boleh nafikan masih ramai orang kita sangat pemalas. Inilah juga sebabnya, kita gagal dalam bersaing dengan pihak lain. Akhirnya, kita hanya menyalahkan pihak lain semata, lalu melupakan penyakit malas yang ada dalam masyarakat kita.
Kemalasanlah yang menyebabkan ramai orang kita kerja ‘lebih-kurang’. Produknya tidak berkualiti. Sehingga masyarakat kita sendiri kadang-kala terpaksa mengutamakan produk pihak lain di sudut kualiti dan kesungguhan. Natijahnya, peniagaan orang kita tidak berdaya saing di sudut kualiti, ataupun di sudut kesungguhan kerja. Dengan saya akur, ada banyak juga produk orang Melayu-Muslim yang berkualiti dan sangat bagus.
𝗝𝗶𝗵𝗮𝗱 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻
Berjihad menentang kemiskinan tidak akan berjaya jika kita tidak berjihad menentang kemalasan. Saya melihat, -dengan izin ALLAH- harta dunia ini dapat diperolehi dengan pemikiran yang bijak walaupun usahanya tidak begitu hebat. Jika akalnya hebat dan usahanya juga hebat, dengan izin ALLAH pasti banyak rezekinya. Kedua, harta dunia diperolehi dengan kesungguhan usaha walaupun kebijaksanaan tidak begitu tinggi. Dengan kerajinan akan membina pengalaman. Dengan pengalaman, orang kurang bijak akan membuat keputusan yang bijak. Akhirnya, dengan kerajinan dan pengalaman, rezeki yang banyak -dengan izin ALLAH- hadir ke dalam kehidupan.
Sebenarnya, memerangi kemalasan itu adalah tanggungjawab kita dalam beragama. Sabda Nabi s.a.w:
لَأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ حَبْلَهُ، فَيَأْتِيَ بِحُزْمَةِ الحَطَبِ عَلَى ظَهْرِهِ، فَيَبِيعَهَا، فَيَكُفَّ اللَّهُ بِهَا وَجْهَهُ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ النَّاسَ أَعْطَوْهُ أَوْ مَنَعُوهُ
“Jika seseorang kamu mengambil talinya, kemudian membawa satu ikatan kayu api di atas belakangnya lalu menjualnya, -dengan sebab itu ALLAH memelihara maruahnya- maka itu lebih baik daripada dia meminta-minta kepada manusia, samada mereka memberikannya atau tidak” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kata Anas bin Malik r.a
فَكُنْتُ أَسْمَعُهُ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ، وَالعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَالبُخْلِ وَالجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Aku mendengar Nabi s.a.w sering berdoa: “Ya ALLAH sesungguhnya daku berlindung denganMU daripada kerisauan dan dukacita, daripada lemah dan malas, daripada kebakhilan dan kebaculan, daripada bebanan hutang dan daripada ditewaskan oleh orang” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maafkan coretan ini. Namun, ia sesuatu yang terpaksa diluahkan demi kepentingan kita semua. Masyarakat muslim kita ramai yang berharta dan suka membantu. Alhamdulillah. Namun, jika kita tidak teliti dalam strategi kita membantu, saya bimbang kita bukan berjaya menghapuskan kemiskinan tapi meramaikan lagi golongan pemalas. Untuk memberikan bantuan dengan gambar yang gah mungkin mudah. Namun, untuk mencabut akar masalah, mungkin tidak semudah sekadar menghulurkan bantuan wang ringgit. Kita perlu gembeling tenaga mengubah mentaliti dan sikap ‘malas’. Inilah -in sha ALLAH- usaha yang mesti kami di MAIPs laksanakan.
Semoga ALLAH mengampuni saya..
Dr MAZA,
12.30 malam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.